Daripada Negeri Di Bawah Bayu

 

Assalamualaikum…

Kepada Tuan Guru Hj. Shaari, muslimin dan muslimat sekalian. Izinkan saya berkongsi kata-kata kosong ini agar kita sama-sama teguh dalam menghalusi ilmu makrifatullah ini.

Muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah sekalian, berpegang teguhlah pada ajaran Makrifat Tok Kenali yang disampaikan oleh Tuan Guru Hj. Shaari kita, yang mana ianya amat mudah difahami dengan buku-buku dan CD keluaran beliau. Hargailah ilmu itu sesungguhnya wang ringgit tidak bernilai berbanding ilmu ini.

Hidup kita ini cuma satu tujuan iaitu untuk kenal kepada Allah SWT. Allah adalah sang pencipta kita dan alam semesta ini, oleh itu bertauhidlah serta percayalah wujudnya kita hanyalah untuk menyatakan dirinya iaitu Allah.

Muslimin dan muslimat yang dikasihi Allah sekalian. Untuk kenal pada Allah hendaklah kita belajar Sifat 20 dengan memahaminya secara mendalam. Apabila kita sudah tahu dan faham sifat itu, cuba tuan-tuan bawa pada diri sendiri, sifat itu semua ada pada kita.

1. Ada
2. Terdahulu
3. Kekal
4. Berdiri sendiri
5. Berbeza dengan makhluknya
6. Esa
7. Kuasa
8. Berkehendak (Berkemahuan)
9. Mengetahui
10. Hidup
11. Mendengar
12. Melihat
13. Berbicara
14. Keadaannya berkuasa
15. Keadaannya yang berkehendak menentukan
16. Keadaannya yang mengetahui
17. Keadaannya yang hidup
18. Keadaannya yang mendengar
19. Keadaannya yang melihat
20. Keadaannya yang berbicara

Inilah sifat roh/nyawa/nafas/nadi. Panggillah apa saja, satu itu. Inilah kerajaan Allah dan kebesaranNya. Inilah sifat Allah.

1. Tiada
2. Baru
3. Berubah-ubah dan akan binasa
4. Menyerupai sesuatu
5. Berdirinya dengan yang lain
6. Lebih dari satu, berbilang
7. Lemah
8. Tidak berkemampuan iaitu terpaksa
9. Bodoh
10. Mati
11. Tuli
12. Buta
13. Bisu
14. Keadaanya yang lemah
15. Keadaannya tidak menentukan atau terpaksa
16. Keadaannya yang bodoh
17. Keadaannya yang mati
18. Keadaannya yang tuli
19. Keadaannya yang buta
20. Keadaannya yang bisu

Inilah sifat jasad kita atau sifat sesuatu serta sifat makhluk. Selamilah dan fahamlah kita sifat badan yang kita agung-agungkan itu rupanya tiada.

Benarlah kata Tuan Guru Hj Shaari, untuk kenal Allah, kita jangan terlihatnya diri atau jasad atau makhluk. Lihatlah pada sifat Allah, rasailah dan nikmatilah akan kebesaran Allah pada kita. Jangan sesekali mengaku kita Allah dah sifat kita tiada apanya nak mengaku Allah. Barang siapa mengaku dia Allah itulah syirik dan belum mengenal Allah. Kenapa kita tidak boleh mengaku Allah? Bila kita mengaku Allah maka wujud kita dan wujud Allah, kita belajar nak Esakan Allah, Allah itu satu, tunggal tiada yang wujud melainkan Allah. Sifat nafsiah wujud itu hanya Allah.

Barang siapa baru mengenal Allah dengan Sifat 20 itu dan faham akan sifat jasad yang berlawanan dengan sifat Allah, kamu akan menggigil, menangis, insaf, taubat maka peganglah ia terus tanpa berganjak biar apa terjadi. Di situlah sabar, di situlah taat, yakin dan segala sifat kebaikan, maka kita sudah berhari raya redha, ikhlas dan yakin kerana kita sudah berserah diri secara total kepada Allah SWT.

Sekian, lebih lanjut, telefon dan tanya serta dapatkan buku dan CD dari tuan guru kita TUAN GURU HJ. SHAARI.

Kiriman: Mohd Fauzi Sabah | fauzilatip123@gmail.com

Advertisements

14 Replies to “Daripada Negeri Di Bawah Bayu”

  1. Alhamdllah..smga smkin bnyak pengikut ajaran makrifat tok kenali yg di sebarkan oleh tn.guru hj shaari..ada yg ingin saya tnykn kpda tn.bgaimn pendpt tn tntang siksa kubur yg pasti ada.da pernh disampaikan oleh nabi kita Muhammad SAW.siapkh yg dsiksa dan siapkh yg mnyiksa.sdngkn klu mnrt pelajarn tn gru hj shaari tntang ruh,rasanya tidak mngkin
    Ruh disiksa.dan bgimna fenomena2 yg trjdi di alm kubur.ada mayat yg hncur seolah2 disiksa oleh sang malaikat dalam wktu 1 jam.
    Dan ada pla jasad yg tlh lm dkbur bs ttap utuh tnpa ada krskan sm skli.mhon penjelasan
    Dari TN.wasalammu’alaikum wr.wb.

    Like

  2. Assalamu Alaikum Wr.Wb.Pak Ustas?Sy Andi di Sulsel Pak Haji?Apa ada bukunya soal tata cara istinya lahir batin Pak Haji?sy mau pesan dan berapa harganya?

    Like

  3. Mohon bantuannya tuan haji, saya ingin sekali memiliki buku makrifat tok kenali. Ini alamat saya tuan : Abraham Sidik
    Jl. Kh.Dewantara no.70 rt.60 rw.10 kelurahan Baamang hilir, Sampit – kalimantan tengah Indonesia. Pone: 0853 2365 6789

    Like

  4. (RUANG KOSONG)

    Assalamualaikum………wrt…….

    Salam sejahtera, salam bahagia dan salam persaudaraan buat TUAN GURU HJ SHAARI dan para muslimin dan muslimat sekalian. Sebelum pena ini melakar panjang kata-kata di ruang kosong ini, izinkan saya memohon maaf jika terlanjur kata.

    Dalam ruang kosong ini dapatlah kita bersama,menambah keyakinan dan keikhlasn serta percaya kepada kewujudan Allah dengan senyata-nyatanya. Sesungguhnya Allah itu meliputi ,segala apa yang ada di alam semesta serta isi-isinya.

    Dengan adanya ruang kosong ini jelaslah kewujudan Allah itu nyata dengan sifat-sifatnya. Allah itu tidak berbentuk, tidak berwarna, tidak bernama, tidak berbau, tidak berwajah.Di ruang kosong ini juga saya menjelaskan, bahawa Allah itu tidak binasa bila dibakar dan tidak basah bila disiram, dan sebenar-benar Allah itu tidak bersifat, berafaal, tidak berasma serta tidak berzat.

    Selagi ada ruang kosong ini saya boleh menceritakan kepada muslimin dan muslimat bahawa terang Allah itu lagi terang dari cahaya matahari, kenapa masih tak jelas, masih tak faham. Dalam ruang kosong ini juga terang saya nyatakan, dimana kamu hadapkan wajah kamu disitu wajah Allah.

    Akhir sekali marilah kita bersama mengamati ruang kosong yang ada dalam kesempatan kita mengenal yang meliputi lagi terang dan nyata carilah dalam ruang kosong ini, sesungguhnya Allah yang dicari itu amat jelas dan nyata. Inilah saja coretan dalam ruangan kosong ini yang dicari tak hilang , bila jumpa tak perlu berhuruf, bersuara, birjirim dan berjisim….

    Sekian dari saya sebuah penyata Allah dalam ruang kosong ini. Assalamualaikum.

    Like

  5. Assalamualaikum…….

    Kepada muslimin dan muslimat yang dirahmati serta dikasihi Allah sekelian. Kita rasa bersyukur pada diri kita, kerana masih dalam naungan serta pentadbiran Allah swt.

    Alhamdullilah, allahuakhbar, lahillahaillallah, begitulah ungkapan betapa kita masih lagi bernafas, masih lagi bernyawa dan masih terus berada bersama keluarga, ibubapa dan anak isteri. Hargailah serta gunaka masa yang ada untuk kita berbakti pada seluruh keluarga tercinta.

    Muslimin dan muslimat marilah kita sama-sama membawa jiwa kosong didalam mengingati Allah swt dengan tidak pernah putus biar setia detik dan saat. Untuk selalu ingat pada Allah itu, hendaklah meleburkan keberadaan diri dengan erti kata lain iaitu sesungguhnya yang wujud itu hanya Allah, Allah, Allah.

    Bagaimanapun pekara ini tidak semudah yang disangkakan, kerana keberadaan diri ini disalah erti dan akhirnya Allah hanya berhenti sekadar dibibir, sebutan dan tulisan. Bagaimana untuk ingat kepada Allah itu dengan meliputi zahir dan batin?, untuk ingat kepada Allah itu hendaklah mematikan diri atau mati sebelum mati. Maksud mati sebelum mati itu ialah mengakui, berikrar, berjanji pada diri sendiri dengan keyakinan yang mutlak dan tidak akan berubah sedetik pun bahawa segala bersifat, berasama, berafaal dan berzat itu milik Allah sahaja.

    Bermakna, apa saja yang terlihat, terucap, terdegar, tersemtuh, terasa, berbentuk, bernama, berbau serta bertempat itu adalah aturan dan kerja Allah semata-mata.kebijaksanaan, kesempurnaan, kepelbagaian serta kenikmatan itu adalah milik sang pencita yang mutlak. Wujudnya Allah itu hanya Allah tiada lain melainkan Allah jua pentadbir atau pemerintah alam sejagat.

    Contoh yang teramat baik adalah diri kita sendiri, bila kita buka mata saja, berkatalah dalam hati allahuakhbar,! Kerana apa? Allah telah perlihatkan pada diri kita keindahan alam, kesempurnaan tubuh dan kecantikan perhiasan dunia serta ragam manusia dengan mata kita itu. Adakah kamu tahu bahawa jika bukan allahlah yang melihat boleh tak kita melihat?, sudah tentu tidak, mengapa !, kerana yang wujud itu cuma Allah yang berselindung atau berada disetiap apa jua yang ada di alam semesta ini serta isinya. Alam semesta ini berada didalam taklukan Allah yang meliputi sekelian alam.

    Begitu juga ceritanya pada angota tubuh yang lain, segalanya didalam ruang kekuasaan Allah yang maha berkuasa. Disini saya nak bagi contoh dan huraikan erti Allah itu meliputi.

    Sebagai contoh : umpama kita meniup sebuah belon dengan nafas kita, belon itu kembong dan membesar dengan udara dari mulut atau bibir kita, lalu kita ikat. Katakan belon yang kembang itu adalah ruang kosong, biarpun ruang kosong dalam belon itu meliputi, namun masih tardapat anasir2 lain yang terkandung dalam ruang kosong belon itu, seperti zarah2 malekul2, atom2 dan bakteria2. Segala anasir2 tadi bergerak dalam ruang kosong belon itu. Tahukah anda jika tiada ruang kosong itu wujud, maka tiadalah anasiar2 tadi wujud, kerana segala anasir itu bergantung pada ruang kosong itu untuk hidup dan bergerak serta berfungsi mengikut hukum ruang kosong itu sendiri. Ruang kosong itulah batin manakalah anasir2 itulah zahir. Sifat keterbegantungan atara satu sama lain itu amat jelas satu pada hakikatnya. Jika kita amati dan faham, maka dapatlah kita mengenali yang wujud serta meliputi itu jelas dan nyata.

    Contih diatas jelas bagaimana anasir2 itu bergerak bebas dalam ruang kosong itu, sehingga anasir2 itu sombong dan takbur bilamana zarah2, atom2 atau malekul itu berubah wajah menjadi pepejal, cecair dan gas. Mereka lupa diri kerana merasa hebat, sempurna dan berilmu. Tetapi mereka tidak sedar bahawa perubahan pada anasir2 tadi bukan pada keupayan dan daya serta kekuatan mereka, tetapi ruang kosong itu membentuk perubahan mereka. Ruang kosong itu yang meliputi segenap demensi , ilusi dalam belon tadi.

    Saya rasa jelas dan nyata contoh yang diberi untuk mengambarkan dirikita ini adalah diatas pentadbiran ruang kosong tadi.ruang kosong itulah rahsia alam semesta dan dirimu.

    Sekian, saja sehingga kita bertemu…salam hormat saya kepada tuang guru hj shaari yang dikasihi salah dan silap harap dimaafkan…….assalamualaikum…amin.

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s