Fahaman Feqah Dengan Fahaman Ilmu Makrifat Tentang Sakitnya Sakaratul Maut

 

Gambaran feqah yang mengatakan sakit teramat-amat sakit semasa sakaratul maut itu seumpama tersiatnya kulit kambing. Inilah gambaran feqah di kala sakaratul maut. Pada pandangan ilmu makrifat, sakaratul maut itu tidak sakit sebagaimana tidak sakitnya kita tidur (tidakkah mati itu saudaranya tidur). Sebagaimana tidur sebegitulah mati. Tidak ada orang mati di hospital yang meronta-ronta atau meraung-raung semasa nak mati (baik Islam mahupun orang kafir), tidak ada yang menjerit-jerit sakit semasa nak mati. Cuba lihat kematian di katil-katil hospital, jururawat dan doktor depan matapun tak tahu mereka mati. Tahu-tahu nadi dan nafasnya berhenti. Tidak ada memekik-mekik, meraung-raung atau meronta-ronta semasa datangnya sakaratul maut. Kalaupun ada yang meronta-ronta, itu adalah orang yang mati kerana terkena sawan (sawan babi). Bermaknanya di sini, mati itu tidak sakit. Yang dimaksudkan seperti tersiatnya kulit kambing itu, menurut suluhan ilmu makrifat ianya bukan menggambarkan sakit! Tetapi menggambarkan suruh kita tinggal dunia (tinggalkan sifat keakuan diri), suruh kita tinggal anggota yang tujuh. Yang dimaksudkan kulit itu bukan menggambarkan sakit tetapi menggambarkan supaya kita meninggalkan apa-apa yang ada pada kita. Apa-apa yang ada pada kita itu hendaklah kita kembalikan kepada Allah Taala. Jangan lagi semasa nak matipun (semasa sakaratul mautpun) kita masih lagi ingatkan bini cantik, masih lagi nak berkira-kira wang dalam bank, masih lagi nak berkira-kira kereta mewah atau rumah besar. Itu semua adalah seumpama kulit! (Itu semua harta dunia). Tinggalkan semua kulit dunia itu, marilah kita kembali kepada Allah dengan membawa isinya.

Iaitu membawa ilmu, membawa iman, membawa makrifat, membawa hanya semata-mata Allah Taala dan jangan sekali-kali membawa feqah. Kalau membawa feqah ertinya kita mati dengan tidak menanggalkan kulit. Mari kita mati dengan keadaan menanggalkan kulit (menanggalkan sifat keberadaan diri). Telanjangkan tubuh kita dengan dunia. Mari kita kembali bawa ilmu dan bawa Allah Taala (bawa isinya). Fahaman serta tafsiran feqah memang berbeza dengan fahaman ilmu makrifat. Feqah menyuluh tersiatnya kulit dengan gambaran pedih, sakit, ngeri dan seksa. Sebaliknya matinya orang mengenal Allah itu adalah seumpama sebagaimana kita hendak tidur yang tidak ada apa-apa rasa, tahu-tahu kita sudahpun berpindah alam dari berkeadaan garam berubah kembali menjadi masin.

Tidak ada orang mati di hospital dari kakinya terkangkang menjadi bercantum atau kakinya bersilang! Feqah menggambarkan sakitnya mati (sakitnya sakaratul maut) itu sehingga kaki yang terkangkang akan menjadi satu (berlaga, bercantum dan rapat). Cuba tanya doktor, berapa orang yang mati kakinya bersilang dua menjadi satu? Adapun mengikut suluhan makrifat bukanlah menunjukkan anggota kaku dari terkangkang menjadi bersilang. Yang dimaksudkan dua belah kaki berlaga (bercantum atau bertemu) menjadi satu adalah bagi menggambarkan kepada kita bahawa erti kaki itu adalah bermaksud pendirian kita, iktikad kita atau menggambarkan pegangan kita kepada Allah itu jangan sampai berdua lagi. Hendaklah putus iktikad kita daripada sifat keakuan kepada sifat penyerahan diri kepada Allah. Daripada menduakan sifat Allah kepada menjadi SATU (biar Allah sahaja yang wujud, ujud dan maujud).

Jangan ada lagi sifat gagahnya aku, kayanya aku, besarnya aku dan ujudnya aku. Jangan lagi terlihat cantik aku, kaya aku, besar aku, kuat aku, lebih aku, masa kita nak mati (masa sakaratul maut) jangan ada lagi sifat-sifat kita. Mari kita sama-sama serahkan segala sifat syirik (sifat menduakan wujud Allah) supaya nampak menjadi satu iaitu biar yang ujud hanya Allah (yang ada hanya Allah). Itulah fahaman dari sudut kaca mata ilmu makrifat dalam mentafsirkan maksud “kaki bercantum menjadi satu” di ketika sakaratul maut.

Maaf, ayahanda berhenti dulu sampai di sini. Bila handphone ayahanda kembali dari pulang ke rahmatullah, ayahanda jawab melalui suara.

Hj. Shaari Hj. Mohd Yusof,
Fakulti Makrifat, Universiti Qalbu Mukmin.
Jangan Sampai Terlihat Adanya Diri!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s