Apa Itu Erti Allah Maha Besar?

Rahsia Allah Di Sebalik Amal

Di kala hati kita “sampai” kepada Allah, jangan lagi terpandangan dan jangan lagi terhenti pada sifat dunia, sifat benda, mahupun pada sifat amal dan apa lagi pada sifat balasan pahala. Di kala melihat kepada sesuatu, hendaklah kita lihat apa yang di sebalik sesuatu. Begitu juga dalam kita mengerjakan amal ibadat. Di sebalik amal dan di sebalik ibadah itu sesungguhnya ada Allah bersertanya (inilah yang dikatakan rahsia amal). Di sebalik amal itu adanya Allah. Di sebalik amal bukan ada balasan pahala dan di sebalik ibadat bukan ada ganjaran syurga. Di sebalik amal itu ada Allah dan di sebalik ibadat itu ada Allah, inilah amalan-amalan orang yang ikhlas. Sekalipun syurga neraka dan pahala itu ada, buat apa untuk diingat, buat apa untuk dikenang dan buat apa untuk dinanti benda yang belum tentu dapat. Tidakkah syurga, neraka atau pahala itu makhluk muhadas (makhluk yang menerima binasa) buat apa diingat barang binasa, barang yang belum tentu dapat, dan buat apa kepada barang yang mati apa salah kalau kita sama-sama ingat kepada Allah. Allah kekal, Allah hidup, Allah bukan benda mati, Allah adalah barang yang sudah tentu ada dan barang yang sudah tentu dapat.

Syurga, pahala, ganjaran, bidadari, payung emas, sungai susu madu yang mengalir di bawahnya termasuk neraka, belum tentu kita dapat kerana ia adalah milik orang bukannya milik kita. Kalau syurga, neraka atau pahala itu milik kita dan hak kita, senang kita atur dan senang kita tempah. Ini semuanya milik orang dan hak orang (tidak ada satupun milik kita), jadi kenapa nak harap hak orang, lebih baik kita harap Allah, sudah tentu ada, barang yang pasti dapat dan sudahpun tersedia ada di depan mata kita sekarang ini. Kenapa tuan-tuan suka sangat mengejar barang yang belum tentu dapat? Barang yang sudah tentu dapat dan barang yang sudah tentu ada, kenapa tuan-tuan tak mahu? Pelik betul tuan-tuan ini, barang yang sudah ada di depan mata masih lagi mencari barang yang belum tentu ada.

Kenapalah tuan-tuan ini dilahirkan sebagai manusia, adalah lebih baik jadi haiwan, ada akal tetapi tidak mahu guna untuk mendapatkan Allah. Masih mencari yang lain berbanding mencari Allah! Masih mencari barang mati, barang palsu, barang belum tentu dapat, barang yang masih di dalam laut, barang tidak kenal dan masih juga mencari barang yang binasa. Ayam kalau ditabur emas dan ditabur jagung, malahan jagung juga yang dipilihnya. Biarpun emas bernilai tinggi namun jagung juga yang menjadi pilihan kerana silau dengan sama-sama berwarna kuning. Apakah kita sama dengan sifat haiwan yang bernama ayam? Pelik betulkan manusia ini! Elok-elok jadi manusia (sebaik kejadian) tetapi masih juga ingin jadi ayam.

Mulai hari ini, jangan letak selain Allah dalam akal fikiran, mari kita sama-sama letak Allah. Letak Allah di sebalik syurga, letak Allah di sebalik neraka, letak Allah di sebalik pahala dan letak Allah di sebalik makhluk! Kenapa letak pahala di sebalik solat, kenapa letak syurga di sebalik amal? Pahala boleh buat apa dan syurga boleh buat apa? Semua itu adalah makhluk yang bersifat mati, bersifat binasa dan bersifat sementara. Buat apa ingat kepada benda mati dan buat apa kepada benda palsu adalah lebih baik kita ingat kepada yang hidup, yang kaya, yang gagah, yang kebal, yang kekal dan yang maha berkuasa (Allah).

Bukan ada sesuatu di sebalik sesuatu sesungguhnya di sebalik sesuatu itu adanya Allah. Allahlah di sebalik sesuatu, Allahlah di sebalik amal, Allahlah di sebalik ibadah, Allahlah di sebalik dunia, Allah di sebalik solat dan Allahlah juga di sebalik apa jua. Anggaplah semua amal ibadah itu datangnya dari Allah, kembalinya juga kepada Allah dan amal serta pengamalnya juga adalah berserta Allah. Lihat sesuatu sesungguhnya tersembunyi wajah Allah di sebalik sesuatu. Apabila wajah Allah yang terselindung di sebalik sesuatu, janganlah pandang sesuatu, adalah lebih baik pandang Allah di sebalik sesuatu!

Para guru terdahulu, ada menyatakan kepada kita bahawa, di dalam diri kita itu ada terdapat suatu rahsia. Manakala di sebalik rahsia itu, masih terdapat satu lagi rahsia (rahsia di sebalik rahsia). Yang dimaksudkan dengan rahsia di sebalik rahsia itu, adalah merujuk kepada diri roh kita. Yang menjadi rahsia kepada diri roh kita itu adalah Allah. Kalau kita tingkatkan lagi ilmu melalui sudut makrifat, yang menjadi rahsia di sebalik rahsia itu adalah antara Nur Muhamad dengan Allah. Allah rahsia Muhamad dan Muhamadlah rahsia Allah. Inilah yang dikatakan rahsia di sebalik rahsia (mengikuit suluhan ilmu makrifat).

Diri zahir kita ini tempat tersembunyinya roh. Manakala di sebalik roh pula adalah tempat tersembunyinya Nur Muhamad. Di dalam diri Nur Muhamad pula terkandung dan tersembunyinya Nur Allah. Diri kita ini menyimpan dan menanggung tiga rahsia. Pertama menanggung rahsia roh, keduanya menanggung rahsia Muhamad dan ketiganya menanggung rahsia Allah. Rahsia Allah ada tersembunyi di sebalik Nur Muhamad. Rahsia Nur Muhamad tersembunyi di sebalik roh. Rahsia roh pula ada tersembunyi di sebalik nyawa keluar masuk. Manakala rahsia nyawa yang keluar masuk itu ada tersembunyi di sebalik tubuh kita. Untuk itu kenallah diri, kenallah diri dan kenallah diri moga-moga mengenal Allah. Dengan mengenal diri semoga tuan-tuan akan dapat mengenal roh sesudahnya (sebenar-benar diri itu adalah roh kita). Mengenal roh rata-rata, Allah akan dapat dikenal dengan nyata.

Setelah nyatanya roh, yang ghaib itu tidak lagi menjadi ghaib malahan tidak lagi dapat menghilangkan diriNya. Yang nyata itu tidak lagi dapat berselindung di sebalik makhluk dan tidak lagi dapat bersembunyi di sebalik yang muhadas (yang bersifat baharu). Yang nyata itu tetap nyata sekalipun ia bersembunyi. Tidakkah Allah itu nyata? Jika Allah itu nyata, terang dan jelas, macam mana sembunyi sekalipun ianya tetap tidak terlepas dari pandangan. Allah itu besar dan maha besar dari segala sekalian makhluk, bagaimana mungkin yang besar boleh bersembunyi di sebalik yang kecil. Sebaliknya yang kecillah sepatutnya bersembunyi di sebalik yang besar.

Bagaimana mungkin Allah tersembunyi, sedang segalanya kecil (mana mungkin yang kecil dapat menutup yang besar). Sungguhpun Allah itu teramat-amat besar tetapi yang besar itulah yang tuan-tuan tidak dapat melihatnya. Apa silap dan di manakah salahnya? Sehingga yang kecil tidak dapat untuk melihat yang besar. Di mana silapnya kita, di mana silapnya tuan-tuan dalam hal ini sehingga tidak dapat melihat Allah yang maha besar, maha dekat, maha terang dan maha hampir? Cuba buat-buat tanya diri masing-masing, kenapa boleh terjadi sebegini, siapa patut dipersalahkan? Apakah salah ibu mengandungkan tuan? Kalaulah mereka tahu (ibu tuan-tuan) tahu mengandung anak yang tidak mengenal Allah, barangkali ibu kitapun tidak mahu (menyesal) mengandungkan kita. Barangkali dunia inipun tidak mahu menanggung jasad orang seperti tuan-tuan! Sedarlah…

Yang gelap sudah berlalu tinggallah terang semakin terang. Terang tidak sekali-kali akan menyembunyikan cahaya. Yang kecil tidak lagi menjadi halus dan yang payah tidak lagi menjadi sulit. Bila mentari mula memancar sinarnya tidak ada sesiapa yang boleh menghalang, mendinding, menutup mahupun menghijabNya. Kabus tebal yang menyelubungi diri akan segera berlalu dengan sendirinya. Dengan berlalunya kabus (keberadaan diri), menjelmalah sinar terang (wajah Allah), tanpa terselindung atau terdinding lagi, seterang hati mereka yang mengenal Allah. Di situlah nantinya kita akan dapat melihat Allah di sebaliknya. Untuk itu, beramallah apapun tetapi jangan lupa untuk menilik Allah di sebalikaya!

Allah terlalu terang untuk dilihat dengan biji mata, biji mata tak termampu untuk memandang, menilik atau untuk melihatNya. Hanya Dia sahaja yang boleh memandang Dia. Penglihatan akan menjadi kabur dan malahan akan menjadi buta bila mana memandang atau melihat Allah. Setelah mata menjadi buta, barulah Allah dapat dilihat, dipandang dan ditilik. Selagi celik dan selagi tak buta, selagi itulah Allah tidak akan dapat tuan-tuan pandang. Seandainya mata kita terlihat Allah secara tidak sengaja apa lagi kalau sengaja, seluruh alam akan menjadi kabur malahan akan terkubur dan akan leburlah alam. Apabila pandangan terhadap makhluk sudah kabur, terkubur, lebur dan lenyap, di situlah pandangan terhadap Allah tidak lagi terselindung, tidak lagi terdinding dan tidak lagi terhijab oleh sesuatu apapun. Di mana saja dialihkan pandangan kita, di situlah juga akan kelihatan wajah Allah bersertanya.

Diri kita ini telah dijadikan tempat rahsia di sebalik rahsia dan menjadi rahsia kepada diri kita sendiri (kalau kita tidak mengenal diri). Yang menjadi rahsia bagi nama adalah sifat. Yang menjadi rahsia bagi sifat adalah gerak (afaal). Yang menjadi rahsia bagi afaal adalah nyawa. Yang menjadi rahsia bagi nyawa adalah roh. Yang menjadi rahsia bagi roh adalah Nur Muhamad. Yang menjadi rahsia bagi Nur Muhamad adalah Nur Allah. Yang menjadi rahsia bagi Nur Allah adalah makrifat (mengenal). Setelah mengenal Allah segala-galanya tidak lagi menjadi rahsia. Pokok panggkalnya di sini adalah mengenal Allah (makrifat). Sebenarnya Allah tidak bersembunyi atau berselindung. Allah barang nyata dan barang terang. Sayangnya tuan-tuan tidak mengenal barang yang dekat sebaliknya barang yang jauh, tahu pula tuan-tuan kejar tetapi barang yang dekat langsung buat endah tak endah. Inilah sejahil-jahil manusia.

Diri kita banyak menyimpan rahsia ketuhanan sayangnya tidak ramai yang menyelaminya. Bila mana diri zahir menyingkap tabir diri yang batin, maka akan terlihatlah diri yang batin. Setelah tersingkap diri yang batin maka berserahlah kepada batin, hanya batin yang boleh mengenal batin. Setelah batin mengenal batin, di situlah kita akan mengenal Allah.

Ini sahaja air tangan Hj. Shaari buat tatapan semua untuk sementara ini. Maaf kerana jarang berkalam kerana sibuk untuk menyiapkan kitab yang ke-12 dan ke-13. Amin…

Hj. Shaari Hj. Mohd Yusof,
Fakulti Makrifat, Universiti Qalbu Mukmin.
Jangan Sampai Terlihat Adanya Diri!

31 Replies to “Apa Itu Erti Allah Maha Besar?”

  1. Terimakasih Allah Mahasuci Allah yang mengajarkan kepada kami dan memperkenalkan dirinya kepada kami melalui guru kami .setinggi tingi terimakasih buat arifinbillah tuan guru haji saari kerana tampa jemu jemu mencurahkan ilmunya kepada kami yg dahagakan ilmu makrifat yg tiada ternilai ini semoga tuan guru di rahmati Allah

    Like

  2. Dari pemaparan tuan guru, sunguh luar biasa…
    Tp ada hal yg selama ini menjadi pertanyaan saya.
    1. Apa bisa kita melihat Allah dengan mata kepala kita dengan keadaan sadar???
    2. Katanya Allah itu maha gaib, tapi dari sebagian pendapat ada yang mengatakan, Dzat Allah pun bisa bisa dilihat dan dikenali sebelum akhirnya wujud dilihat denga nyata dengan mata kepala??
    3. Siapakah Allah, Rasulullah, Muhammad, dan Kita?, dimanakah letak persamaan dan perbedaanya? Serta bagaimana kita dapat melihat dan mengenalinya sampai menjadi terang antara kita?

    Mohon nomer WA Tuan guru berkirim ke email saya.

    Like

    1. maknanya bukan melihat allah yang maha ghaib.. bila dah terpaut dgn allah bila kita melihat jamban pun kita nampak kasih sayang allah menyediakan jamban untuk kita buang air.. maaf ya kalau ada tersilap saya xpandai.. hanya perkongsian

      Like

  3. Saya dari indonesia,,,,,,

    Mana buah tangannya tuan guru,,,aku tunggu,,,,,,

    tolong saya jelasin cara melakukan sholat dengan makrifat Dari niat sampai salam,,,,,???

    Gimana prosesnya???

    Dan gimana cara memperoleh zuk,khusu….???? Didalam rukun qolbi
    Gimana cara hilangin fikiran dan perkataan batin yg selalu datang pda saat sholat

    Dan ceritakan penciptaan manusia,,,dalam 5 waktu,,,zhuhur,,ashar,,margib, isya,,dan shubuh,,,,,,
    Soalnya ada nenek tua,,yg mengatakan sama saya,,,,klo tiba waktu zhuhur badan bagian zhuhur didiri kita begerak sendri,,,dan apabila tiba waktu ashar,,badan bagian ashar bergerak sendiri,,,

    Dan gimana gerakan sholat menurut rasulullah????????karena disini banyak gerakan,,,,,ada yg begini ada yg begitu,,,,soalnya apabila tuan guru sudah membuat kitab agama,,,berarti tuan guru sudah bertemu Rasulullah saw,,sudah minta ijin dari NYA

    Maaf tuan guru,,,,,,,,janganlan engkau BIARKAN MURIDMU INI DALAM PENCARIAN YG TAK KESAMPAIAN,,,,

    DAN

    saya mulai faham dengan apa kata tuan guru,,,,,,apapun bentuk dialam ini,,adalah semata mata untuk penyata ALLAH,,,,agar dia bisa dikenali,,,

    DIMANA MENGHADAP DISTU WAJAH ALLAH,,,,
    PANDANG KAMBING,,,WAJAH ALLAH BENTUK KAMBING,,,PANDANG GELAS WAJAH ALLAH BENTUK GELAS,,,,,PANDANG LANGIT,,BENTUK PUTIH,,,,PANDANG AIR WAJAH ALLAH BENTUK AIR,,,,,

    CUMAN WAJAH,,,,,WAJAH BELUM TENTU YG PUNYA WAJAH,,,,,INI MASIH SIFAT( MAHKLUK),,,KATA ORANG KAMPUNG SAYA,,,

    YG SAYA TANYAKAN WAJAH SESUNGGUHNYA ALLAH ,,,,,APAKAH KITA MENUNGGU ALLAH YG ESA YG DATANG,,,ATAU GIMANA,,,,,

    SAYA SUDAH MATIKAN SELURUH BADAN SAMPAI YG ZAHIR,,,,,,BELUM JUGA NAMPAK WAJAH ALLAH YG ASLI,,,,,

    LANJUT
    DIA YG ZAHIR DAN YG BATIN YG AWAL DAN YG AKHIR,,,,
    Didalam ayat ini surat alhadid,,,ayat 3,,,

    yg lainnya saya faham,,,,,,,,,,,,,,,,,

    Kata kata dia yg zahir,,,,,,,,berati yg baharu ALLAH JUGA,,,,,,

    TERUS KENAPA ORANG TANYA YG BUANG AIR KECIL DAN BESAR DAN MAKAN DAN MINUM DIBILANG BUKAN ALLAH ????????????
    Letaknya dimana???????? Sedangkan dia meliputi segala sesuatu,,,,,,,!!!!!
    Apakah maslah sifat 20,,,,,yg bilang baqa kekal,,,,,,makanya baharu tidak masuk dalam kategori,,,,,,,bukan jasad,,,,,dijadikan dari tanah dan tanah dari nur muhammad,,dan nur (muhammad) daru nur (ALLAH)

    Memang makrifat perbedaan sangat tipis makanya saya minta penjelasan?????

    Tolong dijawan???

    Like

  4. Salam tok saari….. Semoge tok saari dapat menyelesaikan karya berikutnye…. Saye selalu menantikan karya karya tok saari…. Ijinkan saye yg bodoh ni nak belajar banyak kpd tok saari…

    Like

  5. assalamualaikum tuan guru…menitis air mata saya apabila membaca artikel ini…apakah memang benar banyak fitnah & tohmahan serta cabaran dalam menyampaikan ilmu mengenal Allah? terima kasih di atas ilmu yang tuan guru kongsikan kepada hati yang belum mati. semoga manfaatnya sampai ke dalam hati (Nur Muhammad) setiap insan..amin

    Like

  6. assalamualaikum tuan guru yang dihormati dan disegani bagaimanakah hamba yang hina boleh berhubung dengan tuan guru dgn lebih rapat dan erat untuk mendapatkan panduan dan jalan menuju kepada sang pencipta yang haq dengan jalan yang benar lagi lurus dengan bimbingan tuan guru 

    Like

  7. assalamualaikum tuan guru yang dihormati dan disegani bagaimanakah hamba yang hina boleh berhubung dengan tuan guru dgn lebih rapat dan erat untuk mendapatkan panduan dan jalan menuju kepada sang pencipta yang haq dengan jalan yang benar lagi lurus dengan bimbingan tuan guru 

    Sent from Yahoo Mail on Android

    Like

  8. BasmallahX3 SubhanallahX3 Tabarakallah Azza Wa JallaX3 Hamdallah Rabbal A’lamX3 Ya SyakurX3.. DAN DISINI SY MINTA AMPUN N MAAF KRN ALLAH SWT N KPD ALLAH SWT MELALUI RASULULLAH.N TERUS PD SKALIAN stelah izin n khendaknya.. Disini sy tiada niat utk MENGUJI ilmu skalian… ttpi timbul keraguan sy akan PERCAYALAH skalian bahwa bila sy berkata-kata yg mana akan terlafazlah kata2 kalimat-kalimat akan ilmu Allah ini maka dgn itu TERUJILAH skalian akan ilmu skalian dlm ujian ini bila kata2 kalimat-kalimat sy terungkap ke udara krn kalimat-kalimat itu bkn kalimat aku ttpi adalah kalimat ALLAH…. jdi SIAPA KAH SY YG SBENARNYA? Rahsia… tetap Rahsia n pertanyaan mana yg betul MAKRIFAT atau MAKRIFATULLAH… jwpannya senang je MAKRIFATULLAH terlebih dahulu iaitu mengenal Allah terdahulu baru kita diberikan akan 1. Syariat(N)ama(Y)a(A)llah n ke 2. Terikat n ke 3. Hakikat (Barula nmpk yg jelas akan kterangannya akan HAKIKAT Allah itu sendiri) n barulah yg terakhirnya ke 4 Makrifat(Yg bole dikatakan anda da bertemu dgn Allah) n maafkan sy krn allah swt sbb sy nak tunjuk akan ilmu allah itu yakni akan ilmunya n bknnya sy tunjukan kfhman krn sy x beri kfhman pd skalian hanya allah shj yg mberi kfhman dgn NURHIDAYAHNYA krn sy hanya tunjuk ilmunya iaitu dgn smpikan ilmu Allah biarpun satu walaupun yg 1 itu adala ALIF yg mana sy nak kata bab pasal TERIKAT (bkn kita terikat dgn perintah akan undang2 allah) ttpi kita terikat dgn Allah bila kita jdi HAMBA ABDI ALLAH… n tanya diri anda adakah anda pernah berkata bahwa sy ne Hamba Allah/Hamba Abdi Allah krn bnyk org nmpk ALLAH dgn jelas didepan MATA mereka sperti kata2 yg tuan terangkan dlm Karya Tulisan Tuan yg cantik akan kcukupan sifatnya ttpi blm sempurna akan ia krn yg sempurna hanya ALLAH ttpi SAYANGNYA samada mereka yg fhm atau sy yg x fhm sbbnya mereka kasih limpas atau berlalu didepan ALLAH n berlalu pergi.. krn bgi kfhman ilmu Allah yg allah pinjamkan sketika pd sy ini.. mana mngkn harusnya mereka berlalu pergi stelah melihat dgn terang dgn jelas bahwa Allah ada di depan-depan mata mereka sperti kata2 tuan shaari dlm ceta itu.. n mengapa mereka tak mengabdikan diri mereka pd tuhan mereka dgn mnjdi dirinya sbgi HAMBA ABDI ALLAH krn itula Rahsia terbesar yg kbnykan org tidak tahu seumpama HAMBA ABDI (kaum negro) yg mana tangan n kaki digari oleh tuannya bermaknanya tuan dgn hamba abdi x terpisah n x berjauhan malah ia sentiasa berdekatan dgn bersamaan sbb dimana ada tuannya disitu ada hamba abdinya… CONTOH ada makhluk Allah dlm masjid menangis2 dlm doanya dgn katanya “Ya Allah masukkanlah sy ke ayurga firdaus yg first class itu yg ada aircon nya akan sejuk didlmnya jika anda memasuk ke dlmnya dgn teresak-esak akan tangisannya akan permintaan serta rayuannya ttg permintaannya utk mndpt permintaan ditunaikan.. Tiba2 dia terdengar kata2 terlafaz akan kata2bseseorg yg dia kenal yakni HAMBA ABDI ALLAH yg SESAT tgh berdoa dgn kata2 doanya yakni “Ya Allah sy hanya mahu kamu iaitu Allah n sy hanya Allah.. Hanya ALLAH n bknnya sy pinta mahukan syurga firdaus smpi menangis teresak-esak smpi mau keluar hingus yg hijau tu… Hairan bin ajaib dimintanya akan permintaan yg bnyk kali ia sebut iaitu SYURGA FIRDAUS smpi menangis yg berlebihan ttpi dia x minta akan allah itu sbb klu dia minta allah maka sgalanya dia bisa dpt miliki rasai sbb dia minta allah n dgn allah shj yg boleh mberi apa yg kita butuhkan.. Ttpi ini tidak syurga firdaus jgk yg seringkali dia minta dlm selepas solat n Allah swt ttpi mberi pd org itu yg meminta syurga firdaus itu dgn kata firman allah akan kbinggungan siapa disini samada tuhannya atau org tu krn allah berfirman “KU BERIKAN JGK DGN MENUNAIKAN APA YG KAMU MINTA ATAU HAJATI yg seringkali kamu ajukan pd sy ttpi yg GANJIL bin AJAIB adala bila mana kamu x minta diri aku yakni ALLAH sbaliknya syurga firdaus jgk bnyk kali yg kamu minta sdgkan semua yg kamu miliki atau dpti itu berasal dr sy jgk… Ttpi kamu tetap jgk memintanya berkali2 iaitu syurga firdaus nmpknya sy ne(Allah) x penting n yg penting bgi mu ada syurga itu shhg kamu sggp memiliki yg itu lebih dr diri sy sendiri yg merupakan tuhan allah kamu krn ia khatam Al-Quran berkali dgn bertajwid disertai tarranum diikuti kelas vokal nyanyian musik utk kasih sedap suaranya krn niat dia dlm hatimbaca Al-Quran adala krn Allah ta’ala ttpi yg misterinya akan mustikanya TIDAK plak dicarinya KFAHAMANNYA demi ilmu Al-Quran Allah dpt diungkaikan dgn diamalkan utk dunia akhirat bisa anda bole jwt x sbarangbm masalah n wslm

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s