Mengenal Diri Melalui Garam, Mengenal Allah Melalui Masin

(Air tangan Tuan Haji Shaari ini sudahpun pernah disiarkan sebelum ini. Air tangan ini disiarkan semula hanyalah sekadar untuk renungan kita kembali.)

Hari ini tanggal 02 Oktober 2012, jam sedang menunjukkan pukul 5.00 pagi. Marilah kita sama-sama mengikuti pelajaran mengenal diri melalui kiasan garam dan mengenal Allah melalui kiasan masin. Sebelum itu, ingin saya ajukan satu persoalan. Soalannya berbunyi, kenapakah ikan tidak masin selama hidup berendam di dalam laut? Masinnya ikan itu, bila mana direndam dengan garam, kenapa ikan tidak masin bila mana berada di dalam lautan masin. Saya mahu tuan-tuan jawab, sebelum boleh meneruskan bacaan ilmu yang seterusnya.

Pelajaran ini, adalah satu pelajaran dan satu kiasan yang teramat besar bagi mengajar kita mengenal diri dan mengenal Allah Taala dengan nyata dan jelas. Sayangnya tidak ramai dari kalangan kita yang mahu berfikir dan mengambil iktibar darinya. Allah jadikan sedemikian rupa adalah semata-mata bagi mengajar kita erti mengenal diri dan mengenal Allah Taala. Bagi mereka-mereka yang berpandangan jauh, akan dapat mengambil iktibar melaluinya.

Ikan tidak masin selama berada di dalam lautan, sebabnya adalah kerana “ikan belum mati”. Oleh kerana ikan belum mati dan kerana ikan masih hiduplah sebabnya ikan itu tidak masin semasa berada di dalam lautan masin. Setelah mati atau setelah berpisahnya nyawa dari jasad ikan, barulah ikan beroleh masin dan barulah ikan akan menjadi masin bila mana berada di dalam lautan.

Persoalannya di sini, apakah hubungan antara nyawa dengan masin?

Yang menerima masin itu adalah jasad, bukannya nyawa, nyawa tidak ada kena mengena dengan masin. Tetapi kenapa bila mana ikan masih bernyawa, jasadnya tidak boleh menerima masin. Bila mana ikan sudah mati dan setelah nyawanya bercerai dari jasad, barulah tubuh ikan itu boleh menerima masin, kenapa? Yang berendam di dalam lautan masin itu, adalah jasad ikan bukannya nyawa ikan. Kenapa ikan tidak boleh menerima masin bila mana adanya nyawa? Tubuh ikan hanya boleh menerima masin, setelah ketiadaan nyawa.

Cuba lihat bagaimana ikan yang sudah mati, pastinya akan menemui masin. Iktibar atau pengajaran “mati” yang dapat kita kutip dari kiasan ikan dengan garam itu sebenarnya adalah salah satu cara mengajar kita mengenal Allah. Kenapa ikan tidak boleh menerima masin? Persoalan ikan tidak boleh menerima masin adalah sama dengan persoalan kenapa kita tidak boleh mengenal Allah? Barang siapa tahu kenapa ikan tidak boleh menerima masih, mereka akan tahu kenapa kita tidak boleh mengenal Allah.

Ikan tidak boleh menerima masin, adalah kerana ikan belum sampai kepada tahap “mati”. Begitu juga dengan kita, diri kita tidak boleh sampai kepada tahap mengenal Allah, adalah kerana diri kita masih belum sampai kepada tahap mati (matikan diri sebelum mati). Bila mana kita berjaya sampai kepada tahap mematikan diri sebelum kita mati, di situlah nantinya kita akan dapat sampai kepada tahap mengenal Allah Taala. Antara sebab kita tidak boleh sampai kepada tahap mengenal Allah itu, adalah kerana kita masih belum berjaya sampai kepada tahap mematikan diri. Sesudah sampainya kita kepada tahap “mematikan diri sebelum mati” dengan sebenar-benar sampai, barulah boleh kita mengenal Allah Taala dengan sebenar-benar kenal.

Setelah ikan sudah sampai kepada tahap mati, maka akan sampailah sifat masin kepada jasad ikan. Begitu juga kiasannya dengan diri kita. Bila mana sampainya kita kepada tahap “Al mutu kablaan tamautu” (matikan diri sebelum mati), barulah kita akan sampai kepada tahap mengenal Allah Taala. Setelah diri sudah sampai kepada tahap “mati sebelum mati”, maka akan sampailah kita kepada tahap mengenal Allah. Oleh itu, barang siapa yang berhajat atau bercita-cita untuk sampai kepada tahap mengenal Allah Taala, seharus dan semestinya terlebih dahulu melalui proses mematikan diri sebelum mati.

Sebab tidak sampainya kita kepada tahap mengenal Allah itu adalah kerana tidak berjayanya kita untuk sampai kepada tahap mematikan diri. Setelah sampainya kita kepada tahap ilmu mati sebelum mati, barulah kita akan dapat sampai kepada tahap mengenal Allah dengan sebenar-benar mengenal. Sesudah matinya ikan, baru boleh menerima masin, sebegitulah juga dengan diri kita. Sesudah diri kita mati sebelum mati, barulah Allah itu akan dapat menghampiri, mendampingi, menyelubungi serta meliputi diri kita, dari situlah kita akan dapat mengenal Allah dengan nyata. Kita akan berjaya sampai kepada tahap mengenal Allah dengan nyata, setelah kita mengenal erti mati dengan rata. Untuk itu marilah kita belajar mengenal erti mati, “Al-mutu kablaan tamautu” (mati sebelum mati).

Untuk mengenal Allah itu, mari kita umpamakan diri kita seumpama garam dan mengenal Allah itu seumpama masin. Anggaplah diri kita ini garam. Kiranya kita hendak binasakan sifat garam ke dalam masin, campakkan garam ke dalam laut. Setelah garam kembali ke dalam laut, maka akan hilanglah sifat garam, setelah hilangnya sifat garam, maka kekallah ia dalam sifat masinnya. Begitu juga dengan diri kita.

Barang siapa yang berhajat untuk mengenal diri, hendaklah dia mematikan diri sebelum mati (membinasakan diri). Seumpama kiasan kita campak garam ke dalam laut. Setelah garam dipulangkan semula ke dalam lautan, barulah tidak lagi kelihatan garam, yang nyata hanyalah masin. Begitu juga dengan diri kita, barang siapa yang berhajat untuk mengenal diri, campakkan diri ke dalam lautan wajah Allah. Sifat garam atau sifat diri kita sebenarnya tidak ada, tidak wujud dan tidak maujud. Sebenarnya yang ada, yang wujud, yang ujud dan yang maujud itu, hanyalah masin.

Cuba tuan-tuan ambil seketul garam kasar. Saya mahu tuan-tuan genggam garam itu dan masukkannya ke dalam segelas air. Kerana “berketul” itulah makanya kita panggil ia dengan panggilan garam. Cuba larutkan garam ke dalam air, biar sifat ketulannya hilang, maka garam tidak lagi dipanggil garam, melainkan dipanggillah ia dengan panggilan masin.

Demikian juga dengan diri kita, kerana kita “bersifat” itulah makanya kita panggil diri. Cuba kita hilangkan sifat diri, cuba kita bayangkan yang diri kita itu mati. Setelah mati dan setelah ditanam ke dalam tanah, di manakah yang dikatakan diri? Sebenarnya diri kita tidak ada, diri kita sebenar-benarnya tidak ada. Sebenar-benarnya diri kita itu, tidak ada. Adanya sifat diri kita itu, hanyalah sekadar bersifat sebagaimanna sifatnya garam. Kiranya kita hanyalah sekadar bersifat sebagaimana sifatnya garam, kenapa kita masih mengaku yang kita itu ada? Sekiranya sifat garam tidak ada, maka sifat kita juga tidak ada. Kembalikan garam ke dalam laut dan kembalikan diri kita ke dalam Allah (Wajah Allah), Allah, Allah, Allah.

Amin.

6 Replies to “Mengenal Diri Melalui Garam, Mengenal Allah Melalui Masin”

  1. Assalamualaikum ayahanda, terlebih dahulu anakanda doakan agar ayahanda sihat selagi hayat dikandung jasad moga nukilan ayahanda tidak berakhir selagi pena terukir, amin.

    Di sini anakanda mohonkan restu dan doa ayahanda kerana anakanda telah memiliki Kitab Mengenal Diri dan Mengenal Allah, bagi mendalami kalam Allah ini anakanda takut nanti dituduh tidak berguru maklum di akhir zaman ni banyak yang salah anggapan, mohon restu dan doa ayahanda dari anakanda Hisyam Zaime Sungai Petani.

    Like

  2. assalamu’alaikum wr. wb.
    Tuan Hj. Shaari, saya ingin bertanya mengenai postingan Hj. Shaaji.
    Pertanyaan : Bagaimana mematikan diri itu, apakah dengan banyak berzikir atau beribadat atau bertafakur, tentu ada metode atau cara yang dapat sampai ke tujuan tersebut.
    terima kasih

    Like

  3. Mengenal Tuhan itu dengan Tuhan. Dengan itu Tuhan perlihatkan diriNya semata. Jika ada selain Tuhan dlm penglihatan ianya adalah senda gurauNya belaka. Rahmat Tuhan adalah seisi alam. Keadilan dan kasih sayang Tuhan melampaui pengenalanNya.

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s