Untuk Mendapatkan Ilmu Perlukan Sedikit Pengorbanan

 

Kiriman Komen:

ustad dunia begitulah adanya memberikan ilmu akhirat untuk mendapatkan dunia.. coba kalau berani kirim dulu bukunya baru tranfer uangnya…..hehehehe bang haji

Bondan | mardenbob@yahoo.com | 118.97.95.72 | 22/04/2014 jam 2:55 PM

Kepada penulis komen yang bernama “Bondan”, kami ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih di atas komen yang tuan hamba kirimkan kepada kami seperti mana yang tertera di atas. Walaupun, komen yang tuan hamba berikan itu agak kurang bersesuaian, namun kami amat bersyukur kerana tuan hamba sudi berkunjung ke blog ini untuk membaca tulisan-tulisan ilmu yang kami sampaikan. Mudah-mudahan suatu hari nanti, dengan izin Allah SWT, tuan hamba akan dapat memahami ilmu ini dengan sebenar-benar faham, amin.

Berbalik kepada komen tuan hamba di atas, kami tidaklah bermaksud dan tidaklah berniat untuk memberikan ilmu akhirat untuk mendapatkan dunia. Ilmu akhirat yang tuan hamba maksudkan itu tidak dapat disampaikan di sini, maksud kami di dunia, kerana apa? Kerana, dunia ini bukannya di akhirat. Untuk pengetahuan tuan hamba, di akhirat nanti, kita tidak perlu lagi menyampaikan sebarang ilmu. Segala ilmu sudah tidak berguna lagi semasa di akhirat nanti, kenapa? Ini adalah kerana, di akhirat adalah merupakan “Hari Pembalasan” ke atas semua manusia yang telah diberikan “amanah” untuk menyampaikan dan menuntut ilmu semasa berada di dunia.

Sebagai pengetahuan tuan hamba, kami sedikitpun tidak berkecil hati terhadap apa yang telah tuan hamba perkatakan terhadap kami, malahan kami amat berbangga kerana melalui tulisan tuan hamba tersebut, kami dapat menilai bahawa tuan hamba ini adalah seorang yang tidak mementingkan dunia. Ini dapat dilihat melalui kata-kata tuan hamba iaitu, “ustad dunia” dan “untuk mendapatkan dunia”. Kata-kata tuan hamba itu adalah betul, apakah faedah dan kepentingannya kepada tuan hamba jika mengejar keduniaan? Sedangkan, dunia ini tidakpun boleh membantu kita semasa bertemu dengan Allah SWT kelak. Perkiraan tuan hamba mengenai ilmu juga amat benar, kerana walau macam mana tinggi sekalipun ilmu tentang keduniaan, sesungguhnya tidak berguna semasa di akhirat apabila bertemu Allah SWT, kerana apa? Kerana, ilmu itu adalah ilmu untuk mengenal dunia, dan bukannya ilmu untuk Mengenal Allah.

Seperkara lagi, berkaitan dengan kata-kata tuan hamba iaitu, “coba kalau berani kirim dulu bukunya baru transfer uangnya…”, bukannya kami tidak mahu mengirimkan buku-buku berkenaan kepada tuan hamba, cuma kami agak bingung sedikit memandangkan tuan hamba tidak menyatakan alamat tuan hamba. Oleh itu, kami beranggapan bahawa tuan hamba hanya sekadar ingin melihat dan menilai sejauhmanakah “pengorbanan” kami terhadap ilmu ini. Kami dapati bahawa tuan hamba adalah seorang yang bijak dalam menilai situasi ini. Justeru itu, jika buku-buku tersebut dikirimkan kepada tuan hamba secara percuma sekalipun, sudah pasti bahawa tuan hamba tidak akan membacanya, ini adalah kerana tujuan tuan hamba sebenarnya adalah ingin mengetahui dan melihat sejauhmanakah “keberanian” atau “pengorbanan” kami, dan tuan hamba bukannya bertujuan untuk mempelajari atau mendalami ilmu ini. Jadi, adalah lebih baik sekiranya kita berikan buku-buku ini kepada mereka-mereka yang betul-betul berhajat untuk mempelajari ilmu berkenaan melalui sedikit “pengorbanan”.

Kami berharap apa yang kami sampaikan ini, tidak menyinggung perasaan tuan hamba, dan sesungguhnya kami tidaklah bermaksud dan berniat sedemikian. Kami sudah berusaha sedaya upaya untuk memberikan dan menyampaikan pandangan kami kepada tuan hamba secara sopan dan beradab, agar tidak menimbulkan prasangka yang boleh mencacatkan tujuan asal blog ini diwujudkan. Kami pasti bahawa sesungguhnya tuan hamba sebenarnya sudah tahu, faham dan mengerti akan keadaan ini sebelum tuan hamba kirimkan maklum balas tuan hamba kepada kami.

Akhir kata, dengan penuh rendah hati, kami mohon maaf sekali lagi. Amin.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s