Marilah Kita Sama-Sama Berterima Kasih Kepada Allah

 

Ramai yang pandai berterima kasih kepada sesama makhluk, tetapi tidak ramai yang berterima kasih kepada Allah. Berterima kasih kepada Allah bukan sahaja dengan menyebut syukur atau Alhamdulillah, kita juga boleh berbahasa Melayu (Allah faham walaupun kita berbahasa Melayu) dengan menyebut perkataan “terima kasih Allah”.

Jadikan ianya sebagai amalan dalam kehidupan seharian kita. Dengan menyebut terima kasih Allah, ertinya kita menghargai apa yang telah Allah kurniakan kepada kita. Banyak nikmat Allah yang kita guna, hari-hari kita guna nikmat Allah, pernahkah kita ucap terima kasih? Nikmat Allah yang kita guna itu adalah seperti tangan, kaki, mulut, telinga, lidah, merasa, melihat, mendengar dan lain-lain lagi, tidakkah ada di dalam hati kita secebis perasaan untuk berterima kasih kepada Allah.

Kita memperingati Hari Bapa, Hari Ibu, Hari Kekasih, Hari Ulang Tahun Perkahwinan, Hari Merdeka, Hari Lahir dan berbagai-bagai lagi hari, tetapi pernahkah kita sambut hari berterima kasih kepada Allah. Susah sangatkah hendak menyebut perkataan terima kasih Allah? Mulai hari ini, marilah kita selalu menyebut perkataan terima kasih Allah sebagai tanda syukur dan tanda mengenang jasa Allah.

Mari kita sambut “Hari Mengenang Allah” dalam diri kita. Sambutlah Hari Mengenang Allah pada setiap hari, setiap masa dan setiap saat. Mengenang jasa-jasa Allah kepada kita yang tidak ternilai banyaknya. Mari kita sama-sama mengenang jasa Allah dengan ucapan “Terima Kasih Allah”.

Ihsan dari air tangan Hj. Shaari…amin.

Ingat!

Hj. Shaari Hj. Mohd Yusof,
Fakulti Makrifat, Universiti Qalbu Mukmin.
Jangan Sampai Terlihat Adanya Diri!

12 Replies to “Marilah Kita Sama-Sama Berterima Kasih Kepada Allah”

  1. Sebenarnya tiada konen..Tapi rasa terpanggil bila baca nukilan Hj Shaari.

    Sikit pemasalahan.bagaimana nak pastikan kita ni bebas dari saka baka keluarga yg bergenerasi lamanya….utk beramal

    Like

  2. Alhamdulillah…
    Alhamdulillah ‘ala kullihal…syukur pd segala nikmat dan syukur atas segala ujian…
    Syukur dan terima kasih kpd Allah itu berada diatas segalanya…
    Sebelum dilimpah rahmat, ketika dilimpah rahmat, selepas ditarik rahmat, walau ditimpa ujian tetap juga syukur kerana syukur pada setiap masa itu teramat perlu bg menyatakan kehambaan.
    Tiada mengerti akan maksud “hamba” itu jika tiada perkataan syukur.
    Tiada perkataan syukur itu hanya melainkan padanya kufur…
    Tiada kufur itu hanya neraka jualah tempat kembali…
    Nauzubillah…

    Like

  3. Syukran On Feb 2, 2016 4:35 PM, “Makrifat Tok Kenali” wrote:

    > Hj. Shaari posted: “Ramai yg pandai berterima kasih kpd sesama makhlok. > Tetapi tdk ramai yg berterima kasih kpd Allah. Bertrima kasih kpd Allah, > bukan sahaja dgn menyebut syukur atau alhamdulillah. Kita boleh berbahasa > melayu (Allah faham walaupun kita berbahasa melayu). dgn” >

    Like

  4. saya ingin tuan jelaskan apa tujuan akhir dari ilmu makrifat ini.di kampong saya banyak masyarakat sini mengatakan ilmu ini dekat dengan ilmu perdukunan.maka dari itu saya ingin jelaskan ke mereka semua bahwa ilmu ini bukan untuk itu.

    Like

    1. Tujuan akhir ilmu makrifat tidak lain tidak bukan hanya utk kembali kpd menyempurnakan syariat. Selamanya tdk kita duduk pada maqam hakikat kerana akhir ilmu hakikat mengenal Allah adalah kembali kepada syariat yang sempurna. Bila sudah betul2 mengenal akan Pencipta yg mencipta kita itulah yg dikatakan sempurna syariat kita. Rasulullah berdakwah selama 25 tahun, hampir 13 tahun berada di Makkah sblm berhijrah ke Madinah yakni lbh separuh drpd hayat dakwah Baginda menekankan kpd pengukuhan mengenal akan Allah ini kerana ianya adalah tapak kpd seluruhnya. Bukan baginda terus pergi kpd penekanan solat itu. Setahun selepas berhijrah ke Madinah barulah baginda mendapat perintah utk solat.Benarlah solat itu tiang agama, namun jika tiada tapaknya harus kemana mahu kita pacak tiang tersebut? Utk membina bangunan yg tinggi dan gah harus melalui tiang yg kuat dan tiang yg kuat beserta bangunan yg tinggi dan hebat itu harus pula diletak pada tapak yg kukuh. Tapak yg tdk kukuh akan menyebabkan bangunan senget seterusnya runtuh. Tapak yg tidak elok dan kukuh ibarat makrifat kpd Allah yg tdk JAZAM dgn iktikad yg tdk sebenar2 iktikad. Sebetulnya bagaimana utk capai kpd jazam yg sebetul2 jazam? Tdk lain tdk bkn dgn mempelajari ilmu hakikat utk capai kpd makrifat. Makrifat yg sebetul2 makrifat. Hujung jatuh makrifat itu kembali kpd syariat yg sempurna. Tidak selamanya kita duduk pada hakikat semata2 tanpa kembali kpd syariat. Mereka yg mengaku tdk perlunya kembali kpd syariat setelah belajar ilmu hakikat mengenal Allah ini adalah hakikat yg batil. Begitulah peri lakunya betapa penting akan mempelajari ilmu hakikat mengenal diri dan yg empunya diri. Untuk lbh detail rasanya terlalu panjang utk dihurai disini, makanya lbh elok beli dan baca keseluruhan kitab Hj Shaari. InsyaAllah akan faham.

      Like

      1. Roh itulah syariatnya…
        Adapun segala yg zahir nmpk dgn mata lendir itu segala af’al pada syariat…
        Namun, syariat dan perbuatan syariat tdk pula blh berpisah dlm solat…
        Perbuatan syariat dilakukan oleh segala anggota zahir yg nampak digerakkan oleh roh yg ada di dalamnya…
        Kenapa tdk blh berpisah perbuatan syariat dan syariatnya?
        Ibarat org mati, tdk lg dpt solat kerana segala perbuatannya tdk lagi dpt dilakukan oleh anggota zahir asbab daripada syariatnya (roh) telah keluar dari jasad. Roh (syariat) itulah yg menggerakkan segala yg ada pd zahir td…
        Jangan tinggalkan syariat…
        Mohon tunjuk ajar dari guru Hj Shaari…sy budak baru belajar…banyak salah dan silap

        Like

  5. Terima kasih Allah atas peringatan Mu ini melalui pembacaan tulisan yg begitu bermanfaat ini..The most beautiful reminder ever:
    “Setiap saat ini adalah untuk mengenang jasa-jasaMu ya Allah & mengucapkn terima kasih & memuji-mujiMu yaAllah”

    Moga Allah yang Maha Pengasih melimpahkan rahmatMu yang tidak terhingga buat hamba-hambaMu yang beriman terutamanya buat hambaMu ini(Hj Shaari) yg melaluinya kami semua dapat peringatan berguna ini..Amiin

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s