Siapa Dajal, Siapa Iblis dan Siapa Syaitan

 

Soalan dari anakanda Ikhwan: Siapakah Dajal?

Jawapan dari ayahanda Hj. Shaari, sebelum mengenal Dajal, cuba anakanda kenal dulu siapa iblis dan kenal dulu siapa syaitan!

Contohnya semasa bulan ramadan (bulan puasa), pada bulan ramadan, Allah telah merantai syaitan dan iblis. Pada bulan ramadan, segala syaitan dan iblis dirantai, dikunci, diikat, dijel dan dikurung. Tetapi yang menjadi tanda tanya dan yang menjadi persoalannya di sini, “siapakah” yang melakukan perbuatan maksiat di bulan ramadan? Persoalannya, siapakah yang melakukan kejahatan atau yang melakukan maksiat pada bulan ramadan, sedangkan iblis dan syaitan telah dikurung oleh Allah?

Kepada sesiapa yang boleh menjawab persoalan di atas, maka tahulah dia siapa Dajal. Apakah yang memenuhi lokap polis di bulan ramadan itu syaitan dan iblis? Apakah syaitan yang berkhalwat antara lelaki dan perempuan (bersekedudukan) di bulan ramadan? Syaitan atau ibliskah yang mencuri dan membunuh di bulan ramadan?

Cari jawapan itu…itulah Dajal! Amin…daripada Hj. Shaari.

Hj. Shaari Hj. Mohd Yusof,
Fakulti Makrifat, Universiti Qalbu Mukmin.
Jangan Sampai Terlihat Adanya Diri!
Advertisements

15 Replies to “Siapa Dajal, Siapa Iblis dan Siapa Syaitan”

  1. Assalammualaikum….saya sekadar memberi pandangan..saya pun masih berlajar dlm ilmu marikfat ini….kalau salah minta tuan haji shaari perbetulkan….apabila kita lupa atau tidak ingat pada Allah,maka syaitan dan iblis la dkt dengan kita….padangan saya dajal itu dtg bila kita lupa atau tidak ingat pada Allah….Amin

    Like

    1. Jawapan Kepada Ananda Shahril: Berkenaan perkara iblis dan syaitan.

      Anandaku Shahril. Mengikut pandangan ilmu makrifat, perkara jin,syaitan atau iblis itu, tidak lagi diambil perkiraan. Apa yang lebih penting disini, adalah “siapakah yang mengerakkan jin, iblis dan syaitan?”.

      Seumpama kita ambil contoh keris atau lembing yang tersanggkut didinding. Bolehkah keris atau lembing yanng tersanggkut didinding itu boleh berjalan sendiri untuk membunuh?. Cuba ananda jawab solan saya, bolehkah keris atau lembing itu berjalan sendiri untuk membunuh?.Begitu juga syaitan, jin atau iblis. Tidak bergerak walau sebesar zarah jika tidak diizinkan Allah!. Tidak bergerak jin, syaitan atau iblis jika tidak ada yang mengerakkannya. Jin, syaitan atau iblis tidak sekali-kali boleh menggoda kita atau tidak sekali-kali boleh menghasud kita didalam solat atau diluar solat, jika tidak digerakkan oleh Allah atau jika tidak diizinkan oleh Allah Taala. Jin, iblis atau syaitan itu, tidak lebih sekadar menjadi pak turut (patong) sahaja.

      Selepas ini jangan lagi sesiapa takut kepada jin syaitan, iblis, hantu atau jembalang. Tidak boleh bergerak mereka2 itu, jika tidak dizinkan Allah Taala. Apa yang iblis, jin atau syaitan boleh buat jika gerakkan itu tidak digerakkan oleh Allah Taala. Beregeraknya syaitan, jin atau iblis itu, adalah diatas dasar digerakkan oleh perintah Allah Taala!.

      Sepatutnya kita lebih takut Allah berbanding takut kepada jin, syaitan atau iblis. Mrk2 itu tiada apa2nya berbanding Allah Taala. Inilah pegangan atau iktikad orang2 makrifat dalam permasalahan jin, syaitan atau iblis.

      Jin, syaitan atau iblis tidak boleh mengangu atau mengoda kita diketika kita sedang bersolat, jika kita sedang berdua-duaan dengan lelaki perempuan ditempat sunyi dan tidak berlaku pembunuhan, perompakan atau berzina jika sekiranya tidak dizinkan oleh Allah Taala!. Berzina, membunuh, mencuri, merogol, lalai dalam sembahyang dan lupa kepada Allah itu, bukan diatas dasar hasutan syaitan, iblis atau jin, jika tidak diizinkan Allah Taala.
      Jadi kenapa perlu takut kepada jin syaitan. bagi orang makrifat, jin, syaitan atau iblis itu, adalash hanya nama2 yang dipanggil2. Sekarang ini, mari kita bertauhidkan kerpada Allah Taala dengan membuang segala nama, segala sifat, segala afaal dan mambuang segala zat makhluk, melainkan mari kita bertauhid dan berpegang hanya kepada Allah Taala.Inilah yang dikatakan bertauhid kepada Allah dengan sebenar2 tauhid!

      Ihsan dari air tangan hj Shaari.Amin

      Like

    2. Mereka itu juga makhluk,Kerja mereka hanya satu iaitu utk menyatakanNya. Pada satu tahap…….
      ” mana mungkin seorg bomoh/pawang menangkap/ membunuh/ mengalihkan mereka… Kedatangan mereka atas kehendak Allah ( utk mengingatkan akan Allah).. Adakah bomoh itu lebih handal !!!!!??”
      Kenapa kita nak takut/ marah pd yg hakikatnya ingin memberi peringatan!!!
      Pada tahap seterusnya…. Asal kejadiannya KEMBALI pada yg satu… Mereka itu DIA jua…!!!! Segalanya mengikut tulisaNya….Allah hu Akhbar

      Like

      1. Salam tuan guru hj shaari
        Saya duk di phuket thailan bagai mana saya nak dapat kan buku2 makrifat semua itu.
        Trrimakasih tuan guru.

        Like

  2. Assalam….iblis dan syaitan ada dalam diri kita sebab itu dalam bulan puasa masih berlaku perkara 2 maksiat dan sebagainya walaupun Allah telah merantai mereka di dalam bulan puasa.Manusia atau makluk mempunyai nafsu .Nafsu pula terbahagi kepada berbagai jenis yang rendah kedudukan ada nafsu, Nafsu Amarah iaitu nafsu kesyaitanan dan Nafsu Lawamah iaitu nafsu kebinatangan..jadi nafsu inilah yang membuat kita menjadi syaitan dan iblis dalam bulan puasa….maaf kan saya kalau salah, tolong perbetulkan saya Guru…t.kasih .

    Like

  3. SIAPAKAH SETAN, IBLIS DAN DAJJAL?

    Assalamualaikum wrt.
    Kepada para pembaca yang mengunjungi blog Tuan Guru Hj Shaari. Alhamdullilah….. amin.

    Tuan-Tuan Yang dimuliakan Allah sekelian, sama-samalah kita berkongsi dan menimba ilmu, semoga kita mendapat ilmu faham itu terus menuju KEIKHLASAN, sehingga tidak terlihat adanya diri atau makhluk. Sifat nafsiah (wujud ) itu cuma Allah, tiada lain HANYA Allah, dia yang satu, esa dan tunggal., sempurnanya Allah itu, kayanya Allah itu, besarnya Allah itu, adalah atas kekuasaanya, ilmunya dan kebijaksanaanya, sampai tak terucap lagi. Oleh itu, keyakinan ini sepatutnya tidak perlu diragui, tiada was-was dan tidak perlu BERSUARA, BERJIRIM DAN BERJISIM. Dialah MELIPUTI alam semesta sehingga tiada ruang yang tidak ada Allah.

    Wujud setan, iblis dan dajjal itu hanya pada dakwat, huruf, suara , panggilan nama, serta akal sahaja, bagi yang memahami segala nama, watak, tugas iblis, syaitan dan dajjal itu, mereka tidak akan terpandang pada nama-nama ini semata- mata.. Malah mereka akan terpandang dan ternampak pencipta setan, iblis dan dajjal iaitu Allah.Jika setan, iblis dan dajjal dibawah kekuasaan atau taklukkan Allah, mengapa masih terpandang setan, iblis dan dajjal? ….cuba jawab!………………mengapa kita tidak terus mengatakan Allah, Allah, Allah…. Mana besar Allah atau setan, iblis dan dajjal?……………

    Tuan-tuan yang dirahmati Allah sekelian, oleh kerana kita berhenti pada nama-nama ini, pemikiran itu akan terbatas dan seolah-olah kita membahagikan kuasa Allah, wujud kuasa lain selain Allah. Lihatlah pada apa jua isi alam semesta ini, dengan pelbagai nama, perangai, tugas, bentuk dan jenis-jenisnya serta yang kita dengar, lihat, sentuh, rasa dari awal, masa kini hingga akhir nanti, hanya ALLAH, ALLAH, ALLAH. Aku berselindung di atas kesempurnaan alam semesta ini dan isinya adalah untuk menyatakan diri ku….hanya aku…..untuk diriku…….kenali aku (ALLAH).

    Like

  4. Dalam suluhan hakikat mkrfat.

    Yakjuj mkjuj itu adalah sifat2 dlm diri manusia yg tidak mgenal diri & mgenal allah.

    Bila tidak mgenal diri mgenal allah maka buta lh mata hatinya..itu lah yg dinamakan dajal bermata 1. Dajal hanya mlihat mgunakn mata zahirnya shaja.

    Dajal muncul di akhir zaman. Akhir zaman itu bkn merujuk kpd masa @ zaman dunia ini. Akhir zaman itu adalh merujuk kpd akhir hayat akhir kehidupan seseorg. Jadi jika seseorg itu tidak mgenal diri mgenal allah maka di akhir zaman khidupannya dajal akn merosakkan tauhid iman seseorg dari seluruh penjuru dunia( dirinya) kiri kanan ats bawah.

    Dajal tidak mampu memasuki madinah & mekah baitullah, maka terselamatlah mereka yg berada di situ drp fitnah dajal. Baitullah itu adalah qalbu mukmin iaitu org2 yg tlh makrifat.
    Madinah itu adalh tempat tinggal nabi muhd bin abdullah yg zahir. Madinah di sini merujuk kpd jasad insan tempat tajalinya muhd rasulallah. Maka dajal tidak akn bjaya utk mguasai org yg mkrfatullah ini.

    Turunnya imam mahadi & nabi isa utk memerangi dajal. Imam mahadi & nabi isa itu membawa cahaya kebenaran kembali kpd allah. Hanya imam mahadi & nabi isa yg boleh memerangi dajal. Imam mahadi & nabi isa itu merujuk kpd ilmu makrifat diri & mkrfat allah. Hanya dengan ilmu makrifat ini sahaja lh yg boleh memerangi dajal.

    Like

  5. Sedikit tertinggal

    Dajal muncul setelah berlaku kemarau selama 3 tahun berturut2.

    Kemarau itu adalah tiadanya ilmu mkrfat dlm diri seseorg selama 3 zaman..
    Zaman kanak2…remaja@ baligh & dewasa hgga ruh kluar dr jasad
    Akhir zaman itu..telah dihuraikan di atas.
    IM berasal dr keturunanku = keturunan muhd mksudnya drp nur muhd.
    Namanya sama spt nama ku muhd b. Abdullah = diri itu adalh ruh (muhd). Ruh itu hamba allah(abdullah). Muhd b. Abdullah.
    Hidung mancung= mgetahui yg haq & yg batil.
    Dahi luas = bijaksana @ mkrfat
    Dlm hadis berkaitan imam mahadi lebih kurang maksudnya
    Imam mahadi akn muncul di akhir zaman. IM berasal dari keturunan. Namanya sama spt nama ku. Mempunyai hidung yg mancung dahi yg luas.

    Like

  6. Iblis syaitan itu adalah hal keadaan yg sama seperti dajal..hanya istilah sahaja yg berbeza. Cth org negerin kelantan ckp tohok…org pahang cakap buang.. tetapi benda yg sama juga.

    Like

  7. Dajal, iblis dan syaitan adalah pengenalan akan nama dan sebutan serta membawa sifat tentang kejahatan yang dilakukan oleh manusia.

    Tiada iblis, tiada syaitan dan tiadalah dajal pon. Yang ada adalah manusia yang membawa sifatnya yang jahal seperti iblis, syaitan dan dajal.

    Kamus (glosari) orang Melayu hari ni sangat lemah kerana tidak dapat menghuraikan pendifinasian dengan tepat akan makna, maksud dan ertinya. Huraian ustaz kelahiran tanah arab membawa maksud yang hanya diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu telah menyebabkan kesalahfahaman terhadap istilah tersebut.

    Mohon maaf sekiranya kata-kata dan pandangan saya tidak menepati cita RASA anda yang membacanya.

    Tajamkan MINDA.
    Bukakanlah LOGIK.
    Perhalusikan RASA.

    TANYA DIRI.
    SIAPA AKU.

    Atas keSEDARan AKU.

    Bacalah….

    Serat Aku Tidak ADA.

    Ditulis Oleh: Raden Mas Prabhu Gusti Agung Ki Asmoro Widjoyo

    AKU TIDAK ADA YANG ADA HANYA DIA

    TIDAK BERBENTUK MENGAMBIL BENTUK

    BENTUK YANG PERTAMA AKU SEBAGAI ENGKAU

    AKU KUASA

    YANG MENCIPTA, MEMELIHARA DAN YANG MENGHANCURKAN

    SEKELIAN YANG ADA

    AKU TIDAK ADA

    AKU BERSELINDUNG DISEBALIK SIFATKU

    DIMANA SIFATKU DISITULAH AKU

    SIFATKU PATIKU PATIKU SIFATKU

    ITULAH WUJUDKU

    DIMANA AKU

    DISITULAH SIFATKU

    SIFATKU ITULAH NAMAKU GANTI DIRIKU

    KAU SERU NAMAKU

    KAU KENAL DIRIKU

    SIFATKU NAMAKU

    GANTI DIRIKU

    KENAL AKU TANPA SIFATKU

    TIADA KENAL AKAN NAMAKU

    TIADA KENAL AKAN NAMAKU

    TIADA KENAL AKAN DIRIKU

    TAPI AKU TIADA BERNAMA

    APA JUA NAMAKU ITULAH TUBUHKU

    BERSIFATKAN DIRIKU

    MENGENAL TUBUHKU TANPA KENAL SIFATKU

    SESEKALI TIADA AKAN MENEMUI AKU

    TUBUHKU TIDAK BERBENTUK

    BERBENTUK IA DENGAN SIFATKU

    SIFATKU JUALAH MELENGKAPKAN

    SEKELIAN TUBUHKU

    DISITULAH AKU BERDIRI TEGUH

    BERSELINDUNG DISEBALIK SEKELIAN BENTUK

    SEKELIAN NAMA

    ITULAH TANDA KEBESARANKU

    DIATAS KARYA CIPTAANKU

    CARILAH AKU DIDALAM DIRIMU

    TEMUILAH AKU SEBAGAI DIRIMU

    RASAILAH AKU DIDALAM JIWAMU

    HAPUSKAN DIRIMU DIDALAM DIRIKU

    BARU KAU TAHU SIAPA AKU

    BINASALAH KAU SELAMA-SELAMANYA

    TIADALAH DIRIMU

    HANYALAH AKU

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s