Di Manakah Beradanya Kita Sekarang?

Di mana kita? Cuba tuan-tuan tanya persoalan ini kepada diri masing-masing. Berada di manakah kita sekarang ini? (Sekarang ini kita sedang berada di mana?)

Jawapannya sekarang ini kita sedang berada di alam fana, alam palsu, alam kosong, alam gelap, alam sementara dan kita sekarang ini sedang berada di alam yang tidak ada alam dan di alam yang tidak wujud (alam fana).

Kita sekarang ini bukan duduk dan bukan tinggal di dunia. Sesungguhnya kita sekarang sedang berada di alam fana dan alam baqa, iaitu di genggaman Allah, di tangan Allah, di ketetapan Allah dan kita sekarang sedang berada di persimpangan ketentuan Allah.

Dari mana kita datang?

Kita datang dari kampung kosong, kampung tidak ada dan dari kampung yang tidak punya apa-apa. Maka sekarang pun kita tidak memiliki apa-apa. Dari Allah asalnya kita datang, kepada Allah juga kembalinya kita. Dari tangan kosong kita datang, dengan kosong juga kita kembali. Dari kampung Allah kita datang, di kampung Allah kita berada sekarang dan ke kampung Allah juga sudahnya kita. Itulah asal kita dan itulah kampung kekal kita, buat selama-lamanya. Bersama Allah itu, tidak semestinya menunggu hari akhirat, bersama Allah itu, hendaklah dari sekarang dan sampai bila-bila.

Contohnya, seumpama kita beli televisyen yang berjenama Toshiba.

Nanti akan bersambung di lain hari…

Hj. Shaari Hj. Mohd Yusof,
Fakulti Makrifat, Universiti Qalbu Mukmin.
Jangan Sampai Terlihat Adanya Diri!
Advertisements

11 Replies to “Di Manakah Beradanya Kita Sekarang?”

  1. Tks post nya ayahanda

    Pada tanggal 1 Apr 2017 12:09 AM, “Makrifat Tok Kenali” menulis:

    > Hj. Shaari posted: “Dimanakah Beradanya Kita Sekarang: Dimana kita?: Cuba > tuan-tuan tanya persoalan ini kepada diri masing-masing. Berada dimanakah > kita sekarang ini? (sekarang ini kita sedang berada diamana?). Jawapannya > sekarang ini kita sedang berada di alam fana, alam” >

    Like

  2. Assalamualaikum wm.
    Terima kasih atas huraian tuan haji. Sangat tepat. Saya hanya menumpang gembira bila email saya dibalas.
    Ingin juga saya menjawab soalan tuan yang telah tuan sendiri berikan jawapannya di atas.
    Boleh ke saya katakan bahawa kita sedang berada di dlm “lapangan” Allah, di dlm ketentuan Allah, di dlm Kun. Ianya tiada ruang, tiada masa, tiada skala, tidak berhuruf tidak bersuara. Ianya kosong, bersifat salbiah. Di sinilah asal segalanya dan akhir segalanya. Ianya meliputi malah melebihi segala yg terjangkau juga yg tidak terjangkau. Wallahu’alam.

    Like

  3. Kita berada di “lapanganNya, ketetapanNya, Kun Nya, ketiadaan waktu, ketiadaan jarak, ketiadaan ruang, ketiadaan sekala, ketiadaan pembahagian, ketiadaan bilangan, keesaanNya, Kosong, SalbiahNya”. Di sinilah kita berasal, berada kini dan selamanya.

    Like

  4. As salam Tuan Guru. Saya ingin bertanya adakah kita ‘melihat’ atau tidak ‘melihat’ Allah. Di bawah ini ada tiga punca rujukan iaitu Al Quran dan Hadits yang mempunyai percanggahan antara satu sama lain.

    PERTAMA (tidak melihat), Firman Allah,

    قُل لَّا يَعْلَمُ مَن فِي السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ الْغَيْبَ إِلَّا اللَّهُ وَمَا يَشْعُرُونَ أَيَّانَ يُبْعَثُونَ
    qul laa ya’lamu man fii alssamaawaati waal-ardhi alghayba illaa allaahu

    “Katakan: Tidak seorang pun di langit dan di bumi yang mengetahui apa yang tersembunyi, melainkan Allah.” (QS An-Naml [27]:65).

    KEDUA(tidak melihat), Dari Abu Dzar r.a., katanya: ”Aku bertanya kepada Rasulullah Shalallaahu Alaihi Wassallam, “Adakah Anda melihat Allah?” Jawab beliau, “Dia Maha Cahaya, bagaimana aku bisa melihat-Nya?”

    KETIGA(melihat), Allah Ta’ala berfirman,

    وجوه يومئذ ناضرة إلى ربها ناظرة (سورة القيامة:22-23)

    “Wajah-wajah (orang-orang mukmin) pada hari itu berseri-seri. kepada Tuhannyalah mereka melihat.” SQ. Al-Qiyamah: 22-23.

    Sekian dan terima kasih, Assalamualaikum wm.

    Like

  5. Asalamualaikum..
    Saya Agus dari indonesia, berminat membeli buku2 tuan haji shari, bagaimana cara pembayarannya? Pakai IDR apakah bisa?
    Terima kasih…

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s