Kepada Bayu Qalbu dan Peminatnya

 

Saya Hj. Shaari Che Wook, ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada tuan Bayu Qalbu, kerana telah mengeji, mencela, menghina, merendah dan mempersalahkan ilmu Tok Kenali. Sudah selayaknya saya menerima cacian dari tuan kerana saya dan ilmu Tok Kenali, tidak setinggi ilmu tuan. Memang saya ini seorang penulis yang bodoh dan selayaknya mendapat kejian dan cercian dari tuan dan satu dua orang yang mengikut tuan. Jika benar Ilmu Makrifat Tok Kenali yang saya bawa itu salah, silalah kemukakan ilmu makrifat yang benar.

Setahu saya, apa yang tuan tulis itu, adalah ilmu fekah, sedangkan ilmu yang saya bawa itu adalah ilmu makrifat. Ilmu fekah yang tuan bawa itu, adalah ilmu perjalanan (torikh), bukannya ilmu sampai, bukannya ilmu duduk dan bukannya ilmu putus. Jika ilmu yang tuan anjurkan itu, adalah ilmu yang benar, sudah tentu tuan tidak merendah-rendah dan menyalahkan ilmu orang lain.

Jika kail panjang sejengkal jangan lautan hendak diduga. Kail tuan itu, adalah kail fekah, bukannya kail makrifat. Apa-apapun saya tidak menyalahkan tuan, tuan dengan ilmu tuan dan saya dengan ilmu saya. Ilmu yang tuan sampaikan itu, tidak saya nafikan kebenarannya, namun ianya “betul dan benar” dalam konteks ilmu fekah, bukan dalam konteks ilmu makrifat. Adapun ilmu yang saya kalamkan itu, adalah ilmu makrifat bukannya ilmu fekah.

Biarpun baru hari ini saya terpandang komen Bayu Qalbu, namun saya mengaku yang ilmu tuan Bayu Qalbu adalah benar, tinggi, dalam dan betul. Manakala ilmu yang telah saya sampaikan selama ini, adalah ilmu salah, ilmu sesat dan ilmu yang tidak benar. Sekalipun hanya ilmu tuan saja yang benar dan betul, janganlah pula hendak menyalahkan ilmu orang lain.

Apapun saya mengucapkan ribuan terima kasih di atas komen tuan yang panjang lebar dan yang menyalahkan ilmu saya, semoga semua pembaca blog dan penggemar blog saya, akan berpatah balik untuk berguru dengan tuan guru Bayu Qalbu. Mungkin saya juga akan berguru dengan tuan guru Bayu Qalbu dan jika tidak benar ilmu makrifat Tok Kenali, jadi marilah kita beramai-ramai berguru dengan Tuan Guru Bayu Qalbu dan menolak ilmu makrifat Tok Kenali.

Penerangan tuan itu, kurang panjang dan kurang lebar, kalau boleh karangan tuan itu, hendaklah dipanjangkan dan dilebarkan lagi. Mungkin peminat di luar sana gemar dan suka membaca tulisan tuan. Ilmu yang tuan sampaikan itu, teramat-amat tinggi, mungkin perlu saya menuntut dan berguru dengan tuan. Terima kasih Tuan Guru Bayu Qalbu. Terimalah saya yang bernama Hj. Shaari ini untuk berguru dengan tuan dan menjadi anak murid tuan. Saya tidak layak menjadi guru, hanya tuan Bayu Qalbu sahaja yang berilmu tinggi. Oleh itu, marilah kita beramai-ramai berguru dengan guru Bayu Qalbu.

Kepada tuan guru Bayu Qalbu, sedikitpun saya tidak marah dan rasa berkecil hati, malahan meyarankan lagi supaya tuan terus-menerus menembak, menghukum, mengeji, merendah-rendahkan dan memperlekeh-lekehkan ilmu saya melalui tulisan tuan. Selayak dan sudah sememangnya tuan merendah-rendahkan saya, kerana saya memang seorang guru yang tidak berilmu, jika pun berilmu, mungkin tidak setinggi ilmu tuan. Maafkan saya tuan guru Bayu Qalbu, kalau ilmu yang telah saya sampaikan selama ini tidak memihak kepada tuan.

Sekali lagi saya berseru kepada peminat blog Hj. Shaari, supaya mari kita beramai-ramai termasuk saya sendiri, kita sama-sama beralih kepada tuan guru Bayu Qalbu. Jika tuan guru Bayu Qalbu benar-benar jujur dan ikhlas untuk menerima kami sebagai anak murid, sila tuan guru Bayu Qalbu paparkan nombor talian telefon serta alamat rumah tuan, agar dapat kami dan rombongan berkunjung untuk berguru dengan tuan. Nombor talian telefon saya adalah 019-4444713. Sesiapa saja, bila masa dan di mana saja peminat-peminat blog boleh menelefon dan boleh untuk berjumpa saya secara langsung, untuk sama-sama kita belajar dengan tuan guru Bayu Qalbu.

Sila tuan guru Bayu Qalbu, nyatakan nombor telefon tuan, untuk kami berguru dan berkunjung. Terima kasih tuan guru Bayu Qalbu atas komen tuan guru. Sila nyatakan komen lagi ya, ramai yang menantinya.

Dengan nama Allah Tuhan semesta alam, saya mendoakan semoga Allah merahmati, melindungi dan menyelamatkan ahli keluarga, termasuk anak isteri tuan dunia dan akhirat. Dimurahkan rezeki, dipanjangkan umur dan dijauhkan mara bahaya. Terima kasih Bayu Qalbu dan beberapa orang peminat tuan.

Hj. Shaari Hj. Mohd Yusof,
Fakulti Makrifat, Universiti Qalbu Mukmin.
Jangan Sampai Terlihat Adanya Diri!

6 Replies to “Kepada Bayu Qalbu dan Peminatnya”

  1. Salam Tuan Haji.

    Itu lah jawapan bagi orang yang ada ilmu. Sentiasa bersetuju dengan pendapat orang lain walaupun dihina atau dibidas. Hasilnya Tuan Guru dapat mengekalkan momentum nya yang bijaksana.

    Untuk orang sana….perhatikanlah disebalik kata-kata Tuan Haji.

    Syabas Tuan Haji…….itu lah sebaik-baiknya……

    Alhamdulillah….tiada ayat ayat kurang elok dari Tuan Haji…….Alhamduliilah…….

    Sempurnanya sifat-sifat Mu………..Warna warni…….aneka ragam……..Lengkap….. selengkap-lengkapnya………

    Like

  2. Assalamualaikum TG Hj Shaari dan semua….
    Terima kasih kepada TG kerana nukilan2 TG dan yang lain banyak memberi panduan kepada saya… Disini nak saya nyatakan bahawasanya memang saya teramat sedih terhadap nukilan Bayu Qalbu…. Apalah salahnya sekiranya tuan Bayu Qalbu lebih cermat dan berbudi pekerti dalam meluahkan apa yang nak di sampaikan…. Walau tidak setuju sekalipun dengan TG Hj Shaari, tunjuklah sedikit rasa hormat kepada beliau kerana beliau adalah orang tua…. Saya percaya sekiranya tuan telah sampai lebih tinggi dari Haji Shaari sampaikan kepada kita semua, tuan Bayu Qalbu tidak akan berbuat demikian terutamanya ada sindiran2 tajam…. Walaupun saya tahu dan redha segalanya adalah dari gerak geri Dia Yang Maha Berkuasa keatas segala sesuatu…. Saya tidaklah marah kepada tuan Bayu Qalbu tetapi saya tidak bersetuju dengan apa yang tuan nukilkan terutamanya didalam blog yang bukan milik tuan. Maafkan saya TG, tetapi walaupun saya tidaklah pandai sangat nak menyusun kata, saya faham yang ini adalah ketetapan Allah yang mesti dilalui oleh pejuang pejuang makrifat…. Apa nak dihairankan Nabi Muhammad sendiri pun berapa ramai yang tuduh baginda sesat, pendusta dan sebagainya. Semoga diambil iktibar diatas apa yang terjadi….

    Wasalam…

    Like

  3. As’kum Tuan Guru,

    Sy telah baca email tuan guru dan m’ceritakan tentang komen yang telah di hantar oleh yg b’nama BAYU QALBU yang m’nuduh ajaran tuan guru adalah sesat,Sy disini ingin m’getahui komen-komen yang telah dilemparkan kepada tuan guru..klu tak m’jadi keberatan bagi tuan guru boleh tak hantarkan komen2 itu kepada sy untuk saya baca.Sy mita maaf byk2 kepada tuan guru sekiranya sy email ini m’ganggu emosi dan situasi tuan guru.

    Sekian terima kasih,

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s