Apa itu Erti Allah Maha Besar?

Rahsia Allah disebalik amal:

Dikala hati kita “sampai” kepada Allah, jangan lagi terpandangan dan jangan lagi terhenti pada sifat dunia, sifat benda, mahupun pada sifat amal dan apa lagi pada sifat balasan pahala. Dikala melihat kepada sesuatu, hendaklah kita lihat apa yang disebalik sesuatu. Begitu juga dalam kita mengerjakan amal ibadat. Disebalik amal dan disebalik ibadah itu sesungguhnya ada Allah bersertanya (inilah yang dikatakan rahsia amal). Disebalik amal itu adanya Allah. Disebalik amal bukan ada balasan pahala dan disebalik ibadat bukan ada ganjaran syurga. Disebalik amal itu ada Allah dan disebalik ibadat itu ada Allah, inilah amalan-amalan orang yang ikhlas. Sekalipun syurga neraka dan pahala itu ada, buat apa untuk diingat, buat apa untuk dikenang dan buat apa untuk dinanti benda yang belum tentu dapat. Tidakkah syurga, neraka atau pahala itu makhluk muhadas (makhluk yang menerima binasa) buat apa diingat barang binasa, barang yang belum tentu dapat, dan buat apa kepada barang yang mati apa salah kalau kita sama-sama ingat kepada Allah. Allah kekal, Allah hidup, Allah bukan benda mati, Allah adalah barang yang sudah tentu ada dan barang yang sudah tentu dapat.

Syurga, pahala, ganjaran, bidadari, payung emas, sungai susu madu yang mengalir dibawahnya termasuk neraka, belum tentu kita dapat kerana ia adalah milik orang bukannya milik kita. Kalau syurga, neraka atau pahala itu milik kita dan hak kita, senang kita atur dan senang kita tempah. Ini semuanya milik orang dan hak orang (tidak ada satupun milik kita), jadi kenapa nak harap hak orang, lebih baik kita harap Allah, sudah tentu ada, barang yang pasti dapat dan sudahpun tersedia ada didepan mata kita sekarang ini. Kenapa tuan-tuan suka sangat mengejar barang yang belum tentu?. Barang yang sudah tentu dapat dan barang yang sudah tentu ada, kenapa tuan-tuan tak mahu?. Pelik betul tuan-tuan ni, barang yang sudah ada didepan mata masih lagi mencari barang yang belum tentu ada.
Kenapalah tuan-tuan ini dilahirkan sebagai manusia, adalah lebih baik jadi haiwan, ada akal tetapi tidak mahu guna untuk mendapatkan Allah. Masih mencari yang lain berbanding mencari Allah!. Masih mencari barang mati, barang palsu, barang belum tentu dapat, barang yang masih didalam laut, barang tidak kenal dan masih juga mencari barang yang binasa. Ayam kalau ditabur emas dan ditabur jagung, malahan jagung juga yang dipilihnya. Biarpun emas bernilai tinggi namun jagung juga yang menjadi pilihan kerana silau dengan sama-sama bewarna kuning. Apakah kita sama dengan sifat haiwan yang bernama ayam?. Pelik betulkan manusia ini!. Elok-elok jadi manusia (sebaik kejadian) tetapi masih juga ingin jadi ayam…………………….

Mulai hari ini, jangan letak selain Allah dalam akal fikiran, mari kita sama-sama letak Allah. Letak Allah disebalik syurga, letak Allah disebalik neraka, letak Allah disebalik pahala dan letak Allah disebalik makhluk!. Kenapa letak pahala disebalik solat, kenapa letak syurga disebalik amal?. Pahala boleh buat apa dan syurga boleh buat apa?. Semua itu adalah makhluk yang bersifat mati, bersifat binasa dan bersifat sementara. Buat apa ingat kepada benda mati dan buat apa kepada benda palsu adalah lebih baik kita ingat kepada yang hidup, yang kaya, yang gagah, yang kebal, yang kekal dan yang maha berkuasa (Allah)…………………..
Bukan ada sesuatu disebalik sesuatu sesungguhnya disebalik sesuatu itu adanya Allah. Allahlah disebalik sesuatu, Allahlah disebalik amal, Allahlah disebalik ibadah, Allahlah disebalik dunia, Allah disebalik solat dan Allahlah juga disebalik apa jua.
Anggaplah semua amal ibadah itu datangnya dari Allah, kembalinya juga kepada Allah dan amal serta pengamalnya juga adalah berserta Allah. Lihat sesuatu sesungguhnya tersembunyi wajah Allah disebalik sesuatu. Apabila wajah Allah yang terselindung disebalik sesuatu, janganlah pandang sesuatu, adalah lebih baik pandang Allah disebalik sesuatu!.
Para-para guru terdahulu, ada menyatakan kepada kita bahawa, di dalam diri kita itu ada terdapat suatu rahsia. Manakala disebalik rahsia itu, masih terdapat satu lagi rahsia (rahsia disebalik rahsia). Yang dimaksudkan dengan rahsia disebalik rahsia itu, adalah merujuk kepada diri roh kita. Yang menjadi rahsia kepada diri roh kita itu adalah Allah. Kalau kita tingkatkan lagi ilmu melalui sudut makrifat, yang menjadi rahsia disebalik rahsia itu adalah antara Nur Muhamad dengan Allah. Allah rahsia Muhamad dan Muhamadlah rahsia Allah. Inilah yang dikatakan rahsia disebalik rahsia (mengikuit suluhan ilmu makrifat).

Diri zahir kita ini tempat tersembunyinya roh. Manakala disebalik roh pula adalah tempat tersembunyinya Nur Muhamad. Didalam diri Nur Muhamad pula terkandung dan tersembunyinya Nur Allah. Diri kita ini menyimpan dan menanggung tiga rahsia. Pertama menanggung rahsia roh, keduanya menanggung rahsia Muhamad dan ketiganya menaggung rahsia Allah. Rahsia Allah ada tersembunyi disebalik Nur Muhamad. Rahsia Nur Muhamad tersembunyi disebalik roh. Rahsia roh pula ada tersembunyi disebalik nyawa keluar masuk. Manakala rahsia nyawa yang keluar masuk itu ada tersembunyi disebalik tubuh kita. Untuk itu kenallah diri, kenallah diri dan kenallah diri moga-moga mengenal Allah. Dengan mengenal diri moga-moga tuan-tuan akan dapat mengenal roh sesudahnya (sebenar-benar diri itu adalah roh kita). Mengenal roh rata-rata, Allah akan dapat dikenal dengan nyata.

Setelah nyatanya roh, yang ghaib itu tidak lagi menjadi ghaib malahan tidak lagi dapat menghilangkan diriNya. Yang nyata itu tidak lagi dapat berselindung disebalik makhluk dan tidak lagi dapat bersembunyi disebalik yang muhadas (yang bersifat baharu). Yang nyata itu tetap nyata sekalipun ia bersembunyi. Tidakkah Allah itu nyata?, jika Allah itu nyata, terang dan jelas, macam mana sembunyi sekalipun ianya tetap tidak terlepas dari pandangan. Allah itu besar dan maha besar dari segala sekalian makhluk, bagaimana mungkin yang besar boleh bersembunyi disebalik yang kecil. Sebaliknya yang kecillah sepatutnya bersembunyi disebalik yang besar.
Bagaimana mungkin Allah tersembunyi, sedang segalanya kecil (mana mungkin yang kecil dapat menutup yang besar). Sungguhpun Allah itu teramat-amat besar tetapi yang besar itulah yang tuan-tuan tidak dapat melihatnya. Apa silap dan dimanakah salahnya?, sehingga yang kecil tidak dapat untuk melihat yang besar?. Dimana silapnya kita, dimana silapnya tuan-tuan dalam hal ini sehingga tidak dapat melihat Allah yang maha besar, maha dekat, maha terang dan maha hampir?. Cuba buat-buat tanya diri masing-masing, kenapa boleh terjadi sebegini, siapa patut dipersalahkan?. Apakah salah ibu megandungkan tuan?. Kalaulah mereka tahu (ibu tuan-tuan) tahu megandung anak yang tidak mengenal Allah, barang kali ibu kitapun tidak mahu (menyesal) megandungkan kita. Barang kali dunia inipun tidak mahu menaggung jasad orang seperti tuan-tuan!, sadarlah……………………………….
Yang gelap sudah berlalu tinggallah terang semakin terang. Terang tidak sekali-kali akan meyembunyikan cahaya. Yang kecil tidak lagi menjadi halus dan yang payah tidak lagi menjadi sulit. Bila mantari mula memancar sirnanya tidak ada sesiapa yang boleh menghalang, mendinding, menutup mahupun menghijabNya. Kabus tebal yang menyelubungi diri akan segera berlalu dengan sendirinya. Dengan berlalunya kabus (keberadaan diri), menjelmalah sirna terang (wajah Allah), tanpa terselindung atau terdinding lagi, seterang hati mereka yang mengenal Allah. Disitulah nantinya kita akan dapat melihat Allah disebaliknya. Untuk itu, beramallah apapun tetapi jangan lupa untuk menilik Allah disebalikaya!.

Allah terlalu terang untuk dilihat dengan biji mata, biji mata tak termampu untuk memandang, menilik atau untuk melihatNya. Hanya Dia sahaja yang boleh memandang Dia. Penglihatan akan menjadi kabur dan malahan akan menjadi buta bilamana memandang atau melihat Allah. Setelah mata menjadi buta, barulah Allah dapat dilihat, dipandang dan ditilik. Selagi celik dan selagi tak buta, selagi itulah Allah tidak akan dapat tuan-tuan pandang. Seandainya mata kita terlihat Allah secara tidak sengaja apa lagi kalau sengaja, seluruh alam akan menjadi kabur malahan akan terkubur dan akan leburlah alam. Apabila pandangan terhadap makhluk sudah kabur, terkubur, lebur dan lenyap, disitulah pandangan terhadap Allah tidak lagi terselindung, tidak lagi terdinding dan tidak lagi terhijab oleh sesuatu apapun . Dimana saja dialihkan pandangan kita, disitulah juga akan kelihatan wajah Allah bersertanya.

Diri kita ini telah dijadikan tempat rahsia disebalik rahsia dan menjadi rahsia kepada diri kita sendiri (kalau kita tidak mengenal diri). Yang menjadi rahsia bagi nama adalah sifat. Yang menjadi rahsia bagi sifat adalah gerak (afaal). Yang menjadi rahsia bagi afaal adalah nyawa. Yang menjadi rahsia bagi nyawa adalah roh. Yang menjadi rahsia bagi roh adalah Nur Muhamad. Yang menjadi rahsia bagi Nur Muhamad adalah Nur Allah. Yang menjadi rahsia bagi Nur Allah tu adalah makrifat (mengenal). Setelah mengenal Allah segala-galanya tidak lagi menjadi rahsia. Pokok panggkalnya disini adalah mengenal Allah (makrifat). Sebenarnya Allah tidak bersembunyi atau berselindung. Allah barang nyata dan barang terang. Sayangnya tuan-tuan tidak mengenal barang yang dekat sebaliknya barang yang jauh, tahu pula tuan-tuan kejar tetapi barang yang dekat langsung buat indah tak indah. Inilah sejahil-jahil manusia.

Diri kita banyak menyimpan rahsia ketuhanan sayangnya tidak ramai yang menyelaminya. Bilamana diri zahir menyingkap tabir diri yang batin, maka akan terlihatlah diri yang batin. Setelah tersingkap diri yang batin maka berserahlah kepada batin, hanya batin yang boleh mengenal batin. Setelah batin mengenal batin, disitulah kita akan mengenal Allah.

Ini sahaja air tangan hj Shaari buat tatapan semua untuk semntara ini. Maaf kerana jarang berkalam kerana sibuk untuk menyiapkan kitab yang ke 12 dan ke 13 Amin

Drp Hj Shaari Hj Mohd Yusof

Asal Usul Makrifat Di Nusantara

Asal Usul Ilmu Tok Kenali Itu, Adalah Diwarisi Daripada Syeikh Ahmad al-Fatani
Manakala Ilmu Syeikh Ahmad al-Fatani Itu Pula Adalah Di Warisi Daripada Ilmu Syeikh Daud Al-Fatani.

Asal Usul Syeikh Wan Daud (Syeikh Daud Al-Fatani) bin Syeikh Wan Abdullah bin Syeikh Wan Idris (Wan Senik). Tidak ada anak dari keturunan darah dagingnya sendiri. Dua pupu dengan Haji Abdush Shamad Pulai Condong. Sama-sama belajar di Mekah. Hj. Abd Samad menjadi murid kepada Syeikh Daud Al- Fatani. Dan Syeikh Daud lebih tuan dari Hj.Abd Samad Pulai Condong.

Tinggal menetap di perkampungan Keresik Petani. Beliau lahir di kg. Keresik dan telah meninggal di Taif sekitar tahun 1847 (1265H). Keturunan Faqih Ali. Melanjutkan pelajaran beliau di Mekah selama 30 tahun dan di Madinah selama 5 tahun. Beliau juga banyak mengarang kitab-kitab daripada tulisannya sendiri. Datuknya pula bernama Syeikh Wan Idris seorang ulamak besar ketika itu. Syeikh Daud Al-Fatani dengan Syeikh Abdush Shamad Al-Falimbani adalah sahabat yang berasal dari Palembang (pernah belajar di petani).

Semasa peperangan meletus di…..,??? Syeikh Daud Al-Fatani telah berhijrah ke Pulau Duyung Terengganu……. Dan semasa di Terenganu, beliau sempat mengembangkan ilmunya kepada anak-anak muda yang meminati dalam bidang ilmu agama. Dengan itu beliau telah mendidik dan melahirkan ramai anak-anak bangsa melayu yang celik dalam agama pada masa itu dan salah satu daripadanya yang sehingga kini terkenal namanya didalam lipatan sejarah islam, iaitu Syeikh Muhammad Bin Ismail Daud Al-Fatani (Syeikh Nik Mat Kecik) yang juga seorang pengarang kitab “Mathla’ul Badrain”.
Setelah beberapa tahun pulang ke tanah air, Syeikh Daud Al-Fatani terasa seperti ingin kembali semula ke Kota Mekah dan beliau berhijrah semula kembali ke Makkah sehinggalah beliau wafat. Beliau wafat di negeri Taif pada tahun 1847 (1265 H).

Tok Kenali
(Hj. Muhamad Yusof bin Ahmad)

Haji Muhammad Yusof bin Ahmad yang lebih dikenali sebagai Tok Kenali dilahirkan di kampung Kenali Kubang Kerian Kelantan pada tahun 1868 (1287 Hijrah.) Tok Kenali adalah seorang Tokoh Ulama Pahlawan Lagenda Negeri Kelantan yang sangat terkenal. Dengan keperibadiannya yang sangat rendah diri dan mulia itu menjadi satu lambang tentang dirinya sehingga kini.

Seawal usia kanak-kanak lagi, Tok Kenali sudah menampakkan ciri-ciri dirinya yang berbeza dengan kanak-kanak yang lain seusia dengannya. Tok Kenali adalah seorang anak kecil yang sangat berjiwa besar dan bercita-cita tinggi. Semasa kecilnya, beliau adalah seorang anak kecil yang tidak pernah jemu dan penat dalam belajar menuntut ilmu. Tok Kenali juga sanggup berjalan kaki ke kampung-kampung sebelah setiap hari untuk belajar dan mencari ilmu daripada guru-guru agama yang mana dia ketauhi. Tok Kenali juga diketahui ringan tulang kepada guru-guru agamanya. Beliau melakukan kerja-kerja rumah gurunya sebagai tanda dia menghormati dan menghargai ilmu guru yang dia perolehhi.

Tok Kenali tidak menghabiskan masa kecilnya seperti berkeingin bermain-main seperti kanak-kanak yang lain. Tok Kenali lebih gemar menghabiskan masanya dengan membaca, menulis dan mengaji alquran. Tok Kenali juga diketauhi seringkali menghabiskan masanya dengan belajar ilmu-ilmu agama daripada orang-orang yang lebih tua dikampungnya ketika itu. Seusianya 7 tahun lagi, Tok Kenali sudah bisa mengingati setiap ajaran yang diajarkan kepadanya. Kebiasaan pada pulangnya Tok Kenali daripada kelas pengajian, dia akan mencelupkan tangannya ke dalam air dan menulis kembali apa yang dipejalarinya tadi diatas papan sebagai tanda ulangkajinya.

Dalam usianya yang masih 10 tahun, Tok Kenali telah belajar menuntut ilmu agama daripada guru-guru agama yang tersohor ketika itu diantaranya adalah seperti Tuan Guru Ismail (ayah kepada almarhum Dato’ Menteri Besar Kelantan Hj. Nik Mahmud), Syeikh Mohamad Ali bin Abd Rahman (yang lebih dikenali dengan pangilan Wan Ali Kutan), Hj. Taib Tuan Padang dan Tuan Guru Hj. Ibrahim Sungai Budor.
Dan pada tahun 1886, Tok Kenali telah mengambil keputusan pergi ke Makkah untuk menziarahi dan menuntut ilmu disana bersama Gurunya yang terkenal Tuan Guru Syeikh Ahmad al-Fatani. Tok Kenali berhijrah ke Makkah dengan berlayar berbulan-bulan dengan hanya berbekalkan wang saku sebanyak RM22.00 sahaja sebagai bekalan. Tok Kenali sanggup berkorban apa sahaja demi semangat yang berkobar-kobar untuk belajar dan menuntut ilmu. Tok Kenali juga berasal daripada keluarga yang susah, demi cita-citanya yang sangat tinggi Tok Kenali menempuhi segala dugaan hidupnya di Kota Makkah.

Penghijrahan Tok Kenali ke Kota Mekkah pada tahun itu, diingati kerana pemergiannya ketika itu bersamaan dengan hari kemangkatan Sultan kelantan. Sempena kemangkatan pemerintahan Sultan Mulut Merah Kelantan dan sempena pertabalan Sultan Ahmad Kelantan.

Selama di Kota Makkah, Tok Kenali menempuh berbagai cabaran hidup. Makan dan pakainya hanyalah sekadar yang ada, tidur pula hanya diserambi Masjidil Haram. Kebanyakan masanya hanya di habiskan di Masjid untuk beribadah dan menuntut ilmu. Ketika menuntut ilmu juga, Tok Kenali tidak mampu untuk membeli dan memiliki buku-buru pelajaran dan rujukan seperti yang lain,Tok Kenali hanya meminta izin dan membaca buku di toko-toko buku yang ada. Didalam kelas pengajian juga, Tok Kenali banyak memejamkan mata menghayati ilmu yang disampaikan manakala yang lain mentelaah kitab ajaran guru. Tok Kenali tidak memiliki kitab sehinggakan ada yang megelarkannnya tukang tidur didalam kelas.
Semasa di Kota Mekkah juga, beliau banyak menuntut ilmu daripada tuan guru al-Syeikh Ahmad al-Fatani.

Al-Syeikh Ahmad al-Fatani adalah sebenar-benar guru Tok kenali semasa di Kota Mekkah. Beliau telah menjadi anak murid kesayangan kepada al-Syeikh Ahmad. Sehingga gurunya Syeikh Ahmad al-Fatani membawa Tok Kenali bersamanya semasa berhijrah ke Mesir pada tahun 1904.

Syeikh Ahmad al-Fatani bin Muhamad Zain bin Mustapa al-Fatani adalah keturunan mubaligh islam dari Hadhramaut yang bersambung ilmunya dengan Saidina Uthman bin Affan (sahabat Baginda Rasulullah). Manakala salsilah ilmu Syeikh Ahmad al-Fatani pula adalah berasal dari ilmu Syeikh Daud al-Fatani.
Syaikh Daud al-Fatani meninggal pada 1847 manakala Syaikh Ahmad al-Fatani meninggal sekitar tahun 1906. Selisih tahun kematian kedua ulamak tersebut adalah sebanyak 59 tahun.
Dari fakta sejarah yang saheh itu, maka yakinlah kita bahawa, asal usul ilmu Tok kenali itu, adalah berasal dari Syeikh Ahmad manakala Syeikh Ahmad al-Fatani pula berasa ilmunya dari Syaikah Daud al-Fatani. Dari Tok Kenali itulah makanya ilmunya sampai kepada kita sekalian.

Dan selepas 2 tahun kematian gurunya (Syaikh Ahmad al- Fatani), pada tahun 1908 Tok kenali telah megambil keputusan untuk kembali semula ke tanah air (Kelantan).Beliau menuntut ilmu di Kota Mekkah selama 21 hingga 22.

Setelah puas menimba ilmu dan berbagai pengalaman dibumi ambia lebih 22tahun, Tok Kenali akhirnya tiba di tanah kelahirannya. Segala pengorbanannya tidak sia-sia bilamana dirinya kini diibaratkan sebagai sebuah negeri Ilmu.
Dengan kepulangan Tok Kenali ke Kelantan, maka semakin pesat dan berkembanglah ilmu agama islam di kepulauan Melayu. Semenjak itu jugalah Kelantan dikenali sebagai serambi Makkah. Tok kenali dikenal sebagai seorang yang memiliki ilmu agama yang tinggi sehinggakan beliau dilantik menjawat berbagai jawatan penting di negeri kelahirannya itu seperti Timbalan Mufti, Ketua Agama selain bergelar Ulamak. Tok Kenali juga adalah seorang pemikir, pendidik, pengarang, wartawan, sasterawan, pejuang nasionalise malah seorang negarawan ulung yang sentiasa memikirkan nasib agama, tanah air dan bangsanya.

Dengan itu juga, Tok Kenali adalah insan yang pertama sekali memperkenalkan system pengajian pondok di Nusantara. Dengan system pembelajaran yang Tok Kenali kenalkan, maka banyaklah pondok-pondok agama yang tumbuh bagaikan cendawan yang melahirkan ramai tahfiz-tahfiz, ulamak, toko-toko, guru, pengarang, penulis yang celik dalam agama seluruh Nusantara melayu yang bermula daripada Kelantan.

Tok Kenali juga, terkenal dengan berbagai-bagai kelebihan yang ada pada dirinya diantaranya Tok Kenali dikatakan mampu berjalan diatas air dan menyeberang sungai tanpa mengunakan perahu, dan banyak lagi cerita-cerita yang luar biasa mengenai Tok Kenali namum segala cerita luar biasa Tok Kenali itu hanyalah pakaian luarannya sahaja tetapi dalaman dan keperibadiaannya lebih daripada itu. Mashornya Tok Kenali itu bukan terletak pada keramatnya tetapi mashornya Tok Kenali itu, adalah diatas ilmu makrifat.

Tok Kenali juga terkenal dengan seorang yang sangat Zuhud (Menolak kemewahan )kesenangan dunia. Pakaian Tok Kenali juga tidak mewah, begitu juga makanannya ia tidak suka kepada berlebih-lebihan dan kemewahaan. Sikap luar biasa Tok Kenali juga dapat dilihat ketika ia berjalan. Beliau lebih gemar berjalan kaki dan berkaki ayam dan tidak gemar menaiki kederaan. Tok Kenali juga adalah seorang yang penyayang, beliau sangat kasih kepada ibunya, sikap kasih sayang yang ada dalam dirinya itu bukan sahaja kepada manusia malah dapat dilihat melangkaui kepada semua makhluk.
Tok Kenali diketauhi menderita sejenis penyakit kudis dikakinya sehinggakan terdapat ulat-ulat yang menumpang dikudis kakinya. Dengan jiwanya yang sememangnya besar Tok Kenali tidak membuang ulat-ulat itu dia hanya membiarkan ulat-ulat itu menumpangi kudisnya itu. Ketika beliau ingin melaksanakan solat, ulat-ulat yang ada di kakinya akan diletakkan di sebuah bekas tin dan kemudian membersihkan dirinya untuk melaksanakan solat dan selesai beribadah, beliau mengambil semula ulat-ulat itu dan meletakkan kembali dikudisnya itu. Ini bagi mengambarkan rasa kasih beliau terhadap makhluk lain.

Semasa hayat Tok Kenali, beliau juga diberi bergabai gelaran diantaranya al-Muslih (Pembaik pulih agama), Tokoh Reformis Kelantan, Sibawayh (Pakar Tatabahasa), Ahli Sufi dan Tasauf serta berbagai gelaran lain lagi sebagai pengiktirafan diatas jasanya.

Tokoh tersohor islam Nusantara Melayu ini menghembuskan nafas terakhirnya pada usia 65 tahun dan kembali ke darul baqo pada hari Ahad 19 November 1933 dalam suasana yang cukup luar biasa. Jenazahnya diziarahi dan disembahyangkan oleh ribuan orang. Inilah tandanya kasih sayang Allah terhadap hambanya yang rabani.
Muhammad Yusof Ahmad yang dikenali sebagai Tok Kenali adalah wira Negara yang tiada galang gantinya.

Kita cuma mengetahui akan karomahnya, kesaktiannya dan kelebihannya Tok Kenali, namun kita terlepas pandang bahawa karomahnya, kesaktianya dan kelebihannya Tok Kenali itu adalah datang dan hasil dari “Ilmu Makrifat”. Lebihnya Tok Kenali itu adalah diatas dasar “Ilmu Makrifat”nya. Sayangnya tidak ada siapa yang terlihat dan terpandangnya.

Ehsan daripada Hj Shaari Hj Mohd Yusof

29hb August 2016

Group suara qalbu mukmin (melalui saluran taligrem) memperbincangkan tentang apa sudahnya kita dan kemana hendak kita serahkan diri kita?. Hendak serah kepada Allah, Allah tidak perlu kepada diri kita, tubuh kitadan Allah tidak perlu kepada jasad kita. Allah sudah maha kaya dan sudah maha sempurna yang tidak lagi perlu kepada tubuh, jasad atau badan kita.

Allah tidak megambil faedah dari tubuh badan kita, kerana Allah itu tidak miskin yang membutuhkan diri kita. Allah berdiri sendiri tanpa bergantung kepada tubuh badan atau jasad kita.Lantaran itu, kemana hendak kita serah diri kita?.

Hendak menyerah tanghan, tangan sudah sememangnya milik Allah. Nak serah kaki, kaki sudah sememangnya milik Allah. nak serah segala tubuh, tubuh kita ini sudah sememangnya hak Allah. Kalau kita tidak serahkan diri kita kepada Allahpun, ianya sudah sememangnnya hak Allah Taala. Oleh itu kemana sudahnya diri kita hendak kita serahkan?………………………..

Nak kita ambil dan nak pakai akan segala anggota tubuh badan kita ini agar menjadi hak kita (kaya kita, gagah kita, tinggi kita, besar kita, berkuasa kita). Nak kita pakai sifat-sifat tersebut sebagai hak kita), Allah melarang dan Allah tidak benarkan sesiapa memakai pakaianNya!. Sifat-sifat itu, adalah milik Allah dan hak Allah, tidak ada sesiapapun yang boleh megambil atau memakai hak Allah.

Untuk serah duiri kepada Allah, Allah tidak terima dan kalau nak kita ambil supaya menjadi hak kita, pun Allah tidak benarkan!.

Jadi kemana sudahnya jasad atau diri tubuh badan kita hendak kita kembalikan dan kemana hendak kita pulangkan?.

Kalau kita mati kelak kemana hendak kita tuju, hendak kita pulang dan kemana hendak kita kembalikan jasad kita. Inilah yag sedang diperbincangkan oleh group suara qalbu mukmin melalu talian taligeram.

Sesiapa yang berhajat sila wassap kepada talilan talipion Hj Shaari melalui 019 4444 713. Yang disertai oleh ulamak seluruh nusantara………………………….

 

Amin daripada Hj Shaari

 

 

Tuan2 muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah sekalian. Maafkan saya kerana tidak lagi bergiat dalam ruangan blog.  Disebabkan ada cara lain yang lebih mudah berkomunikasi, iaitu melalui GROUP SUARA QALBU MIKMIN  melalui saluran TALIGREM  dengan menggunakan suara.

Kalau melalui blog, ianya memerlu kan kaedah menulis dan selepas menulis ianya kena baca. semua itu memerlukan masa untuk menulis dan masa untuk membacanya. Adapun melalui group wassap, ianya hanya memerlukan rakaman suara yang boleh didengar dan boleh berkomunikasi secara terus melalui suara tanpa menulis atau menaip.

Boleh berkemunikasi semasa kita berjalan,semasa memandu kereta dan boleh bersuara semasa di kamar mandi tanpa perlu menaip…

Saya ada menubuhkan group wasaap. Yang boleh disertai oleh seluruh dunia secara langsung, Boleh bertanya dan bioleh menjawab secara langsungn tanpa apa-apa bayaran. Kalau tuan-tuan berhajat untuk  menyertainya sila hubungi saya haji shaari melalui talian biasa 019 4444 713.

Saya menjemput peminat diseluruh dunia meyertai saluran TALIGREM  GROUP SUARA QALBU MUKMIN.

Yang diwakili oleh ulama seluruh Nusantara. Ayuh mari kita sama-sama menuntut ilmu makrifat melaluinya, yang luar biasa  hebat. Teramat-amat rugi jika tidak meyertainya. Jarang sekali dimasa ini untuk kita temui ulama-ulama yahg berilmu makrifat, melainkan dengan cara ini sahaja kita dapat berhubung dengan mereka melalui alam maya.

Yang keduanya sy nak nyatakan disini, kitab baru keluaran ke 10 dan ke 11 sudah terbit yang isinya teramat-amat cantik dan teramat-amat baik untuk dimiliki oleh seluruh umat islam dan umat muhamad………………………..Amin

Daripada hj shaari

Aside

Kita selalu mendengar perkataan mukmin tetapi jarang yang tahu apa itu mukmin. Kita selalu sebut bahawa Qalbu Mukmin Baoitullah (qalbu Mukmin itu, rumah Allah). Tetapi tahukah tuan apa itu mukmin.

 

Adapu, erti, makna dan maksud  perkataan mukmin itu, adalah  “YANG PERCAYA”. Manakala erti, makna dan maksud qalbu mikmin itu, adalah (qalbu) roh yang percaha. Roh yang percayalah yang dikatakan rumah Allah. Percaha kepada siapa lagi jika tidak kepada Allah Taala.

 

Daripada Hj Shaari bagi menjawab pertanyaan sahabat.

 

Apa Erti Mukmin

Aside

Tuan-tuan, puan-puan, muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah sekalian. Sesudah saya meneliti jawapan dari sahabat-sahabat, saya sangat tertarik dan teramat berpuas hati dengan kebanyakan jawapan dari tuan-tuan yang  rata-rata telah menunjukan kematangan dalam bermakrifat. Untuk mencari sebenar-benar diri dan dimana sebenar-benar  yang dikatakan NAMA  kita, marilah ikuti dan marilah sama-sama kita hayati dengan cermat misalan, perumpamaan atau kiasan yang akan saya nukilkan dibawah ini.

Dikampung Jelakong Batang Merbau Tanah Merah Kelantan ada seorang budak lelaki (umurnya diketika itu lingkungan sebaya darjah 4 atau 10 hingga ke 11 tahun). Sedari kecil lagi kehidupan budak ini, di dapati agak pelek dan berbeza dari kanak-kanak sebayanya.  Walaupun ianya dibesarkan disuasana kampong, namun kehidupannya penuh mesteri.Jika nak ikut cerita asal, ianya memakan masa tiga malam untuk menghabiskan cerita itu. Dari cerita itu, apakah kesimpulan dan apakah kena mengena dengan mencari dimanakah terletaknya NAMA pada kita?.

Tuan-tuan, puan-puan, muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah sekalian. Sesudah saya meneliti jawapan dari sahabat-sahabat, saya sangat tertarik dan teramat berpuas hati dengan kebanyakan jawapan dari tuan-tuan yang  rata-rata telah menunjukan kematangan dalam bermakrifat.

Untuk mencari sebenar-benar diri dan dimana sebenar-benar  yang dikatakan NAMA  kita, marilah ikuti dan marilah sama-sama kita hayati dengan cermat misalan, perumpamaan atau kiasan yang akan saya nukilkan dibawah ini.

Dikampung Jelakong Batang Merbau Tanah Merah Kelantan ada seorang budak lelaki (umurnya diketika itu lingkungan sebaya darjah 4 atau 10 hingga ke 11 tahun). Sedari kecil lagi kehidupan budak ini, di dapati agak pelek dan berbeza dari kanak-kanak sebayanya.  Walaupun ianya dibesarkan disuasana kampong, namun kehidupannya penuh mesteri. Beliau tidak banyak bercampur dengan kanak-kanak  (kawan-kawan) yang selalunya anak-anak kampong itu, selalunya bermain-main seumpama mandi sungai, menangkap burung, main guli, main getah urat, menjerat burung dan sebagainya. Adapun kanak-kanak ini, kebanyakan masanya dihabiskan di rumah neneknya, dengan menyapu sampah dihalaman, menyapu rumah, cuci kain baju neneknya dan banyak menghayal perkara-perkara yang akan terjadi dimasa-masa hadapan.

Bilamana balik dari sekolah, selalunya dia singgah dikedai tempat emaknya berniaga. Emaknya berniaga kecil-kecilan menjual barang-barang runcit di kedai merpati (market).  Keberkebetulan kedai emaknya adalah tempat tempat laluan pergi dan balik kesekolah.  Kelihatan emak sifulan sibuk menempah pisang, keledek dan tapai ubi untuk digoreng. Dalam waktu yang sama, dilihatnya padang sekolah tempat beliau belajar (sekolah kebangsaan batang merbau tanah merah kelantan) telah dipagar dengan daun kelapa kering.  Sebesar-besar padang bola  atau disekeliling padang bola itu, telah dipagar dengan mengunakan daun kelapa kering. Daun kelapa kering yang jatuh berselerakan dihalaman-halaman rumah dan di kebun-kebun kelapa itu, dipungut untuk dijadikan pagar di sekeliling padang bola, pada kebiasaannya untuk dijadikan sebagai tempat upacara permainan seumpama dikir barat, mak yong (menora) atau wayang kulit.

Pada kebiasaannya bilamana padang bola sekolah itu pagar, mesti ada upacara kebudayaan samaada dikir barat, mak yong (menora) atau wayang kulit. Selang 2 hari, pisang yang dibeli mula menguning (masak), ubi kelihatan sudah dikupas dan ada satu dua orang sahabat emaknya diajak untuk membantu.

Pada sebelah petang kira-kira jam 5, mulalah segala peralatan mengoreng dibawa masuk ke padang sekolah, kanak-kanak itupun juga turut meganggkat mana yang ringan, dibawa masuk kepadang sekolah, setelah masuk ke dalam kawasan padang sekolah yang dikepong dengan daun kelapa kering, barulah dia tahu yang bahawasanya pada malam nanti ada permainan wayang kulit.

Ringkaskan cerita, selepas waktu insyak, mulalah permainan wayang kulit, ramailah penduduk kampong keluar beramai-ramai menontonnya. Maaklumlah pada zaman dahulu tidak sebagaimana sekarang. Sekarang sudah ada wayang gambar, siber kafe,  kelab malam, ada talivision, karaokey, dangdut dan sebagainya untuk dijadikan tempat berhibur. Adapun pada masa zaman dahulu, hiburan orang kampong terutama penduduk di sebelah pantai timur (kelantan), tidak banyak hiburan. Kalaupun ada hiburan, hanyalah seumpama permainan wayang kulit, mak yong dan wayang kulit.

Seorang anak yanng baik, budak sifulan itu, kelihatan masuk lebih awal bagi membantu maknya yang berjual kecil-kecilan dengan mengoreng pisangn, gorengn ubi keledik, goreng tapai ubi, ada juga disulami dengan jualan mee goreng, kacang rebus dan sedikit kueh mueh. Masa itu, tidak ada warung atau kedai di dalam panggung, cuma berjualan di atas tanah beralaskan tikar buruk dan meja kecil yang diperbuat dari kotak-kotak terbuang. Jika dikenangkan ibu bapa dahulu, alangkah susahnya untuk mencari sesuap nasi demi membesarkan anak-anak.

Sebelum waktu insyak atau selepas magrib, kelihatan sudah berduyung-duyung orang kampong datang memenuhi padang sekolah. Kelihatan ada yang tuan, ada yang muda dan tidak ketinggal pula kanak-kanak yang sebaya dengan sifulan, tidak ketinggal untuk ikut sama menonton wayang kulit. Yang tua kelihatan berkumpul sambil berbual-bual sesama mereka (entah apa yanng diperbualkan), hanya kelihatan asap rokok yang memenuhi ruang. Dengan semutar (kain yang dibelit atas kepala), seorang tuan yang agak bongkok, kelihatan masuk kepanggung dengan megambil tempat dipenjuru panggung, kelihatannya agak uzur sambil memegang paip rokok, dengan berkeadaan batuk-batuk, namun tidak mahu ketinggalan menonton wayang kulit, itulah budaya orang Kelantan zaman dahulu. Walaupun kelihatan agak uzur, namun kebudayaan wayang kulit itu, boleh menyegarkan badan dan boleh menambah semangat, sehingga yang sakit boleh kelihatan sembuh, yang tuan kelihatan bertambah muda dan yang murung boleh kembali ceria.

Untuk masuk menonton wayang kulit, dikenakan bayaran, bayaran masuk bagi orang dewasa adalah 50 sen dan 30 sen bagi kanak-kanak. Di situ kita boleh lihat berbagai-bagai lapisan masyarakat, kecil besar, ada yang sanggup gendong anak kecil semata-mata untuk melihat wayang kulit. Bila ada hari keramain seumpama itu, kebanyakan orang kampung dimasa itu, masing-masing berhias dengan mempamirkan pakain yang cantik-cantik, wangi-wangian yang harum dan seolah-olah mengalahkan untuk menghadiri upaca kenduri.

Di situ kelihatan kanak-kanak sebaya sifulan berlari-lari kesana kemari, bergurau sana dan bergurau sini sehingga ada yang bergaduh sesama sendiri. Namun sifulan bin sifulan selaku anak yang baik dan anak yang selalu berbakti kepada oranng tuannya, beliau tidak jauh dari tempat emaknya berniaga, untuk membantu emaknya berjualan. Kelihatan sifulan sibuk membungkus kacang rebus, disukatnya kacang sekira-kira satu tin susu lalu dimasukkan (dibungkus) dalam kertas cina (surau khabar cina yang terpakai), dihulurnya kepada pembeli sambil menjaga api (memasukkan putung kayu), untuk masak jagung rebus. Jagung rebus sangat laris semasa hari-hari keramain ketika itu. Begitulah sikap dan asuhan sifulan terhadap ibunya yang dikasihi lagi disayangi.

Di situlah orang kampong dahulu cari jodoh (bertemu jodoh), usik mengunsik dan intai megintai anak dara bagi yang bujang dan sebagainya. Anak muda (sifulan bin sifulan) sebaya darjah 4 atau darjah 5 (sebaya 10 atau 11 tahun) itu, selalu suka memerhatikan gelagat orang ramai. Sambil menolong emaknya mengoreng pisang, budak sifulan itu, mata dan hatinya selalu memerhatikan suasana sekeliling, melihat gelagat orang ramai dan melihat panorama dunia.

Pada jam 8.30 bermulalah permainan wayang kulit, jika tak salah  TOK DALANG nya pada hari itu adalah bernama  Dollah Baju Merah. Gendangpun dibunyikan memecah kesuyian malam, lalu bergemalah suara Tok Dalang membaca mentera. Kelihatan orang kampung masing-masing megambil tempat namun ditangan masing-masing bagi yang lelaki tidak pernah lekang dengan rokok (maklumlah orang zaman dahulu, bukan kata lelaki, malahan perempuan (nenek tua) pun hisap rokok).

Bagi yang biasa dengan permainan wayang kulit, bilamana mendengar sahaja gendang dipalu, hatinya sudah seolah-olah menjadi terpukau. Terpukau dan terpakulah jiwa dan raga orang zaman dahulu sebaik sahaja muzik atau bilamana gendang mula dipalu. Dengan tiupan  serunai yang mendayu dan bunyi gong yang menusuk jiwa, di situlah semangat dalaman  orang kampung zaman dahulu digasak, ditumbuk, ditusuk dan dilonjak untuk menjadi lebih gagah, lebih muda, lebih ceria dan lebih sihat, hanya dengan mendengar muzik (gendang) bertabuh.

Anak kecil yang dikendung emaknya yang tadinya merenget atau menangis, tiba-tiba menjadi diam dan ada yang terus tertidur dipankuan emaknya manakala kanak-kanak pula pada kebiasaannya duduk dibahagian hadapan panggung, masing-masing membawa alas untuk dijadikan tempat duduk, maklumlah semuanya atas tanah, bukan seperti sekarang, bermain di dalam dewan (hawa dingin). Ada juga kelihatan sesetengah keluarga bawa tikar dari rumah untuk dijadikan lapik duduk anak beranak.

Budak sifulan ini, duduk bersebelahan emaknya sambil membantu emaknya berjualan, sambil mengikuti cerita wayang kulit yang dimainkan oleh Tok Dallang dengan penuh kyusyuk, di perhati dan di amati kisah wayang kulit itu bab demi bab dan babak demi babak di semat didalam dada segala kata-kata dan segala perjalanan kisah dimainkan oleh Tok Dalang diikuti dengan cermat, sehingga tahu dan hafal  jalan ceritanya.

Wayang kulit yang dimainkan oleh Tok Dalang pada hari itu adalah  cerita yang bertajuk len lobek dan len lobat (sayapun tak tahu apa itu len lobek dan lan lobak, setahu atau seingat saya ianya adalah nama salah satu watak dalam cerita wayang kulit, jika tak salah len lobak dan len lobek itu adalah anak Seri Rama ).

Di tengah-tengah gegak gempita gendang dan suara Tok Dalang melakonkan patong wayang kulit , ada sesekali terdengar suara budak menangis dan ada dikalangannya kanak-kanak itu berlari-lari dan bermain-main dihadapan panggung yang ada kalanya menganggu penonton tapi apakan daya, itulah sifat budak, hendak dimarah ia seorang kanak-kanak, walaupun beberapa kali dimarah dan dilarang oleh orangn tua, dia berhenti sekejab kemudian tak sampai 5 minit, sambung kembali mainannya. Emak sifulan, sibuk dengan jualan, sambil menjual, sambail tengok wayang kulit, tetapi lebih banyak masa dihabiskan untuk menjual berbanding tengok wayang. Satu lagi yang saya terlupa nak bagi tahu, iaitu emak sifulan selain goreng pisang, dia juga mengoreng keropok dan menjual kacang rebus.

Diantara watak wayang kulit itu, ada yang bernama Raja Seri Rama, Isterinya yang bernama Siti Dewi, anaknya bernama Hanuman kera putih, Lak Juna, Lan lobek, lan lobak, manakala di kalangan hamba rakyatnya bernama Pak Dogol, Wak yah, Wak Long, Abang Samat parang Tumpul, Eteng dan makhluk Jin dari kayangan dan berbagai-bagai lagi NAMA yang dinama-namakan.

Direngkaskan cerita, pada suatu hari negara yang diberi Nama Tanah Jawa Perbuangan Sari yang diperintah oleh seorang raja yang  NAMA nya bergelar Raja Seri Rama, yang katanya memerintah sebuah negara yang ber nama Negara Tanah Jawa Perbuangan Sari. Tanah jawa perbuangan sari itu telah berlaku suatu peperangan besar. Negaranya telah diserang oleh kumpulan jin dari atas kayangan (dari atas langit) di atas sebab Raja Seri Rama telah menolak peminangan Raja Jin untuk memperisterikan anak Raja Seri Rama.

Dikeranakan Raja Seri Rama menolak pinangan Raja Jin dari atas kayangan tidak berpuas hati maka berlakulah peperangan besar.  Habislah rakyat Seri Rama dibunuh dan kucar kacirlah negara Tanah Jawa Perbuangan Sari. Maka runsinglah Raja Seri Rama di dalam istana negara memikirkan kesengsaraan rakyat yang banyak mati dibunuh, makanan berkurang, tanaman dibakar dan musuh sudah hampir-hampir menghampiri istana.

INGAT, INGAT DAN INGAT dalam asyek mendengar cerita wayang kulit itu, jangan lupa ambil perhatian, ini cerita bukan sekadar cerita tetapi adalah salah satu kaedah untuk saya memperkhabarkan atau untuk saya memperkenalkan siapakah sebenar-benar nama dan dimanakah letaknya nama kita!!!!!!!…………………………………………..

Zaman kanak-kanak seronok bila diimbas dan bila dingatkan kembali, dikala lapar, tidak ingat wang samada beras ada atau tidak, tahu-tahu pergi kedapur makan. Bila nak pakai baju, tinngal pakai saja tidak ingat betapa susahnya ibu bapa mencari rezeki untuk keperluan makan dan pakai kita. Di zaman kanak-kanak, kita tidak pernah terfikir untuk bayar bil letrik, bil air, bil astro, yuran sekolah, ansuran motosikal, ansuran rumah sewa dan sebagainya. Tahu-tahu celik mata makan…………………………….

Berbalik kepada cerita wayang kulit dan di dalam keseronokkan menonton wayang kulit, sifulan (budak sebaya 10 tahun hingga 11 tahun) itu, tidak sekadar menonton wayang kulit, malahan akal fikirannya jauh melayang menilik disebalik cerita.  Melayang akal fikiran sifulan menjankau Negara Tanah Jawa Perbuangan Sari dan jauh ke alam antah berantah. Sungguhpun jauh negara kayangan tempat tinggal jin, jauh lagi lamunan dan hayan akal sifulan bin sifulan. Budak yang bernama sifulan bin sifulan ini (anak Hj. Halimah bt Ismail dan anak kepada ayahnya yang bernama Hj. Mohd Yusof Cik Wook) , akalnya mengatasi akal jin dan mengatasi akal Raja Seri Rama, wallaupun setahun jagung, itulah kelebihan kanak-kanak itu. Kelebihan kanak-kanak itu, sudah dapat dihidu oleh ayahandanya.

Tuan-tuan dan puan-puan yang dirahmati Allah,  untuk menyelesaikan cerita ini, pengarang (saya), sudah beberapa kali mengalir air mata mengenalkan nasib kanak-kanak (yang bernama sifulan bin sifulan) dan mengenangkan ibu bapanya yang teramat-amat dirindui dan dikasihi, yang kini sudah kembali pulang kerahmatullah. Untuk menghabiskan bait-bait ayat ini, air mata pengarang tetap terus mengali dan mengalir tidak henti-henti, (setakat cerita di atas  sudah lebih 10 kali menangis). Air mata pengarang yang bercucuran mengalir membasahi pipi sambil tangan mengetok butang komputer menahan sebak di dada menahan pilu m,engenal ayah dan ibu. Setiap kali perkataan ayah dan perkataan ibu di sebut dan diketok melalui komputer ini, setiap kali air mata bercucuran (entah mengapa). Mungkin itulah yang dikatakan tanda kasih dan sayangnya seorang anak yang bertuan kepada emaknya.

Tuah sayang kepada ibu dan kasihkan bapak makanya sifulan menjadi seorang anak yang bertuah. Bertuahnya sifulan mungkin selalu mendapat doa dari ibu bapa. Untuk menjadi anak bertuan maka marilah kita sama-sama berbuat baik kepada kedua ibu bapa. Mata sifulan melihat wayang kulit, tetapi rohaninya seolah-olah sudah berada di negara Seri Rama dan sedang duduk di Negara Tanah Jawa perbuangan Sari dan sama-sama ikut berperang dengan Jin bagi membantu Raja Seri Rama.

Berbekalkan didikan ayahandanya, HANYA DENGAN MELIHAT WAYANG KULIT, sentuhan rohani  budak yang BERNAMA sifulan itu,  telah dapat MENGENAL DIRI dan TAHU TEMPAT LETAKNYA NAMANYA.

Di kala Tok Dalang masih meneruskan permainan wayangnya, cemburu melihat sifulan mengasihi ibunya, embun jantan mula kelihatan turun membasahi bumi untuk mengirigi kasih sifulan terhadap ibunya (tanda sama-sama mengasihi ibu sifulan dan turut mengasihi sifulan sianak bertuan). Embun jantan juga tidak mahu ketinggalan untuk ikut serta untuk membasahi kepala ibunda tersayang (yang dikala itu tudung kepala belum lagi dibudayakan). Orang sezaman ibunda, belum lagi dibudayakan dengan bertudung, sungguhpun belum bertudung, namun iman kepada Allah tidak kurangnya berbanding dengan orang sekarang yang pakai tudung atau purdah! (malahan berkemungkinan lebih beriman).

Walaupun sejuk malam yang dingin diselubiungi embun, kelilhatan ibunda sifulan menyapu air di mukanya dengan kain batik lepas yang disangkut di bahu tetapi air yang disapu itu bukan air embun, ternaya air yang disapu itu adalah air peluh (demi mencari nafkah) untuk membesarkan anak bertuah yangn bernama sifulan. Dalam hati kecil yang mengiringi peloh Hjh Halimah bt Ismail itu, berkemungkinan mengalir bersama doa kepada anak tersayangnya (sifulan) supaya besar nanti akan menjadi sebutir mutiara yang boleh membawa penduduk dunia Allah ini, disinari dengan cahaya makrifat (mengenal Allah, mengenal diri, mengenal penyerahan diri, matikan diri sebelum matti dan mengenal tempat letaknya NAMA?). Di dalam banyak-banyak mengarang kitab, yang paling banyak mengalirnya air mata pengarang adalah semasa mengarang kisah ini (wayang kulit kerana banyak menyebut perkatan ibu).

Berbalik kepada cerita wayang kulit, Melihat rakyatnya mati, hibalah hati Raja seri Rama lalu megambil kesempatan untuk turun sendiri kemedan peparangan untuk bertempur sendiri dengan jin. Maka berperanglah Raja Seri Rama dengan Jin, lalu Raja seri Rama mengalami kekalahan dan berundurlah Raja Seri Rama mencari perlindungan. Di dalam buangan Raja Seri Rama memikirkan keadaan hiba mengenangkan negara dan rakyatnya. Tiba-tiba datanglah yang  BERNAMA Wak Dogol, salah seorang hamba abdi Seri Rama yang paling tua (giginya hanya tinggak sebatang), datang meghadap sembah di hadapan Raja yang sedang hiba.  Wahai “RAJA HAMBA”, apakah gerangan yang sedang “TUAN KU” fikirkan, KATA Wak Dogol. Wahai “HAMBA KU”,  tidakkah engkau ketahui wahai “HAMBA KU” (Wak Dogol) yang negara kita sekaranmg dalam huru hara kerana kalah berperang dengan Jin dari kayangan.

Jawab Wak Dogol, manalah hamba tahu ya Tuan ku, semasa peperangan sedang berlaku hambakan sedang pergi bertapa di atas kemuncak gunung. Kerana melihat kepulan debu-debu menjulang kelangit (kerana dahsyatnya peperangan berlaku dimasa itu, sehingga medan pertempuran itu menjadi berdebu dan semacam asap naik kelangit), membuatkan Wak Dogol turun kebawah untuk melihat. Wak Dogol sebenarnya sudah tahu akan hal ini, cuma saja-saja atau berpura-pura buat-buat tak tahu. Berkatalah Seri Rama kepada Wak Dogol, memandangkan engkaulah  HAMBA KU” yang paling tua di dalam negara ku ini, inginlah aku bertanya barang sepatah dua, kalau-kalau ada buah fikiran kamu, wahai  “HAMBA KU”  Wak Dogol?.

Tuan-tuan, diketika tuan-tuan asyik mengikuti kesudahannya cerita ini selanjutnya, yang paling pentingnya, saya nak nasihatkan di sini adalah supaya tuan-tuan ambil perhatian sedikit bilamana sampai kepada perkataan yang tulisan berhuruf besar! (ada maksud yang tersembunyi yang akan saya jelaskan diakhir nanti).

Tahukah tuan-tuan semasa saya mengarang ini, saya sedang mendengar dendangan lagu-lagu Melayu Deli (berbahasa minang) dengan kuatnya. Cuba tuan-tuan bayangkan, ditempat saya mengarang sekarang ini, adanya set audia (home teater), maaf ejaan home teater jika salah. Berbekalkan sebiji lampu meja bagi menerangi butir-butir key bord komputer, saya juga ditemani muzik.  Di kerana mengenang (ingatkan) kepada ibu yang selalu mendengar radio atau kaset dikir barat dengan kuat, untuk mengenang dan kerana ingat yang teramat sangat kepada mak, makanya  saya juga megambil kesempatan ini mengarang dengan bunyi radia dengnan kuat, saya telah pasang home theater sehabis kuat yang boleh, sebagaimana yang dibuat olek ibu saya. Tempat saya mengarang ini,  terletakjauh dari rumah orangn, sekitar sini tidak ada jiran, saya duduk berjauhan dari orang. Ditepi belukar inilah terhasil dan mengalir air tangan saya yang menjadi santapan rohani dan tatapan tuan-tuan.

Sekali lagi saya tidak boleh menahan air mata, sehingga saya meraung-raung memanggil-manggil nama mak saya, saya menangis dan meraung-raung bagaikan budak, memanggil-manggil NAMA  mak saya!. Tuan-tuan tidak tahu betapa payahnya untuk saya menghabiskan cerita ini, untuk menghabiskan cerita ini (setakat ini),  berpuloh kali saya meraung, raungan atau pekikkan saya itu sama kuatnya dengan home theater yang saya pasang. Di sini, bukan niat saya untuk nyatakan “menangis”, yang saya nak sampaikan kepada tuan-tuan sekalian di sini, adalah besarnya nilai kasih sayang seorang anak (yang bertuan lagi berjaya hidupnya yang bernama sifulan) bilamana mengasihi terhadap kedua ibu bapa, dengan kasih sayang itulah maka membuatkan seoarang anak akan menangis dan hiba bila kepada masa menulis perkataan ibu (mak). Bila sampai kepada tulisan perkataan mak atau ibu, dengan sendiri hati menjadi sayu, dengan sendiri juga air mata mengalir dengan derasnya sama deransnya dengan volume set theater.

(maaf kerana mengherat sidang pembaca kepada kisah pengarang). Berbalik kepada cerita hura hara yang melanda di seluruh Negara Tanah Jawa Perbuangan Sari, di bawah pemerintahan Raja seri Rama. Lalu setelah Seri Rama bertanya pendapat kepada orang tua yang bernama Wak Dogol. Walaupun Dogol sudah tahu akan cerita sebenar, dia berpura-pura bodoh dihadapan raja, sedangkan segalanya sudah dilihat melalui puncak gunung tempat pertapaannya.

Lalu berkatalah Dogol memberi pendapat kepada “RAJANYA”.  Wahai “TUANKU”  raja pemilik seluruh  pemerintahan Negara Tanah jawa Perbuangan Sari, “HAMBAMU” ini ingin memberi pendapat barang sepatah, jika salah silap harap jangan dimurkai. Setahu hamba, tuanku ada dua oranng anak lagi yang “BERNAMA”  len lobek dan len lobak hasil perkongsian Tuanku dengan perempuan (entah perempuan mana, sayapun sudah tak ingat). Hanya anak Tuanku berdua itu sahaja yang akan dapat mengalahkan  yang “BERNAMA” Raja jin tersebut.

Dipendekkan cerita, maka disuruhlah yang BERNAMA Wak Dogol mencari akan kedua anaknya itu. Berkata Wak Dogol berpura-pura tidak tahu, “dimakah akna hamba cari kedua anak tuanku itu, sedangkan hamba patik ini tidak tahu tempat duduknya”.  Murkalah Raja Seri Rama terhadap Wak Dogol, walaupun Seri Rama dalam keadaan kalah perang dan terbuang ditempat buangan, selaku Raja ,dia tetap Raja, walupun terbuang. Sikap rajanya tidak boleh dihakis dari hati Seri rama, walaupun beliau selaku raja yang sudah bernegara (sudah hilang negara) dan sudah tidak ada rakyat selain Wak Dogol, namun ego seorang raja tetap raja. Berkatalah Raja, “jika kamu tidak boleh bawa pulang kedua anak aku yang bernama len lobek dan len lobak, akan aku bunuh engkau sampai mati”.

Akur dengan perintah raja, maka pergilah Dogol mencari anak Seri Rama yang bernama len lobek dan len lobak di tempat yang sudah orang tuan Wak Dogol ketahui melalui ilmunya. Sebenarnya orang tua yang bernama Wak Dogol itu, sebenarnya dialah raja segala dewa (wali segala wali kalau bahasa kita sekarang), cuma menjelma sebagai hamba abdi danyang  berselindung disebalik Wak Dogol, itu makanya dia tahu apa yang belum terjadi. Keluarlah Dogol mencari kedua putra Seri Rama itu.

Diorengkaskan cerita, baliklah kedua anak Seri Rama ke Negara Tanah Jawa Perbuangan Sari (ini adalah pertemuan kali pertama mereka berdua bertentang mata dan bertemu dengan ayah kandung).

Berperanglah mereka berdua dengan Raja Jin, dengan pertolongan Wak Dogol yang sakti, maka tewaslah Raja Jin dan dihumbanlah oleh Raja Seri Rama ke dalam lautan api yang melewati tujuh gunung.

Direngkaskan cerita, tamatlah di sini cerita len lobek dan len lobak, Jika nak ikut cerita asal, ianya memakan masa tiga malam untuk menghabiskan cerita itu. Dari cerita itu, apakah kesimpulan dan apakah kena mengena dengan mencari dimanakah terletaknya NAMA pada kita?.

Tuan-tuan, puan-puan, muslimin dan muslimat serta para-para sahabat yang dirahmati Allah sekalian. Manakah pendirian, manakah pegangan dan manakah iktikad tuan-tuan dalam soal ini?. Belajar sudah, berguru sudah dan mendengar ceramah  sudah, apa lagi yang tuan-tuan rasa tidak yakin untuk menjawap persoalan ini?.

Untuk itu, mari saya yakinkan dada tuan-tuan dengan sebenar-benar ilmu makrifat. Adapun jawapan kepada soalan dimanakah “NAMA”  kita?. Seumpama kita bernama Mamat bin Dolah, dimanakah letaknya diri Mamat bin Dollah?. Yang kita ada melekat kepada tubuh kita itu, seumpama anggota tangan, kaki, mulut dan sebagainya (7 anggota), tetapi dimanakah diri Mamat bin Dolah?.

Dari cerita yang panjang lebar di atas, marilah kita sama-sama megambil iktibar. Iktibar apakah yang dapat kita kutib dari cerita wayang kulit dalam kisah len lobat dan len lobek?. Iktibar yangh dapat kita kutib adalah seumpama, siapakah yang bernama Raja seri Rama, Siapakah Wak Dogal, siapakah Wak Yah, siapakah Abang Samat, siapakah Raja Jin, siapakah yang berperang, siapakah yang menang perang, siapakah yang bertapa diatas gununng yang tingggi, siapakah lautan api dan siapakah yangn mati………………………………………

Sesungguhnya yang bernama itu, adalah dari suara mulut ‘TOK DALANG”.. Yang berperang itu, adalah dari suara mulut Tok Dalang, Yang menang dan yang kalah perang itu, adalah dari suara mulut Tok Dalang. Yang bertapa diatas gunung yang tinggi itu, adalah dari suara mulut Tok Dalang. Yang menjadi Raja Jin itu, adalah dari suara mulut Tok Dalang. Yang menjadi lautan api itu, adalah dari suara mulut Tok Dalang. Yang mati dan yang hidup itu, semuanya adalah dari suara mulut ”TOK DALANG  YANG SATU”……………………………………………………………….

Mana ada sekalian jasad, mana ada sekalian diri, mana ada sekalian tubuh dan mana ada sekalian nama, melainkan dari mulut Tok Dalang yang satu!. Sedarlah,sedarlah dan sedarlah bahawasanya kita ini, tidak lain seumpama patong wayang kulit.  Yang berkata-kata itu, adalah Tok Dalang, yang sakit itu, adalah Tok Dalang, Yang kaya itu, adalahh Tok Dalang, yang Besar itu, adalah Tok dalang dan yang Hidup itu, adalah Tok dalang.

Diri dan nama kita itu, sebenarnya adalah dari kalam, dari kata-kata, dari sebutan, dari lafaz atau dari suara Tok dalang semata-mata. Sedarlah bahawasanya kita ini sebenarnya seumpama belulang kering. Tidak bercakap, tidak bergerak, tidak berbini, tidak makan, tidak hidup kita ini, melainkan itulah Tok Dalang.

Jangan lagi mengaku yang kita ini, ada!. Dimanakah diri dan nama kita?. Diri dan nama kita itu, adalah datangnya dari mulut Tok Dalang iaitu datangnya dari kalam Allah atau datangnya dari “KUN” Allah.

Sudah-sudahlah mengaku yang diri, nama, gagah, cantik, kaya dan sebagainya itu milik kita. Kita tidak memeliki, mempunyai dan tidak ada hak apa-apa!. Kita ini hanya nama dan nama itupun juga adalah milik Allah (milik Tok Dalang)……………………………………………

Mari kita sama-sama pulangkan seluruh diri, seluruh nama,  seluruh upaya, seluruh kehendak dan seluruh jiwa dan raga kita ( zat, sifat, afaal dan asma’) kepada tuan yang empunya. Sebenar nama tidak ada dan sebenar-benar diri itu, tidak ada. Yang ada yanng wujud, yang ujud dan yanbg maujud itu, adalah hanya Allah selaku Tok Dalang di dalam permainan wayang kulit.

Mari kita sama-sama kembali kepada Allah, segalanya hak Allah, jangan lagi kita mendakwa diri kita sendiri, kelak akan didakwa Allah. Dakwaan Allah kelak, tidak ada peguam atau tidak ada pembela yang menang dalam mahkamah Allah, melainkan mereka-mereka yang berserah diri kepada Allah, orang-orang yang benar-benar berserah diri kepada Allah sahaja adalah  orang yang sebenar-benar menang!.

Marilah sama-sama kita mati (kembali kealam kubur, alam barzakh dan alam baqa) esuk dengan berkeadaan suci (kosong). Jangan dibawa sombong, anggkuh, tamak dan kebesaran diri. Untuk memnghilang kebesaran diri itu, caranya adalah dengan berserah, menyerah diri dan memulangkan kembali  hak Allah kepada Allah. Apa yang ada pada kita?, melainkan semuanya hak Allah, jadi kembalilah segalanya kepada Allah, barulah kita itu dikatakan suci bersih.

Kembalilah kepada Allah semasa kita masih hidup, jangan tunggu untuk kembali semasa kita sudah mati. Kembali sesudah kita mati itu, adalah kembali yang sudah terlambat. Apa ada pada isteri, apa ada pada suami, apa ada pada anak dan apa ada pada harta. Demua itu tidak akan sekali-kali dapat membantu kita. Ingat pesan saya ini, jangan bergantung harap kepada anak, isteri, suami, harta atau jangnan berharap kepada kesihatan. Pasti suatu hari kita akan tinggal seorang diri. Marilah kita bergantung harap hanya kepada Allah Taala.

Ada isteri yang dicerai suami, ada suami yang ditinggal isteri, ada harta banyak, sesungguhnya dengan harta itulah membuat kita lupa kepada Allah dan masa kita sihat, kita anggkuh dan setelah diri kita lumpuh, mana perginya kekuatan dan mana pergi gagahnya kita?.  Sunguhpun kita ada anak, kadang-kadang anak kita itulah yang  menipu harta kita, menipu  perniagaan kita. Belot dalam memegang amanah, kita suruh lain, anak kita akan buat lain.

RAMAI ORANG TUAN (IBU BAPA) KECEWA DENGAN  ANAK-ANAK!. Setelah nampak duit (wang), ada anak yang sanggup menikam bapa dari belakang. Sanggup menutup periuk nasi ibu bapa, sanggup menutup perniagaan ibubapa  (asal mereka dapat wang). Jadi untuk mengelak orang tuan kecewa terhadap anak-anak, lebih baik kita percaya, yakin dan bergantung kepada Allah dan jangan sekali-kali berharap kepada anak-anak, isteri atau suami. Dengan cara berserah diri kepada Allah, kita tidak akan berhadapan dengan kekecewaan.

Jangan berserah diri kepada perniagaan, kerana ada kalanya perniagaan kita akan mengalami kerugian, nanti kita kecewa.  Jangan berserah diri kepada harta (wang) untuk jaga kita dihari tua nanti kita kecewa. Mari kita sama-sama berserah diri kepada Allah (kita tidak akan kecewa). Berserah diri, berserah nama dan hendaklah berserta beserta dengan nyawa.

Diri dan nama kita itu,  terletak dan duduknya pada Tok Dalang………………………………………

Amin drp hj shaari

Jawapan Kepada Siapa dan Dimana Sebenarnya NAMA

Aside

Fuad
gravatar.com/infins7 x
infins@gmail.com
210.187.196.72
Submitted on 2014/03/08 at 1:58 am | In reply to azmi.

Saya pun ada cerita nak dikongsikan, sekadar mengisi masa lapang tuan azmi:

Terjadi suatu peristiwa, seorang pemuda telah bertanya kepada guru tasawufnya tentang perbezaan antara orang-orang syariat dan orang-orang hakikat dalam memahami agama Islam dan kenapa ilmu hakikat tidak berkembang luas. Kemudian sang guru berkata..

“Untuk aku menjawab soalanmu itu wahai muridku, pergilah bertanya kepada kedua mereka akan dua persoalan ini iaitu yang pertama, adakah Allah itu berkuasa dan yang kedua, sembahyang itu apa hukumnya? Pergilah ke kampung sebelah kerana disana kamu akan menemui ulama syariat dan ulama hakikat. Bertanyalah kepada orang-orang kampung disana untuk mencari mereka.”

Akur atas arahan gurunya itu lantas si pemuda tanpa banyak bicara terus ke rumah ulama syariat yang terkenal dikampung sebelah dengan bertanya-tanya arah rumahnya kepada orang kampung. Sesampainya si pemuda itu dirumah ulama syariat tersebut dengan ramah mesra si pemuda diajak masuk ke dalam rumah yang serba sederhana itu. Sang ulama syariat kelihatan kemas berjubah putih dan berserban, ditambah raut wajahnya yang bersih tanda beliau seorang yang soleh. Si pemuda dilayan seperti anak sendiri dengan dijamu makan malam sebelum sesi dialog dijalankan. Usai makan malam terus sahaja sang ulama syariat memulakan bicara.

“Ada urusan apa sehingga kamu bertandang ke rumah saya ini wahai anak muda?”

Tanya sang ulama syariat dengan nada yang redup.

“Sebenarnya saya ingin mendapatkan jawapan diatas dua persoalan yang ingin saya ajukan berkenaan dengan agama Islam kita ini kepada ustaz. Soalannya ialah adakah Allah itu berkuasa dan yang kedua, sembahyang itu apa hukumnya?”

Setelah diam sejenak lalu sang ulama syariat menarik nafas dalam-dalam dan dengan tenang memberikan jawapannya.

“Ya, Allah itu memang berkuasa dan sembahyang itu hukumnya adalah wajib.”

Setelah mendapatkan jawaban daripada ulama syariat itu maka pemuda itu pulang sambil hatinya berazam untuk bertemu dengan ulama hakikat pula. Keesokkan harinya si pemuda mula merayau-rayau dikampung itu untuk mencari sang ulama hakikat. Puas bertanya dengan orang kampung maka tengah hari itu si pemuda bertemu dengan seorang makcik yang akhirnya bersetuju menunjukkan beliau dimana sang ulama hakikat berada.

Sesampainya ditempat yang dituju kelihatan seorang lelaki tua sedang membersihkan halaman rumahnya yang luas dihiasi taman bunga yang cantik. Rumahnya begitu besar dan mewah. Sang ulama hakikat yang berkulit gelap itu kelihatan memakai pakaian yang agak lusuh berbanding rumahnya yang begitu mewah. Sudah sepuluh minit si pemuda berbual-bual ringan dengan sang ulama hakikat namun kelihatan seolah-olah tiada tanda-tanda sang ulama hakikat mahu menjemput beliau masuk ke dalam rumahnya yang mewah itu.

“Ada apa urusan nak jumpa saya ini?”

Tanya sang ulama hakikat itu sambil tersenyum. Kemudian si pemuda bertanyakan soalan yang sama sebagaimana yang ditanyakan kepada sang ulama syariat.

“Sebenarnya saya ingin mendapatkan jawapan diatas dua persoalan yang ingin saya ajukan berkenaan dengan agama Islam kita ini kepada ustaz. Soalannya ialah adakah Allah itu berkuasa dan yang kedua, sembahyang itu apa hukumnya?”

Kelihatan sang ulama hakikat tersenyum sahaja mendengar soalan itu lantas dengan tahkik beliau menjawab..

“Wahai anak muda ketahuilah yang sebenarnya bahawa Allah itu tidak berkuasa dan sembahyang itu hukumnya adalah haram.”

Terperanjat besar si pemuda mendengar jawapan sang ulama hakikat yang bersahaja itu. Sukar rasanya si pemuda mahu menghadam jawapan yang baru disampaikan kepadanya itu. Tanpa berlengah-lengah maka si pemuda itu mohon undur diri kemudian pulang ke rumahnya dengan seribu persoalan yang berlegar-legar dibenak kepalanya.

Sebagai seorang muslim taat yang baru hendak menjinak-jinakkan diri dengan dunia tasawuf, si pemuda berasa keliru dengan jawaban yang diberikan oleh sang ulama hakikat. Setahu beliau pelajaran tasawuf itu bersangkutan dengan ilmu hakikat dan ma’rifat. Mendengar jawapan daripada sang ulama hakikat itu membuatkan si pemuda berasa takut untuk meneruskan pelajaran tasawuf dengan gurunya dan mengambil keputusan untuk tidak lagi berguru dengan guru tasawufnya lantas mengambil keputusan untuk berguru dengan sang ulama syariat. Beliau mulai meragui perjalanan ilmu hakikat dan dalam hati beliau bergumam..

“Kalau nak dibandingkan dari segi akhlak pun akhlak sang ulama syariat lebih bagus daripada akhlak sang ulama hakikat. Walaupun sang ulama syariat hidup dalam keadaan sederhana namun aku dijemput masuk ke dalam rumahnya lantas dijamu dengan makanan yang enak berbanding sang ulama hakikat yang kedekut.. sudahlah tidak dijemput masuk ke dalam rumahnya, setitik air pun tidak diberinya malah dengan dirinya sahaja pun sudah kedekut. Lihat sahaja pakaiannya yang lusuh itu.”

Keesokkannya, si pemuda dengan tergesa-gesa menuju ke rumah sang ulama syariat dan menceritakan kepada beliau hasil dialognya dengan sang ulama hakikat. Mendengar penjelasan si pemuda, sang ulama syariat berasa marah lantas mengarahkan anak-anak muridnya untuk menangkap sang ulama hakikat. Maka dengan sekejap sahaja penduduk kampung itu digemparkan dengan cerita bahawa sang ulama hakikat itu telah membawa ilmu sesat dikampung itu.

Sang ulama hakikat dapat ditangkap dengan bantuan orang-orang kampung. Tangannya diikat dibelakang lalu dipaksa untuk berjalan. Kelihatan terdapat segelintir dari orang-orang kampung yang bertindak memukul muka dan badan beliau serta tidak kurang juga ada yang melempari beliau dengan batu-batu kecil kerana tidak dapat menahan rasa marah. Pun begitu sang ulama hakikat tetap berdiam namun air matanya tak henti-henti mengalir. Mungkin beliau menahan sakit.

Tiba dihalaman rumah sang ulama syariat lalu dengan kasar tubuh sang ulama hakikat yang sudah tua itu ditolak dengan keras lantas beliau terdorong ke depan lalu jatuh tersungkur. Si pemuda yang sedari tadi menunggu dirumah sang ulama syariat terkejut dengan situasi itu. Beliau tidak menyangka sampai begitu malang nasib yang menimpa sang ulama hakikat sehingga diperlaku begitu. Namun apalah dayanya untuk mengekang kemarahan orang-orang kampung yang sedang meluap-luap itu. Kemudian setelah meredakan suasana, sang ulama syariat menghampiri sang ulama hakikat lalu bertanya kepada beliau..

“Benarkah anda menjawab ‘Allah itu tidak berkuasa dan sembahyang itu hukumnya adalah haram’ sebagai menjawab pertanya pemuda ini?” sambil jari telunjuknya diarahkan tepat pada si pemuda.

Dengan tenang sang ulama hakikat menjawab “Ya”.

Kemudian sang ulama syariat bertanya lagi.

“Adakah anda masih dengan pendirian anda atau anda mahu bertaubat?”

Tanya sang ulama syariat tegas. Lalu dijawab dengan tenang oleh sang ulama hakikat..

“Untuk kesalahan yang mana lalu saya perlu bertaubat wahai hakim?”

“Untuk kesalahan anda yang mengatakan Allah tidak berkuasa dan sembahyang itu hukumnya haram!”

“Oh begitu.. beginilah tuan hakim, pada saya jawapan saya itulah yang teramat benar namun jika tuan hakim tidak menyetujuinya tidak apa-apa dan terserahlah kepada kebijaksanaan tuan hakim untuk mengadili saya kerana tuan adalah hakim dinegeri ini.”

Habis sahaja sang ulama hakikat berkata begitu lantas beliau dilempari dengan puluhan sepatu oleh penduduk kampung dan ada juga yang berteriak agar beliau dibunuh. Sang ulama syariat terdiam dan merenung dalam seolah-olah memikirkan sesuatu yang berat. Akhirnya sang ulama syariat membuat keputusan agar sang ulama hakikat diberi tempoh sehingga esok untuk bertaubat dan jika tidak beliau akan dihukum bunuh. Setelah itu sang ulama hakikat diikat pada sebatang pokok nangka yang berada dihalaman rumah sang ulama syariat dalam posisi duduk menghadap kiblat sambil dikawal oleh beberapa orang-orang kampung.

Kini, saatnya pun telah tiba namun sang ulama hakikat tetap tidak mahu bertaubat daripada pendiriannya. Ramai yang merasa pelik dengan pendirian sang ulama hakikat dan yang lebih kusut lagi ialah fikiran si pemuda itu. Tiba-tiba si pemuda merasa kasihan dan merasa bersalah mengenang keadaan malang yang menimpa sang ulama hakikat adalah hasil daripada perbuatannya. Namun nasi sudah menjadi bubur. Perlahan-lahan si pemuda mendekati sang ulama hakikat untuk memohon maaf. Aneh.. kelihatan sang ulama hakikat itu hanya tersenyum dan dengan senang hati mahu memaafkan si pemuda. Ketika si pemuda itu mahu beredar tiba-tiba ia mendengar sang ulama hakikat membacakan sepotong ayat Al Quran dengan nada yang riang..

“Wa qul jaa alhaq wazahaqol baathil innal baathila kana zahuuqo.”

Ucap beliau berulang-ulang sambil memandang kearah seseorang lantas mukanya tiba-tiba kelihatan berseri-seri dalam senyuman yang menggembirakan. Si pemuda lantas menoleh kearah orang itu dan apa yang beliau lihat ialah kelibat bekas guru tasawuf beliau diantara celahan penduduk kampung yang ingin menyaksikan hukuman pancung yang bakal dijalankan. Tak lama kemudian hukuman bunuh pun dilaksanakan maka tamatlah riwayat sang ulama hakikat dibawah mata pedang sang algojo. Seluruh penduduk kampung bersorak gembira tanda kemenangan dipihak mereka yang berjaya membunuh seorang pembawa ajaran sesat.

Selang beberapa hari oleh kerana rasa ingin tahu yang meluap-luap maka si pemuda bersegera mengadap bekas guru tasawufnya. Si pemuda berasa hairan mengapa sang ulama hakikat membacakan ayat 81 daripada surah al-Isra’ seraya melihat kelibat bekas guru tasawufnya itu?.

“Wahai muridku, marilah duduk dihadapanku ini.”

Ujar guru tasawuf seraya melihat kedatangan muridnya itu. Si pemuda terkedu.. tidak tahu apa yang hendak dikatakan. Fikiran terasa kosong dan segala persoalan yang hendak diajukan terasa tiba-tiba hilang entah tertinggal dimana.

“Baiklah muridku, atas persoalanmu yang dahulu itu maka akan aku jawab sekarang ini.”

Lembut sahaja bicaranya.

“Adapun persoalanmu tentang perbezaan antara orang-orang syariat dan orang-orang hakikat dalam memahami agama Islam akan aku jawab seperti berikut. Yang pertama, orang syariat akan menjawab setiap persoalan melalui ‘bahasa’ ilmu syariat manakala orang hakikat akan menjawab setiap persoalan melalui ‘bahasa’ ilmu hakikat. Jawaban sang ulama syariat adalah benar menurut ‘bahasa’ ilmu syariat dan jawaban sang ulama hakikat juga benar menurut ‘bahasa’ ilmu hakikat.”

“bagaimana begitu wahai tuan guru?” Tanya si pemuda.

“Begini… adalah benar apabila sang ulama hakikat memberitahu kamu bahawa Allah itu tidak berkuasa sebab melalui peraturan ilmu hakikat, perkataan ‘Allah’ itu adalah dirujuk semata-mata sebagai isim bagi zat tuhan kita sahaja. Ini bermakna yang berkuasa pada hakikatnya adalah zat tuhan kita dan bukannya yang berkuasa itu isimNya. Perkataan ‘Allah’ itu pada hakikatnya adalah gelar bagi zat tuhan kita. Adapun gelaran itu hakikatnya adalah khabar maka khabar tiada ain wujud. Jika sesuatu itu tiada ain wujudnya maka mustahil dikatakan ia mempunyai kuasa. Adakah kamu faham?”

Si pemuda mengangguk lemah sambil merenung lantai.

“Adalah sesuatu yang benar juga apabila sang ulama hakikat memberitahu kamu bahawa sembahyang itu hukumnya adalah haram.”

“bagaimana begitu wahai tuan guru?” Tanya si pemuda.

“Begini… sebenarnya tiada ibadat sembah-menyembah dalam agama Islam namun yang ada Cuma ibadat solat. Ya, ianya adalah solat dan bukannya sembahyang. Cuba kamu fahamkan betul-betul maksud firman Allah dalam surah al-Kafirun ayat 6 yang bermaksud “Bagi kamu agama kamu dan bagiku agamaku”. Ini menunjukkan cara ibadat orang kafir tidak sama langsung dengan cara ibadat orang muslim. Perkataan sembahyang itu adalah asalnya terbit daripada upacara ibadat masyarakat hindu-budha untuk menyembah tuhan yang bernama Hyang. Maka upacara ibadat itu dinamakan upacara sembahHyang. Solat itu bukan sembah dan tuhan kita bukannya Hyang tetapi Allah. Jadi kita sebagai orang muslim adalah haram sembahHyang kerana itu adalah ibadat penganut hindu-budha. Sesungguhnya solat itu bukan sembah tetapi solat itu ialah sebagaimana yang disabdakan oleh Rasulullah SAW yang bermaksud, “Apabila seseorang kamu sedang solat sesungguhnya dia sedang berbicara dengan tuhannya…”.

Si pemuda semakin tertunduk.

“Jadi, adakah kamu sudah faham mengapa sang ulama hakikat itu berkata bahawa Allah itu tidak berkuasa dan sembahyang itu hukumnya adalah haram?”

“Ya tuan guru, sekarang barulah jelas.”

“Yang kedua, orang-orang syariat mempelajari ilmu-ilmu hukum maka mereka menyelesaikan sesuatu masalah juga dengan hukum sementara orang-orang hakikat mempelajari ilmu-ilmu ma’rifatullah maka mereka menyelesaikan sesuatu masalah juga dengan Allah.”

Ketika ini lamunan si pemuda menyorot kembali peristiwa yang telah berlaku dimana kata-kata guru tasawuf itu ada benarnya juga. Memang benar sang ulama syariat telah menyelesaikan masalah yang berlaku dengan hukuman bunuh terhadap sang ulama hakikat sedang sang ulama hakikat menyelesaikan masalah antara dia dan si pemuda itu dengan kemaafan sesuai dengan sifat tuhan yang Maha Pemaaf dan Maha Pengampun.

“Adapun persoalanmu tentang kenapa ilmu hakikat tidak berkembang-luas maka akan aku jawab seperti berikut. Tidak berkembang-luasnya ilmu hakikat adalah disebabkan masih adanya orang-orang yang seperti kamu!”

Bentak sang guru tasawuf yang membuatkan darah si pemuda berderau.

“bagaimana begitu wahai tuan guru?” Tanya si pemuda.

“Kerana kejahilan kamu dalam memahami hal-ehwal hakikat terus sahaja kamu tanpa usul periksa menghukum sang ulama hakikat sebagai tidak betul dan berburuk sangka terhadap beliau lalu kamu memfitnahi beliau dihadapan sang ulama syariat sehingga sang ulama hakikat tertangkap lalu diseksa dan dipancung oleh kalian. Jika semua ulama hakikat sewenang-wenangnya dibunuh tanpa usul periksa justeru kerana itulah ilmu hakikat tidak berkembang-luas.”

“Tapi tuan guru, bagaimana saya tidak terkhilaf sedang akhlak sang ulama hakikat itu tidak mencerminkan beliau sebagai orang yang beragama! Sang ulama hakikat langsung tidak menjemputku masuk ke dalam rumahnya yang besar lagi mewah itu dan langsung tidak memberiku walau setitik air bahkan dengan dirinya sahaja pun amat kedekut. Lihat sahaja pakaiannya yang lusuh itu.”

“Awas lidahmu dalam berkata-kata wahai anak muda! Telahku katakan tadi bahawa kamu memiliki sifat buruk sangka. Ketahuilah bahawa rumah besar lagi mewah yang kamu lihat itu bukanlah milik sang ulama hakikat tersebut sebaliknya adalah milik majikan beliau dan beliau hanya mengambil upah sebagai tukang kebun disitu. Adapun pakaiannya yang lusuh itu maka itu sahajalah harta benda yang beliau ada dan beliau hidup hanya untuk mengabdikan dirinya kepada Allah.”

“Bagaimana tuan guru boleh tahu segala yang terperinci tentang sang ulama hakikat itu?”

Tanya si pemuda hairan.

“Kerana orang yang kalian bunuh itu adalah guru tasawufku maka dengan itu sebutir lagi permata yang indah telah hilang. Telahku jawab semua persoalanmu maka pergilah kamu kepangkuan guru syariatmu iaitu sang ulama syariat.”

Si pemuda itu terkejut lantas berkata…

“Tapi wahai guruku, aku telah insaf dan ingin kembali berguru denganmu wahai guruku.. terimalah aku kembali wahai guruku!!”

“Ketahuilah wahai anak muda, aku enggan mengambilmu adalah semata-mata kerana keselamatanmu dan bukan kerana aku membencimu.”

“Aku tidak faham akan maksud tuan guru??”

“Pergi sahajalah kembali kepangkuan sang ulama syariat kerana kamu akan selamat disana dan jangan kamu sesekali mengaku aku adalah gurumu kelak kamu akan mengerti akan maksud tindakanku ini.”

Dengan hati yang berat dan sayu si pemuda berjalan menuju ke rumah sang ulama syariat untuk berguru dengannya dan beliau diterima sebagai murid. Selang beberapa hari, keadaan kampung tiba-tiba kecoh kembali. Dengar khabarnya seorang lagi pengamal ilmu sesat telah ditangkap dan kali ini pengamal ajaran sesat itu berasal dari kampung sebelah. Dari kejauhan kelihatan berbondong-bondong orang ramai sedang dalam perjalanan menuju ke rumah sang ulama syariat sambil menyungsung seorang lelaki yang telah dikenalpasti sebagai pengamal atau guru ajaran sesat. Dari jauh si pemuda dapat saksikan lelaki itu dipukul dan ditendang malah ada yang membalingnya dengan batu-batu kecil sehingga pakaiannya koyak-rabak. Rupa-rupanya lelaki yang pakaiannya telah koyak-rabak itu adalah sang guru tasawufnya.

Maka mengertilah si pemuda itu akan maksud tindakkan sang guru tasawuf yang tidak mahu mengambil beliau sebagai anak murid dan beliau hanya mampu mengalirkan air mata sambil menahan sebak melihat sang guru tasawuf itu diperlakukan seperti itu. Esoknya hukuman pancung terhadap sang guru tasawuf itu dilaksanakan maka sebutir lagi permata yang indah telah hilang sirna dari negeri itu……… Didalam hati si pemuda merintih..

“Ya Allah.. berapa ramaikah lagi ahli tasawuf yang mesti dikorbankan semata-mata mahu membuatkan aku mengerti mengapa ilmu hakikat tidak dapat berkembang-luas? Cukup Ya Allah cukup kerana sekarang aku sudah mengerti….”
Approve | Reply | Quick Edit | Edit | History | Spam | Trash

Nasib Guru Mkarifat

Aside

Sudah lama saya tidak mengukir kata melalui web (universiti Qalbu mukmin), rasanya teramat rindu untuk bertemu peminat2 di luar sana. Apa kahabar ananda semua?, semoga dirahmati Allah hendaknya.

Diruangan yang sesingkat ini, inginlah ayahnda bertanya kepada sakalian peminat universiti ayahnda ini, dengan satu pertanyaan. Kalin semua sudah mengaji, belajar dan menuntut di universiti Qalbu Mukmin sydah sekian lama, oleh itu inginlah saya buat satu ujian bertulis melalui blog ini. Ujian ini, adalah bertujuan untuk mengukur samada lulus atau gagal (tahu atau tidak) perkara mengenal diri?. Untuk menentukan lulus atau gagal, saya ingin ajukan satu solan, manakah yang dikatakan diri? (sebenar-benar diri).

Contohnya tuan-tuan bernama mamat bin dollah, saya ingin bertanya kepada pelajar-pelajar sekalin, manakah yang diletaknya atau bertempatnya mamat bin Dolah, cuba tunjukkan kepada saya mana bertempat atau letaknya mamat bin dollah diatas diri tuan-tuan.

Jika tuan-tuan angkat tangan bagi mengisyaratkan diri tuan-tuan itu mamat bin dollah, tangan yang tuan-tuan anggkat itu, bukan mamat bin dollah, itu bernama tangan. Jika tuan-tuan mengisyareatkan dengan menunjuk ke arah dada, dada yang tuan-tuan tunjuk itu, bukan mamat bin dollah, yang ditunjuk itu adalah dada (dada bukanya mamat bin dollah).

Dimanakah bertempatnya mamat bin dolah atas batang tubuh tuan-tuan kiranya ada?. Tuan mengaku diri tuan-tuan seumpama bernama mamat bin dolah tetapi dimanakah letaknya mamat bin dollah.Tangan bukan mamat bin dollah dan dadapun juga bukan mamat bin dollah. Anggota yang tuan-tuan tunjuk itu, bukan mamat bin dollah, itu anggota dada dan itu anggota tangan. Dimanakah letak atau bertempatnya mamat bin dollah. Yang saya mahu tahu, manakah yang dikatakan mamat bin dollah atas diri tuan-tuan, kiranya ada?.

Jika tuan-tuan tidak dapat jumpa nama sendiri di atas diri (batang tubuh) tuan-tuan, bagaimanakah tuan-tuan semua boleh mendabik dada mengaku mengenal diri?. Barang siapa berjumpa jawapan manakah nama diri sendiri di atas batang tubuh, bererti tuan-tuan adalah tergolong dalam mereka yang mengenal diri.

Jika ada berjumpa dengan diri sendiri, sila jawab melalui laman ini, agar semua orang diluar sana dapat membaca dan menilainyanya. Jika nama sendiripun tidak dapat ditemui, bagaimanakah pula ingin mengenal Allah (sedang diri sendiripun belum lepas dan tidak dapat dicari, mana mungkin dapat mengenal Allah!). Saya berseru kepada mereka-mereka yang diluar sana, yang selalu bercakap tentang mengenal Allah, sila beri jawapan…………….

Belajar ilmu makrtifat itu, bukan sekadar tahu bercakap atau tahu berpidato sahaja, lebihnya ilmu makrifat itu, adalah diatas faham, faham dan faham…………………Jika benar-benar faham, sila beri jawapan supaya kita semua dapat mempelajari dan menilainya.

Sila beri komen, baik murid lama atau murid baru……………………………… daripada haji Shaari

Cuba Cari Nama Tuan-Tuan, Letaknya Dimana?

Aside

Ada satu kumpulan yang pernah saya jumpa, mereka dan golongan mereka mengaku dan mendakwa bahawa mereka adalah dari keturunan pengajian Tok Kenali. Golongan ini mendakwa bahawa nafsu itulah diri.

Saya nasihatkan kepada golongan ini, jangan sekali-kali mencemarkan perjalanan ilmu Tok Kenali. Tok Kenali tidak pernah mengaku yang nafsu itu diri!. Nafsu itu, adalah sebahagian drp diri dan bukannya diri. Nafsu itu, adalah anasir yang bergantung kepada roh, sebagaimana anggota tujuh yang bergantung kepada roh. Cuba tuan-tuan fikirkan jika sekiranya tidak ada roh, masakan kita boleh bernafsu?.

Nafsu masih bergantung kepada roh, jika tidak ada roh (tidak ada nyawa), masakan kita boleh bernafsu. Bolehkan kita bernafsu kepada perempuan sekiranya kita mati?. Jadi nyatalah bahawa nafsu itu, bukan diri. Diri yang sebenar-benar diri itu, adalah diri yang berdiri dengan sendiri, tanpa bergantung kepada sesiapa!.

drp Hj.Shaari

Nafsu bukan diri. Diri sebenar diri itu, adalah……………….

Aside

Tuan-tuan yang dirahmati Allah sekalian. Mencari Allah itu, adalah sesuatu yanng tidak payah dan tidak susah. Sehinga sampai kepada tahap tidak lagi perlu dicari. Apakah cincin yang dicari itu, masih hendak dicari?.

Yang hendak digalas itu, sebenarnya sudahpun dibahu tuan-tuan!.

Umpama tuan-tuan mencari unta yang hilang, sedangkan kamu sudah berada diatas belakang unta yang hilang!, bagaimana mungkin akan ketemu?.

Mencari sesuatu yang teramat dekat dan mencari sesuatu yang teramat hampir itu, apabila dicari dia akan semakin menghilang (semakin kehilangan).

Tuan-tuan mencari sesuatu barang dengan mata, sedangkan barang yang dicari itu berada diluar mata!. Mana mungkin akan bertemu.

Pandangan mata itu buta!. Untuk mencari itu, carilah dengan pandangan penglihatan, kerana pandangan tidak pernah buta (pandangan tidak guna mata untuk melihat). Penglihatan atau pandangan itu, tidak perlu mengguna mata untuk mencari. Oleh itu renung dan carilah dengan penglihatan dan jangan cari dengan mata!. Barang yang kamu cari itu, sedang berada berada diluar mata, masakan mungkin boleh dicari dengan mata!.

Mata bersifat buta sedangkan pandangan tidak pernah buta. Oleh itu melihatlah dengan pandangan. Orang makrifat itu, adalah orang yang dapat melihat dalam buta. Lagi buta mata, lagi terang Allah, lagi buta mata, lagi jelas Allah………………..

Lebih baik buta dari tidak berpenglihatan!.Orang makrifat itu, melihat Allah dalam buta matanya!.Setelah buta matanya, barulah Allah itu terang dan jelas (nyata). MELIHAT DI DALAM BUTA,  itulah makrifat!. Hal itu, adalah tterlebih baik berbandingn celik tetapi buta (CELIK TETAPI BUTA).

Allah tidak berjirim dan tidak berjisim (tidak berhuruf dan tidak bersuara). Allah itu, bukan sekadar nama. Sebenar-benar Allah itu, adalah tuan yang empunya nama (Sebenar-benar Allah itu, adalah nama yang tidak berhuruf dan tidak bersebutan (tidak berlafaz).

Apa ada pada nama?, nama tidak menggambarkan apa-apa (NAMA TIDAK BOLEH MENGAMBARKAN APA-APA  BENTUK ATAU RUPA UNTUK DITAFSIRKAN).  Sebenarnya Allah itu berada diluar mata. Janganlah cuba-cuba untuk mencari Allah dengan mata!. Sebenarnya Allah itu berada di dalam penglihatan dan Allah berada di dalam pandangan.

Allah berada di dalam pandangan dan Allah berada di dalam penglihatan walaupun tidak dilihat dengan mata.Walaupun dilihat dengan mata, bentuk dan rupanya tidak dapat digambarkan (laisa kamislihi syaiun atau bersalahan dengan yang baharu).

Sebutan yang keluar dari kedua bibir mulut itu, adalah semata–mata khayalan mata!. Walaupun disebut dengan bibir, itu adalah semata-mata khayalan!. Maaf jika saya terlampau lantang. Dengan kelantangan itulah sebenarnya ilmu. Jika paku diketuk perlahan, tentunya tidak masuk, paku itu hendaklah diketuk dengan kuat (dengan lantang) baru masuk!. Kelantangan saya itulah, yang selalu disalah erti oleh orang yang melihat dengan mata!.

Orang yang mengkritik tulisan ini, adalah mereka-mereka yang buta, oleh itu, jadilah orang yang berpenglihatan dan berpandangan, supaya tiddak buta mata hatinya………. drp hj shaari, sebagai santapan pagi jumaat.

Unta Yang Hilang (Naik unta untuk mencari unta)

Orang Selalu Bertanya Soal Amalan, Apakah Itu Amalan?.

Tuan-tuan, puan-puan, muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah sekalian. Selalu orang bertanya kepada saya tentang amalan Tok Kenali dan amalan saya. Apa lagi amalan yang tuan-tuan cari dan amalan apa lagi yang tuan-tuan nak tahu, tidak cukup lagikah amalan yang selalu tuan-tuan amalkan?.Nak amalan yang sebagaimana lagi?.

Mahukah saya bagi amalan ratib atau berzikir Tok Kenali sebanyak 80,000 kali dalam satu malam?. Laratkah atau sangggupkahh tuan-tuan amalkan (apa bolehkah tuan-tuan buat?), saya bimbang kalau-kalau tak terbuat!. Jika terbuat sekalipun, kebanyakannya hanya sekadar dua atau tiga hari sahaja! (tingi-tingi satu atau dua minggu). Lihatlah, tiliklah dan perhatikanlah kawan-kawan, sahabat-sahabat atau diri tuan-tuan sendiri yang pernah melalui perjalanan atau aliran torikat yang memerlukan zikir atau ratib sejumlah 80,000 (lapan puluh ribu) dalam satu malam, terbuatkah mereka dan terbuatkah kita?. Jika termampu sekalipun hanya dalam jangka masa yang pendek, habis itu, wirid kemana dan zikir kemana!.

Apakah untuk ingat (zikir) kepada Allah itu, memerlukan kepada bilangan?, cuba tuan-tuan jawab pertanyaan saya, sekiranya habis pusingan atau bilangan buah tasbih, kemana  perginya Allah?. Apakah Allah itu hanya ada sewaktukita bilang buah tasbih sahaja, bilamana habis bilangan 80,000, kemana perginya Allah?. Apakah Allah itu hanya ada diwaktu malam sahaja, apakah Allah itu, hanya tidak ada pada waktu siang, sehingga zikir atau wirid itu, perlu kepada waktu malam?.

Jika sekiranya tidak ada buah tasbih, apakah Allah tidak boleh diingat?. Jika kurang bilangannya dari 80,000 kepada  79,000, selalunya kena ulang semula pada malam berikutnya, apakah Allah tidak terima zikir kita bilamana kurang dari 80,000, sehinggga kita kena ulangi semula?.

Apakah zikir atau ingat kepada Allah itu, hanya melalui suara bibir mulut sahaja. Jika tidak dengan mulut, apakah kita tidak boleh ingat kepada Allah?. Cuba bawa berfikir dengan fikiran yang waras?. Apakah mata, telinga, hidung, tangan serta kaki itu, tidak perlu ingat (zikir) kepada Allah?, sehingga kena melalui mulut dan buah tasbih?. Cuba jawab?…………………………

Bagi Tok Kenali, bukan banyaknya amalan zikir yang menjadi perhitungan, yang diambil kira itu, adalah keikhlasan!. Sekalipun berjuta kali, jika kita tidak mengenal tuan yang empunya nama, ianya tidak lebih daripada sekadar riadah! dan bukannya beribadah. Yang menjadi ibadah atau yang dikatakan ibadah itu, bilamana kita benar-benar ingat kepada Allah. Ingat kepada Allah itu, adalah dalam erti kata ingat kepada tuan yang empunya zikir dan ingat kepada tuan yang empunya nama).

Nama tidak sedikitpun memberi bekas. Cuba tuan-tuan lihat kereta yang digantungn dengan nama Allah atau yang berpelekat dengan nama Allah, bilamana berlaku perlangaran, tidakah dengan kereta dan dengan tuan-tuannya sekali hancur (dengan ada nama Allah, sepatutnya kita tidak cedera, kenapa masih ada yang cedera sehingga ada yang membawa maut) . Cuba kita lihat orang yang tengah berzikir dan menyebut nama Allah semasa memotong sayur, tiba-tiba tangan boleh terluka terhiris pisau. Ini memberi gambaran kepada kita, bahawa nama tidak membawa erti, yang bermakna dan bererti itu, adalah tuan yangn empunya nama.

Tuan yang empunya nama itu, boleh di ingat dan boleh dizikir dengan tidak perlu kepada jumlah bialangan tasbih dan tidak perlu kepada waktu malam sahaja. Sayanngnya kebanyakan kita tidak mengenal tuan yang empunya suara, tuan yang empunya bibir, tuan yang empunya buah tasbih dan sayangnya kebanyakakn kita tidak mengenal tuan yang empunya zikir?.

Sayangnya masyarakat kita pada hari ini, kebanyakannya berebut-rebut untuk tunjuk hebat, tunjuk alim dan tunjuk ulamak, bilamana bilangannya sebutan itu sakan dan  banyak dalam membilang buah tasbih. Tak cukup dengan buah tasbih, orang sekarang ini guna alat kaunter (yang tekan-tekan dengan jari, boleh keluar nombor).

Saya bukan berhajat untuk merendah-rendahkan golongan yang berzikir, zikir itu adalah amalan yang baik, tetapi sayangnya, kebayakan dari kita bilamana berzikir, zikirnya adalah zikir yang tidak ingat kepada Allah (tuan kepada yang empunya sebutan). Melainkan kebanyakanya hanya tahu ingat kepada bilangan atau tahu ingat kepada buah tasbih!. Apa yang mahu saya tekan disini, adalah zikir yang disertai mengenal kepada tuan yang empunya nama!.Sebutlah nama Allah itu dengan ilmu, sebutlah nama Allah dengan mengenal dan sebutlah dengan fatonah (bijaksana).

Amalan Tok kenali atau amalan saya itu, adalah amalan zikir (ingat) yang tidak pernah putus dan tidak pernah habis. Zikir (ingat kepada Allah) itu mudah dan senang, tidak perlu kepada hanya malam, malahan boleh diamalkan pada waktu singa atau pada waktu malam.

Berzikir (ingat kepada Allah) Tok Kenali itu, seumpama berzikir dengan penglihatan, bagaimanakah caranya kita berzikir dengan penglihatan atau cara berzikir dengan pendengaran, pergerakan, penciuman?. Dengan telan air liur kita boleh zikir, dengan ludah kita boleh berzikir, dengan gosoh sabun di badan semasa waktu mandi boleh zikir (ingat kepada Allah), semasa gosok gigi, semasa buang air besar atau buang air kecil, semasa gosok daki dikulit, semasa tidur, semasa jaga, duduk, baring malahan zikir Tok Kenali itu, boleh semasa kita sedan nyeyak tidur, boleh berzikir sewaktu bermimpi, boleh berzikir (ingat kepada Allahh) semasa sedang koma atau sedanng pengsan!.

Bagaimanakah caranya untuk berzikir sebagaimana zikir Tok Kenali, tungggu, tunggu dan tunggu!, saya nak lihat dulu komen dari orang diluar dulu, baru boleh saya bagi jawapan. Mungkin sahabat-sahabat diluar sana boleh beri zikir yang lebih tinggi dari zikir Tok kenali, siapa tahu!. Tok Kenali beramal dengan zikir yang tidak perlu kepada buah tasbih dan tidak perlu kepada hitungan jumlah!. Jadi zikir Tok Kenali itu, adalah zikir yang paling rendah dan paling bawah (zikir low class atau zikit tamada kata ore kelate). Jika ada zikir yang paling tinggi, sila kemukan boleh kita sama-samma belajar. amin drp hj shaari