About

Saya adalah anak kepada Haji Mohd Yusof Cik Wook yang menerima pendidikan ilmu makrifat daripada ayahanda saya sendiri. Ayahanda saya Haji Mohd Yusof Cik Wook pula menerima pendidikan makrifat daripada dua tokoh ulama terkenal iaitu Tuan Guru Haji Abdul Rahman (Tok Selehong) dan Tuan Guru Haji Awang Mohd Yusof (Tok Kenali).

Ilmu makrifat saya telah dididik oleh ayahanda sedari kecil lagi dan bila mana telah menepati waktu dewasa, keinginan untuk menyambung peninggalan ilmu ayahanda semakin menebal. Oleh itu, sebelum saya menghembuskan nafas terakhir, ingin saya mengajak tuan-tuan dan puan-puan serta muslimin dan muslimat berserta dengan saya untuk menimba dan menyebarkan ilmu ini.

Amin.