2 Biji Kitab Makrifat Tok Kenali Kelantan

Makluman: Buku Ilmu Mengenal Makrifat Tok Kenali Kelantan dan Kitab Ilmu Mengenal Diri Tok Kenali Kelantan mempunyai kelainan yang mungkin tidak ada dibicarakan mana-mana buku.

Ia merupakan sesuatu yang menyentuh hati, di mana ilmu ini dapat membawa anda lebih mengenali diri sendiri dan mengenali spiritual anda sendiri ke arah mengenal Allah.

Buku Ilmu Mengenal Makrifat Tok Kenali Kelantan dan Kitab Ilmu Mengenal Diri Tok Kenali Kelantan
Buku Ilmu Mengenal Makrifat Tok Kenali Kelantan dan Kitab Ilmu Mengenal Diri Tok Kenali Kelantan
Harga bagi sebuah naskah kitab adalah RM 63.00 sahaja.Untuk keterangan lanjut sila hubungi Hj Shaari Hj. Mohd Yusof melalui talian Hand/Phone 0193010117
Advertisements

Perbezaan antara zat, roh, jiwa, nafas, nyawa, nadi, degupan, hati, jantung, perasaan,nupus, apus, napas, tanapas dan sebagainyaa?

Terima kasih kepada puan Zaidah ditalian 013 282 2881, yang bertanyakan perkara ini pada tarikh 15hb okt.
Tuan-tuan dan puan-puan yang dirahmati Allah sekalian. Ramai diantara kita terkeliru dengan sebutan atau panggilan nama-nama tersebut. Sebenarnya kesemua sebutan nama-nama tersebut, pada hakikatnya adalah sama atau satu jua. Berbeza cuma pada loghat sebutan panggilan.

Bilamana kita berpakaian unifon Polis, orang panggil kita Polis. Bilamana kita pakai celoren askar, orang gelarkan kita tentera. Bilamana pakai baju hospital, orang panggil kita dokter. Sebenarnya yang memakai unifon itu, adalah orang yang sama. Kepada orang yang mengaji jalan torikat, mereka mendewa-dewakan nama ampus, nupus dan tanapas, sedangkan sebenarnya itu semua, adalah pangil-panggilan pada gelaran nama atau pada istilah sahaja.

Istilah itu, adalah panggil pada nama, tetapi tidak pada hakikat. Seumpama kita sebut perkataan api, bilamana sebut perkataan api, mana panasnya?. Sebut perkataan kaya, bilamana sebut perkataan kaya, mana wangnya. Sebut perkataan harimau, mana garangnya. Sebut perkataan pisau, mana tajamnya. Bahasa istilah adalah bahasa sebut atau bahasa membilang. Kenyataan pada sebutan itu, tidak ada, tidak wujud dan tidak nyata!.

Dalam hal tersebut diatas, perkataan roh, hati, jiwa, qalbu, nyawa, nafas, jantjung, nadi dan sebagainya itu, adalah hanya pada bilangan nama, yang berlainan pada lafaz bunyi sebutan, namun pada maksud hakikatnya, ia adalah tetap sama.

Semua nama-nama panggilan tersebut, boleh kita satukan dalam satu nama, iaitu dalam nama roh (zat). Semua nama-nama tersebut, berputik atau berbuah dari sebab kerana adanya roh. Kiranya tidak ada roh, semua pangilan-panggilan nama tersebut tidak terpanggil oleh sebutan bibir.
Jika ada orang yang menatakan segalapanggilan nama tersebut berasingan atau berlainan, cuba minta mereka pergi melawat orang mati. Bilamana jasad mati, apa ang tinggal dan mana yang dikatakan sebutan-sebutan itu pergi?. Yang pergi itu roh dan yang tercabut itu roh. Bilamana yang pergi itu roh, kenapa pula yang tidak ada itu denyutan nadi, nafas, gerak jantung, perasaan, apus, napus, tanapas dan lain-lain?. Kenapa yang dicabut itu roh, yang lain-lain itu juga ikut pergi?. Itu bagi mengambarkan kepada kita bahawa segala sebutan nama-nama itu, adalah hanya panggilan kepada nama roh.

Ada orang mengatakan yang Allah itu zat. Sebenarnya ingin saya berpesan kepada semua yang ada membaca laman web ini, bahawa Allah itu bukan zat. Allah itu adalah Allah. Allah itu tidak ada lain selain Allah. Perkara Zat, sifat, afaal dan asma’ itu adalah perkara yang terlatak pada sifat makhluk. Sifat itu ertinya rupa bentuk kita, afaal itu ertinya perbuatan kita, asma’ itu ertinya nama-nama kita dan zat itu ertinya roh kita!. Zat itu ertinya roh kita, zat itu bukannya roh Allah. Allah mana ada roh dan mana ada zat. perkara Zat itu, masih lagi berstatus makhluk iaitu roh.

Seumpama zat gula ada pada manis. Zat pisau ada pada tajamnya. Zat lidah ada pada rasanya. Itulah yang diertikan zat. Yang mana sifat-sifat makhluk itu, tidak pantas, tidak layak dan tidak santum dibahasakan pada Allah!. Allah itu, adalah Allah. Allah tidak ada roh dan Allah tidak ada zat!. Faham itu!.

Jawapan saya itu, adalah jawapan dari seorang yang bersifat jahil, minta orang alim memperbetulkannya!. Jangan tuan-tuan megambil faham atas jawapan saya. Anggaplah ianya sekadar halwa telinga semata-mata!. Rujuk semula kepada orang alim dan minta orang alim jawab melalui web side, supaya ramai orang yang mendapat menafaat melaluiya!.

MENGENAL DIRI MELALUI GARAM. MENGENAL ALLAH MELALUI MASIN

Mengenal Diri Melalui garam dan Mengenal Allah Melalui Masin!

Muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah sekalian.

Hari ini tanggal 2 hb Oktober, jam menunjukkan pukul 5 pagi. Marilah kita sama-sama mengikuti pelajaran mengenal diri melalui kiasan garam dan mengenal Alllah melalui kiasan masin. Sebelum itu, ingin saya ajukan satu persoalan. Soalannya berbunyi, kenapakah ikan tidak masin selama hidup berendam didalam laut?.  Masinnya ikan itu, bilamana direndam dengan garam, kenapa ikan tidak masin bilamana  berada didalam lautan masin!.  Saya mahu tuan-tuan jawab, sebelum  boleh meneruskan bacaan ilmu yang seterusnya.

  Pelajaran ini, adalah satu pelajaran dan satu kiasan yang teramat besar bagi mengajar kita mengenal diri dan mengenal Allah Taala dengan nyata dan jelas. Sayangnya tidak ramai dari kalangan kita yang mahu berfikir dan megambil iktibar darinya!.  Allah jadikan sedemikian rupa adalah semata-mata bagi mengajar kita  erti mengenal diri dan mengenal Allah Taala.  Bagi mereka-mereka yang berpandangan jauh, akan dapat mengambil iktibar melaluinya.

Ikan tidak masin selama masa berada didalan lautan, sebabnya adalah  kerana “ikan belum mati”. Kerana ikan belum mati dan kerana ikan masih hiduplah sebabnya ikan itu tidak masin semasa berada didalam lautan masin!. Setelah mati atau setelah berpisahnya  nyawa dari jasad ikan, barulah ikan beroleh masin dan barulahh ikan akan menjadi masin bilamana berada didalam lautan.

Persoalannya disini, apakah hubungan nyawa dengan masin?.

Yang menerima masin itu, adalah jasad, bukannya nyawa, nyawa tidak ada kena mengena dengan  masin!.  Tetapi kenapa bilamana ikan masih bernyawa, jasadnya tidak boleh menerima masin. Bilamana ikan sudah mati dan setelah nyawa bercerainya dari jasad, barulah tubuh ikan itu boleh menerima masin! kenapa?. Yang berendam didalam lautan masin itu, adalah jasad ikan bukannya nyawa ikan! Kenapa ikan tidak boleh menerima masin bilamana adanya nyawa?. Tubuh ikan hanya boleh menerima masin, setelah ketiadaan nyawa!.

Cuba lihat bagaimana ikan yang sudah mati,  pastinya akan menemui masin. Iktibar atau pengajaran “mati” yang dapat kita kutip dari kiasan ikan dengan  garam itu, sebenarnya adalah salah satu  cara mengajar kita mengenal Allah.  Kenapa ikan tidak boleh menerima  masin?. Persoalan ikan tidak boleh menerima masin adalah sama dengan persoalan kenapa kita tidak boleh mengenal Allah?. Barang siapa tahu kenapa ikan tidak boleh menerima masih, mereka akan tahu kenapa kita tidak boleh mengenal Allah!.

Ikan tidak boleh menerima masin, adalah kerana ikan belum sampai kepada tahap “mati”. Begitu juga dengan kita,  diri kita tidak boleh sampai kepada tahap mengenal Allah, adalah kerana diri kita belum sampai kepada tahap mati (matikan diri sebelum mati).  Bilamana kita berjaya sampai kepada tahap mematikan diri sebelum kita mati, disitulah nantinya kita akan dapat sampai kepada tahap mengenal Allah Taala!.Sebab kita tidak boleh sampai kepada tahap mengenal Allah itu,  adalah kerana kita belum berjaya sampai kepada tahap matikan diri!Sesudah sampainya kita kepada tahap “mematikan diri sebelum mati”  dengan sebenar-benar  sampai, barulah boleh kita mengenal Allah Taala dengan sebenar-benar kenal!.

Setelah ikan sudah sampai kepada tahap mati, maka akan sampailah sifat  masin kepada jasad ikan.  Begitu juga kiasannya dengan diri kita. Bilamana sampainya kita kepada tahap “Al mutu kablaan tamautu”, (matikan diri sebelum mati), barulah kita akan sampai kepada tahap mengenal AllahTaala!.  Setelah diri sudah sampai kepada tahap “mati sebelum mati”, maka akan sampailah kita kepada tahap mengenal Allah!. Untuk itu, barang siapa yang berhajat atau bercita-cita untuk sampai kepada tahap mengenal Allah Taala, seharus dan semestinya terlebih dahulu melalui proses mematikan diri sebelum mati!.

Sebab tidak sampainya kita kepada tahap mengenal Allah itu, adalah kerana tidak berjayanya kita untuk sampai kepada tahap mematikan diri!.  Setelah sampainya kita kepada tahap ilmu mati sebelum mati, barulah kita akan dapat sampai kepada tahap mengenal Allah, dengan  sebenar-benar mengenal!.  Sesudah matinya ikan baru boleh menerima masin, sebegitulah juga dengan diri kita. Sesudah diri kita mati sebelum mati, barulah Allah itu akan dapat menghampiri, mendampingi, menyelubungi serta meliputi diri kita!. dari situlah kita akan dapat mengenal Allah dengan nyata. Kita akan berjaya sampai kepada tahap mengenal Allah dengan nyata , setelah kita mengenal erti mati dengan rata!. Untuk itu marilah kita belajar mengenal erti mati, “Al-mutu Kabllaan tamautu” (mati sebelum mati).

Untuk mengenal Allah itu, mari kita umpamakan diri kita seumpama garam dan mengenal Allah itu seumpama masin. Anggaplah diri kita ini garam. Kiranya kita hendak binasakan sifat garam kedalam masin, campakkan garam kedalam laut. Setelah garam kembali kedalam laut, maka akan hilanglah sifat garam, setelah hilangnya sifat garam,  maka kekallah ia dalam sifat masinnya!. Begitu juga dengan diri kita.

Barangn siapa yang berhajat untuk mengenal diri, hendaklah ia mematikan diri sebelum mati (membinasakan diri).  Seumpama kiasan kita campak garam kedalam laut. Setelah garam dipulangkan semula kedalam lautan, barulah tidak lagi kelihatan garam.Yang nyata hanyalah masin. Begitu juga dengan diri kita, barang siapa yang berhajat untuk mengenal diri, campakkan diri kedalam lautan wajah Allah. Sifat garam atau sifat diri kita sebenarnya tidak ada, tidak wujud dan tidak maujud. Yang ada, yang wujud, yang ujud dan yang maujud itu, hanyalah masin.

Cuba tuan-tuan ambil seketul garam kasar. Saya mahu tuan-tuan genggam garam itu dan  masukkannya kedalam segelas air.  Kerana ” berketul” itulah makanya kita panggil ia dengan panggilan garam. Cuba larutkan garam kedalam air, biar sifat ketulannya hilang, maka garam tidak lagi dipanggil garam, melainkan dipanggil  ia dengan panggilan masin!.

Demikian juga dengan diri kita, kerana kita “bersifat” itulah makanya kita panggil diri. Cuba kita hilangkan sifat diri, cuba kita bayangkan yang diri kita itu mati!. Setelah mati dan setelah ditanam kedalam tanah, dimanakah yang dikatakan diri?. Sebenarnya diri kita tidak ada. Diri kita sebenar-benarnya tidak ada!. Sebenar-benarnya diri kita itu, tidak ada!. Adanya sifat diri kita itu, hanyalah sekadar bersifat sebagaimanna sifatnya garam. Kiranya kita hanyalah sekadar bersifat sebagaimana sifatnya garam,  kenapa kita masih mengaku yang kita itu  ada?. Sekiranya sifat garam tidak ada, maka sifat kita juga tidak ada. Kembalikan garam kedalam laut dan kembalikan diri kita kedalam Allah! (wajah Allah).   Allahh, Allah, Allah   ………………………………………………………………………

akan saya sambung dilain kelapangan. jam sekarang sudah menunjukkan pukul 12.25  tgh hari.

Ilmu Makrifat Tok Kenali Kelantan

ILMU MAKRIFAT TOK KENALI KELANTAN

Email baru hj.Shaari (makrifattokkenali@gmail.com)

Kepada sesiapa yang berhajat dengan izin Allah, untuk mendalami ilmu makrifat Tok Kenali Kelantan, bolehlah berinteraksi secara on-line melalui email  “makrifattokkenali.com”.

Tujuan karangan kitab ilmu Tok Kenali oleh Haji Mohd Yusof cik wook ini, bukan bertujuan untuk membicara soal ilmu feqah, kerana persoalan ilmu feqah itu, sudah didibicara oleh sebarang kitab, semerata orang dan disemerata pelusuk dunia!. Tujuan kitab ini dinukilkan, adalah bertujuan untuk membawa tuan-tuan dan puan-puan sekalian belajar bagaimana cara-cara mengenal Allah dengan erti kata sebenar-benar mengenal! dan membimbing tuan-tuan dan puan-puan sekalian cara-cara atau kaedah mengenal diri dengan sebenar-benar mengenal !. Bukan setakat beristilah, bukan setakat usul  dan sekadar selogan menyedap kata, tetapi ianya adalah sebenar-benar ilmu makrifat yang sebenar!.

Kami percaya banyak artikel-artikel, buku-buku dan pelbagai cara media cetak telah ada membicarakan tentang Ilmu Makrifat . Tetapi, percaya lah, di sini mungkin ada kelainan yang mungkin tidak ada dibicarakan di dalam sumber-sumber di atas. Maka dengan itu, sudilah kiranya saudara dan saudari semua, sama-sama mengembara dan menerokai keajiban ilmu makrifat! dan bertanya lah sekiranya ada yang tidak jelas. Kami sedia menjawab segala pertanyaan dengan izin Allah Taala.

Ilmu makrifat adalah ilmu Rohani , ilmu jiwa dan ilmu rasa. Adalah mustahil  ilmu-ilmu sebegini boleh dilihat dengan jangkauan akal manusia biasa. Ia merupakan sesuatu anugerah Allah swt  kepada sesiapa yang dikehendakiNya dan tidak terdapat ilmu ini diperolihi melalui pelajaran di sekolah-sekola dan tidakpun ada di dalam sukatan mata-pelajaran, melainkan ianya ada pada dada-dada para mukmin.

Ia merupakan sesuatu ilmu anugerah Allah yang menyentuh, merobek, menyiat dan meleburkan hati. Di mana ilmu ini dapat membawa  dan membimbing kita kejalan “mati sebelum mati“. Setelah menemui ilmu mati, barulah ilmu hidup yang sebenar-benar hidup itu dapat dimengerti!.

Ilmu ini, adalah ilmu rasa, hanya orang yang minum sahaja yang akan dapat tahu manis atau masinnya air. Ilmu ini adalah ilmu mencari kaedah dan bukannya ilmu mencari faedah. Ilmu ini, adalah ilmu yang bukan mencari syurga, bukan mencari pahala atau bukan mencari ganjaran. Ilmu ini, adalah ilmu mencari ikhlas. Ilmu ini, adalah ilmu mencari “diri yang dicari!”,  yang menilik itu, adalah yang ditilik!,  yang memangil itu, adalah diri yang dipanggil. Yang menyembah itu, adalah juga diri yang disembah!.

Persoalannya, adakah anda tergolong di dalam orang-orang yang terpilih dan dianugerahi Allah dengan ilmu ini?. Bagaimana untuk mengetahui bahawa sekiranya anda tergolong di dalam kategori di atas, mari kita selaminya melalui kitab mengenal Allah dan Mengenal diri Tok Kenalil Kelantan!. Untuk mendapatkan kedua-duakitab itu, sila hubungi terus melalui talian talifon Hj. Shaari Hj. Mohd Yusof  019 4444 713 atau 019 3010117 atau  017  9106011.

Sebarang komen atau teguran yang membena, amat-amat saya alu-alukan. Kitab ini, adalah nukilan makrifat atau tasauf, segala pandangan atau teguran hendaklah berlandaskan kepadanya. Jangan membuat pandangan melalui  sudut feqah. Kiranya pandangan dari sudut feqah , ia boleh melibatkan tafsiran yang tidak tepat mengikut sudut makrifat!. Makrifat itu, bidang ilmu yang halus dan dalam, hendaknya bilamana membuat teguran atau komen hendaklah terlebih dahulu pastikan yang ianya berlandaskan ilmu makrifat, bukannya pandangan dari sudut feqah. Rosaknya ilmu makrifat itu, adalah datangnya dari teguran orang feqah. Untuk itu, marilah kita sama-sama dukung ilmu makrifat dan tempatkan ia pada selayaknya ditempatkan. amin

Jenis buku

Ilmu Tok Kenali Kelantan mempunyai 2 jenis  kitab iaitu

1) Ilmu Mengenal Makrifat Tok Kenali Kelantan (Mengenal Allah)

2) Ilmu Mengenal Diri Tok Kenali Kelantan

Kitab ketiga akan menyusul tidak berapa lama lagi dengan tajuk “TERKUBURNYA ILMU MAKRIFAT TOK’ KENALI”. Sama-samalah kita tunggu kehadirannya. Yang membicarakan sebab apa ilmu makrifat itu terkubur. Sedangkan ilmu makrifat itu, adalah satu cabang ilmu yang fardhu (wajib), sebagaimana wajibnya ilmu-ilmu yang lain. Tetapi sayangnya, kemana hilangnya ilmu makrifat?. Kemanakah terkuburnya ilmu makrifat?.

Ulamak feqah hanya pandai menuduh salah atau menuduh sesatnya ilmu makrifat, tetapi sekiranya benar ilmu makrifat itu salah atau sesat, cuba ulamak-ulamak kita sekarang ini, kemukan ilmu makrifat yang benar-benar betul!.  Saya berseru kepada pakar-pakar ulamak supaya mengajar cara mengenal Allah. Cara megenal diri, cara hakikat sembahyang, cara hakikat air sembahyang, cara hakikat niat. Hakikat kalimah syhadah. Syarahan atau ceramah itu, hendaklah berdasar atau berlandaskan sudut ilmu hakikat dan makrifat!. Ramai yang sudah muak dan jemu ceramah berbentuk syariaat atau feqah. Seolah-olah agama Islam itu satu yang statik.  Mari kita sama-sama memertabatkan ilmu syariat dengan menambah nilai atau tingkatkan ilmu syariaat itu dengan nilai yang lebih tinggi melalui ilmu hakikat.

Bukan untuk meninggalkan ilmu syariaat, tetapi dalam erti kata kita menambah nilaikan imu syariaat melalui cara ilmu hakikat. Syariiat itu adalah ilmu asas. manakala ilmu makrifat itu adalah ilmu teras. Asas dan teras hendaklah bersama. Selama mana kita hendak belajar ilmu asas, dari kecil sampailahh kepada umur 70 atau 80 tahun, kita hanya disogokkan dengnan ilmu feqah atau syariiat. Bilakah agaknya masa yangn sesuai untuk kita dalami ilmu makriffat?. Apakah menunggu sehingga kita dimasukkan kedalam liang lahat. Sedarlah wahai sahabat-sahabat dan musliman serta muslimat sekalian, bahawasanya tidak akan ada seorang ustazpun yang akan datang kedalam kubur untuk mengajar tuan-tuan akan ilmu makrifat!. Sehubungan dengan itu,marilah kita belajar ilmu makrifat, semasa hayat masih dikandunng badan.   Sampai bilakah hendak kita memertabatkan imu makrifat agar kedudukkanya boleh duduk sebaris dengan ilmu feqah dan ilmu syariiat?. SAMPAI BILA?.

Kepada semua ulamak makrifat, saya mewakili guru-guru terdahulu dan bagi pihak  Arwah Tok kenali Kelantan, supaya sama-sama memperjuangkan ilmu makrifat sebaris degan perjuangan ilmu syariat. Cukuplah kita biarkan ilmu makrifat itu terkubur dengan begitu sahaja tanpa ada pembelaan. Pertaruhan dalam memperjuangkan ilmu makrifat itu, adalahh nyawa.  Patah sayap dengan paruh akan ku tongkat, demi makrifat kepada Allah. Saya dengan rasa rendah diri dan sekecil-kecil hamba, ingin menyampaikan seeruan ini kepada sekalian budiman yang ada, marilah kita sama-sama memartabatkan ilmu makrifat sebagaimana permulaan perpindahannya Baginda Rasulrullah dari Kota Mekkah ke Kota Madinah.

Baginda Rasulullah memperjuangkan asas makrifat, dengan menanam bibit-bibit makrifat kedalam hati-hati parasahabatnya seumpama apa yanng berlaku kepada sahabatnya Bilal bin Rabbah. Sehinggakan rasa percaya kepada Allah itu atau rasa makrifat kepada Allah itu, tidak terjual dengan nyawa. Tetapi, kemanakah terkuburnya ilmu makrifat itu?. Dimana dan kemanakah terkuburnya ilmu makrifat?.

Untuk mendapat jawapan itu  TUNGGULAH PENERBIATAN KITAB KETIGA HAJI SHAARI  HAJI MOHD YUSOF (019 4444 713).

Sekiranya tuan-tuan benar-benar ingin mendalami ilmu peninggalan Tok Kenali yang sebenar, milikilah rakaman vidio  ceramah Hj. Shaari. dalam bentuk DVD. Sekeping DVD beharga 10.00 dan koleksi ceramah yang terpilih ada 15 keping. Tuan-tuan tidak akan menyesal bila menontonnya. DVD ceramah itu penuh dengan ilmu yang tidak dapat disampaian melalui tulisan didalam kitab. Ikhlas dari  saya Hj. Shaari.amin