Sedarlah Kita Ini Murid

Setinggi manapun kita belajar, setebal manapun kitab yang kita khatam, gelaran apapun yang kita terima, sebesar manapun pangkat kita, INGATLAH:

Kita tetap perlu menjadi KOSONG di hadapan mana-mana guru kita, terutamanya GURU yang telah MEMBUKA JALAN untuk kita berjalan ke akhirat. Banyak yang terjadi hari ini, dulunya MURID di hadapan GURU, tetapi setelah menempuh SEDIKIT pengalaman, tiba-tiba berlagak menjadi GURU di hadapan GURU.

Dahulu mencium tangan, kini tidak lagi. Dahulu berkhidmat, kini tidak lagi, bahkan mengharap dirinya pula DIKHIDMATI. Dahulu memanggil GURU dengan penuh hormat, kini hanya menyebut nama, bahkan kini dirinya pula minta DIHORMATI.

Continue reading “Sedarlah Kita Ini Murid”

Jawapan Siapakah “Aku” Itu?

Anakanda Guru Nordin:

Assalamualaikum w.b.t ayahanda Tuan Guru Haji Shaari.

Bagi menjawab persoalan mengenai “Siapakah Aku?” dalam cerita Abu Yazid tersebut, jawapannya adalah seperti berikut:

Allah SWT berfirman,

“Tidaklah Aku menjadikan jin dan manusia melainkan untuk mengabdikan kepada-Ku.”

(Az-Zariyat:56)

Untuk mencari “Siapakah Aku?” itu, perlulah terlebih dahulu mencari maksud “Qiamuhu Binafsih” iaitu “Berdiri Sendiri”. Yang pertama sekali Allah jadikan ialah malaikat, namun malaikat itu sifatnya baik sahaja, tidak ada secalit kejahatan pada malaikat itu. Tidak ada kesempurnaan-Nya kerana hanya menjadikan yang baik sahaja. Seterusnya, Allah jadikan Iblis yang sifatnya jahat dan menyesatkan, namun kejahatan Iblis itu tidak ada kebaikan langsung yang menunjukkan tiada kesempurnaan.

Continue reading “Jawapan Siapakah “Aku” Itu?”

Siapakah Aku Itu?

Rasullulah SAW bersabda, Allah Taala berfirman:

“Siapa yang memusuhi wali-Ku, maka Aku mengumumkan perang kepadanya dari-Ku. Tidak ada yang paling Aku cintai dari seorang hamba kecuali beribadah kepada-Ku dengan sesuatu yang telah Aku wajibkan kepadanya. Adapun, jika hamba-Ku selalu melaksanakan perbuatan sunah, nescaya Aku akan mencintainya. Jika Aku telah mencintainya, maka Aku menjadi pendengarannya yang dia mendengar dengannya, Aku menjadi penglihatannya yang dia melihat dengannya, Aku menjadi tangannya yang dia memukul dengannya, Aku menjadi kakinya yang dia berjalan dengannya. Jika dia memohon kepada-Ku, nescaya akan Aku berikan dan jika dia meminta ampun kepada-Ku, nescaya akan Aku ampuni dan jika dia meminta perlindungan kepada-Ku, nescaya akan Aku lindungi. Dan Aku tidak ragu untuk melakukan sesuatu yang Aku menjadi pelakunya sendiri sebagaimana keragu-raguan-Ku untuk mencabut nyawa seorang mukmin yang ia (khuatir) terhadap kematian itu, dan Aku sendiri khuatir ia merasakan kepedihan sakitnya.”

(HR. Bukhari)

Continue reading “Siapakah Aku Itu?”

Kisah Zun Nun Mencari Allah

Zun Nun mengisahkan, ketika aku sedang berjalan di lereng gunung, aku terlihat sekumpulan manusia yang menderita kerana suatu penyakit. Aku bertanya kepada mereka, “Apakah yang telah terjadi kepada kamu semua?”. Mereka menjawab, “Di dalam tempat suluk yang terletak di sini tinggal seorang yang soleh. Setahun sekali dia keluar dari tempat suluk mengubat dengan meniup orang-orang ini, lalu semuanya sembuh. Setelah itu dia pun kembali ke tempat suluknya dan setahun kemudian barulah dia keluar lagi”. Dengan sabar aku menantikan orang alim itu ke luar dari tempat suluk bersama dengan orang-orang lain. Apabila telah sampai masanya, ternyata yang aku lihat adalah seorang lelaki berwajah pucat, berbadan kurus dan bermata cekung. Aku merasa gementar kerana kagum memandang dirinya.

Continue reading “Kisah Zun Nun Mencari Allah”