Mengenal Diri Melalui Garam, Mengenal Allah Melalui Masin

(Air tangan Tuan Haji Shaari ini sudahpun pernah disiarkan sebelum ini. Air tangan ini disiarkan semula hanyalah sekadar untuk renungan kita kembali.)

Hari ini tanggal 02 Oktober 2012, jam sedang menunjukkan pukul 5.00 pagi. Marilah kita sama-sama mengikuti pelajaran mengenal diri melalui kiasan garam dan mengenal Allah melalui kiasan masin. Sebelum itu, ingin saya ajukan satu persoalan. Soalannya berbunyi, kenapakah ikan tidak masin selama hidup berendam di dalam laut? Masinnya ikan itu, bila mana direndam dengan garam, kenapa ikan tidak masin bila mana berada di dalam lautan masin. Saya mahu tuan-tuan jawab, sebelum boleh meneruskan bacaan ilmu yang seterusnya.

Pelajaran ini, adalah satu pelajaran dan satu kiasan yang teramat besar bagi mengajar kita mengenal diri dan mengenal Allah Taala dengan nyata dan jelas. Sayangnya tidak ramai dari kalangan kita yang mahu berfikir dan mengambil iktibar darinya. Allah jadikan sedemikian rupa adalah semata-mata bagi mengajar kita erti mengenal diri dan mengenal Allah Taala. Bagi mereka-mereka yang berpandangan jauh, akan dapat mengambil iktibar melaluinya.

Ikan tidak masin selama berada di dalam lautan, sebabnya adalah kerana “ikan belum mati”. Oleh kerana ikan belum mati dan kerana ikan masih hiduplah sebabnya ikan itu tidak masin semasa berada di dalam lautan masin. Setelah mati atau setelah berpisahnya nyawa dari jasad ikan, barulah ikan beroleh masin dan barulah ikan akan menjadi masin bila mana berada di dalam lautan.

Persoalannya di sini, apakah hubungan antara nyawa dengan masin?

Continue reading “Mengenal Diri Melalui Garam, Mengenal Allah Melalui Masin”

Hati Yang Kosong Dari Dunia

Selama tiga puluh tahun aku mengajak manusia untuk bertaubat, tetapi hanya seorang yang telah menghampiri Allah dengan segala ketaatan. Begini ceritanya, pada suatu hari sewaktu aku berada di pintu sebuah masjid, seorang raja bersama pengiringnya lalu di hadapanku. Aku mengatakan, “Tidak ada yang lebih bodoh daripada si lemah yang bergelut melawan si kuat”. Raja bertanya kepadaku, “Apakah makna kata-katamu itu?”. “Manusia adalah makhluk yang lemah, tetapi ia masih berusaha melawan Allah yang Maha Kuat.”, jawabku. Wajah raja itu berubah menjadi pucat. Dia bangun lalu meninggalkan tempat itu. Keesokan harinya dia datang menemuiku dan bertanya, “Manakah jalan menuju Allah?”. “Ada jalan yang kecil dan ada jalan yang besar, yang manakah yang engkau sukai? Jika engkau mengkehendaki jalan yang kecil, tinggalkanlah dunia dan hawa nafsu, setelah itu jangan berbuat dosa lagi. Jika engkau mengkehendaki jalan yang besar, tinggalkanlah segala sesuatu kecuali Allah lalu kosongkanlah hatimu.”, jawabku lagi. “Demi Allah akan kupilih jalan yang besar.”, jawab raja muda itu. Esoknya ia memakai jubah yang dibuat dari bulu biri-biri dan mengambil jalan mendekatkan diri kepada Allah. Tidak berapa lama kemudian dia menjadi seorang manusia yang soleh.

Continue reading “Hati Yang Kosong Dari Dunia”

Zun Nun Setelah Bebas Dari Penjara

Ketika keluar dari penjara itu, Zun Nun tiba-tiba tergelincir dan dahinya terluka. Diriwayatkan bahawa lukanya itu banyak mengeluarkan darah tetapi tidak setitis pun yang mengotori muka, rambut mahupun pakaiannya. Setiap titik darah yang terjatuh ke tanah akan hilang tanpa meninggalkan bekas dengan izin Allah. Kemudian Zun Nun dibawa menghadap khalifah, dia mesti menjawab segala tuduhan yang dikenakan pada dirinya. Maka, dijelaskannya tentang ajaran Islam yang sebenar sehingga Mutawakil menangis tersedu-sedu manakala menteri-menterinya kagum mendengar kefasihan Zun Nun bercakap. Khalifah menganugerahkannya dengan kehormatan yang besar.

Continue reading “Zun Nun Setelah Bebas Dari Penjara”