70 Tahun Abu Yazid Dalam Kejahilan

 

Diriwayatkan bahawa Abu Yazid telah tujuh puluh kali diterima berjumpa Allah. Setiap kali kembali dari perjumpaan dengan Allah, Abu Yazid memakai sebuah ikat pinggang (sifat keakuan) kemudian diputuskannya.

Menjelang akhir hayatnya Abu Yazid memasuki tempat solat dan memakai sebuah ikat pinggang, memakai baju dan memakai topinya yang terbuat dari bulu biri itu dipakainya secara terbalik dan ia berkata kepada Allah, “Ya Allah, aku tidak membanggakan terhadap zuhud yang telah kulaksanakan seumur hidupku, aku tidak banggakan solat yang telah kulakukan sepanjang malam. Aku tidak menyombongkan puasa yang telah kulakukan selama hidupku. Aku tidak menonjolkan diriku kerana telah berapa kali aku menamatkan al-Quran. Aku tidak akan mengatakan pengalaman-pengalaman ajaib yang telah kualami, doa yang telah kupohon dan betapa rapat hubungan antara Engkau dan aku. Engkau pun mengetahui bahawa aku tidak menonjolkan segala sesuatu yang telah kulakukan itu. Semua yang kukatakan ini bukanlah untuk membanggakan diri atau meminta kepercayaan daripadaMu. Semua ini kukatakan kepadaMu kerana aku malu atas segala perbuatanku itu. Engkau telah melimpahkan rahmatMu sehingga aku dapat mengenal diriku sendiri”.

“Semuanya tidak bererti, anggaplah tidak pernah terjadi. Aku adalah seorang Torkoman yang berusaha tujuh puluh tahun dengan rambut yang telah memutih di dalam kejahilan. Dari padang pasir aku datang sambil berseru-seru: “Tangri! Tangri! Baru sekarang inilah aku dapat memutus ikat pinggang (sifat keakuan) ini. Baru sekarang inilah aku dapat melangkah ke dalam kehidupan Islam. Baru sekarang inilah aku dapat menggerakkan lidah untuk mengucapkan syahadah (setelah tujuh puluh tahun). Segala sesuatu yang Engkau perbuat adalah tanpa sebab. Engkau tidak menerima umat manusia kerana kepatuhan mereka dan Engkau tidak akan menolak mereka hanya kerana keengkaran mereka. Segala sesuatu yang kulakukan hanyalah debu. Kepada setiap perbuatanku yang tidak berkenan kepadaMu aku memohon keampunanMu. Basuhlah debu keingkaran dari dalam diriku kerana aku pun telah membasuh debu kelancangan kerana mengaku telah mematuhiMu”.

Pengajaran:

Pengajaran yang dapat kita kutip dari kisah di atas, sepanjang tujuh puluh tahun usia Abu Yazid, sebanyak tujuh puluh kali beliau telah berjumpa dengan Allah. Sungguhpun tujuh puluh kali berjumpa Allah, namun beliau masih juga memakai tali pinggang (memakai sifat keakuan), namun sekembalinya dari bertemu Allah, setiap kali juga beliau menanggalkan tali pinggangnya (menanggalkan sifat keberadaan dirinya). Namun masih juga memakainya sehingga menanggalkan di setiap kali pertemuan selama tujuh puluh tahun. Tali pinggang itu, adalah merujuk kepada memakai sifat sombong, sifat angkuh, sifat kebesaran diri dan masih memakai sifat keberadaan diri. Bermaknanya di sini selama tujuh puluh tahun, sebanyak tujuh puluh kali juga beliau menanggalkan dan memakai kembali tali pinggang (tujuh puluh kali memakai sifat keakaun).

Setelah menjelang akhir hayatnya, barulah Abu Yazid memakai ikat pinggang, memakai baju dan memakai topinya yang terbuat dari bulu biri itu secara terbalik. Ertinya di sini Abu Yazid tidak lagi memakai sifat keakuan (tidak lagi memakai sifat keberadaan diri).

Setelah tidak lagi terlihat sifat keberadaan diri (menterbalikkan tali pinggang), barulah beliau bertemu dengan dirinya, iaitu bertemu dengan dirinya yang sebenar-benar dirinya. Setelah tidak lagi terlihat sifat keberadaan diri, barulah beliau dapat melihat dirinya yang sebenar. Kalau dulunya (selama tujuh puluh tahun) beliau memakai sifat-sifat kebesaran, kesombongan dan memakai sifat-sifat keangkuhan diri sebaliknya di saat akhir hayatnya, barulah beliau dapat rasakan bahawa perbuatan amal ibadahnya dahulu itu, hanyalah seumpama debu bagi Allah Taala. Kalau dulu beliau merasakan bahawa beliau sahajalah yang alim, yang taat, yang patuh dan yang banyak melakukan ibadah, ternyata hanya baru sebesar debu bagi Allah.

Setelah tersedar dari kejahilan dulu, kini beliau kembali ke pangkal jalan, iaitu jalan berserah diri kepada Allah. Setelah menemui jalan berserah diri kepada Allah, barulah beliau benar-benar bersyahadah dengan benar. “Baru sekarang inilah aku dapat menggerakkan lidah untuk mengucapkan syahadah” (setelah tujuh puluh tahun). Sedarlah beliau bahawa kasih sayang Allah terhadap hamba-hambaNya itu tidak bergantung (tidak tertakluk) kepada faedah (Allah tidak mengambil faedah) dari makhlukNya sekalipun makhluk itu berbuat baik mahupun makhluknya berbuat jahat.

Sebagaimana petikan ayat di atas yang berbunyi, “Engkau tidak menerima umat manusia kerana kepatuhan mereka dan Engkau tidak akan menolak mereka hanya kerana keengkaran mereka”. Lalu Abu Yazid menyesal atas perbuatannya yang lalu (yang telah memakan masa sepanjang tujuh puluh tahun), bertaubat kepada Allah dan tidak lagi memakai sifat keberadaan diri (tidak lagi memakai sifat keakuan).

Sealim-alim dan setinggi-tinggi ilmu Abu Yazid, masih lagi dikatakan ibadahnya hanya sebesar debu, apa lagi diri kita yang teramat-amat jahil. Selagi kita beramal ibadah dalam sifat keberadaan diri, selagi itulah amal ibadah kita itu tidak akan dipandang Allah.

Hj. Shaari Hj. Mohd Yusof,
Fakulti Makrifat, Universiti Qalbu Mukmin.
Jangan Sampai Terlihat Adanya Diri!
Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s