Minta Bantuan Untuk Menjawab Pertanyaan Anakanda Jack

 

Dalam blog makrifattokkenali.com, Jack ada mengemukakan soalan, jadi mari kita sama-sama bantu Jack untuk menjawabnya. Saya rasa ada baiknya tuan-tuan bantu Jack, demi menyiapkan kitab yang keenam. Saya kesuntukan masa untuk menjawab.

Berikut di bawah ini adalah merupakan beberapa pertanyaan yang diajukan oleh Jack:

salam tuan.. berdasarkan penerangan di atas, saya ada soalan.. siaran itu dtg nya daripda mana.. jadi bila tertilik dtg nya daripada Allah, maka persoalan timbul dimanakah Allah itu sebab kita semua nak kembali kepada Allah.. jika siaran, ada sumber nya, puncanya, data nya, maka berbalik pada Allah, dimana Allah.. mohon pandangan tuan, terima kasih..

Jack | arcantara@gmail.com | 58.27.115.85 | 22/04/2014 jam 4:42 PM

Salam tuan, saya nak tanya, kenapakah Allah berhajat utk merompak, mencuri, berzina, merogol? kenapa adanya skrip yg sebegini? mohon pandangan tuan..

Jack | arcantara@gmail.com | 58.27.115.85 | 22/04/2014 jam 4:52 PM

salam tuan, saya nak tanya, bilamana diri kita sudh fana, sudah tiada, dimanakah nak diletak kan hukum hakam? siapa yg perlu dihukum.. boleh kah Allah dihukum? mohon pandangan tuan….

Jack | arcantara@gmail.com | 58.27.115.85 | 22/04/2014 jam 4:55 PM

salam tuan, kita tidak boleh menjadi Allah tp saya mushkil, berdasarkan penerangan tuan, adakah kita ini Allah..? mohon pandangan tuan..

Jack | arcantara@gmail.com | 58.27.115.85 | 22/04/2014 jam 4:57 PM

Amin.

44 Replies to “Minta Bantuan Untuk Menjawab Pertanyaan Anakanda Jack”

  1. As salam sdr Jack, saya akan cuba menjawab seberapa yang boleh.

    1 dan 4. Dimana Allah? Allah tidak bertempat, bukan di kiri, bukan di kanan, bukan di atas, bukan di bawah, bukan di depan dan bukan di belakang. Dekatnya mata hitam dan putih, dekat lagi Allah. Terangnya matahari, terang lagi Allah. Antara roh dan Allah, bercerai tidak bersatu tiada. Umpama wap dengan air. Umpama garam dengan masin.

    2. Allah boleh jadikan semuanya baik sahaja. Tetapi Allah jadikan jahat untuk menunjukkan sifat kesempurnaannya.

    3. Minta Tn Hj perjelaskan. 🙂

    Like

  2. Assalamualaikum,menganai dengan tajuk permasalahan yang d kemukakan ole jack secara ringkasannya saya syorkan agar jack memahami atau mempelajari betul sifat 20 yang wajib mustahil dan harus bagi Allah taala. Saya percaya dengan memahami erti sifat2 tersebut akan terjawablah segala soalan yg d tujukan insya Allah.Apapun yang memberi faham itu Allah jua.

    Like

  3. sya stuju benar dgn jwapn saudara fuad itu.sya rasa tuan haji pn dh letih nk mnjwab soaln jack itt cubalh prgi semak blik ,kn tuan haji dh jlaskn cubalh prgi tengok tilik blik bca dlm blog yg lalu
    ……………..biar sya je yg mewakili tuan haji ye.soaln jack smua itu semacam sja nk buat tuan haji tu geram ye,nti bnyk titik yg akn trtera d dlam blog ni.soaln itu smua dh ada dlm blog ye
    ,rajin2lh buka bca dgn mata hati ,tuan haji hnya menyampaikn,yg akn beri fham itu allah,skiranya msih tak fham tiada daya upaya kita untk fhm,serah sja pda allah,nk brtnya niat biar ikhlas dri hati,brulh dpt fhm…
    .amin

    Like

  4. assalammualaikum, sdr Jack. bagi jawapan soalan yg pertama, Allah tu meliputi 7 petala langit dan 7 petala bumi ( itu hanya diumpama sahaja ), kalau nak tepat lagi allah tu meliputi sekelian alam, allah tu jauh tidak berantara dan dekat tidak bersekutu, tetapi allah itu nyata dan zahir pada sesuatu dengan adanya ciptaan di alam yang nyata ini termasuk diri kita. Persaolannya dimanakan allah itu. Saya rasa Tuan Hj. Shari pun tidak akan menjawap dalam laman web ini kerana hendak mengenal Allah itu bukannya mudah, kita kena berhadapan dengan guru itu sendiri. Sepengalaman saya guru tersebut tidak akan menunjukkan jawapannya, kecuali dengan kias-kias sahaja, kerana murid itu akan menberi jawapannya kepada guru, itu pun dengan izin allah untuk mengenal allah dengan sekenal-kenalnya, kerana yang hendak memberi kenal allah itu bukan guru tetapi allah sendiri yang akan memberi jawapannya untuk kenal allah dengan sekenal-kenalnya. Merujuk kepada kesah di zaman dahulu, apabila seseorang guru tersebut hendak memberi kiasan kepada murid-muridnya dimanakan allah itu, sehinggakan ada diantara guru membawa murid-murid menaiki perahu ketengan laut, sebab apa ilmu itu terlalu rahsia dan ditakuti didengari oleh mereka-mereka yang bukan ahlinya.

    Bagi jawapan yang kedua., Allah itu mencipta kekuasaan, kebesaranya dalam ilmunya berpasang-pasangan @ berlawanan, umpama siang lawannya malam, lelaki perempuan, syurga neraka,cantik buruk, tinggi rendah, baik jahat. Sepertimana yang telah Tuan Hj. Shari tulis di dalam bukunya semuanya itu Allah hendak menunjukkan kekuasa, kebesaran, kesempurnaan dalam ilmunya. Kita ini hanya sebagai pelakon sahaja.semuanya telah ditentukan Allah sejak azali lagi di dalam kitab Luh Hul Mahfuz nya, termasuk kelakuan buruk dan baik itu telah ditulisnya. Siapa yang menjadai pelakon memegang watak baik itu adalah kehendaknya sejak azali,lagi termasuk watak jahat. Semuanya itu adalah sandiwara sahaja.Semuanya Allah sudah tentukan sejak azali di dalam kitabnya dan tidak boleh diubah-ubah atau ditokok tambah, semunya sudah siap sebelum alam ini dizahirkan.

    Bagi jawapan yang ketiga, ilmu makrifat ini memang susah difahami kecuali izin Allah, lebih-lebih lagi bagi mereka-meraka yang tidak mengenal diri. Hukum hakam itu juga perintah Allah bagi menunjukkan kekuasaan, kebesaran, kesempurnaan ilmu Allah..Hukum hakam itu adalah peraturan yang Allah telah citpa bagi mengatur Alam ciptaannya. Contohnya biasanya bangun pagi kita akan mandi, gosok gigi,buang air dan seterusnya memakai pakaian serta mengenakan wangian. Siapa yang mengerakkan segala perbuatan tuan itu, bukankah datangnya dari Allah. Jagi Allah mencipta hukum hakam itu agar perjalanan alam ini lebih teratur. masa tuan lahir keduia ini dahulu, adakah sudah pandai berjalan, bercakap, berlari dan sebagainya, jawapannya sudah tentu tidak.Hukum hakam itu dicipta untuk menunjukkan kebesaran, kekuasaan serta kesempurnaannya sahaja. Hanya Dia dengan Dia sahaja. Allah ada mennyatakan bahawa Dia maha pengasih dan maha penyanyang, semuanya di dalam rahsianya. Hukum hakam itu menunjukkan ciptaan Allah itu sempurna, elok, cantik dan tersusun. Contohnya Azazil tidak mahu sujud kepada Nabi Adam kehendak siapa? Allah menjadikan setiap ciptaannya penuh dengan rahsia-rahsianya.Kalau Aziazil tidak menderhaka dahulu tiadalah jahat. Jadi untuk menzahirkan ceritanya adanya orang jahat maka diciptakan Azazil engkar perintah Allah. Begitu juga Nabi Adam, menuruti kemahuan Hawa,melanggar perintah Allah di dalam Syurga. Kalau Nabi Adam tidak mahu menurut kehendak Hawa, maka tiadalah kita,tiadalah dunia ini, tiada lah rahsia Allah di dalam kitab Luh Hul MahfuzNya, tiadalah Hukum Hakam.

    Bagi jawapan yang keempat, di dalam buku Tuan Hj. Shari dia tidak ada menulis kita menjadi Allah, jauh sekali tidak. Tuan Hj. Shari menyatakan mengenal diri sehingga tiada lagi keberadaan diri, seolah-olah sudah mati. Dia tidak pernah menyembut kita jadi Allah. Jangan salah faham baca buku beliau baik-baik. Tuan salah pengertian apa yang beliau tulis dalam bukunya. Kita bukan Allah kita ini hanya ciptaannya umpama patong bernyawa mengikut gerak laku tuan yang empunya diri. Mengenal Allah bukan bererti menjadi Allah. Kita kena faham.

    Maaf, saya hanya sekadar memberi jawapan yang ringkas sahaja dan saya ini tidak punya apa-apa kefahaman malah bodoh, tuli dan sebagainya. Saya hanya diizinkan untuk menulis hanya sekadar yang diizinkannya. Saya rasa Tuan Hj. Shari lebih arif dan faham, kalau saya tersilap minta penjelasan selanjutnya dari Tuan Hj. Shari, kerana banyak lagi ilmu rahsia-rahsia Allah yang masih saya tidak tahu serta faham dan memerlukan petunjuk dari Allah, terutama Tuan Guru Hj. Shari. Kalau apa yang saya tulis ini salah sama-sama kita perbetulkan, kalau betul sama-sama kita menambah fahamkan supaya lebih manfaat. Saya tidak punya apa-apa. Sekian terima kasih.

    Like

  5. hukum hakam itu dikenakan hanya pada yang bernama makhluk…..Adakah allah itu makhlok…maksud nya… jika hukum syariah itu dikenakan pada manusia…adakah allah dikenakan hukum syariah…jika undang undang diwajibkan pada manusia adakah allah dikenakan undang undang..jika manusia itu berdosa, adakah allah itu juga berdosa…Siapa kita nak menjatuhkan hukum,undang undang,peraturan atau syarat syarat pada allah..kesimpulanya matikan diri kita sebelum mati…jika kita masih merasa allah buat jahat, allah buat dosa, allah buat maksiat, allah nak sama saperti manusia…., itu tandanya kita menyamakan makhlok dengan Allah!! (syirik!!!)….itu lah tanda nya kita belum mati (mati sebelum mati) atau masih wujud diri!!!!! nak kenal allah matikan diri kita….fahami baik baik ayat yang sedikit itu…

    Like

  6. 1. Allah berasal dari ketiadaan menjadi ada, adanya allah tanpa sebab karena dia tanpa awal tanpa akhir , tetapi tak usah kau pikirkan itu, nanti menjadi musrik karna akal yng digunakan, yang harus engkau pikirkan adalah asalmu dan apa dirimu itu, kenapa engakau bisa melihat ?, bisa mendengar?, bisa berbicara?, bisa bergerak?, fikirkan kenapa itu bisa terjadi. Kenal lah dirimu dan alam ini dan dari mana bahan bakunya untuk membuat semua itu, (Silahkan baca semua blog ini dari awal lagi, kalau ada rezeki lebih beli kitabnya )

    2. Tanyakan lah kepadaNya ketika engkau sudah mencapai tingkat mukasyafah dengan tuhan, kalau sudah tau rahasiakanlah

    3. Fana itu bukan memfana-fanakan diri atau merasa-rasakan diri tidak ada . Kekalkan saja batin dengan Allah. tidak merasa ada zahir-batin; yang Ada Allah saja lagipula kalau sifatmu seperti sifat tuhan apa yang hendak di hukum

    4. Belajar makrifat bukan hendak menjadi tuhan tetapi menjadi SEPERTI SIFAT tuhan. contohnya allah itu pemberi rezeki, engkau pun bisa memberi rezeki kepada yang tidak mampu, sifat allah pengasih dan penyayang maka engkau pun bisa seperti itu kepada sesama mahluk

    Kita berkata, Yang Punya Kata Berkata.
    Kita melihat, Yang Punya Lihat Melihat.

    Like

  7. Luahan Hati Kuih Donat…..
    Saya adalah kuih donat. tapi saya tak kenal siapa yang menciptakan saya.
    dan saya tak dapat melihat malahan mendengar atau bercakap dengan pencipta saya. adakah pencipta saya nampak akan saya?
    saya rasa pencipta saya tahu, nampak dan dapat rasa kehadiran saya. Betapa bodohnya saya. betapa ceteknya akal fikiran saya, tapi saya tetap nak kenal pencipta saya. saya harap pencipta saya dapat makan saya sebab saya nak duduk dalam perut pencipta saya dan nak lebih dekat dengan pencipta saya. mungkin sesudah saya tiada/ mati, saya dapat kenal dengan pencipta saya.
    Walaupun saya adalah kuih donat, namun saya tetap nak kenal pencipta saya dan apakah rahsia di sebalik penciptaan saya…
    “Sesungguhnya, manusia itu rahsiaKu dan Akulah yang menjadi rahsianya. Rahsia itu sifatKu dan sifatKu tiada lain, Akulah jua”.

    “Akulah perbendaharaan yang tersembunyi. Aku ingin supaya dikenali, maka Aku jadikan alam ini, maka mereka makrifat kepadaKu”.

    Like

  8. memg ilmu allah ini smpi hujung nyawa pn tak akn hbis
    Allah hnya bri sdikit sja.biar pn sdikit dpt d kutip,walaupn bnyk tak bleh nk menjiwai pn apalh gunanya,rsa itu tramat penting dlm mempelajari ilmu rohani ini,allah itu trlalu hmpir,tdk dpt untk d sentuh,,tetapi barang sesiapa yg dpt merasa akan ujian dhulu brulh dia akan merasakn allah itu d mna,memg allah itu tdk brtmpt ,hnya yg merasa akan rsa hnga tak brhuruf dn tak brsuara .amin

    Like

  9. assalam…saya tak pelik apa yg di bangkit oleh mr jack, jack orang seni…tak terpikir oleh org lain. ironinya saya tlah tempuh apa yg dikatakan sukar itu…heran tercenggang cenggang…dan ramai lagi selain jack merasa pelik akan ilmu makrifat ini. ilmu ini sukar utk dijelas, telah ramai pembawa ilmu makrifat ini cuba utk menjelas tetapi ia tetap didalam ilmu allah, tidak payah tapi sukar sedikit maklumlah ini melibatkan syurga neraka. kalau mudah hilang valuenya…
    aku dapati setelah sukarnya mencari ada jawapan dihujung nun sana. sekarang aku tak ada soalan lagi…..semuanya terjawab. mr jack masih pening sebab ‘kita bukan Allah tapi bunyi macam kita Allah’….
    mr jack, us saari hanya menyampai khabar mengikut skrip yg tuhan tetapkan, selebihnya tunggulah skrip apa yang bakal berlaku pada diri en, mungkin skrip baik atau mungkin skrip jahat. skrip jahat mungkin berbentuk maki hamun. skrip baik berbentuk happy go luckeyy dan ia melambangkan syurga.
    saya mintak maaf pada us saari kerana tetiba jee muncul dlm ruang komen dan mengaitkan nama us. saya rasa saya benar pabila kata us saari hanyalah penyampai, penzahir, petunjuk sahaja itupun dgn izin Allah. paham atau tidak itu bukan urusan dia, urusan Allah. kalau kita terpilih dari ramai kalangan org lain maka bersyukurlah, bukan mudah menjadi org terpilih…sebelum terpilih lalu ranjau dulu…siapa yg leka dengan fatamogana dunia pasti terlupa asal usul sahingga dimaki “tak sedar diri” tu sebab kita disuruh mengenal diri agar tak lupa…kah..kah..
    mr jack janganlah kata tuhan merompak, merogol, membuli…dan lain lain tuu. kalau us saari kata semuanya kehendak/afaal allah betulah pada hakikatnya tetapi sanggup ke kata tuhan merompak…ada ke sesiapa yg sanggup. semua pengecut tak brani kata…takut lari akidah…yaaa. hanya orang yg tahu sahaja yang berani,
    Sebenarnya Allah suka menzahirkan kebesaran, kekayaan, kekuatan dan macam macam lagi, ia zahirkan kejahatan pada kaki rembat atau ragut, ia zahirkan kebaikan melalui org yg menolong, termasuk tolong tengok. apa yang dizahirkan utk engkau, aku dan mr jack dimana letaknya kita, di penzahiran baik atau buruk kah…suka tuhanlah nak letak mana, dia punya suka dia maha perkasa dan berjanji membalas akan perbuatan baik. pelacur juga. buruk jalan orang engkar dan degil, jalan orang yg tak sedar diri, mati lagi baik…tapi apa boleh dibuat oleh sidegil ini, ia pun tak sedar…sbb blm dapat petunjuk, itulah akhir jawapan.
    nanti mr jack akan kata ‘dia tu aku kee, aku tu dia kee’ he..he.., kita bkn dia, kita benda, kita tanda jee, kita tukang penzahir jee. dia di dlm ilmunya tidak dikenali, spt zat. tiada yg mengetahui tentang zat walau malaikat mukarabbin sekalipun. tuhan ingin dan suka dikenali maka di’zahir’ kannya makhluk supaya makhluk dapat mengiyakan ada nya tuhan. makhluklah petunjuk tuhan, makhluk bernama muhammad lah yang dapat menunjukkan tentang tuhan. zahir makhluk bergelar sifat,..zat dizahirkan oleh penzahir itu jika tidak zat kekal tersembunyi. garam telah siap masin, tidak dpt dipisah. zat dan sifat amat memerlui antara satu sama lain, penzahir tetap menzahirkan sbb itu keja dia , penzahir itulah makhluk dan lebih sempurna kalau ia manusia. bagaimana pula jika penzahir ini mencuri atau berzina…maka ia akan terima balasannya, janganlah kata tuhan mencuri atau zina tak sedap bunyinya…letaklah kesalahan itu pada makhluk yang lupa diri tadi, bagi yg tak lupa maka ia mungkin akan kata “takdir” jadi apa hukum yg boleh di letak bagi takdir yang tuhan tentukan sendiri pada penzahirnya sendiri…kah…kah..
    relaxx…steady mr jack. mula mula sakit kepala, tercenggang cenggang…kalau nak teruskan kajian, kalau takut berhentilah…jadilah spt org biasa yg tak banyk cerita, ikuttt jee sampai time…mati.
    maafkan saya us saari, kalau silap tolong betulkan.
    terima kasih.

    Like

  10. Salam Tuan Guru dan Sahabat2 , saya nak jawab soalan jack , INTERESTING…….Soalan beliau

    (Salam tuan, saya nak tanya, kenapakah Allah berhajat utk merompak, mencuri, berzina, merogol? kenapa adanya skrip yg sebegini? mohon pandangan tuan..)

    Cuba Tuan Tanya soalan begini pula, kenapa ALLAH berhajat untuk membuat orang TAK merompak, berzina , merogol ? Kenapa adanya skripnya sebegini ?

    Kalau semua yang atas, rasa Dunia porak poranda. Kalau yang semua baik, rasa BORING DUNIA.

    Baru dunia ini Syurga dan Neraka ??? Ianya hanya tafsiran masing2

    Like

  11. Salam , ni soalan satu lagi (salam tuan, kita tidak boleh menjadi Allah tp saya mushkil, berdasarkan penerangan tuan, adakah kita ini Allah..? mohon pandangan tuan). Dalang dengan puppetnya ? boleh puppets jadi Dalang ???? Puppets tetap puppets, Dalang tetap dalang. Puppets memang tak boleh jadi dalang, tapi Dalanglah yg menjadikan puppets itu puppets. Dalang itu ESA (kalau bahasa yg tak sesuai Satu).

    Like

  12. Salam yang ada itu ALLAH !!! maka fikir sendiri (salam tuan, saya nak tanya, bilamana diri kita sudh fana, sudah tiada, dimanakah nak diletak kan hukum hakam? siapa yg perlu dihukum.. boleh kah Allah dihukum? mohon pandangan tuan….) Bila puppets fikirkan diri itu berASINGAN maka itu timbul persoalan. Tapi kalau segalanya yang ESA …..fikir sendiri ada ke hukum ????

    Liked by 1 person

    1. Tuan azmi ,

      Selagi kita , meragui atau menimbulkan persoalan kewujudan Allah, bermakna kita masih belum mengenal Allah. Kenapa timpul persoalan, kenapa perlu bersuara dan timbul rasa ragu di hati, ini kerana tuan masih terlihat adanya diri atau aku.

      Wujud itu cuma Allah, hanya Allah yang mengetahui akan segalanya, kerana segalanya aturan Allah yang penuh rahsia tentang dirinya. Lihatlah, pandanglah segalanya itu kebesaran Allah.

      Bila semuanya Allah , apa lagi nak bersuara, apa lagi nak di persoalan. Tengelamlah dalam wajah Allah dengan keikhlasan.

      Tuan azmi jika sakit gigi siapa rasa?, sakit perut siapa rasa? , susah dan senang segalanya siapa rasa sendiri rasakan!.
      Itu pun jika tahu merasa .Jangan lah kita pandang pada hukum hakam dan yang kena hukum. Pandanglah bagaimana asal hukum dan hakam.

      Siapa membuat hukum hakam? Pasti tuan jawab manusia.
      Siapa buat bom atom ? Pasti tuan jawab manusia.
      Siapa buat bangunan tertinggi di dunia? Pasti tuan jawab manusia. Siapa buat setelite angkasa lepas? Pasti tuan jawab manusia.
      Siapa buat terowong dasar laut dan apa saja yang kita bangga kan di dunia ni sudah pasti manusia bukan.

      Pernahkah tuan terfikir adakah jasad manusia bergerak , bekerja , melihat, mendengar, menghidu serta mengerakan kaki dan tangan serta berfikiran untuk berjaya tanpa roh dan nyawa jawab?

      Segalanya sebab manusia mempunyai roh atau nyawa sehingga apa saja boleh kita buat. Cuba lihat orang mati boleh buat terowong, mendengar, minum dan sebagainya.Tentu tuan jawab ya jasad tidak berfungsi tanpa nyawa dan roh. Tanya siapa saja didunia ini, ada tak manusia boleh terangkan apa kah roh atau nyawa ini sejenis air, angin, batu, pasir logam atau apa saja di alam ini, pasti tuan pun tidak akan dapat menjangkau rahsia Allah ini.

      Kalau tuan pun tak tahu , janganlah nak soalkan hukum hakam siapa nak dihukum. Sedangkan gigi sakit awak rasa sendiri apa lagi yang lain. Kenallah roh atau nyawa segalanya alam semesta ini ditakbir roh (tidak bersuara, berjirim dan berjisim)

      Like

  13. salam tuan.. berdasarkan penerangan di atas, saya ada soalan.. siaran itu dtg nya daripda mana.. jadi bila tertilik dtg nya daripada Allah, maka persoalan timbul dimanakah Allah itu sebab kita semua nak kembali kepada Allah.. jika siaran, ada sumber nya, puncanya, data nya, maka berbalik pada Allah, dimana Allah.. mohon pandangan tuan, terima kasih..
    Jack | arcantara@gmail.com | 58.27.115.85 | 22/04/2014 jam 4:42 PM
    – Dimanakah allah? lebih dekat dari mata putih dgn mata hitam…. terangnya matahari lg terang Allah… semuanya tiada, yg ada hanya Allah. Mana sumber & puncanya? Lihatlah sekelian alam tuan, Nyatanya Allah pada zat,sifat, afal & asma …. Semuanya boleh dijadikan dalil & jalan utk mengenalnya (kerana semuanya adalah bayangnya)… letaklah sekelian alam didalam diri, akan nyata allah yg esa, selainnya akan lebur, fana & tiada. Bila sudah mengenalnya, adakah perlu kepada dalil, jalan, siaran lagi? yg nyata hanya Allah, allah allah allah……

    Salam tuan, saya nak tanya, kenapakah Allah berhajat utk merompak, mencuri, berzina, merogol? kenapa adanya skrip yg sebegini? mohon pandangan tuan..
    Jack | arcantara@gmail.com | 58.27.115.85 | 22/04/2014 jam 4:52 PM
    – Allah itu Maha kaya….. jika tiada yg disebut diatas…. sempurnakah Allah? jika semuanya baik…. bermakna belum cukup segalanya…. Apa yg nyata di seluruh alam ini memgambarkan kekuasaan, kekayaan, kesempurnaan & sebagainya… Allah tiada berhajat kpd yg tertulis itu, terjadinya demikian tak lain utk menyatakan/menzahirkan diriNya sendiri..

    salam tuan, saya nak tanya, bilamana diri kita sudh fana, sudah tiada, dimanakah nak diletak kan hukum hakam? siapa yg perlu dihukum.. boleh kah Allah dihukum? mohon pandangan tuan….
    Jack | arcantara@gmail.com | 58.27.115.85 | 22/04/2014 jam 4:55 PM
    – tuan sudah cakap…. bila diri sudah fana, sudah tiada… apa lagi yang hendak dihukum…. benda dah tiada… itu lah tanpa hisab.. adakah tuan fikir hanya diri fana? seluruh alam pun fana kan… yg tinggal hanya Allah.. jadi hidupnya makhluk akur dgn segala ketetapannya.. tidak bergerak walau sebesar zarah tanpa izinNya

    salam tuan, kita tidak boleh menjadi Allah tp saya mushkil, berdasarkan penerangan tuan, adakah kita ini Allah..? mohon pandangan tuan..
    Jack | arcantara@gmail.com | 58.27.115.85 | 22/04/2014 jam 4:57 PM
    – Tuan sudah paham fana, macam mana hendak kata kita tuhan sedangkan kita tiada.. hanya allah yg ada. Bila kata kita Allah, sedangkan Allah pun Allah…. jadi sudah ada 2, bila ada 2 itu Syirik. Maknanya diri masih belum fana bila mengatakan kita ini Allah.

    Maaf jika ada salah dan silap.. Semuanya dari dirinya sendiri

    Liked by 1 person

  14. Rasulullah sendiri luka,cedera..berjuang berjihad utk tegakkan Islam..kalimah Allah..Berhijrah beratus batu dari mekah ke madinah..berjln kaki & menaiki unta..6 hari perjalanan..susah payah hadapi tentangan dari musyrikin..Ini cukup menyedarkan betapa Rasulullah tak pikir pjg & terus akur yakin akan tuntutan syariat..sebab itu arahan direct dari Allah..arahan yg kita baca dlm al-quran..menerima arahan,petunjuk spt ayat kebenaran dari rasul & alquran serta menerimanya dari pemberi arahan iaitu tuhan Yg Satu..Allah..Al quran & rasulullah tunjuk ajar manusia juga sbg panduan utk kenal perkara baik buruk..benar salah..untung rugi..bg setiap perbuatan..dlm pada masa yg sama..zahir batinnya sedar..akur..taat..hanya pd Dia..Allah..

    Like

  15. Untuk saudara jack orang sufi berkata:”aku adalah engkau,engkau bukan aku”: ini ucapan mereka kpd Allah,jadi disini jelaslah perbedaan khaliq dan makhluk atau nafi dan isbat.

    Like

  16. Untuk saudara jack orang sufi berkata:”aku adalah engkau,engkau bukan aku”: ini ucapan mereka kpd Allah,jadi disini jelaslah perbedaan khaliq dan makhluk atau nafi dan isbat. Allah tidak berhajat seperti yang saudara tulis tapi berirodat terhadap baharu ini. Memang susah memahami makrifat ini selain mesti meninggalkan akal juga mesti Allah yang memberi pemahaman. Allah hal yang dulu,sekarang dan kemudian,dan itu sudah irodatnya. Lalu kemana hukum,surga atau neraka tentunya kembali kepada Allah.

    Like

  17. salam tuan arifbillah sekelian..bagaimana yang dikatakan dlm keadaan fana masih belum dpt mnyatakan tidak terlihatnya diri hanya wujud Allah.Bagaimana peringkat yang dinyatakan,situasi yang terjadi pada para penuntut yang dalam pengajian ilmu makrifat bila Allah memperkenalkan diriNya..Kebanyakkan para penuntut akan menghadapi masalah keliru dengan suasana ghaib yang sedang dilalui sebelum sampainya keadaan baqo billah (aku beserta Allah)..Makrifah akan hilang setelah ujian dapat diatasi..Dalam keadaan fana dimana dikatakan proses pentajalian diri dengan zat yang ditafsirkan dlm kitab syeikh kadir jailani sebagai maqom yang dimaksudkan tentang Nur Allah atau yang dikenali sebagai roh idhofi yang ditafsirkan para nabi dan rasul terdahulu hairan melihat kedudukan umat muhammad lagi hampir dengan dengan Allah berbanding dengan umat2 terdahulu.Bagaimana untuk membezakan apa yang dikatakan tentang roh idhofi @ makhluk ghaib yang lain samaada jin,iblis dan malaikat..Bagaimana mengenali dtgnya yang ghaib itu sebenar2nya yang dikatakan roh kalimah Bismillah,adakah ianya tanpa bunyi dan tanpa huruf yang mengajar diri dimana Guru Sebenar Guru adalah Allah..Dimana dalam proses fana berlakunya satu situasi ghaib dikatakan tanpa bunyi dan tanpa huruf dalam proses pentajalian diri sebelum sampai pada maqom baqo..Mohon penjelasan para arifbillah sekelian menjelaskan bagaimana situasi yang dialami pada keadaan yang dikatakan fana billah yang dilalui oleh sesetengah menuntut yang mendalami ilmu jalan ketuhanan ini..Semoga perkongsian ilmu para arifbillah memberi manfaat dan kefahaman bagi mnggelakkn kekeliruan mengenai situasi yang dialami timbul gangguan daripada jin dan iblis.

    Mohon bermuzakarah dan perkongsian daripada yang Arifbillah sekelian,..Semoga pengalaman yang dilalui oleh tuan dan puan dapat membantu saya dan para sahabat yang lain untuk memudahkan mengenali ilmu yang sebenar2 haq ini.Di mana perkara yang utama yang difardhukan oleh kepada sekelian makhluk adalah Mentauhidkan DiriNYA ESA..Barangsiapa yang mengaku kufur dan tidak mengaku pun syirik jika tiada jalan kefahamannya bagaimana mengEsakan ZAT,SIFAT,ASMA DAN AFAAL ALLAH..Sebagaimana sabda nabi awaluddin makrifatullah(awal agama mengenal Allah)..Siapa yang Mengenal Diri akan Mengenal TuhanNya,Bila mengenal Allah binasalah diriNya seperti kiasan Nabi Musa yang pengsan melihat gunung tursina bila Allah menampakkan wajahNya..Sekian terima kasih kepada guru2 dan arifbillah sekelian yang sudi berkongsi ilmu dan mencerahkannya dengan lebih lanjut.

    Like

  18. Salam Orang yang mengenal allah adalah orang yang dalam relung hati tiada kekuatan dan tiada keupayaan maka jika kita masih ada satu zarah selain allah pun dalam hati selama2 kita masih tidak mengenal sekenal . maka orang yang sadar allah hatinya tiada ada daya nak menyatakan allah dengan kata2 seperti diatas serta tiada daya untuk mencampuri urusan allah yang telah ditetapkan sejak azali lagi . Apa yang ditetap adalah kepada Dirinya sendiri kita ini tiada yang ada allah semata . pada Permulaan Allah sahaja yang ada dan tiada apa pun yang bersamanya .

    Like

  19. Assalamualaikum…
    Lama hamba tak berkunjung…, dikarenakan kesibukan yg luar biasa…
    Pertama ijinkanlah ananda untuk menjawab soalan, walau mungkin jawaban ini tak sempurna…
    InsyaAllah Secara garis besar ketiga soalan diatas akan terjawab dengan sendirinya jika kita telah mengenal Allah…
    Soalan pertama : jika semua ada puncanya, datanya, dsb. Lantas dimanakah Allah?
    Bagaimana nak mengetahui Allah dimana jika Allah sendiri tak bertempat… Allah tidak di utara, Allah tidak diselatan, Allah tidak diatas, Allah juga tidak dibawah… “tempat” / “wadah” itu adalah sesuatu yg baru… Sedangkan Allah sendiri tidak bergantung pada sesuatu yg baru…
    Soalan kedua : kenapa Allah berhajat dan ada skrip spt ( berzina, mencuri, dsb ).
    Allah tak pernah berhajat untuk sesuatu hal apapun jua… Jika masih berhajat berarti itu namanya Mahluk.
    Allah tak suruh kita pandang manusia yg berzina, Allah tak suruh kita pandang manusia yg mencuri… Sering kita hanya memandang semua itu, tapi kita sendiri terlupa pandang… Siapa sebenarnya yang membuat itu semua…. Allah hanya memberi semua itu supaya kita sadar bahwa semua itu datangnya Daripada-Ku…
    Soalan 3 : jika diri sdh fana, dimana letak hukum? bolehkah Allah dihukum?
    Jika diri sdh fana maka tak ada lagi hukum, bila ada hukum? jika kita terlihat akan adanya diri…
    Tp ingat…, datangnya fana tdk berkesendirian… Dtgnya fana diikuti oleh rasa ikhlas…, rasa cinta…, rasa menyerah 100%… Karena telah “Mengenal dgn sebenar mengenal ”
    Soalan ke 4 : adakah kita ini Allah?
    Kita ini lain Allah… Tapi diri kita inilah “PENYATA” Allah!
    Mungkin itu jawaban daripada ananda… Maafkan jika ada kekurangan…
    Terima kasih…
    Salam

    Like

  20. Alhmdlh..
    Dari menyimak jawaban dan komen2 saudara2ku sekalian, saya yg baru bergabung berterimakasih yg sebesar2nya krn dpt memetik sedikit demi sedikit pelajaran yg sy cari2 selama ini..
    Trimaksih kpd saudara2ku, tuan2, dan terutama terimakasih yg sebesar2nya kpd tuan hj guru yg telah membuat blog ini..
    Slm..

    Like

  21. satu hakikat yang perlu kita faham dan khatam iaitu Allah tidak berhajat atau tidak memerlukan hambaNya untuk menyatakan KeagonganNya dan KebesaranNya. Dia tidak sedikitpun terkesan dengan pujian kita dan Dia juga tidak sedikit pun terhakis dengan kederhakaan hambaNya. Sebaliknya kita lah yang berhajat kepada Allah Taala dalam semua hal. Allah Yang perintahkan kita supaya berpegang kepada semua yang berlaku adalah dari Qudrat dan Iradat Allah jua. Bukan dari qudrat dan iradat hambaNya. Kerana hambaNya mana ada qudrat (kekuatan) dan mana ada iradat (kehendak).
    Apabila kita pegang hakikat ini maka Iblis akan bisikkan sesuatu persoalan sebagaimana yang ditanyakan oleh saydara Jack. (maaf jika tersilap) Jika segala yang berlaku di dunia ini dari perbuatan baik dan jahat itu terbit dari Qudrat Allah atau Kekuatan Allah dan dari Iradat Allah atau Kehendak Allah, ini membawa erti Allah berkehendak buat jahat. BUKAN MACAM TU MAKSUDNYA.
    KITA PERLU KEPADA ALLAH… JIKA ALLAH TIADA DALAM HATI KITA, MAKA APA JUA YANG KITA LAKUKAN TAK AKAN SEMPURNA ELOK, BAHKAN SEGALA IBADAH YANG KITA KERJAKAN TIDAK AKAN MENJADI BEKALAN BAGI KITA NANTI.
    JIKA KITA KATAKAN BAHAWA YANG BAIK ITU DARI ALLAH DAN YANG JAHAT ITU DARI MAKHLUK… NAK TANYA SIKIT MAKHLUK NI BAGAIMANA BOLEH LAKUKAN KEJAHATAN. AMBIL QUDRAT MANA? BUAT SENDIRIKAH QUDRAT DAN IRADAT???
    ALLAH TAK BAGI KITA BUAT JAHAT..BETUL TAK??
    JADI APABILA KITA BUAT JAHAT ALLAH TENGOK KITA SAMBIL MARAH-MARAH DAN TAK MAMPU HALANG HAMBANYA… NAK TANYA SIKIT LEMAHKAH ALLAH ITU?? TAK LEMAH PUN !!!
    SEBENARNYA ALLAH CIPTA SEMUA PERBUATAN BAIK DAN BURUK. TINGGAL LAGI ALLAH ANUGERAHKAN AKAL UNTUK BERFIKIR MANA YANG BAIK DAN MANA YANG BURUK. LALU KITA PILIH YANG JAHAT DAN AKAN DISIKSA DALAM NERAKA. BUKAN KERANA PERBUATAN JAHAT ITU. TAPI KERANA PILIHAN KITA…PILIHAN KITA PUN QUDRAT DAN IRADAT ALLAH JUA.
    ALLAH YANG PERINTAHKAN KITA SUPAYA BERPEGANG DENGAN HAKIKAT TAUHID INI SUPAYA ALLAH SENTIASA ADA DALAM HATI KITA. ALLAH ADA DALAM HATI BUKANNYA ZAT ALLAH. ALLAH TAK ADA ZAT PUN. MACAM KITA KATA KEPADA SEORANG LAH. KAU SELALU DIHATIKU.. BUKANNYA DIA ADA DALAM HATI KITA. MAKSUDNYA KITA SELALU INGAT KEPADANYA. MAKA BEGITULAH ALLAH ADA DALAM HATI KITA KITA SENTIASA INGAT KEPADA ALLAH. APABILA ALLAH ADA DALAM HATI MUKMIN SEGALA SIFAT KESEMPURNAAN ALLAH AKAN DI DOWNLOAD KEDALAM CPU HAMBA, MAKA JADILAH SEGALA AMALAN DAN KERJA BUAT KITA SEMPURNA TAPI TIDAKLAH MAHA SEMPURNA. SEBAB MAHA SEMPURNA ITU HAK MILIK ALLAH.. SEBAB ITULAH KIT LIHAT TAMADUN ISLAM YANG SILAM MEREKA CIPTA HASILAN YANG MENAKJUBKAN. TAJ MAHAL SAMPAI HATRI INI TAK ADA SIAPA YANG BOLEH TIRU. KENAPA KERAN PEMBUAT ATAU PEREKA CIPTANYA ADA ALLAH DALAM HATINYA…

    Like

  22. Soalan 1:
    salam tuan.. berdasarkan penerangan di atas, saya ada soalan.. siaran itu dtg nya daripda mana.. jadi bila tertilik dtg nya daripada Allah, maka persoalan timbul dimanakah Allah itu sebab kita semua nak kembali kepada Allah.. jika siaran, ada sumber nya, puncanya, data nya, maka berbalik pada Allah, dimana Allah.. mohon pandangan tuan, terima kasih..
    Jack | arcantara@gmail.com | 58.27.115.85 | 22/04/2014 jam 4:42 PM

    Jawapan 1:
    Jika tuan cermati, yang ‘menggerakkan’ tuan untuk bertanya dan menaip soalan itu adalah juga ‘kenyataan’ Nya. Apatah lagi jika tuan bertanya tentang ‘siaran’. Maka sudah pasti ‘siaran’ itu juga ‘kenyataan’ Nya.

    Allah SWT itu, ‘Nyata’ pada setiap makhluk Nya. Melainkan tuan bukan makhluk Allah SWT, maka tiadalah ternyata ‘kenyataan’ Ila Rab pada diri tuan; atau tuan belum mematikan ‘keakuan’ diri, belum ‘mati sebelum mati’, belum sebenar-benar fana, maka tidaklah juga ternyata Allah SWT di depan mata dan akal fikiran tuan (zahir dan batin).

    soalan 2:
    Salam tuan, saya nak tanya, kenapakah Allah berhajat utk merompak, mencuri, berzina, merogol? kenapa adanya skrip yg sebegini? mohon pandangan tuan..
    Jack | arcantara@gmail.com | 58.27.115.85 | 22/04/2014 jam 4:52 PM

    Jawapan 2:
    (2.1)
    Kenapa malaikat tidak merompak, mencuri, berzina dan merogol? Kerana malaikat tiada ‘keakuan diri’, dirinya sudah ‘mati sebelum mati’, maka yang diperbuatnya hanyalah semata-mata ‘samikna wa atokna’; yakni melakukan perintah Allah SWT semata-mata.

    Jawapan diatas terkait pada soalan tuan, kerana hanya mereka(manusia) yang masih ‘hidup keakuan dirinya, dan belum sebenar-benar ‘mati sebelum mati’ yang sanggup melakukan segala perbuatan keji tersebut. inilah yang dipanggil ‘menzalimi diri sendiri’ kerana mereka masih lalai ‘menyatakan dan mengingati’ Allah SWT.

    (2.2) Kedua segala yang tersurat dan tersirat, baik dan buruk, qada dan qadar manusia itu telah tertulis di lauh mahfuz. Bermaksud perjalanan hidup kita ini sudah tertulis sepenuhnya, selengkapnya, dan sesempurnanya oleh Ila Rab.

    Bermaksud dari kenyataan saya itu adalah segala jalan ‘baik dan buruk’ yang telah, akan dan bakal kita lakukan itu sudah siap sedia ada di lauh mahfuz.

    Jika masih hidup ‘keakuan diri’ dan masih lalai ‘menyatakan’ Allah, maka sudah pasti masih ‘tertipu’ oleh diri sendiri dan kebarangkalian melakukan perbuatan keji tersebut adalah sangat tinggi.

    Berbeza dengan mereka yang benar-benar telah ‘mematikan diri’@fana dan ‘melenyapkan keakuan diri’, maka tidak akan lalai lagi mengingati Allah SWT, kerana Allah itu ‘nyata’ dihadapan mereka zahir dan batin. Jika bertembung peristiwa buruk seperti berzina, pasti tidak akan berlaku kerana takut dengan Ila Rab. Seumpama kisah Nabi Yusuf AS dan Zulaika. (rujuk kisah nabi Yusuf AS dan Zulaika)

    Soalan 3:
    salam tuan, saya nak tanya, bilamana diri kita sudh fana, sudah tiada, dimanakah nak diletak kan hukum hakam? siapa yg perlu dihukum.. boleh kah Allah dihukum? mohon pandangan tuan….
    Jack | arcantara@gmail.com | 58.27.115.85 | 22/04/2014 jam 4:55 PM

    Jawapan 3:

    Selagi ‘hayat dikandung badan’@masih hidup maka tiadalah tertolak hukum-hakam sebagai seorang islam pada diri yang masih hidup(berhayat). Apatah lagi apa yang telah termaktub didalam pada Al-Quran dan Hadis. Namun ada sedikit penambahan jawapan pada yang sudah bermakrifat.

    Mereka yang sebenar-benar telah fana @ mati sebelum mati @ benar-benar telah melenyapkan keakuan diri, maka tidak perlu lagi ‘terikat’ pada hukum hakam.(Jangan membuat andaian, baca dulu sampai habis). Kerana mereka yang benar-benar telah fana, tiada lagi keakuan diri, tiada lagi lalai dalam ‘menyatakan dan mengingati’ Allah SWT. Apabila tidak ada lagi lalai dalam ‘menyatakan dan mengingati’ Ila Rab, maka secara ‘automatik’ mereka akan ‘mendengar dan mengikut’ hukum-hakam yang diperintahkan oleh Ila Rab, tanpa melanggar batasan hukum-hakam tersebut. Itulah maksud tidak terikat lagi dengan hukum hakam. (kalau bahasa pasar, “dah mati, buat apa nak pakai hukum hakam lagi?”)

    Berbeza dengan mereka yang masih hidup ‘keakuan dirinya’, ‘masih belum mati sebelum mati’, masih lalai ‘menyatakan dan mengingati’ Allah SWT, maka mereka masih ‘terikat kemas’ oleh hukum-hakam kerana masih lagi cenderung melanggar batas,melakukan kezaliman pada diri, membawa keburukan pada diri dan sekelian makhluk Allah SWT yang lain.

    Merujuk semula kepada jawapan diatas, persoalan siapakah yang dihukum itu amat mudah.

    Jelasnya Allah SWT(Qadim) menghukum makhluknya(muhadas) yang melakukan ‘kezaliman dan kerosakan’. Walaupun ada suara-suara yang mengatakan ‘Allah menghukum dan dihukum itu Allah’, tetapi adalah MUSTAHIL jatuh hukum itu tertanggung pada Ila Rab.

    Ini kerana yang melakukan ‘kezaliman dan kerosakan’ itu adalah makhluknya yang lalai.(kerana masih hidup ‘keakuan dirinya’, ‘masih belum mati sebelum mati’, masih lalai ‘menyatakan dan mengingati’ Allah SWT). Maka kerana itulah jatuh hukum itu tertanggung pada makhluk Nya kerana Allah SWT tidak pernah ‘lalai’, yang bersifat ‘lalai’ itu makhluk Nya.

    soalan 4:
    salam tuan, kita tidak boleh menjadi Allah tp saya mushkil, berdasarkan penerangan tuan, adakah kita ini Allah..? mohon pandangan tuan..
    Jack | arcantara@gmail.com | 58.27.115.85 | 22/04/2014 jam 4:57 PM

    Makhluk dan alam jagat raya ini adalah ‘kenyataan’ Allah SWT dan makhluk itu terkumpul dalam keesaan Ila Rab. Allah SWT hanya akan ‘menyatakan’ Diri Nya pada yang telah ‘fana’.

    Perbezaan antara “fana yang batil” dengan “fana yang haq” adalah:

    “Adapun ‘fana yang batil’ adalah mengambil hak Allah dan meletakkan dalam dirinya dan menyatakan tidak ada lagi tuhan yang lain kecuali dirinya”

    “Manakala ‘fana yang haq’ adalah mengambil dirinya dan dihilangkan dalam haq Allah dan menyatakan dirinya tiada lagi kecuali wujud Allah semata-mata (isbat dan nafi)

    Jelaslah ‘fana yang batil’ itu membawa kepada syirik dan sama tarafnya dengan Firaun.

    Sekadar berbagi. Allah SWT jugalah yang memberi faham, insyaallah. Amin.

    Like

  23. 1.maka berbalik pada Allah, dimana Allah.. mohon pandangan tuan, terima kasih..
    Di dalam terjemahan Al Quran keluaran Kerajaan Saudi Arabia telah dituliskan bahawa:Allah ialah nama Dzat yang Maha Suci, yang berhak disembah dengan sebenar-benarnya. Al Fatihah (1):Notakaki 1.
    (Dzat) yang demikian itulah Allah, Tuhan kamu maka sembahlah Dia. Yunos (10):3.
    Maka (Dzat) yang demikian itulah Allah, Tuhan kamu yang sebenarnya, maka tidak ada sesudah itu melainkan kesesatan. Yunos (10):33.
    Di dalam terjemahan Al Quran keluaran Pejabat Perdana Menteri Malaysia (Dato’ Hussein Onn) dituliskan:
    Allah adalah nama khas bagi Dzat Tuhan Yang Wajibul Wujud. Al Fatihah (1)Notakaki 1.
    Nabi Muhammad saw ada bersabda yang bermaksud:
    Demi Dzat yang tiada Tuhan selain Dia. Terjemahan Sahih Muslim Bk.1, 95 (1994).
    Sesungguhnya Allah itu Dzat yang Maha Indah. Terjemahan Sahih Muslim Bk. 4, 570 (1994).
    Janganlah kita cuba mengkaji tentang Dzat kerana Allah swt tidak mewujudkan jalan untuk kita mengenali DzatNya. Sayidina Abu Bakar (ra) ada berkata yang bermaksud:
    Maha Suci Dzat tidak mewujudkan jalan untuk mengenali-Nya. Abu Al Wafa Al Ghanimi A Taftazani, Perkembangan Tasawwuf Islam, 131 (1996).
    Begitu juga Sayid Sabiq berpendapat bahawa Dzat adalah di luar kemampuan daya manusia. Beliau ada berkata:
    Hakikat Dzat Tuhan tidak dapat diketahui, tidak akan dicapai cara pemecahannya dan tidak mungkin dapat diperoleh keputusan terakhirnya, sebab memang fikiran manusia ini tidak dapat mencakup sampai kepada persoalan itu. Mengapa demikian? Kerana sengaja manusia ini tidak diberi oleh Tuhan alat untuk mencapai tujuan tadi. Fikiran manusia dibatasi.Sayid Sabiq, Unsur-unsur Kekuatan dalam Islam, 13 (1988).
    Hakikat Dzat Tuhan tidak dapat dilihat dan tidak dapat diketahui. Kerana fikiran manusia tidak dapat menjangkaunya dan manusia sama semasekali tidak diberi perangkat-perangkat untuk mengetahui-Nya.Sayid Sabiq, Unsur-unsur Kekuatan dalam Islam, 9 (1988).
    Professor Abu Ahad Dawud menegaskan bahawa orang-orang kristian cuba mengkaji tentang Dzat dan akhirnya menyeleweng kepada konsep tritunggal kerana itu ulama khalaf dan salaf tidak mahu mengkaji tentang Dzat. Beliau berkata yang bermaksud:Cawangan tritunggal daripada gereja kristian, dalam abad ke tujuh belas, telah memeras minda wali-wali dan ahli filasafah mereka untuk mencari istilah tentang Dzat dan Diri Tuhan; dan apa yang mereka ketemui?… kepercayaan Tuhan adalah satu daripada yang tiga… kerana itulah ulama Islam dahulu (khalaf) tidak mahu mengkaji tentang Dzat Tuhan. Abu Ahad Dawud, Muhammad in the Bible, 13 (1969).
    Tambahan pula DzatNya sangat berkuasa justeru itu siapa terpandang akan DzatNya pasti binasa. Nabi Muhammad saw ada bersabda yang bermaksud:
    Tirai-Nya adalah nur yang seandainya terangkat pasti keagungan Dzat-Nya akan membakar makhluk yang terpandang oleh-Nya. Terjemahan Sahih Muslim Bk.1, 228 (1994).
    Allah swt ada berfirman yang bermaksud:Dan tidak ada bagi seorang manusia pun bahawa Allah berkata-kata dengan dia kecuali dengan perantaraan wahyu atau di belakang tabir. Asy Syuura (42):51.
    Bukan sahaja itu, Tirai Nur yang meniraikan DzatNya juga tidak kurang hebatnya. Malaikat Jibrail a.s. berkata bahawa ada 70 Tirai Nur yang meniraikan Dzat dan sekiranya dia mendekati Tirai Nur yang pertama sahaja, dia akan binasa. Al Hadis (Miskatul Masabih) Vol 4, 226 (1994).
    Gunung juga hancur terkena Tirai Nur ini apatah lagi kita manusia. Allah swt ada berfirman yang bermaksud: Tatkala Tuhannya menampakkan (Tirai yang menirai) DiriNya kepada gunung itu, dijadikan gunung itu hancur luluh. Al Araaf (7):143.
    Nabi Musa as jatuh pengsan apabila melihat tirai NurNya sahaja. Allah swt ada berfirman yang bermaksud:Dan tatkala Musa datang untuk (munajat dengan Kami) pada waktu yang telah Kami tentukan dan Tuhan telah berfirman (langsung) kepadanya berkatalah Musa, “Ya Tuhanku, nampakkanlah (diri Engkau) kepadaku agar aku dapat melihat kepada Engkau.” Tuhan berfirman, “Kamu sekali-kali tidak sanggup melihat-Ku tetapi lihatlah ke bukit itu, maka jika ia tetap di tempatnya (sebagai sediakala) nescaya kamu dapat melihat-Ku.” Tatkala Tuhannya menampakkan (Tirai yang menirai) DiriNya kepada gunung itu, dijadikan gunung itu hancur luluh dan Musa pun jatuh pengsan. Al Araaf (7):143.
    Kesimpulannya:, kerana DzatNya tidak dapat diketahui atau dilihat oleh kedua mata kita dengan itu, Allah swt tidak boleh dirupakan ataupun diumpamakan. Allah swt ada berfirman yang bermaksud:
    Tidak ada sesuatupun yang serupa dengan Dia. Asy Syura (42):11.
    Tidak ada seseorangpun yang setara dengan Dia. Al Iklas (112):4.
    Dia tidak dapat dicapai oleh penglihatan mata. Al Anaam (6):103.
    Sesungguhnya orang-orang yang takut kepada Tuhannya yang tidak nampak oleh mereka. Al Mulk (67):12.

    2.kenapakah Allah berhajat utk merompak, mencuri, berzina, merogol? kenapa adanya skrip yg sebegini?
    Allah berfirman Dia yang mengilhamkan kefasikan dan ketaqwaan.
    Maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu kefasikan dan ketaqwaan.As Syam 91:8
    Jadi samada kita terima perkara yang taqwa atau perkara yang fasik,maksiat.dosa-dosa semuanya dari Allah Dia ilhamkan.Maksud Dia mengilhamkan itu ilham sudah termaktub didalam .Loh Mahfuz.Sebab itulah Rasullallah SAW bersabda:setiap anak Adam lahir sudah ditulis kan ahli jannah atau ahlinnar.
    Tak seorang pun daripada kamu kecuali sudah ditetapkan tempatnya di syurga atau di neraka. Sunan Ibnu Majah Bk1,66
    Sudah ditulis.Tiada suatu bencana pun yang menimpa di bumi dan pada dirimu melainkan telah tertulis dalam Kitab(Loh Mahfuz)sebelum kami
    menciptakannya.Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah ( Al Hadid 57:22 Rasullallah saw.bersabda masing-masing dipersenangkan jalan-jalan mereka ke tempat yang mereka tuju.kalau dia ahlinnar dia akan bekerja untuk ke neraka.kalau dia ahli jannah dia akan bekerja untuk pergi ke syurga.
    Orang-orang golongan bahagia mereka akan dipermudahkan untuk melakukan amalnya orang-orang bahagia.Adapun golongan orang celaka,dia juga pasti akan mengarah pada amalnya orang-orang celaka Sahih Muslim Bk4,575 Sahih Bukhari Bk8,402.
    Maka demi Zat yang jiwa ku dalam gengamanNya,sesungguhnya salah seorang di Antara mu ada yang beramal dengan amalan penghuni syurga kecuali satu hasta telah menhaduluinya Al Kitab,takdir kemudian beramal dengan amalan penghuni neraka maka masuklah diake dalamnya.Dan salah seorang di antara mu ada yang beramal dengan amalanpenghuni neraka sehinga tidak ada Antara dia dengan neraka kecuali satu hasta telah mendahuluinya Al Kitab,takdir kemudian beramal dengan amalan penghuni syurga maka masuklah dia ke dalam nya. Suna Ibnu Majah Bk 1,62
    Tiap-tiap manusia itu telah Kami tetapkan amal perbuatannya sebagaimana tetapnya kalung pada lehernya Al Israa 17:13
    Tidak seorang itu masuk ke syurga dengan amalannya tetapi dengan keredhaan Allah swt,begitu juga diriku Sahih Muslim Jld 4,819

    3.bilamana diri kita sudh fana, sudah tiada, dimanakah nak diletak kan hukum hakam? siapa yg perlu dihukum.. boleh kah Allah dihukum? mohon pandangan tuan….sifat wujud ini tidak lain daripada zat Dia.kita tidak wujud,nol. orang yang mengenal dirinya dan mengenal Tuhannya nescaya sudah pasti ia mengenal bahawa ia tiada mempunyai wujud bagi dirinya Imam Ghazali IU Bk 7,427
    Dia mencipta segala sesuatu ini melalui Zat Dia. kelakonan Dia atau pun lakuan Dia terzahir menerusi zat Dia.(ciptaan)semua kelakuan Dia terzahir atau keluar melalui zat Dia.itu Dia berkata aku yang zahir Aku yang bathin
    (DzatNya)Yang Zahir dan Yang Bathin Al Hadid 57:3
    kerana itu Dia berfirman bukan engkau yang membunuh Muhammad tetapi Aku,Zat Dia yang ada pada Muhammad.
    Maka(yang sebenarnya)bukan kamu yang membunuh mereka,akan tetapi Allah lah yang membunuh mereka,dan bukan kamu yang melempar ketika kamu melempar tetapi Allah yang melempar Al Anfaal 8:17
    jadi Dia berlakonan menerusi zat Dia.jadi semua lakonan adalah lakuan Zat.Allah bermain-main dengan zatNya sendiri.maka tidak ada berlaku kezaliman atau tidak adil.Sesungguhnya kehidupan dunia hanyalah permainan dan senda gurauan Muhammad 47:36
    Ada seorang lelaki tiba-tiba berkata, “Wahai Rasulullah kalau begitu apakah tidak sebaiknya kita menunggu ketentuan takdir kita dan tidak usah beramal?” Rasulullah (saw) bersabda, “Barangsiapa yang termasuk golongan bahagia dia pasti akan mengarah pada amalnya orang-orang bahagia. Dan barangsiapa termasuk golongan orang celaka, dia juga pasti akan mengarah pada amalnya orang-orang celaka.” Terjmhn Sahih Muslim Bk.4, 575
    Rasulullah (saw) bersabda, “Beramallah setiap kamu dipermudahkan.Orang-orang golongan bahagia mereka akan dipermudahkan untuk melakukan amalnya orang-orang bahagia. Adapun golongan orang celaka, dia juga pasti akan mengarah pada amalnya orang-orang celaka.” Terjmhn Sahih Muslim Bk.4, 575 (1994)
    Rasulullah (saw) ditanya, “Jika demikian (sudah ditentukan) tidakkah lebih baik kami pasrah sahaja?” Rasulullah (saw) menjawab, “Jangan begitu beramallah dan jangan berpasrah.” Sunan Ibnu Majah Bk 1, 66
    Rasullallah SAW adalah orang yang paling sempurna makrifatullahnya.Dia dan para sahabat,tabiin,dan seterusnya ..mereka mengikut syariat Rasullallah..
    Aku telah meninggalkan kepada kamu dua rujukan yang sekiranya kamu berpegeng teguh kepada kedua-duanya kamu tidak akan sesat iaitu Kitab Allah(Al Quran) dan Al Hadith ku(As sunnah)Al Muwatta Vol 11,544)
    Sudah fana pun mesti beramal mengikut syariat Rasullallah SAW…sudah merasa diri tidak ada pun mesti ikut syariat Rasullallah…mana ada Rasullallah bersabda kalau dah sampai makam fana ..bebaskan diri daripada syariat.
    4.adakah kita ini Allah..? mohon pandangan tuan..
    apabila Allah swt berfirman “Kun” kesemua ciptaan terjadi daripada DzatNya. Rasulullah (saw) ada bersabda yang bermaksud:Engkaulah Dzat yang mendahulukan….tidak ada tuhan selain Engkau: Sunan At Tirmidzi Bk.5,342 (1993).
    Mengikut istilah dalam kamus yang dikeluarkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (Malaysia), “Dzat” juga boleh di sama ertikan dengan “Unsur ” ataupun “Pati”iaitu:
    Sesuatu yang menyebabkan wujudnya sesuatu benda atau pati atau inti daripada sesuatu. Kamus Dewan Edisi Ketiga, 1558 (2000).
    Namun DzatNya yang digunakan olehNya untuk menjadi unsur kesemua ciptaan adalah sangat kecil. Mengikut sain lebih kecil daripada atom.Mengikut teori “the Big Bang”, kesemua ciptaan terjadi dari sesuatu yang kecil lebih kecil daripada sebiji atom (zarrah): Reader’s digest Knowledge Quest: Planet Earth and the Universe, 40 (?).
    Mengikut Nabi Isa (as) DzatNya yang digunakan adalah lebih kecil daripada sebiji pasir dan di hari kemudian kita akan lihat DzatNya ini seperti setitik air masin kita ketahuilah ianya daripada lautan.
    Segala sesuatu tidaklah sebesar daripada sebutir pasir kepada Tuhan.
    Di akhirat kelak kamu akan melihat Tuhan seperti kamu tahu setitik air masin itu datangnya dari lautan.Gospel of Barnabas 132 (?).
    Berkenaan Gospel of Barnabas, mengikut Prof. Anwar Musaddad, Rektor IAIN “Sunan Gunung Jati” merangkap Dean Fakultas Usuluddin serta Dozen Mata Kuliah Ilmu Perbandingan Agama:
    Injil Barnabas sejajar dengan hadith dhaif tetapi isinya dikuatkan oleh Al Quran, iaitu dalam soalan-soalan ketauhidan dan memelihara kesegaraman agama dan kepercayaan terhadap Nabi Muhamad (saw) maka ia dapat diterima oleh kaum muslimin sebagai berita-berita israiliyat yakni berita-berita disekitar Bani Israil (Yahudi) yang terdapat dalam kitab-kitab mereka:
    Prof. KH Anwar Musaddad, Kedudukan Injil Barnabas Menurut Pandangan Islam, 30 (1981)
    Mengikut Nabi Muhammad (saw) di hari kemudian kita akan melihat DzatNya ini seperti bulan purnama di langit (yang boleh ditutup dengan ibu jari) tetapi Allah swt lebih besar dari itu.
    Tiap-tiap sesuatu pasti binasa melainkan Dzat Allah: Al Qashash (28):88 [Tafsir Al Quran, Jabatan Perdana Menteri Malaysia, 1985].
    Abu Razin al Uqail bertanya Rasulullah (saw), “Adakah setiap kami akan melihat Allah swt.” Baginda menjawab, “Abu Razin, adakah kamu semua melihat bulan purnama?” Saya menjawab, “Benar”. Baginda berkata, “Kamu semua tidak akan ada masalah melihatNya seperti bulan purnama tetapi itu hanya kecil sahaja Allah lebih Mulia dan lebih Besar daripada itu.” :Translation of Sunan Abu Dawud Vol 3, 1324 (1990)
    Kesimpulannya, DzatNya yang digunakan untuk menjadi unsur atau pati kesemua ciptaan (termasuk ruang dan masa) adalah sangat kecil. Dengan ini, ciptaan tidak boleh menjadi Allah swt. Sebiji pasir tidak boleh menjadi Padang Pasir ataupun setitik air tidak boleh menjadi Lautan. Prof. Ramadhan ada menulis:
    Allah swt mengurniakan manusia sedikit daripada limpahan sifat-sifat-Nya sebagai alat persediaan atau kelengkapan yang dapat dipergunakan oleh manusia untuk memikul beban taklif yang kerananya manusia diciptakan… Sifat-sifat yang tersebut adalah sifat Zatiyyah nisbah kepada Allah swt. Adapun nisbah kepada manusia maka sifat-sifat tersebut bukan sifat Zatiyyah kerana pada hakikatnya sifat-sifat tersebut hanyalah limpahan Ilahi kepada manusia. Jauh sekali kiranya pengertian atau kefahaman seperti ini memastikan manusia menjadi sekutu Allah swt. Muhammad Said Ramadhan Al Buti, Keyakinan Hakiki, 124 (1996).
    1. DzatNya adalah Wajibul Wujud (Wujud yang wajib) untuk kesemua ciptaan. Iaitu, tanpa DzatNya tidak akan Wujud kesemua ciptaan termasuk ruang dan masa. Contoh, tanpa air tidak akan ada air-batu maka air adalah wujud yang wajib kepada air-batu.
    Kesimpulannya bahawa segala sesuatu yang maujud pasti bergantung dan bersandar pada zat yang Wajibul Wujud. Muhammad Said Ramadhan Al Buti, Keyakinan Hakiki, 117 (1996).
    2. Kerana tanpa DzatNya ciptaan tidak akan wujud maka DzatNya adalah permulaan bagi kesemua citpaan.
    Dia-lah Yang Awal Al Hadid (57):3.

    3. Kerana DzatNya adalah permulaan kepada kesemua ciptaan, ini bererti kesemua ciptaan terjadi ataupun terzahir daripada DzatNya. Contoh, air-batu terjadi ataupun terzahir daripada air.
    Dia-lah Yang Zahir Al Hadid (57):3.
    4. Sesudah terzahir menjadi ciptaan, DzatNya tersembunyi di sebalik penzahiran dan menjadi batin ciptaanNya itu. Contoh, sesudah air terzahir menjadi air-batu, air tersembunyi menjadi batin air-batu itu.
    Dia-lah Yang Batin. Al Hadid (57):3.
    5. Kerana DzatNya adalah permulaan dan penzahiran bagi kesemua ciptaan maka apabila ciptaan binasa yang tinggal adalah DzatNya. Contoh, apabila air-batu cair, yang tinggal adalah air.
    Dzat yang mengakhirkan. Terjemahan Sunan At Tirmidzi Bk. 5, 342 (1993).
    Dia-lah Yang Akhir. Al Hadid (57):3.
    Segala yang ada di muka bumi itu akan binasa dan kekallah Dzat Tuhanmu yang mempunyai Kebesaran dan Kemuliaan. Ar Rahman (55):26-27 (Tafsir Al Quran, Jabatan Perdana Menteri Malaysia, 1985).
    Tiap-tiap sesuatu pasti binasa melainkan Dzat Allah. Al Qashash (28):88( Tafsir Al Quran, Jabatan Perdana Menteri Malaysia, 1985).
    Namun begitu, Allah swt tidak berawal dan berakhir. Contoh, sama ada air-batu di atas Lautan itu ada atau pun tidak Lautan begitu juga. Nabi Isa (as) ada bersabda yang bermaksud:
    Dia tidak berawal dan berakhir tetapi kepada kesemua Dia berikan awal dan akhir. Gospel of Barnabas, 17, 105 (?)
    6. Kerana DzatNya adalah penzahiran dan batin kesemua ciptaan maka ini bererti DzatNya meliputi kesemua ciptaan. Contoh, air meliputi kesemua air-batu.
    Allah Maha Meliputi segala sesuatu. An Nisa (4):126.
    Segala hakikat di alam semesta yang anda lihat dan anda saksikan kesemuanya adalah limpahan daripada satu hakikat teragung iaitu hakikat Dzat Azza Wajalla. Muhammad Said Ramadhan Al Buti,Keyakinan Hakiki, 67 (1996).
    Sifat wujud ini tidak lain selain Dzat-Nya. Muhammad Said Ramadhan Al Buti, Keyakinan Hakiki, 67 (1996).
    7. Kerana DzatNya meliputi kesemua ciptaan maka di mana ada ciptaan di situ ada DzatNya.
    Dan Dia bersama kamu di mana sahaja kamu berada. Al Hadid (57):4.
    Kami lebih dekat kepadanya dari urat nyawanya. Qaaf (50):16.
    8. Kerana di mana ada ciptaan di situ ada DzatNya (Yang Wajibul Wujud) maka dengan itu, Dia Maha Melihat, Maha Mendengar, Maha Mengetahui dan Maha Mengawasi segala lakuan ciptaan yang dizahirkan ataupun tidak.
    Allah Maha Mendengar lagi Maha Melihat. Al Mukmin (40):56.
    Dia-lah… Maha Mengetahui. Al Hijr (15):25.
    Allah Maha Mengawasi segala sesuatu. Al Mujadilah (58):7.
    Tidak luput dari pengetahuan Tuhanmu biarpun sebesar zarrah (atom) di bumi ataupun di langit. Yunus (10):61.
    Sesungguhnya Allah mengetahui segala isi hati. Lukman (31):23.
    9. Kerana hanya sedikit DzatNya yang menjadi unsur kesemua ciptaan maka Allah swt tentulah Maha Besar, Maha Luas lagi Maha Tinggi.
    (Allah) yang Maha Besar. Ar Rad (13):9; Al Hajj (22):62; Al Mukmin (40):12
    Allah Maha Luas. Ali Imran (3):73.
    (Allah) Maha Tinggi. Ar Rad (13):9; An Nisa (4)::34; Al Hajj (22):62; Al Mukmin (40):12
    10. Kerana DzatNya adalah Yang Zahir dan Batin kesemua ciptaan (termasuk ruang dan masa) maka tidak menjadi satu masalah bagi Allah swt mengizin sesuatu berlaku:
    Dan sesungguhnya kamu telah mengetahui (bagaimana buruknya akibat) orang-orang di antara kamu yang melanggar (larangan) pada hari Sabtu, lalu Kami berfirman kepada mereka: “Jadilah kamu kera yang hina”. Al Baqarah (2):65
    [Di sini DzatNya yang ada di orang-orang yang dimurkai memainkan peranan]
    Lalu Kami wahyukan kepada Nabi Musa: Pukullah laut itu dengan tongkatmu. (Setelah dipukul) maka terbelahlah laut itu (kepada beberapa bahagian), lalu menjadilah air tiap-tiap bahagian yang terbelah itu terangkat seperti gunung yang besar.: Asy Syuaraa (26):44-47.
    [ Di sini DzatNya yang di laut memainkan peranan]
    Hai kaumku inilah unta betina daripada Allah sebagai mukjizat kebenaran untukmu: Hud (11):64. [Di sini DzatNya di batu itu memainkan peranan]
    Dan aku menghidupkan orang mati dengan seizin Allah: Ali Imran (3):49 [Di sini DzatNya di jasad mayat itu memainkan peranan]
    11. Kerana DzatNya adalah Yang Zahir dan Batin kesemua ciptaan (termasuk ruang dan masa) maka kesemua lakonan ciptaan sebenarnya adalah lakuanDzatNya.

    Maka (yang sebenarnya) bukan kamu yang membunuh mereka, akan tetapi Allah yang membunuh mereka, akan tetapi bukan kamu yang melempar ketika kamu melempar tetapi Allah yang melempar: Al Anfaal (8):17.
    Sesungguhnya telah Kami muliakan anak-anak Adam, Kami angkut mereka di daratan dan di lautan: Al Israa (17):70.
    Tidakkah kamu melihat Allah mengerak awan: Al Israa (17):70.
    12. Kalau DzatNya adalah Yang Zahir dan Batin kesemua ciptaan (termasuk ruang dan masa) dan kesemua lakonan ciptaan sebenarnya adalah lakuan DzatNya maka dari sudut pandangan mereka yang sudah bermakrifatullah, kewujudan ciptaan tidak wujud. Prof. Muhammad Ramadhan Al Buti ada berkata:
    Sifat wujud ini tidak lain selain Dzat-Nya: Muhammad Said Ramadhan Al Buti, Keyakinan Hakiki, 110(1996).
    Imam Ghazali berkata:
    Orang yang mengenal dirinya dan mengenal Tuhannya niscaya sudah pasti ia mengenal bahawa ia tiada mempunyai wujud bagi dirinya: Imam Ghazali, Ihya Ulumiddin Bk. 7, 427 (1981).
    Allah swt berfirman yang bermaksud:
    Dan sesungguhnya telah Aku ciptakan kamu sebelum itu padahal kamu (di waktu itu) belum ada sama sekali: Mariam (19):9.
    Kepunyaan Allahlah semua yang ada di langit dan di bumi: Ali Imran (3):109, 129; Al Baqarah (2):255; 284.
    13. Kerana DzatNya adalah batin kesemua ciptaan maka ini juga bererti DzatNya adalah hakikat kepada kesemua ciptaan.

    Akhirnya tentu bertemulah dengan hakikat. Mulanya tercapailah kasyaf iaitu terbuka rahsia yang senantiasa menyelubungi di antara kita dengan Dia. Terhindarlah hijab, iaitu dinding. Dinding tebal yang memisahkan di antara kita dengan Dia. Hamka, Perkembangan Tasauf Dari Abad Ke Abad, 113 (1976)

    Like

  24. Assalamualaikum Tuan Guru,
    Perkenalkan saya juddy dari Jakarta. Mohon ijin komentar dan saya mohon maaf apabila lancang.
    Mungkin bagi sebagaian orang (beruntung) yg bisa mendapatkan Ilmu ini (Makrifat), Ilmu yg Haq dan Ilmu yang Sempurna. Untuk Mengenal kepada Allah masih sangat jauh sekali bagi saya. Tapi saya berusaha terus untuk belajar dan meningkatkan keyakinan saya. Dan Untuk Mengenal Kepada Allah saya tidak memerlukan dalil – dalil karena sudah jelas bahwa “yg pertama kali diwajibkan atas manusia adalah mengenal kepada Allah dengan keyakinan yang seyakin-yakinnya”. Ketika kita di Tanya Apakah kita Yakin bahwa Allah itu Ada? Kalau Yakin Allah Ada, dimanakah Allah? (Karena kita mengenal Allah kita pasti mantap dalam menjawab)
    Dan orang yg kenal dengan Allah yakin bahwa Allah,SWT Berkuasa. Yakin bahwa Af’al Baik dan Buruk datangnya hanya dari Allah,SWT.
    Apabila kita mengenal kpd Allah kita akan menyadari bahwa kita ini bukan siapa2, kita ini hanya bangkai. Kita tidak bisa berbuat apa2. Karena Allah lah yang membuat kita hidup, Allah yg membuat kita bisa bergerak, bekerja dan melakukan apapun juga. Jangan pernah merasa kita berkuasa, kita yg berbuat. Tp karena Allah semata-mata sehingga kita bisa berbuat. Maka kita akan Fana.
    Ketika kita benar2 memFanakan Diri kita. Yang ada Hanya Allah. (Dengan Ilmu)
    Kanjeng Syeikh Siti Jenar R.A berkata kpd murid yg mencarinya Siti Jenar tidak ada, yang ada Allah. (Wajar beliau berkata spt itu dengan ketinggian & kehebatan Ilmu yg dimiliki beliau). Dan orang yg tidak mengerti dan memahami Ilmu Makrifat dan mendengar ucapan Kanjeng Syeikh saat itu. Lantas menyalahkannya karena sudah mengaku-ngaku bahwa dirinya adalah Allah.
    Menilik dari cerita tersebut bahwa Ilmu ini bersifat Rahasia, karena memang letaknya di Dalam Rahasia.

    Like

  25. Assalamualaikum Tuan Guru Ustad Shaari,,janganlah TGUS Susah dan nak peningkan kepala otak bagi menjawab soalan org yg mengaji dan tidak mahu mengkaji,inilah indahnya karenah bagi yg mahu memahami Mafriffatullah,bukan semua di izinkan Olehnya dapat menadah hujan yg diturunkan,,kebanyakkannya,,tempias pun dah cukup-cukup baik dan terramat beruntung dari yg basah lenjun tapi setitik pun tak di izinkan berjaya menadahnya walaupun menggunakan baldi,ini MAFRIFATTULLAH,memang mudah bagi yg mengenal tapi amat susah dan payah bagi yg baru mahu belajar mengenal,TGUS sendiri pun pernah berkata ini ilmu untuk mendalami satu bab sahaja makan masa 30tahun atau lebih,jadi berapa lama para pelajar TGUS belajar???kan cuma 3 jam,jadi apa yg nak dihairan bila ada yang dah pening,,apa tidaknya,tau-tau dah jadi ALLAH, Sedangkan apa yang TGUS ajar tu memanglah benar,saya tahula sebab saya pun dah di dendangkan irama ini pun mcm TGUS sejak dari kecil,bezanya ilmu ini tidak dibuka kepada umum kerana takut jadi beginilah,sekiranya anak murid yg baru mahu belajar jalan Mengenal pun Guru akan berhati-hati dlm memberi kerana nak ilmu yg sebenar benar ilmu mestilah berusaha mencari dan terus mencari hingga berjumpa dgn ilmu MAKRIFATTULLAH yg sebenar benar ilmu,Anakanda tahu yg TGUS berniat baik dlm menyebarkan nya ,tapi inilah kesannya bila MAKRIFFATTULLAH yg yg diajar dan yg belajar cuma 3 jam,,di pendekkan cerita,biarlah mereka dgn komen mereka,,TGUS dah bukakan jalan,terpulanglah balik kalau mereka betul-betul mendapat hanya setitik air hujan yg diturunkan tetapi tidak sama dgn yg dapat menadahnya setimba,maknanya atas izin ALLAH dlm nak berkenalan dgn nya,artis pun susah nak dapat kan autograf,inikan pula ALLAH,secara logiknya,kalaulah dgn hanya 3jam dah kenal ALLAH dan dah pandai soal balik,memang hebat insan bertuah tu,,FAHAM ITU MILIK ALLAH kan begitu TGUS Cakap,,Aruah Ayah saya pernah berpesan pada anak muridnya, kalau nak tahu jalan ini betul atau salah,lihatlah nanti pada jasadnya bila meninggal,MATI-MENINGGAL DUNIA-KEMBALI KE RAHMATULLAH,3 prkataan yg berbeza tapi maknanya sama,org yg bawa jalan MAFRIFATTULLAH ini boleh dilihat pada jasadnya,mereka tidak mati,tapi meninggal dunia untuk kembali kerahmattullah,Jasadnya akan lembut macam org tidur walaupun sudah 3/4hari..kerana mereka bukan mati,kalau mati,sama saja macam bangkai haiwan yg kena langgar dijalan,itu baru 1 dan ada lagi bukti kebesaran pada jasad yg membawa jalan MAKRIFFATTULLAH ini,untuk meyakinkan anak murid agar boleh percaya atau tidak,tapi selalunya mereka pun dah diuji,jadi dah tntulah yakin,mati sebelum mati tu memang ada,dgn bantuan guru,anak murid memang betul akan diiring matikan diri sebelum mati,tapi tidak boleh pandai-pandai buat sendiri,takut tak jumpa jalan pulang,digalakkan pada yg dah berkahwin,umur pun 40 tahun keatas ,dan memang dah mantap bila guru menilai kemantapan persediaan latihan yg diberikan,bukan 3jam boss,lepas tu bila dah pergi matikan diri sebelum mati,takut nanti dunia pun dia dah taknak,itu pasallah di galakkan umur 40 tahun keatas,ini boleh diberi rasa kepada yg memperlekehkan Ilmu MAKROFFATTULLAH ini,tapi sayang selepas aja keluar melangkah dari rumah guru,maka di tarik balik pengalaman yg baru saja dilalui tadi, (tak boleh nk diceritakan disini). dari org yg memperkecil-kecilkan ilmu Allah ini,org utara ckp,,,”baru ada akai”jadi kata semangat buat TGUS, dari anakanda yg bernama yasin ini,teruskan apa saja yg TGUS mahu lakukan demi menyebarkan ilmu yg teramat-amat benilai bagi mereka yg mahu mencari,mendalami lalu mengkaji,tapi FAHAM,milik ALLAH,,kepada org baru yg mendengar perkataan MAKRIFFATTULLAH ini,jangan lah cepat melatah,sepatutnya berterima kasih pada TGUS yg masih sudi memperdendangkan iramanya,kebanyakkan guru yg lain malas nak ketengah,,jadi semoga ALLAH dan Rasul akan memberi kemudahan dlm segala urusan yg akan TGUS perjuangkan,pasti ALLAH yg akan menanti,tidak syurga lagi,Amin….

    Like

  26. Mengarut je ilmu makrifat ni. Sungguh, Tok Kenali tidak ajarkan ilmu begini. Wahdatul Wujud melampau. Nk jwb soalan basic ttg kewujudan Allah pun x boleh. Nampak sgt temberang. Apa epistemologi yang diguna dlm penulisan buku ni? Banyak ilham dari bisikan Syaitan barangkali. Saya dh khatam buku ilmu mengenal diri. Sesungguhnya banyak keraguan dan menyesatkan. Dah difatwakan haram juga, sila la bertaubat.

    Like

    1. Wahai abu fatah, kekasih allah yang budiman. Benar kata tuan itu, cakaplah apa pun , kata itu sudah tertulis di alam luh mahfuz. Kami yang berilmu makrifat sudah terdahulu tahu akan kata2 itu.

      Kami yang mempertahankan ilmu tauhid iaitu percaya pada allah yang satu iaitu wujud meliputi alam semesta ini.Dulu saya juga sedemikian macam tuan , tak percaya, tak yakin, ragu2 dan sebagainya atas dasar tak faham.Bila dah faham maka tiada lagi kesangsian.

      Saudara abu fatah jika tidak ingin memahami atau merasa serta mengenal allah, tak apa. Hiduplah macam biasa tolong menolong, bantu membantu, sayang meyayangi serta hormat menghormati. Hormat orang tua adik abang saudara dan seluruh manusia.

      Janganlah mengata orang itu ini tak elok kita kerna hormat, tuan guru tak suruh baca , tapi kamu bacakan, janganlah kita cakap orang sesat sedangkan kita belum tentu betul. Hormat karya orang dan hargai ilmu.

      Kalau tahu tak betul jangan ikut, tumpukan kepada diri perbaiki diri , jaga ibubapa dan jaga keluarga .tak paya jaga tepi kain orang tak elok bukan. Berpandangan positif , kita baik dengan orang orang baik dengan kita biarlah hidup hormoni, jangan ada prsangka buruk terhadap orang tak elok.

      Abu fatah seorang yang baik, berbudi pekerti bukan, tanamlah sifat yang baik ya, berbaktilah pada ibubapa dan hormat orang tu.
      Permintaan kami tinggalkan blog makrifat sesat ini.kembalilah dan berserah pada allah ya. Terima kasih.

      Like

      1. Utk kawan kawan yg cerdas akan akal pikirany saran saya halaman ini tdk lah cukup utk anda mendapat faham akan semua yg anda tanyakan …hendaknya anda duduk berguru dgn ahlinya langsung…guru yg ahli atau langsung berhadab dgn hj ashari atau jika di indonesia hb luthfi bnyak lagi ulama di sekitar anda yg ahli dlm hal agama dan ketuhanan…salam damai by ahmad tarekat alawiyyin ba’alwi … Salam kenal whatshap 08978771079

        Like

    2. Assalamualaikum… #Abg_Abu_Fatah_On terima ksh diatas nasihat Abg itu…inn Shah Allah jika itu yg sudah tertulis Kami akan ikut nasihat abg …cukup sempurna sifat mu Ya Allah..Assalamualaikum…

      Like

  27. Utk kawan kawan yg cerdas akan akal pikirany saran saya halaman ini tdk lah cukup utk anda mendapat faham akan semua yg anda tanyakan …hendaknya anda duduk berguru dgn ahlinya langsung…guru yg ahli atau langsung berhadab dgn hj ashari atau jika di indonesia hb luthfi bnyak lagi ulama di sekitar anda yg ahli dlm hal agama dan ketuhanan…salam damai by ahmad tarekat alawiyyin ba’alwi … Salam kenal whatshap 08978771079

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s