Dasar Privasi

 

Salam.

Tuan-tuan dan puan-puan yang budiman dan dirahmati Allah sekalian.

Adalah menjadi harapan kami agar tulisan-tulisan komen yang tuan-tuan dan puan-puan kirimkan dalam blog ini disampaikan dengan cara yang berhemah, beretika, bertimbang rasa, bertolak ansur dan secara berilmiah. Memandangkan setiap ilmu itu ada ahli-ahlinya yang tersendiri, maka tidaklah menjadi satu kesalahan sekiranya kita saling menghormati ilmu yang disampaikan oleh pihak-pihak yang berkenaan.

Tulisan-tulisan komen yang berunsur sindiran, ejekan apatah lagi yang berunsur fitnah haruslah dielakkan. Ini bagi membolehkan intipati ilmu tersebut dapat dibincang, dinilai dan difahami dengan lebih jelas dan mendalam. Penerimaan ilmu ini adalah terpulang kepada hak individu masing-masing, tidak ada unsur paksaan, melainkan hanya sekadar untuk berkongsi dan sekadar menyampaikan ilmu ini.

Justeru itu, kami amat berharap kepada semua pengunjung blog ini agar bertoleransi di antara satu sama lain dalam menyampaikan idea, pendapat, pandangan dan fahaman masing-masing terhadap ilmu ini demi untuk kebaikan bersama amnya dan untuk diri sendiri khususnya.

Terima kasih atas kerjasama yang diberikan.