Sesat Sana Sesat Sini, Haram Sana Haram Sini.

Tuan-tuan, puan-puan, muslimin dan muslimat sekalian.

Akhir-akhir ini banyak yang menuduh ilmu makrifat itu sesat dan makrifat itu haram. Pada saya, sesat atau haram itu adalah kerana belum jumpa. Belum jumpa, memanglah sesat. Cuba tuan-tuan dah berjumpa, pasti ianya tidak lagi sesat. Sesat itu adalah kerana belum jumpa.

Sesat atau haram itu adalah bergantung kepada mengenal Allah atau tidak. Bagi yang sudah berjumpa dan bagi yang sudah mengenal, makrifat tidak lagi sesat dan makrifat tidak lagi haram. Sesat atau haram itu adalah bergantung kepada perkara tahu atau tidak!

Saya kira solat orang yang tidak mengenal Allah itu lebih sesat dan lebih haram daripada ilmu makrifat. Kenapa orang yang solat tanpa mengenal Allah dan solat tanpa ingat kepada Allah itu tidak dijatuhkan hukuman sesat dan kenapa tidak dijatuhkan hukuman haram?

Solat tanpa kenal Allah dan solat tanpa ingat kepada Allah itu apakah hukumnya? Cuba tuan-tuan jawab?

Jika tidak tahu, memanglah sesat. Cuba tuan-tuan baca dan cuba tuan-tuan hayati betul-betul kitab lama. Pasti tuan-tuan menangis dan pasti tuan-tuan insaf, betapa diri kita ini teramat jauh dari Allah.

Kita hanya tahu menyebut nama Allah, Allah yang kita sebut dan yang kita panggil itu hanyalah nama. Sayangnya tuan-tuan tidak tahu tuan yang empunya nama. Sebenar-benar Allah itu adalah tuan kepada yang empunya nama, Allah yang tidak berhuruf dan Allah yang tidak bersuara. Adapun yang kita sebut itu adalah perkataan nama Allah. Hanya sebut nama, mana tuan yang empunya nama?

Lagi pula Allah bukan suara bibir mulut, apakah dengan tidak ada bibir mulut, Allah itu tidak ada? Apakah Allah itu ada hanya bila mana ada bibir mulut? Apakah kalau tidak ada bibir mulut dan tidak ada suara, Allah itu tidak ada? Cuba jawab?

Belajarlah mengenal Allah yang sebenar-benar Allah iaitu Allah yang tidak perlu ada suara bibir mulut, Allah yang tidak perlu ada suara dan Allah yang tidak perlu ada nama. Tulisan Allah yang di dinding itu bukan Allah. Sebutan perkataan Allah itu bukan Allah.

Mana yang dikatakan sebenar-benar Allah? Sebenar-benar Allah itu adalah yang tidak perlu kepada suara dan tidak perlu kepada tulisan. Apakah tuan-tuan mengenal Allah yang tidak berhuruf dan yang tidak berjisim? Kalau tuan-tuan tidak mengenal Allah dan tidak ingat kepada Allah di dalam solat, apakah solat itu sah? Kenapa tidak haramkan solat orang yang tidak mengenal Allah? Kenapa tidak sesatkan solat orang yang tidak ingat kepada Allah?

Tetapi kenapa orang yang belajar dan orang yang mengajar ilmu makrifat (Ilmu Mengenal Allah) itu sesat dan dituduh haram? Jika semua ilmu makrifat dituduh sesat dan jika semua ilmu makrifat dituduh haram, mana satukah makrifat yang benar? Mana satukah makrifat yang betul? Semua makrifat itu salah, manakah makrifat yang betul?

Tidak pernah kita dengar orang mengajar di masjid, di surau, di televisyen dan tidak pernah kita dengar forum perdana tentang makrifat yang betul. Mana makrifat yang betul untuk dibuat panduan, untuk dibuat tauladan dan dibuat contoh? Mana role-model makrifat yang tak haram dan mana role-model yang tak salah untuk kita jadikan ikutan? Kalau ada saya pun nak tumpang belajar, tetapi mana? Kita sekarang hanya ada golongan yang hanya tahu tuduh sesat dan haram, tetapi makrifat yang tidak sesat, makrifat yang tidak salah tidak pula diajar, melainkan hanya tahu tuduh!

Mana makrifat yang tidak sesat dan mana makrifat yang tidak haram? Tidak pernah kita dengar orang mengajar makrifat di masjid, surau, ceramah atau forum perdana di televisyen atau di corong-corong radio, melainkan kalau adapun hanyalah sekadar istilah makrifat sahaja. Tetapi tentang sebenar-benar mengenal Allah, mengenal diri, zuk, ingat dan melihat Allah tidak pernah kita dengar.

Saya tidak berniat sama sekali untuk menghalalkan yang haram dan untuk mengharamkan yang halal. Haram tetap haram dan halal tetap halal. Cuba tuan-tuan tanya diri tuan-tuan sendiri, apakah tuan-tuan sudah kenal Allah?

APAKAH HUKUM ORANG SOLAT YANG TIDAK KENAL ALLAH DAN APAKAH HUKUM ORANG SOLAT YANG TIDAK INGAT ALLAH? Mari kita sama-sama renungkan.

Daripada Hj. Shaari untuk renungan bersama…amin.

Hj. Shaari Hj. Mohd Yusof,
Fakulti Makrifat, Universiti Qalbu Mukmin.
Jangan Sampai Terlihat Adanya Diri!

30 Replies to “Sesat Sana Sesat Sini, Haram Sana Haram Sini.”

  1. Solat tanpa mengenal “tuan” yg kita hadap, tanpa tahu apa yg diucap ibarat burung tiong yg hanya tahu melafas tapi tiada tahu kpd siapa dia lafaz, apa maksud lafaznya, bahkan lbh teruk drpd burung tiong kerana solat tanpa mengenal hala tuju ibarat bermula daripada angkat takbir sehinggalah akhir salam adalah menipu. Angkat sahaja takbir, tipu…tipu…tipu dan bohong semata2.
    Dan di sinilah dinyata dlm quran yg neraka wail lah bg mereka yg solat.
    Yakni solat tapi munafik. Mana tidaknya munafik? Dlm doa iftitah kita menyatakan kita hadapkan kpd wajah Allah namun itu sekadar ucapan, Allah yg sebenar Allah tdk pula kita kenal.
    Rata2 kita tgk mereka yg solat pd hari ini byk pula melakukan kerosakan di alam ini.
    Namun menjadi kepelikan sbbnya dlm quran ada nyatakan solat itu mencegah keji dan mungkar?
    Maka dimana silapnya solat kita itu jika masih tdk dpt mencegah keji dan mungkar?
    Apakah isi dan pengertian solat bg individu itu?
    Atau dlm solat masih jumpa dunia?
    Sedangkan dlm solat kita mencari Tuhan…maka tiada jumpakah Tuhan? Sedang Tuhan itu pula teramat terang tiada selindung…
    Apa yg patut dan harus bg kita lakukan utk masuk ke alam mahzuh?
    Bila solat, tiada lagi nampak org di sebelah, tiada lagi nampak dunia?
    Yg nampak hanya Allah…Allah…Allah?
    Dan disitulah puncak manisnya solat yg ditunggu-tunggu…

    Like

  2. Terima kasih Ayahda Tuan Guru Haji Shaari,

    Assalamualaikum wbt ayahda Tuan Guru Haji Shaari, Tuan2 Puan2 Guru sekaliannya semuga Berada di dalam Rahman Rahim Allah swt selalu….

    Izinkan KalamSifakirBerbicara

    KALAMSIFAKIRBERBICARA 

    Tidak Sesat dan Tidak Haram itu Bilamana Segalanya Menjadi milik Allah, Bilamana Ianya Nyata Allah.

    Jadi Benarrr Lah Yg menuduh dan Menjadi Sesat yg Menjadi Haram itu Oleh Kerana Tidak Ketemu. Tidak Berjumpa dan belum ketemu Dengan ilmu Makrifat.

    Ilmu Makrifat ini adalah ilmu Mengenal Allah. Mengenal Allah itu Wajib bagi Semua Yang Bertuhankan Kepada Allah.

    Selama ini, kita Solat,puasa dan mengerjakan amal2 seharian kita secara tidak Mengenal Allah, Dengan cara mengikut pelajaran yg di ajar2 oleh ibubapa, ustaz2 di sekolah dan di masjid,

    Pernah Tidak kita Soal Diri kita Sejauh mana di dalam setiap amal ibadah yg kita laksanakan ini Telah Mengenal Allah Atau Tidak?

    Laisul Solat bilmarifatulah, Tidak Sah Solat Tanpa Mengenal Allah. Apakah kita Tidak Terasa dan terfikir pada hati kita untuk mengenal Allah….. Selama kita belajar dan di ajar dari kecil, bangku sekolah dan sehingga kini apakah kita Telah di dedahkan Dengan Pelajaran Untuk Mengenal Allah??? Jika ada pon hanyalah Sekadar istilah, sekadar kiasan2…… Apakah Telah Nyata atau pon Telah Mengenal Kita kepada Tuhan Yang Bernama Allah??? Jika Tidak Kenapa tidak Berusaha untuk mencari Guru Yang Mengajar tentang ilmu Makrifat ini?

    Bagi mereka2 yg Tidak Langsung Pernah Berkecimpung @ pon tidak pernah Mempelajari ilmu makrifat ini Mereka Selalu Menunding akan Perjalanan org yg belajar dan mengajar Tentang ilmu makrifat ini…..

    Cuba kita membuka mata hati kita membuka dan memberi ruang untuk diri kita sendiri untuk cuba dahulu Mempelajari dari awal pelajaran ilmu makrifat sehingga Akhir ilmu makrifat, barulah Tahu sesat @ haram ilmu makrifat ini……………

    Apakah Patut kita sendiri belum lagi belajar dari awal pelajaran ilmu makrifat sehingga Akhir ilmu makrifat ini menuduh ilmu makrifat SESAT dan HARAM ???

    Terlebih baik Kiranya Tuan-tuan Puan-puan sekaliannya Belajar Terlebih dahulu dari awal pelajaran ilmu makrifat sehinggalah Akhir ilmu makrifat selepas itu Tuan2 Puan2 sekaliannya nak buat Tuduh SESAT DAN HARAM adalah Patutnya…… Tetapi belum lagi belajar belum apa2 lagi dah di tuduh sesat dan HARAM…..Dan Tuan2 Puan2 sekaliannya yg menuduh Sesat dan Haram ilmu makrifat ini Sila kemukakan di barisan mana di ayat yg mana yg di katakan ilmu makrifat ini SESAT, Sila NYATAKAN!!!! Jika benar salah dan Haram boleh lah Sy Turut Perbetulkan…….. Inilah Sepatutnya Tuan-tuan Puan-puan sekaliannya lakukan kepada orang yh belajar dan mengajar ilmu makrifat, bukan dengan menuduh tetapi dengan menegur dan memperbetulkan ayat @ ilmu makrifat yg Salah yg Sesat dan yg Haram itu. Boleh lah sy Terima dengan hati yg terbuka dan cuba memperbetulkan dan membaiki yg mana dikatakan ilmu makrifat Salah dan sesat itu……………. Ini tidak tahu menuduh dan menuding jari Sahaja……… Selama Sy mempelajari ilmu makrifat Tok kenali di Bawah Pimpinan Ayahda Tuan Guru Haji Shaari Tiada Pernah sy Mendengar, Belajar dan di ajarkan Pelajaran yg melecong dari Garis panduan Alquran dan Hadis.

    Sebagaimana Orang Syariat dan Fekah Solat, Puasa sebegitu jugalah Kami Orang Makrifat Solat dan Puasa, Tidak Terlebih Rakaat dan Tidak Kurang Rakaat, Bersahur Dan Berbuka puasa mengikut Waktu nya, bersahur sblum masuk waktu subuh berbuka masuk waktu Maghrib. Berpuasa juga pon di Bln Ramadhan. Subuh 2 rakaat, zohor 4, asar 4, magrib 3, isya 4 rakaat. Tetap sama Pada permulaan dan pengakhiran Solat dan puasa.

    Cuma sy di ajarkan apa di sebalik Solat Yang di lakukan itu, apa di Sebalik Puasa yg di fardhukan…. Bukan hanyalah Sekadar tunduk Bagun lapar Dahaga…… Sah tidak sah Solat bagi Org Fekah itu adalah pada betul @ salah bacaan di dalam Solat, pada org makrifat pula Sah Dan Tidak sah Solat itu adalah Pada Mengenal atau tidak kita kepada Allah.

    Tapi ingat Tuan-tuan ya kira nya ada orang Mengajar ilmu Mengenal Allah jangan Tuan-tuan Belajar Kiranya Ada Orang yg Mengajar ilmu Mengenal Allah itu Ternyata Sesat, Kerana Allah itu Bukan Perkara bukan Benda Bukan Ain, bukan zarah Allah itu laisakamislihisaion bersalahan Allah itu dgn perkara yg baru, Allah itu tidak boleh di bandingkan tidak boleh di tamsilkan tidak boleh di ukur tidak boleh di perumpamakan dgn Sesuatu yg Lain, Kerana itu adalah Allah.

    Apa yg perlu di Pelajari Untuk kenal Allah itu adalah dgn Cara dan kaedah belajar mengenal Diri. MAN ARAFA PANAFSAHU FAKOD AROFA PAROBBAHU FAKOD AROFA PAROBBAHU FAKADLAJASAD, BARANG SIAPA YANG MENGENAL DIRI MENGENAL DIA AKAN ALLAH BARANG SIAPA MENGENAL ALLAH BINASA JASAD. Lagikan Baginda nabi sendiri pun mengenal Allah Dengan Allah, ana araftu robbi birobbi Aku mengenal Allah dengan Allah.

    Jadi sy harap Tuan2 Puan2 sekaliannya di Luar Sana yg menuduh dan menunding ilmu makrifat ini sesat @ salah terlebih baik mempelajarinya terlebih dahulu Sebelum menilai menuding dan menghukum org2 yg belajar dan mengajar ilmu makrifat ini, Dan Nyata kan di ayat yg mana di baris yg mana yg di katakan Sesat, salah dan haram itu….

    Ilmu dan Agama yg tidak SESAT itu adalah ilmu dan Agama Allah.

    Amin MegatSiFakir

    Like

  3. Terima kasih Ayahda Tuan Guru Haji Shaari,

    Assalamualaikum wbt ayahda Tuan Guru Haji Shaari, Tuan2 Puan2 Guru sekaliannya semuga Berada di dalam Rahman Rahim Allah swt selalu….

    Izinkan KalamSifakirBerbicara

    🌺🌹🌻KALAMSIFAKIRBERBICARA 🌻🌹🌺

    Amin drp MegatSiFakir

    Like

  4. Ass.wr.wb.ap kbr tn gru.?
    Saya harap tn guru sllu dbri kshtan dan sllu dbrkn yg trbaik oleh Allah. Rindu rasanya mngthui rahasia2 / hakikat2 tntang islam dari tn guru.
    Sudilah kiranya tuan guru brbgi hakikat2 trbaru kpda kmi pecinta Allah dan ajran mkrifat tok kenali.
    Trima kasih kpda tuan guru yg sdah bnyk brjuang untuk mnunjukkan ajaran mkrifat yg sampai kpda ujung makrifat.
    Ass.wr.wb

    Like

  5. saya setuju seratus peratus dengan ustad…, kenapa ada tuduhan? kerana Allah nak lagi kuatkan keyakinan kita dgn penyampaian ustad… sama juga seperti apa yg berlaku skrg orang kafir cuba memburuk buruk kan islam melalui media malahan semakin ramai yg ingin tahu tentang islam dan islam semakin berkembang pesat di eropah

    Like

  6. Salam Tok, macam ner cara nk ingat Allah dlm solat dan luar waktu solat, ingatan saya selalu melayang ingatkan perkara dunia. Trimakaseh

    Mohammad

    Sent from my iPhone

    Like

  7. Ass wrwb. Yth tuan Hj. Shaari saya masih awam dalam pengetahuan makrifat, mohon penjelasan bagaimana cara kita jumpa dan kenal akan Allah, apakah setelah kita belajar makrifat kita akan jumpa Allah dalam bentuk wujud?, terimakasih wass

    Like

  8. Syukran On Feb 7, 2016 9:43 AM, “Makrifat Tok Kenali” wrote:

    > Hj. Shaari posted: “Tuan2, puan2 dan para muslimin dan muslimat sekalian. > Akhir2 ini byk yg menuduh ilmu makrifat itu sesat dan makrifat itu haram. > Pada saya, sesat atau haram itu, adalah kerana belum jumpa. Belum jumpa, > memanglah sesat. Cuba tuan2 dah berjumpa,” >

    Like

  9. Assalamualaikum wbt Tuan2 Puan2 Guru Sahabat2 yg sy Kasihi dan Sayangi sekaliannya semuga Berada di dalam Rahman Rahim Allah swt selalu….

    Izinkan KalamSifakirBerbicara

    🌺🌹🌻KALAMSIFAKIRBERBICARA 🌻🌹🌺

    Tidak Sesat dan Tidak Haram itu Bilamana Segalanya Menjadi milik Allah, Bilamana Ianya Nyata Allah.

    Jadi Benarrr Lah Yg menuduh dan Menjadi Sesat yg Menjadi Haram itu Oleh Kerana Tidak Ketemu. Tidak Berjumpa dan belum ketemu Dengan ilmu Makrifat.

    Ilmu Makrifat ini adalah ilmu Mengenal Allah. Mengenal Allah itu Wajib bagi Semua Yang Bertuhankan Kepada Allah.

    Selama ini, kita Solat,puasa dan mengerjakan amal2 seharian kita secara tidak Mengenal Allah, Dengan cara mengikut pelajaran yg di ajar2 oleh ibubapa, ustaz2 di sekolah dan di masjid,

    Pernah Tidak kita Soal Diri kita Sejauh mana di dalam setiap amal ibadah yg kita laksanakan ini Telah Mengenal Allah Atau Tidak?

    Laisul Solat bilmarifatulah, Tidak Sah Solat Tanpa Mengenal Allah. Apakah kita Tidak Terasa dan terfikir pada hati kita untuk mengenal Allah….. Selama kita belajar dan di ajar dari kecil, bangku sekolah dan sehingga kini apakah kita Telah di dedahkan Dengan Pelajaran Untuk Mengenal Allah??? Jika ada pon hanyalah Sekadar istilah, sekadar kiasan2…… Apakah Telah Nyata atau pon Telah Mengenal Kita kepada Tuhan Yang Bernama Allah??? Jika Tidak Kenapa tidak Berusaha untuk mencari Guru Yang Mengajar tentang ilmu Makrifat ini?

    Bagi mereka2 yg Tidak Langsung Pernah Berkecimpung @ pon tidak pernah Mempelajari ilmu makrifat ini Mereka Selalu Menunding akan Perjalanan org yg belajar dan mengajar Tentang ilmu makrifat ini…..

    Cuba kita membuka mata hati kita membuka dan memberi ruang untuk diri kita sendiri untuk cuba dahulu Mempelajari dari awal pelajaran ilmu makrifat sehingga Akhir ilmu makrifat, barulah Tahu sesat @ haram ilmu makrifat ini……………

    Apakah Patut kita sendiri belum lagi belajar dari awal pelajaran ilmu makrifat sehingga Akhir ilmu makrifat ini menuduh ilmu makrifat SESAT dan HARAM ???

    Terlebih baik Kiranya Tuan-tuan Puan-puan sekaliannya Belajar Terlebih dahulu dari awal pelajaran ilmu makrifat sehinggalah Akhir ilmu makrifat selepas itu Tuan2 Puan2 sekaliannya nak buat Tuduh SESAT DAN HARAM adalah Patutnya…… Tetapi belum lagi belajar belum apa2 lagi dah di tuduh sesat dan HARAM…..Dan Tuan2 Puan2 sekaliannya yg menuduh Sesat dan Haram ilmu makrifat ini Sila kemukakan di barisan mana di ayat yg mana yg di katakan ilmu makrifat ini SESAT, Sila NYATAKAN!!!! Jika benar salah dan Haram boleh lah Sy Turut Perbetulkan…….. Inilah Sepatutnya Tuan-tuan Puan-puan sekaliannya lakukan kepada orang yg belajar dan mengajar ilmu makrifat, bukan dengan menuduh tetapi dengan menegur dan memperbetulkan ayat @ ilmu makrifat yg Salah yg Sesat dan yg Haram itu. Boleh lah sy Terima dengan hati yg terbuka dan cuba memperbetulkan dan membaiki yg mana dikatakan ilmu makrifat Salah dan sesat itu……………. Ini tidak tahu menuduh dan menuding jari Sahaja……… Selama Sy mempelajari ilmu makrifat Tok kenali di Bawah Pimpinan Ayahda Tuan Guru Haji Shaari Tiada Pernah sy Mendengar, Belajar dan di ajarkan Pelajaran yg melecong dari Garis panduan Alquran dan Hadis.

    Sebagaimana Orang Syariat dan Fekah Solat, Puasa sebegitu jugalah Kami Orang Makrifat Solat dan Puasa, Tidak Terlebih Rakaat dan Tidak Kurang Rakaat, Bersahur Dan Berbuka puasa mengikut Waktu nya, bersahur sblum masuk waktu subuh berbuka masuk waktu Maghrib. Berpuasa juga pon di Bln Ramadhan. Subuh 2 rakaat, zohor 4, asar 4, magrib 3, isya 4 rakaat. Tetap sama Pada permulaan dan pengakhiran Solat dan puasa.

    Cuma sy di ajarkan apa di sebalik Solat Yang di lakukan itu, apa di Sebalik Puasa yg di fardhukan…. Bukan hanyalah Sekadar tunduk Bagun lapar Dahaga…… Sah tidak sah Solat bagi Org Fekah itu adalah pada betul @ salah bacaan di dalam Solat, pada org makrifat pula Sah Dan Tidak sah Solat itu adalah Pada Mengenal atau tidak kita kepada Allah.

    Tapi ingat Tuan-tuan ya kira nya ada orang Mengajar ilmu Mengenal Allah jangan Tuan-tuan Belajar Kiranya Ada Orang yg Mengajar ilmu Mengenal Allah itu Ternyata Sesat, Kerana Allah itu Bukan Perkara bukan Benda Bukan Ain, bukan zarah Allah itu laisakamislihisaion bersalahan Allah itu dgn perkara yg baru, Allah itu tidak boleh di bandingkan tidak boleh di tamsilkan tidak boleh di ukur tidak boleh di perumpamakan dgn Sesuatu yg Lain, Kerana itu adalah Allah.

    Apa yg perlu di Pelajari Untuk kenal Allah itu adalah dgn Cara dan kaedah belajar mengenal Diri. MAN ARAFA PANAFSAHU FAKOD AROFA PAROBBAHU FAKOD AROFA PAROBBAHU FAKADLAJASAD, BARANG SIAPA YANG MENGENAL DIRI MENGENAL DIA AKAN ALLAH BARANG SIAPA MENGENAL ALLAH BINASA JASAD. Lagikan Baginda nabi sendiri pun mengenal Allah Dengan Allah, ana araftu robbi birobbi Aku mengenal Allah dengan Allah.

    Jadi sy harap Tuan2 Puan2 sekaliannya di Luar Sana yg menuduh dan menunding ilmu makrifat ini sesat @ salah terlebih baik mempelajarinya terlebih dahulu Sebelum menilai menuding dan menghukum org2 yg belajar dan mengajar ilmu makrifat ini, Dan Nyata kan di ayat yg mana di baris yg mana yg di katakan Sesat, salah dan haram itu…. Dengan Rendah diri sy mohon Kemaafan kepada semua………

    Ilmu dan Agama yg tidak SESAT itu adalah ilmu dan Agama Allah.

    Amin MegatSiFakir.

    Like

  10. Saya sangat setuju dgn makrifat itu wajib atau fardhu ain(masing2 diri)karna awaludin makrifatullah…awal adanya agama kenal dgan Allah..semoga kita semua bisa makrifat pd Allah.akan membuat ibadah jadi nikmat…salam 1 indonesia dan salam 1 malaysia.

    Like

  11. Asalamu,alaikum wbt air menitik ke bumi..bila tok guru nik aziz xdk..syukur masih ada lg permata allah tuan guru hj ashaari,.TERUS LAH SEMANGAT MU WAHAI SANG GURU. INSYALLAH..KALU BENAR ALAMAT SI DEWA.CERAI JASAD NAIK KAYANGAN.
    Demi ALLAH . SAYAP TIMUR

    Like

  12. tuan saya ingin merakamkan ribuan terima kasih atas kehendak nya saya bertemu jawapan yang selama ini saya cari . terima kasih terima kasih terima kasih. saya gembira

    Like

  13. Maafkan sy ayananda… sekadar nukilan dari seorang anak kecil yg belum tahu berjalan pun… kadang2 kita terlupa kan dalam kita belajar itu ada pelajarannya… kadang2 suara dari jauh menegur itu menyakitkan hati… kata2 org membuatkan kita melatah… tapi kadang2 kita terlupa dlm kata2 org itu adanya yg haq disebalik suara… adanya yg batin disebalik yg zahirnya kata2 itu… kata2 itu dtg dari mana??? Nafsu manusia semata2 kah… atau ada yg ingin disampaikan drpd yg haq itu sendiri…

    Sedikit pengamatan dari pengalaman dlm perjalanan anakanda yg masih amat pendek jika nk dibandingkan dgn ayananda… teringat sepotong ayat… wakulja alhaqqa waza haqal batilu innal batila kanazahuko… tok kenali dulu xpernah dituduh sesat… tok selehong jugak sama… kenapa tiba masa kita itu byk pula suara2 yg xberapa sedap… kan???

    Yg batin itu selamanya akan jadi batin selagi adanya dunia… andai rasullullah dulu meyampaikan hakikat hanya pd yg punya haq dan qadar… kita pula ini siapa utk menyampaikan pd umum… ayananda seorang qasas… gunakanlah pandangan mata hati itu menyampaikan pd yg layak supaya akan tiada fitnah… sesungguhnya fitnah senjata yg amat tajam… bukan kerana takut tapi bimbang… kerana senjata bila berada dtgn yg tidak layak akan terlalu byk mudarat… bimbangnya mudarat itu sampai pd insan yg kita syg…

    Maaf… anakanda xdpt mencoret panjang…
    Dari insan hina, daif lagi byk dosa…

    Like

  14. Org rmai hnya tahu nk melihat tuhan slpas mati sja..tp sblm mati xknal tuhan. Mcm mna nk jmp tuhan klu dh xknal.. itulah ideologi mudah mereka analkan dan menolak hdup2 ilmu makrifat yg benar. Rugi lagi merugikan. Mereka insan yang daif, yang belum tahu beza mana satu rupa dan wajah. Semoga kita semua mendoakan agar mereka terbuka slruh roh pancaindera mereka agar kenali ilmu makrifat..aamiin.

    Like

  15. assallamualaikum ,,bolehka sya brtnya tuan haji ,sya bru mendngar berta bru ,bhawa mengaml zikir nafas ini adalh sesat ..????tolonG bhhaskan

    Like

  16. Asalam,,tiada siapa pun faham tentang makrifat..sbb pertunjuk Allah adalah berbeza tidak sama pun..sekarang saya hampir tidak btl sbb zuk, terbuka hijab nampak benda yg pelik2 hantu atau jin xthu lah,,terdengar suara yg tidak bertuan.

    #kenapa jadi mcm ni?orang hampir angap aku tidak btl

    Like

  17. Dan perkara pelik berlaku kepada ku..aku pernah tengok matahari itu terbelah,aku pernah jumpa nabi isa as..sekaran aku terdengar suara seperti hasutan yang menyesatkan..

    #siapa boleh jelaskan..ia merampas hidup ku,,tak sama seperti dulu

    Like

  18. Kenapa Allah sembunyikan Alam ghaib,,bila aku tembus keAlam itu..Alam itu menyesatkan aku,,dan aku nampak orang berkopiah berpakaian putih..dia berkata-kata kpd ku tntng benda yabg tidak wujub pun..

    Like

  19. Kenapa Allah sembunyikan Alam ghaib,,bila aku tembus keAlam itu..Alam itu menyesatkan aku,,dan aku nampak orang berkopiah berpakaian putih..dia berkata-kata kpd ku tntng benda yabg tidak wujub pun..

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s