Keadaan Orang Yang Kepada Ingat Allah

 

Bila ingat kepada Allah, membuatkan kita lalai kepada yang lain sekalipun benda itu haram.

Ketika Rabiah menderita sakit tenat, ditanya kepadanya apakah penyebab penyakitnya itu. “Aku telah melihat syurga dan Allah telah menghukum diriku.”, jawab Rabiah. Kemudian Hasan Al-Basri datang untuk mengunjungi Rabiah. Aku mendapati salah seorang pemuka Kota Basrah berdiri menunggu di pintu pertapaan Rabiah. Dia hendak memberikan sebekas emas kepada Rabiah dan dia menangis. Aku bertanya kepadanya, “Mengapakah engkau menangis?”, jawabnya, “Aku menangis kerana wanita solehah zaman ini. Kerana jika berkah hidupnya tiada lagi, celakalah umat manusia. Aku telah membawa wang sekadar untuk membiayai perawatannya tetapi aku khuatir kalau-kalau Rabiah tidak mahu menerimanya. Pujuklah Rabiah agar dia mahu menerima wang ini”. Maka masuklah Hasan Al-Basri ke dalam pertapaan Rabiah dan memujuknya untuk menerima wang itu. Rabiah memandang Hasan dan berkata, “Dia telah menafkahi orang-orang yang menghujah-Nya. Apakah Dia tidak akan menafkahi orang-orang yang mencintai-Nya? Sejak aku mengenal-Nya, aku telah berpaling dari manusia ciptaan-Nya. Aku tidak tahu apakah kekayaan seseorang itu halal atau tidak, maka betapakah aku dapat menerima pemberiannya? Pernah aku menjahit pakaian yang koyak dengan diterangi lampu dunia. Beberapa saat hatiku lalai tetapi akhirnya aku pun sedar. Pakaian itu kukoyak semula kepada bahagian-bahagian yang telah kujahit itu dan hatiku menjadi lega. Mintalah kepadanya agar dia tidak membuat hatiku lalai lagi”.

PENGAJARAN:

“Aku menangis kerana wanita solehah zaman ini dan jika berkah hidupnya tiada lagi, celakalah umat manusia.”

Ayat-ayat di atas adalah bagi menggambarkan kemuliaan seorang perempuan berbanding lelaki. Bagi sisi Allah Taala, tidak ada bezanya antara lelaki dengan perempuan yang penting dan yang membezakan seseoranng itu, adalah dari segi takwa (ketakwaan kepada Allah). Oleh itu, kepada kaum hawa (kaum perempuan), saya menyeru, marilah dan tuntutlah ilmu makrifat, sebagaimana kaum lelaki. Dari segi ilmu ketuhanan ianya bukan terhad kepada kaum lelakli sahaja. Adapun ilmu Allah itu, adalah untuk semua.

“Dia telah menafkahi orang-orang yang menentang-Nya. Apakah Dia tidak akan menafkahi orang-orang yang mencintai-Nya?”

Selalunya kita dengar bahawa kita hanya mencintai orang atau guru yang menjanjikan kita syurga, pahala dan ganjaran. Jarang orang mencintai guru yang tidak menjanjikan syurga, pahala atau ganjaran. Adapun guru makrifat seperti mana Rabiah, ajarannya tidak menjanjikan syurga, pahala atau ganjaran atau takutkan neraka. Guru makrifat yang dibenci orang itu, adalah guru yang tidak menjanjikan balasan. Oleh itu, mulai hari ini, dengan mengambil pengajaran dari kisah wali Allah Rabiah itu, marilah kita mencintai guru-guru yang tidak menjanjikan syurga tetapi menjanjikan pemiliknya syurga, tidak menjanjikan pahala tetapi menjanjikan pemiliknya pahala. Kebanyakan guru hari ini, adalah guru yang menghitung pahala. Buat itu sekian pahala dan buat ini sekian pahala, sekian ganjaran dan sekian balasan, pahala itu dan pahala ini. Bagi guru makrifat, mereka hanya tahu Allah, iaitu mencintai pemilik dan pencipta pahala, pencipta syurga dan pencipta ganjaran.

“Sejak aku mengenal-Nya, aku telah berpaling dari manusia ciptaan-Nya.”

Bagi Rabiah dan bagi mereka-mereka yang telah sampai kepada kemuncak makrifat kepada Allah Taala, hati mereka itu, tidak lagi tertambat kepada alam makhluk dan tidak lagi terikat kepada dunia. Mereka-mereka yang mengenal Allah, tidak lagi tertambat kepada pujian, pujaan, sanjungan atau sanjungan manusia. Tidak tertambat dan tidak tersanjung dengan pangkat ustaz, pangkat pak imam, pangkat tok kadi atau pangkat penceramah agama. Tetapi lebih memandang kepada pemberi pangkat dan melihat kepada pencipta pangkat.

“Pernah aku menjahit pakaian yang koyak dengan diterangi lampu dunia. Beberapa saat hatiku lalai tetapi akhirnya aku pun sedar. Pakaian itu kukoyak semula.”

Pengajaran dari kisah Rabiah itu, mengajar kita betapa orang dahulu (ulama-ulama) zaman dahulu tidak lupa kepada Allah Taala. Erti lampu dunia itu, bukan bererti merujuk kepada cahaya matahari tetapi ianya merujuk kepada pancaroba dunia (kesenangan dunia) atau merujuk kepada keindahan dunia. Walau sesaat lupa kepada Allah, ulama dahulu sudah menganggapnya suatu dosa besar dan suatu kesalahan besar. Sehingga kain yang sudah dijahit pun dikoyaknya semula bagi menunjukkan bahawa jika pekerjaan, amalan atau ibadah yang tidak disertai ingat kepada Allah itu, seumpama tidak bermakna. Tetapi orang zaman sekarang beribadah kepada Allah atau mengerjakan amal itu, hanya sekadar tangkap muat saja (buat sekira-kira buat), tanpa mengira sama ada kenal atau tidak tuan yang disembah. Solat tanpa mengenal Allahpun dianggap sudah sempurna dan sudah cukup untuk mendapatkan syurga. Sedangkan Allah yang hendak disembah itu, tidak pernah diambil kenal. Bagi wali Allah Rabiah, pekerjaan yang tidak disertai ingat kepada Allah itu, dikira tidak halal dan haram.

“Mintalah kepada Allah agar Dia tidak membuat hati kita lalai lagi.”

Untuk ingat kepada Allah itu, bukan dengan kerana pegang buah tasbih dan bukan kerana berdiri solat. Orang yang sedang pegang buah tasbih dan orang yang sedang berdiri solatpun, ada yang langsung tidak ingat Allah. Untuk ingat kepada Allah itu, bukan dengan kerana sebut namanya tetapi hendaklah ingat dengan cara mengenal. Ingat kepada Allah itu, bukan datangnya dari diri kita dan bukan datang kerana inadah atau bukan kerana buah tasbih. Ingat kepada Allah itu, adalah didatangi oleh Allah sendiri. Hanya Allah yang memberi kita ingat kepada diri-Nya (hanya Allah ingat kepada Allah). Diri kita tidak berkuasa ingat kepada Allah kalau Allah sendiri yang tidak mendatangkan ingatan itu.

Otak tidak boleh ingat kepada Allah kerana otak kita adalah makhluk. Makhluk mana mungkin boleh sampai kepada Allah. Hanya Allah sahaja yang sampai kepada tahap Allah.

Hj. Shaari Hj. Mohd Yusof,
Fakulti Makrifat, Universiti Qalbu Mukmin.
Jangan Sampai Terlihat Adanya Diri!
Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s