Apa Itu Zikir Nafas (Zikir Yang Tidak Berhuruf dan Tak Bersuara)

Tuan-tuan, puan-puan, muslimin dan muslimah yang dirahmati Allah sekalian. Saya terpanggil untuk menjawab persoalan yang diutarakan oleh para sahabat mengenai zikir nafas. Zikir yang tidak berhuruf atau tidak bersuara itu, bukannya bermaksud ingat kepada nafas yang turun naik. Adapun nafas yang turun naik itu, adalah merupakan angin, sedangkan zikir iru bukannya bertujuan untuk ingat kepada angin!.

Zikir bukan bertujuan untuk ingat kepada angin (yang keluar melalui hidung), bukan bertujuan untuk ingat kepada dada yang bergerak, jantung yang berdegup dan nadi yang berdenyut!. Itu bukan zikir yang tidak berhguruf dan bersuara.

Harap sahabat-sahabat dan pengemar blog saya diluar sana, faham apakah itu hakikat zikir dan faham apakah itu hakikat tidak berhuruf dan bersuara. Nafas masih boleh dirasa, sedangkan yang tidak berhuruf, tidak bersuara, tidak berjirim dan berjisim itu, adalah sehingga sampai kepada penghujung rasa (sehingga sampai kepada tidak ada rasa). Setelah sampai kepada tahap tidak ada rasa, itu baru dikatakan zikir yang tidak berjirim dan berjisim (tidak berhuruf dan tidak bersuara).

Selagi ada rasa angin yang keluar masuk, itu bukannya zikir (ingat)!. Maksud ingat (zikir) kepada Allah itu, bukanya bermaksud ingat kepada angin. Adapaun angin itu, bukan Allah!. Setelah ingat kepada Allah (tuan yang empunya nama), barulah dikatakan sebenar-benar zikir nafas.

Sesetengah dari kita, ada yang mengatakan bahawa dengan ingat kepada perkataan hu atau hak semasa keluar atau masuknya nafas itu, dikatakan zikir nafas. Hu atau hak itu, adalah perkataan atau lafazan dari suara yang keluar dari halkum, itu bukan zikir nafas (Hu atau haq itu, bukan zikir nafas!).

Apakah itu yang dikatakan zikir nafas. Apakah itu nafas?…………… barang siapa tahu maksud, makna atau erti nafas, maka tahulah apa itu zikir nafas!…………………………. drp hj shaari

Nanti bersambung kerana kereta towing kereta dah sampai untuk tarik kereta volvo saya jem injen.

6 comments on “Apa Itu Zikir Nafas (Zikir Yang Tidak Berhuruf dan Tak Bersuara)

  1. as salam…

    terima kasih tuan guru ayahanda..
    sememangnya ayat2 diatas sukar utk diterjemahkan kpd umum.

    ikhlas

    1

    Like

  2. as salam…

    pernah aku tanyakan pada sahabat ku khidir sedemikian…

    “ya khidir… apakah nafas ku ini…?” tanyaku…

    “ya muhammad, nafas itu nyawa, nyawa itu roh, roh itu rahsia dan rahsia itu Allah…empunya rahsia dan sekeliannya….” khidir menjawab dengan penuh cermat utk memahamkan aku. sering menatap tepat ke bebola mataku sambil tersenyum indah bila berkata2.

    “dan kenapa Tuhan perbuat nafas ku turun dan naik sebegini…” aku bertanya lagi utk memutuskan hakikat nafas ini.

    “turun itu zahir dan yang naik itu batinNya…. zahir hanya penyata dan batin itulah sebenarNya….disitulah “kunci kehidupan TuhanMu” kepada sekeliannya….. ” pantas khidir memberikan jawaban dan huraian.

    “adakah maskud mu bahawa yang turun itu KesempurnaanNya dan yang naik itu KetuhananNya…?? aku teruskan pertanyaan aku seolah aku dapat menggapai maksud kata2 khidir tersebut.

    “ya Muhammad…amat benar kata-kata mu itu…” khidir menjawab seolah gembira dengan penjelasan aku.

    disini aku diberi faham maksud sebenar perkataan “bersatu tidak, bercerai tiada” dan jugak pengertian putus apa itu yang “turun” dan apakah itu yang “naik”. Mengertilah aku erti “hidop sebenar hidop” setelah aku mengenal nafas ku ini. Mulai hari itu berpeganglah aku pada “nafas” ku inilah yang akan membawa aku pulang kepadaNya. Nafas ini jugak lah yang mengajar aku yang mana itu ‘qidam’ dan yang mana itu ‘baharu’.

    ikhlas

    1

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s