Aside

Fuad
gravatar.com/infins7 x
infins@gmail.com
210.187.196.72
Submitted on 2014/03/08 at 1:58 am | In reply to azmi.

Saya pun ada cerita nak dikongsikan, sekadar mengisi masa lapang tuan azmi:

Terjadi suatu peristiwa, seorang pemuda telah bertanya kepada guru tasawufnya tentang perbezaan antara orang-orang syariat dan orang-orang hakikat dalam memahami agama Islam dan kenapa ilmu hakikat tidak berkembang luas. Kemudian sang guru berkata..

“Untuk aku menjawab soalanmu itu wahai muridku, pergilah bertanya kepada kedua mereka akan dua persoalan ini iaitu yang pertama, adakah Allah itu berkuasa dan yang kedua, sembahyang itu apa hukumnya? Pergilah ke kampung sebelah kerana disana kamu akan menemui ulama syariat dan ulama hakikat. Bertanyalah kepada orang-orang kampung disana untuk mencari mereka.”

Akur atas arahan gurunya itu lantas si pemuda tanpa banyak bicara terus ke rumah ulama syariat yang terkenal dikampung sebelah dengan bertanya-tanya arah rumahnya kepada orang kampung. Sesampainya si pemuda itu dirumah ulama syariat tersebut dengan ramah mesra si pemuda diajak masuk ke dalam rumah yang serba sederhana itu. Sang ulama syariat kelihatan kemas berjubah putih dan berserban, ditambah raut wajahnya yang bersih tanda beliau seorang yang soleh. Si pemuda dilayan seperti anak sendiri dengan dijamu makan malam sebelum sesi dialog dijalankan. Usai makan malam terus sahaja sang ulama syariat memulakan bicara.

“Ada urusan apa sehingga kamu bertandang ke rumah saya ini wahai anak muda?”

Tanya sang ulama syariat dengan nada yang redup.

“Sebenarnya saya ingin mendapatkan jawapan diatas dua persoalan yang ingin saya ajukan berkenaan dengan agama Islam kita ini kepada ustaz. Soalannya ialah adakah Allah itu berkuasa dan yang kedua, sembahyang itu apa hukumnya?”

Setelah diam sejenak lalu sang ulama syariat menarik nafas dalam-dalam dan dengan tenang memberikan jawapannya.

“Ya, Allah itu memang berkuasa dan sembahyang itu hukumnya adalah wajib.”

Setelah mendapatkan jawaban daripada ulama syariat itu maka pemuda itu pulang sambil hatinya berazam untuk bertemu dengan ulama hakikat pula. Keesokkan harinya si pemuda mula merayau-rayau dikampung itu untuk mencari sang ulama hakikat. Puas bertanya dengan orang kampung maka tengah hari itu si pemuda bertemu dengan seorang makcik yang akhirnya bersetuju menunjukkan beliau dimana sang ulama hakikat berada.

Sesampainya ditempat yang dituju kelihatan seorang lelaki tua sedang membersihkan halaman rumahnya yang luas dihiasi taman bunga yang cantik. Rumahnya begitu besar dan mewah. Sang ulama hakikat yang berkulit gelap itu kelihatan memakai pakaian yang agak lusuh berbanding rumahnya yang begitu mewah. Sudah sepuluh minit si pemuda berbual-bual ringan dengan sang ulama hakikat namun kelihatan seolah-olah tiada tanda-tanda sang ulama hakikat mahu menjemput beliau masuk ke dalam rumahnya yang mewah itu.

“Ada apa urusan nak jumpa saya ini?”

Tanya sang ulama hakikat itu sambil tersenyum. Kemudian si pemuda bertanyakan soalan yang sama sebagaimana yang ditanyakan kepada sang ulama syariat.

“Sebenarnya saya ingin mendapatkan jawapan diatas dua persoalan yang ingin saya ajukan berkenaan dengan agama Islam kita ini kepada ustaz. Soalannya ialah adakah Allah itu berkuasa dan yang kedua, sembahyang itu apa hukumnya?”

Kelihatan sang ulama hakikat tersenyum sahaja mendengar soalan itu lantas dengan tahkik beliau menjawab..

“Wahai anak muda ketahuilah yang sebenarnya bahawa Allah itu tidak berkuasa dan sembahyang itu hukumnya adalah haram.”

Terperanjat besar si pemuda mendengar jawapan sang ulama hakikat yang bersahaja itu. Sukar rasanya si pemuda mahu menghadam jawapan yang baru disampaikan kepadanya itu. Tanpa berlengah-lengah maka si pemuda itu mohon undur diri kemudian pulang ke rumahnya dengan seribu persoalan yang berlegar-legar dibenak kepalanya.

Sebagai seorang muslim taat yang baru hendak menjinak-jinakkan diri dengan dunia tasawuf, si pemuda berasa keliru dengan jawaban yang diberikan oleh sang ulama hakikat. Setahu beliau pelajaran tasawuf itu bersangkutan dengan ilmu hakikat dan ma’rifat. Mendengar jawapan daripada sang ulama hakikat itu membuatkan si pemuda berasa takut untuk meneruskan pelajaran tasawuf dengan gurunya dan mengambil keputusan untuk tidak lagi berguru dengan guru tasawufnya lantas mengambil keputusan untuk berguru dengan sang ulama syariat. Beliau mulai meragui perjalanan ilmu hakikat dan dalam hati beliau bergumam..

“Kalau nak dibandingkan dari segi akhlak pun akhlak sang ulama syariat lebih bagus daripada akhlak sang ulama hakikat. Walaupun sang ulama syariat hidup dalam keadaan sederhana namun aku dijemput masuk ke dalam rumahnya lantas dijamu dengan makanan yang enak berbanding sang ulama hakikat yang kedekut.. sudahlah tidak dijemput masuk ke dalam rumahnya, setitik air pun tidak diberinya malah dengan dirinya sahaja pun sudah kedekut. Lihat sahaja pakaiannya yang lusuh itu.”

Keesokkannya, si pemuda dengan tergesa-gesa menuju ke rumah sang ulama syariat dan menceritakan kepada beliau hasil dialognya dengan sang ulama hakikat. Mendengar penjelasan si pemuda, sang ulama syariat berasa marah lantas mengarahkan anak-anak muridnya untuk menangkap sang ulama hakikat. Maka dengan sekejap sahaja penduduk kampung itu digemparkan dengan cerita bahawa sang ulama hakikat itu telah membawa ilmu sesat dikampung itu.

Sang ulama hakikat dapat ditangkap dengan bantuan orang-orang kampung. Tangannya diikat dibelakang lalu dipaksa untuk berjalan. Kelihatan terdapat segelintir dari orang-orang kampung yang bertindak memukul muka dan badan beliau serta tidak kurang juga ada yang melempari beliau dengan batu-batu kecil kerana tidak dapat menahan rasa marah. Pun begitu sang ulama hakikat tetap berdiam namun air matanya tak henti-henti mengalir. Mungkin beliau menahan sakit.

Tiba dihalaman rumah sang ulama syariat lalu dengan kasar tubuh sang ulama hakikat yang sudah tua itu ditolak dengan keras lantas beliau terdorong ke depan lalu jatuh tersungkur. Si pemuda yang sedari tadi menunggu dirumah sang ulama syariat terkejut dengan situasi itu. Beliau tidak menyangka sampai begitu malang nasib yang menimpa sang ulama hakikat sehingga diperlaku begitu. Namun apalah dayanya untuk mengekang kemarahan orang-orang kampung yang sedang meluap-luap itu. Kemudian setelah meredakan suasana, sang ulama syariat menghampiri sang ulama hakikat lalu bertanya kepada beliau..

“Benarkah anda menjawab ‘Allah itu tidak berkuasa dan sembahyang itu hukumnya adalah haram’ sebagai menjawab pertanya pemuda ini?” sambil jari telunjuknya diarahkan tepat pada si pemuda.

Dengan tenang sang ulama hakikat menjawab “Ya”.

Kemudian sang ulama syariat bertanya lagi.

“Adakah anda masih dengan pendirian anda atau anda mahu bertaubat?”

Tanya sang ulama syariat tegas. Lalu dijawab dengan tenang oleh sang ulama hakikat..

“Untuk kesalahan yang mana lalu saya perlu bertaubat wahai hakim?”

“Untuk kesalahan anda yang mengatakan Allah tidak berkuasa dan sembahyang itu hukumnya haram!”

“Oh begitu.. beginilah tuan hakim, pada saya jawapan saya itulah yang teramat benar namun jika tuan hakim tidak menyetujuinya tidak apa-apa dan terserahlah kepada kebijaksanaan tuan hakim untuk mengadili saya kerana tuan adalah hakim dinegeri ini.”

Habis sahaja sang ulama hakikat berkata begitu lantas beliau dilempari dengan puluhan sepatu oleh penduduk kampung dan ada juga yang berteriak agar beliau dibunuh. Sang ulama syariat terdiam dan merenung dalam seolah-olah memikirkan sesuatu yang berat. Akhirnya sang ulama syariat membuat keputusan agar sang ulama hakikat diberi tempoh sehingga esok untuk bertaubat dan jika tidak beliau akan dihukum bunuh. Setelah itu sang ulama hakikat diikat pada sebatang pokok nangka yang berada dihalaman rumah sang ulama syariat dalam posisi duduk menghadap kiblat sambil dikawal oleh beberapa orang-orang kampung.

Kini, saatnya pun telah tiba namun sang ulama hakikat tetap tidak mahu bertaubat daripada pendiriannya. Ramai yang merasa pelik dengan pendirian sang ulama hakikat dan yang lebih kusut lagi ialah fikiran si pemuda itu. Tiba-tiba si pemuda merasa kasihan dan merasa bersalah mengenang keadaan malang yang menimpa sang ulama hakikat adalah hasil daripada perbuatannya. Namun nasi sudah menjadi bubur. Perlahan-lahan si pemuda mendekati sang ulama hakikat untuk memohon maaf. Aneh.. kelihatan sang ulama hakikat itu hanya tersenyum dan dengan senang hati mahu memaafkan si pemuda. Ketika si pemuda itu mahu beredar tiba-tiba ia mendengar sang ulama hakikat membacakan sepotong ayat Al Quran dengan nada yang riang..

“Wa qul jaa alhaq wazahaqol baathil innal baathila kana zahuuqo.”

Ucap beliau berulang-ulang sambil memandang kearah seseorang lantas mukanya tiba-tiba kelihatan berseri-seri dalam senyuman yang menggembirakan. Si pemuda lantas menoleh kearah orang itu dan apa yang beliau lihat ialah kelibat bekas guru tasawuf beliau diantara celahan penduduk kampung yang ingin menyaksikan hukuman pancung yang bakal dijalankan. Tak lama kemudian hukuman bunuh pun dilaksanakan maka tamatlah riwayat sang ulama hakikat dibawah mata pedang sang algojo. Seluruh penduduk kampung bersorak gembira tanda kemenangan dipihak mereka yang berjaya membunuh seorang pembawa ajaran sesat.

Selang beberapa hari oleh kerana rasa ingin tahu yang meluap-luap maka si pemuda bersegera mengadap bekas guru tasawufnya. Si pemuda berasa hairan mengapa sang ulama hakikat membacakan ayat 81 daripada surah al-Isra’ seraya melihat kelibat bekas guru tasawufnya itu?.

“Wahai muridku, marilah duduk dihadapanku ini.”

Ujar guru tasawuf seraya melihat kedatangan muridnya itu. Si pemuda terkedu.. tidak tahu apa yang hendak dikatakan. Fikiran terasa kosong dan segala persoalan yang hendak diajukan terasa tiba-tiba hilang entah tertinggal dimana.

“Baiklah muridku, atas persoalanmu yang dahulu itu maka akan aku jawab sekarang ini.”

Lembut sahaja bicaranya.

“Adapun persoalanmu tentang perbezaan antara orang-orang syariat dan orang-orang hakikat dalam memahami agama Islam akan aku jawab seperti berikut. Yang pertama, orang syariat akan menjawab setiap persoalan melalui ‘bahasa’ ilmu syariat manakala orang hakikat akan menjawab setiap persoalan melalui ‘bahasa’ ilmu hakikat. Jawaban sang ulama syariat adalah benar menurut ‘bahasa’ ilmu syariat dan jawaban sang ulama hakikat juga benar menurut ‘bahasa’ ilmu hakikat.”

“bagaimana begitu wahai tuan guru?” Tanya si pemuda.

“Begini… adalah benar apabila sang ulama hakikat memberitahu kamu bahawa Allah itu tidak berkuasa sebab melalui peraturan ilmu hakikat, perkataan ‘Allah’ itu adalah dirujuk semata-mata sebagai isim bagi zat tuhan kita sahaja. Ini bermakna yang berkuasa pada hakikatnya adalah zat tuhan kita dan bukannya yang berkuasa itu isimNya. Perkataan ‘Allah’ itu pada hakikatnya adalah gelar bagi zat tuhan kita. Adapun gelaran itu hakikatnya adalah khabar maka khabar tiada ain wujud. Jika sesuatu itu tiada ain wujudnya maka mustahil dikatakan ia mempunyai kuasa. Adakah kamu faham?”

Si pemuda mengangguk lemah sambil merenung lantai.

“Adalah sesuatu yang benar juga apabila sang ulama hakikat memberitahu kamu bahawa sembahyang itu hukumnya adalah haram.”

“bagaimana begitu wahai tuan guru?” Tanya si pemuda.

“Begini… sebenarnya tiada ibadat sembah-menyembah dalam agama Islam namun yang ada Cuma ibadat solat. Ya, ianya adalah solat dan bukannya sembahyang. Cuba kamu fahamkan betul-betul maksud firman Allah dalam surah al-Kafirun ayat 6 yang bermaksud “Bagi kamu agama kamu dan bagiku agamaku”. Ini menunjukkan cara ibadat orang kafir tidak sama langsung dengan cara ibadat orang muslim. Perkataan sembahyang itu adalah asalnya terbit daripada upacara ibadat masyarakat hindu-budha untuk menyembah tuhan yang bernama Hyang. Maka upacara ibadat itu dinamakan upacara sembahHyang. Solat itu bukan sembah dan tuhan kita bukannya Hyang tetapi Allah. Jadi kita sebagai orang muslim adalah haram sembahHyang kerana itu adalah ibadat penganut hindu-budha. Sesungguhnya solat itu bukan sembah tetapi solat itu ialah sebagaimana yang disabdakan oleh Rasulullah SAW yang bermaksud, “Apabila seseorang kamu sedang solat sesungguhnya dia sedang berbicara dengan tuhannya…”.

Si pemuda semakin tertunduk.

“Jadi, adakah kamu sudah faham mengapa sang ulama hakikat itu berkata bahawa Allah itu tidak berkuasa dan sembahyang itu hukumnya adalah haram?”

“Ya tuan guru, sekarang barulah jelas.”

“Yang kedua, orang-orang syariat mempelajari ilmu-ilmu hukum maka mereka menyelesaikan sesuatu masalah juga dengan hukum sementara orang-orang hakikat mempelajari ilmu-ilmu ma’rifatullah maka mereka menyelesaikan sesuatu masalah juga dengan Allah.”

Ketika ini lamunan si pemuda menyorot kembali peristiwa yang telah berlaku dimana kata-kata guru tasawuf itu ada benarnya juga. Memang benar sang ulama syariat telah menyelesaikan masalah yang berlaku dengan hukuman bunuh terhadap sang ulama hakikat sedang sang ulama hakikat menyelesaikan masalah antara dia dan si pemuda itu dengan kemaafan sesuai dengan sifat tuhan yang Maha Pemaaf dan Maha Pengampun.

“Adapun persoalanmu tentang kenapa ilmu hakikat tidak berkembang-luas maka akan aku jawab seperti berikut. Tidak berkembang-luasnya ilmu hakikat adalah disebabkan masih adanya orang-orang yang seperti kamu!”

Bentak sang guru tasawuf yang membuatkan darah si pemuda berderau.

“bagaimana begitu wahai tuan guru?” Tanya si pemuda.

“Kerana kejahilan kamu dalam memahami hal-ehwal hakikat terus sahaja kamu tanpa usul periksa menghukum sang ulama hakikat sebagai tidak betul dan berburuk sangka terhadap beliau lalu kamu memfitnahi beliau dihadapan sang ulama syariat sehingga sang ulama hakikat tertangkap lalu diseksa dan dipancung oleh kalian. Jika semua ulama hakikat sewenang-wenangnya dibunuh tanpa usul periksa justeru kerana itulah ilmu hakikat tidak berkembang-luas.”

“Tapi tuan guru, bagaimana saya tidak terkhilaf sedang akhlak sang ulama hakikat itu tidak mencerminkan beliau sebagai orang yang beragama! Sang ulama hakikat langsung tidak menjemputku masuk ke dalam rumahnya yang besar lagi mewah itu dan langsung tidak memberiku walau setitik air bahkan dengan dirinya sahaja pun amat kedekut. Lihat sahaja pakaiannya yang lusuh itu.”

“Awas lidahmu dalam berkata-kata wahai anak muda! Telahku katakan tadi bahawa kamu memiliki sifat buruk sangka. Ketahuilah bahawa rumah besar lagi mewah yang kamu lihat itu bukanlah milik sang ulama hakikat tersebut sebaliknya adalah milik majikan beliau dan beliau hanya mengambil upah sebagai tukang kebun disitu. Adapun pakaiannya yang lusuh itu maka itu sahajalah harta benda yang beliau ada dan beliau hidup hanya untuk mengabdikan dirinya kepada Allah.”

“Bagaimana tuan guru boleh tahu segala yang terperinci tentang sang ulama hakikat itu?”

Tanya si pemuda hairan.

“Kerana orang yang kalian bunuh itu adalah guru tasawufku maka dengan itu sebutir lagi permata yang indah telah hilang. Telahku jawab semua persoalanmu maka pergilah kamu kepangkuan guru syariatmu iaitu sang ulama syariat.”

Si pemuda itu terkejut lantas berkata…

“Tapi wahai guruku, aku telah insaf dan ingin kembali berguru denganmu wahai guruku.. terimalah aku kembali wahai guruku!!”

“Ketahuilah wahai anak muda, aku enggan mengambilmu adalah semata-mata kerana keselamatanmu dan bukan kerana aku membencimu.”

“Aku tidak faham akan maksud tuan guru??”

“Pergi sahajalah kembali kepangkuan sang ulama syariat kerana kamu akan selamat disana dan jangan kamu sesekali mengaku aku adalah gurumu kelak kamu akan mengerti akan maksud tindakanku ini.”

Dengan hati yang berat dan sayu si pemuda berjalan menuju ke rumah sang ulama syariat untuk berguru dengannya dan beliau diterima sebagai murid. Selang beberapa hari, keadaan kampung tiba-tiba kecoh kembali. Dengar khabarnya seorang lagi pengamal ilmu sesat telah ditangkap dan kali ini pengamal ajaran sesat itu berasal dari kampung sebelah. Dari kejauhan kelihatan berbondong-bondong orang ramai sedang dalam perjalanan menuju ke rumah sang ulama syariat sambil menyungsung seorang lelaki yang telah dikenalpasti sebagai pengamal atau guru ajaran sesat. Dari jauh si pemuda dapat saksikan lelaki itu dipukul dan ditendang malah ada yang membalingnya dengan batu-batu kecil sehingga pakaiannya koyak-rabak. Rupa-rupanya lelaki yang pakaiannya telah koyak-rabak itu adalah sang guru tasawufnya.

Maka mengertilah si pemuda itu akan maksud tindakkan sang guru tasawuf yang tidak mahu mengambil beliau sebagai anak murid dan beliau hanya mampu mengalirkan air mata sambil menahan sebak melihat sang guru tasawuf itu diperlakukan seperti itu. Esoknya hukuman pancung terhadap sang guru tasawuf itu dilaksanakan maka sebutir lagi permata yang indah telah hilang sirna dari negeri itu……… Didalam hati si pemuda merintih..

“Ya Allah.. berapa ramaikah lagi ahli tasawuf yang mesti dikorbankan semata-mata mahu membuatkan aku mengerti mengapa ilmu hakikat tidak dapat berkembang-luas? Cukup Ya Allah cukup kerana sekarang aku sudah mengerti….”
Approve | Reply | Quick Edit | Edit | History | Spam | Trash

Nasib Guru Mkarifat

Aside

Sudah lama saya tidak mengukir kata melalui web (universiti Qalbu mukmin), rasanya teramat rindu untuk bertemu peminat2 di luar sana. Apa kahabar ananda semua?, semoga dirahmati Allah hendaknya.

Diruangan yang sesingkat ini, inginlah ayahnda bertanya kepada sakalian peminat universiti ayahnda ini, dengan satu pertanyaan. Kalin semua sudah mengaji, belajar dan menuntut di universiti Qalbu Mukmin sydah sekian lama, oleh itu inginlah saya buat satu ujian bertulis melalui blog ini. Ujian ini, adalah bertujuan untuk mengukur samada lulus atau gagal (tahu atau tidak) perkara mengenal diri?. Untuk menentukan lulus atau gagal, saya ingin ajukan satu solan, manakah yang dikatakan diri? (sebenar-benar diri).

Contohnya tuan-tuan bernama mamat bin dollah, saya ingin bertanya kepada pelajar-pelajar sekalin, manakah yang diletaknya atau bertempatnya mamat bin Dolah, cuba tunjukkan kepada saya mana bertempat atau letaknya mamat bin dollah diatas diri tuan-tuan.

Jika tuan-tuan angkat tangan bagi mengisyaratkan diri tuan-tuan itu mamat bin dollah, tangan yang tuan-tuan anggkat itu, bukan mamat bin dollah, itu bernama tangan. Jika tuan-tuan mengisyareatkan dengan menunjuk ke arah dada, dada yang tuan-tuan tunjuk itu, bukan mamat bin dollah, yang ditunjuk itu adalah dada (dada bukanya mamat bin dollah).

Dimanakah bertempatnya mamat bin dolah atas batang tubuh tuan-tuan kiranya ada?. Tuan mengaku diri tuan-tuan seumpama bernama mamat bin dolah tetapi dimanakah letaknya mamat bin dollah.Tangan bukan mamat bin dollah dan dadapun juga bukan mamat bin dollah. Anggota yang tuan-tuan tunjuk itu, bukan mamat bin dollah, itu anggota dada dan itu anggota tangan. Dimanakah letak atau bertempatnya mamat bin dollah. Yang saya mahu tahu, manakah yang dikatakan mamat bin dollah atas diri tuan-tuan, kiranya ada?.

Jika tuan-tuan tidak dapat jumpa nama sendiri di atas diri (batang tubuh) tuan-tuan, bagaimanakah tuan-tuan semua boleh mendabik dada mengaku mengenal diri?. Barang siapa berjumpa jawapan manakah nama diri sendiri di atas batang tubuh, bererti tuan-tuan adalah tergolong dalam mereka yang mengenal diri.

Jika ada berjumpa dengan diri sendiri, sila jawab melalui laman ini, agar semua orang diluar sana dapat membaca dan menilainyanya. Jika nama sendiripun tidak dapat ditemui, bagaimanakah pula ingin mengenal Allah (sedang diri sendiripun belum lepas dan tidak dapat dicari, mana mungkin dapat mengenal Allah!). Saya berseru kepada mereka-mereka yang diluar sana, yang selalu bercakap tentang mengenal Allah, sila beri jawapan…………….

Belajar ilmu makrtifat itu, bukan sekadar tahu bercakap atau tahu berpidato sahaja, lebihnya ilmu makrifat itu, adalah diatas faham, faham dan faham…………………Jika benar-benar faham, sila beri jawapan supaya kita semua dapat mempelajari dan menilainya.

Sila beri komen, baik murid lama atau murid baru……………………………… daripada haji Shaari

Cuba Cari Nama Tuan-Tuan, Letaknya Dimana?

Aside

Ada satu kumpulan yang pernah saya jumpa, mereka dan golongan mereka mengaku dan mendakwa bahawa mereka adalah dari keturunan pengajian Tok Kenali. Golongan ini mendakwa bahawa nafsu itulah diri.

Saya nasihatkan kepada golongan ini, jangan sekali-kali mencemarkan perjalanan ilmu Tok Kenali. Tok Kenali tidak pernah mengaku yang nafsu itu diri!. Nafsu itu, adalah sebahagian drp diri dan bukannya diri. Nafsu itu, adalah anasir yang bergantung kepada roh, sebagaimana anggota tujuh yang bergantung kepada roh. Cuba tuan-tuan fikirkan jika sekiranya tidak ada roh, masakan kita boleh bernafsu?.

Nafsu masih bergantung kepada roh, jika tidak ada roh (tidak ada nyawa), masakan kita boleh bernafsu. Bolehkan kita bernafsu kepada perempuan sekiranya kita mati?. Jadi nyatalah bahawa nafsu itu, bukan diri. Diri yang sebenar-benar diri itu, adalah diri yang berdiri dengan sendiri, tanpa bergantung kepada sesiapa!.

drp Hj.Shaari

Nafsu bukan diri. Diri sebenar diri itu, adalah……………….

Aside

Tuan-tuan yang dirahmati Allah sekalian. Mencari Allah itu, adalah sesuatu yanng tidak payah dan tidak susah. Sehinga sampai kepada tahap tidak lagi perlu dicari. Apakah cincin yang dicari itu, masih hendak dicari?.

Yang hendak digalas itu, sebenarnya sudahpun dibahu tuan-tuan!.

Umpama tuan-tuan mencari unta yang hilang, sedangkan kamu sudah berada diatas belakang unta yang hilang!, bagaimana mungkin akan ketemu?.

Mencari sesuatu yang teramat dekat dan mencari sesuatu yang teramat hampir itu, apabila dicari dia akan semakin menghilang (semakin kehilangan).

Tuan-tuan mencari sesuatu barang dengan mata, sedangkan barang yang dicari itu berada diluar mata!. Mana mungkin akan bertemu.

Pandangan mata itu buta!. Untuk mencari itu, carilah dengan pandangan penglihatan, kerana pandangan tidak pernah buta (pandangan tidak guna mata untuk melihat). Penglihatan atau pandangan itu, tidak perlu mengguna mata untuk mencari. Oleh itu renung dan carilah dengan penglihatan dan jangan cari dengan mata!. Barang yang kamu cari itu, sedang berada berada diluar mata, masakan mungkin boleh dicari dengan mata!.

Mata bersifat buta sedangkan pandangan tidak pernah buta. Oleh itu melihatlah dengan pandangan. Orang makrifat itu, adalah orang yang dapat melihat dalam buta. Lagi buta mata, lagi terang Allah, lagi buta mata, lagi jelas Allah………………..

Lebih baik buta dari tidak berpenglihatan!.Orang makrifat itu, melihat Allah dalam buta matanya!.Setelah buta matanya, barulah Allah itu terang dan jelas (nyata). MELIHAT DI DALAM BUTA,  itulah makrifat!. Hal itu, adalah tterlebih baik berbandingn celik tetapi buta (CELIK TETAPI BUTA).

Allah tidak berjirim dan tidak berjisim (tidak berhuruf dan tidak bersuara). Allah itu, bukan sekadar nama. Sebenar-benar Allah itu, adalah tuan yang empunya nama (Sebenar-benar Allah itu, adalah nama yang tidak berhuruf dan tidak bersebutan (tidak berlafaz).

Apa ada pada nama?, nama tidak menggambarkan apa-apa (NAMA TIDAK BOLEH MENGAMBARKAN APA-APA  BENTUK ATAU RUPA UNTUK DITAFSIRKAN).  Sebenarnya Allah itu berada diluar mata. Janganlah cuba-cuba untuk mencari Allah dengan mata!. Sebenarnya Allah itu berada di dalam penglihatan dan Allah berada di dalam pandangan.

Allah berada di dalam pandangan dan Allah berada di dalam penglihatan walaupun tidak dilihat dengan mata.Walaupun dilihat dengan mata, bentuk dan rupanya tidak dapat digambarkan (laisa kamislihi syaiun atau bersalahan dengan yang baharu).

Sebutan yang keluar dari kedua bibir mulut itu, adalah semata–mata khayalan mata!. Walaupun disebut dengan bibir, itu adalah semata-mata khayalan!. Maaf jika saya terlampau lantang. Dengan kelantangan itulah sebenarnya ilmu. Jika paku diketuk perlahan, tentunya tidak masuk, paku itu hendaklah diketuk dengan kuat (dengan lantang) baru masuk!. Kelantangan saya itulah, yang selalu disalah erti oleh orang yang melihat dengan mata!.

Orang yang mengkritik tulisan ini, adalah mereka-mereka yang buta, oleh itu, jadilah orang yang berpenglihatan dan berpandangan, supaya tiddak buta mata hatinya………. drp hj shaari, sebagai santapan pagi jumaat.

Unta Yang Hilang (Naik unta untuk mencari unta)

Orang Selalu Bertanya Soal Amalan, Apakah Itu Amalan?.

Tuan-tuan, puan-puan, muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah sekalian. Selalu orang bertanya kepada saya tentang amalan Tok Kenali dan amalan saya. Apa lagi amalan yang tuan-tuan cari dan amalan apa lagi yang tuan-tuan nak tahu, tidak cukup lagikah amalan yang selalu tuan-tuan amalkan?.Nak amalan yang sebagaimana lagi?.

Mahukah saya bagi amalan ratib atau berzikir Tok Kenali sebanyak 80,000 kali dalam satu malam?. Laratkah atau sangggupkahh tuan-tuan amalkan (apa bolehkah tuan-tuan buat?), saya bimbang kalau-kalau tak terbuat!. Jika terbuat sekalipun, kebanyakannya hanya sekadar dua atau tiga hari sahaja! (tingi-tingi satu atau dua minggu). Lihatlah, tiliklah dan perhatikanlah kawan-kawan, sahabat-sahabat atau diri tuan-tuan sendiri yang pernah melalui perjalanan atau aliran torikat yang memerlukan zikir atau ratib sejumlah 80,000 (lapan puluh ribu) dalam satu malam, terbuatkah mereka dan terbuatkah kita?. Jika termampu sekalipun hanya dalam jangka masa yang pendek, habis itu, wirid kemana dan zikir kemana!.

Apakah untuk ingat (zikir) kepada Allah itu, memerlukan kepada bilangan?, cuba tuan-tuan jawab pertanyaan saya, sekiranya habis pusingan atau bilangan buah tasbih, kemana  perginya Allah?. Apakah Allah itu hanya ada sewaktukita bilang buah tasbih sahaja, bilamana habis bilangan 80,000, kemana perginya Allah?. Apakah Allah itu hanya ada diwaktu malam sahaja, apakah Allah itu, hanya tidak ada pada waktu siang, sehingga zikir atau wirid itu, perlu kepada waktu malam?.

Jika sekiranya tidak ada buah tasbih, apakah Allah tidak boleh diingat?. Jika kurang bilangannya dari 80,000 kepada  79,000, selalunya kena ulang semula pada malam berikutnya, apakah Allah tidak terima zikir kita bilamana kurang dari 80,000, sehinggga kita kena ulangi semula?.

Apakah zikir atau ingat kepada Allah itu, hanya melalui suara bibir mulut sahaja. Jika tidak dengan mulut, apakah kita tidak boleh ingat kepada Allah?. Cuba bawa berfikir dengan fikiran yang waras?. Apakah mata, telinga, hidung, tangan serta kaki itu, tidak perlu ingat (zikir) kepada Allah?, sehingga kena melalui mulut dan buah tasbih?. Cuba jawab?…………………………

Bagi Tok Kenali, bukan banyaknya amalan zikir yang menjadi perhitungan, yang diambil kira itu, adalah keikhlasan!. Sekalipun berjuta kali, jika kita tidak mengenal tuan yang empunya nama, ianya tidak lebih daripada sekadar riadah! dan bukannya beribadah. Yang menjadi ibadah atau yang dikatakan ibadah itu, bilamana kita benar-benar ingat kepada Allah. Ingat kepada Allah itu, adalah dalam erti kata ingat kepada tuan yang empunya zikir dan ingat kepada tuan yang empunya nama).

Nama tidak sedikitpun memberi bekas. Cuba tuan-tuan lihat kereta yang digantungn dengan nama Allah atau yang berpelekat dengan nama Allah, bilamana berlaku perlangaran, tidakah dengan kereta dan dengan tuan-tuannya sekali hancur (dengan ada nama Allah, sepatutnya kita tidak cedera, kenapa masih ada yang cedera sehingga ada yang membawa maut) . Cuba kita lihat orang yang tengah berzikir dan menyebut nama Allah semasa memotong sayur, tiba-tiba tangan boleh terluka terhiris pisau. Ini memberi gambaran kepada kita, bahawa nama tidak membawa erti, yang bermakna dan bererti itu, adalah tuan yangn empunya nama.

Tuan yang empunya nama itu, boleh di ingat dan boleh dizikir dengan tidak perlu kepada jumlah bialangan tasbih dan tidak perlu kepada waktu malam sahaja. Sayanngnya kebanyakan kita tidak mengenal tuan yang empunya suara, tuan yang empunya bibir, tuan yang empunya buah tasbih dan sayangnya kebanyakakn kita tidak mengenal tuan yang empunya zikir?.

Sayangnya masyarakat kita pada hari ini, kebanyakannya berebut-rebut untuk tunjuk hebat, tunjuk alim dan tunjuk ulamak, bilamana bilangannya sebutan itu sakan dan  banyak dalam membilang buah tasbih. Tak cukup dengan buah tasbih, orang sekarang ini guna alat kaunter (yang tekan-tekan dengan jari, boleh keluar nombor).

Saya bukan berhajat untuk merendah-rendahkan golongan yang berzikir, zikir itu adalah amalan yang baik, tetapi sayangnya, kebayakan dari kita bilamana berzikir, zikirnya adalah zikir yang tidak ingat kepada Allah (tuan kepada yang empunya sebutan). Melainkan kebanyakanya hanya tahu ingat kepada bilangan atau tahu ingat kepada buah tasbih!. Apa yang mahu saya tekan disini, adalah zikir yang disertai mengenal kepada tuan yang empunya nama!.Sebutlah nama Allah itu dengan ilmu, sebutlah nama Allah dengan mengenal dan sebutlah dengan fatonah (bijaksana).

Amalan Tok kenali atau amalan saya itu, adalah amalan zikir (ingat) yang tidak pernah putus dan tidak pernah habis. Zikir (ingat kepada Allah) itu mudah dan senang, tidak perlu kepada hanya malam, malahan boleh diamalkan pada waktu singa atau pada waktu malam.

Berzikir (ingat kepada Allah) Tok Kenali itu, seumpama berzikir dengan penglihatan, bagaimanakah caranya kita berzikir dengan penglihatan atau cara berzikir dengan pendengaran, pergerakan, penciuman?. Dengan telan air liur kita boleh zikir, dengan ludah kita boleh berzikir, dengan gosoh sabun di badan semasa waktu mandi boleh zikir (ingat kepada Allah), semasa gosok gigi, semasa buang air besar atau buang air kecil, semasa gosok daki dikulit, semasa tidur, semasa jaga, duduk, baring malahan zikir Tok Kenali itu, boleh semasa kita sedan nyeyak tidur, boleh berzikir sewaktu bermimpi, boleh berzikir (ingat kepada Allahh) semasa sedang koma atau sedanng pengsan!.

Bagaimanakah caranya untuk berzikir sebagaimana zikir Tok Kenali, tungggu, tunggu dan tunggu!, saya nak lihat dulu komen dari orang diluar dulu, baru boleh saya bagi jawapan. Mungkin sahabat-sahabat diluar sana boleh beri zikir yang lebih tinggi dari zikir Tok kenali, siapa tahu!. Tok Kenali beramal dengan zikir yang tidak perlu kepada buah tasbih dan tidak perlu kepada hitungan jumlah!. Jadi zikir Tok Kenali itu, adalah zikir yang paling rendah dan paling bawah (zikir low class atau zikit tamada kata ore kelate). Jika ada zikir yang paling tinggi, sila kemukan boleh kita sama-samma belajar. amin drp hj shaari

Menempatkan Segalanya Atas Diri, Barulah Tertilik Allah……………

Kita selalu memberi tafsiran yang bahawa kuasa itu, dari Allah, penglihatan itu dari Allah, pendengaran (kudrat dan iradat) itu, adalah datangnya dari Allah. Sebenarnya mengikut tafsiran ilmu makrifat, ianya bukan datangnya dari Allah, tetapi sememangnya itulah Allah.

Gagah itu Allah, cantik itu Allah, kaya itu Allah, tinggi itu Allah, besar itu Allah, melihat itu Allah, mendengar itu Allah dan hidup itu Allah. Kita mengaji ilmu makrifat itu, bukan seperti mengaji ilmu syariat. Ilmu syariat itu, adalah ilmu yang duduknya pada istilah, istilah dan istilah, adapun ilmu makrifat itu, adalah ilmu duduk, ilmu berpijak dibumi nyata, ilmu jelas, ilmu sampai dan ilmu putus. Ilmu syariat itu, adalah ilmu istilah. Ilmu istilah itu, adalah seumpama saya minta tuan-tuan menyebut perkataan “kaya” atau  perkataan“api”, apakah dengan menyebut perkataan kaya itu, telah bererti tuan-tuan benar-benar ada wang (sebut kaya, mana wangnya?) atau dengan menyebut perkataan “api”, dengan menyebut perkataan api, manakah panasnya. Begitu juga dengan ilmu syariat, ilmu syariat itu, hanya tahu sebut perkataan, tetapi perkataan yang disebut itu, mana duduk atau mana putusnya? Dan mana kenyataannya.

Sebut perkataan api, mana panasnya, sebut perkatan kaya, mana wangnya dan sebut perkataan Allah,

mana tuanya?. Apakah cukupkah dengan hanya beristilah sahaja sampai mati?. Dari usia umur muda (kanak-kanak) sehingga membawa kepada usia 60 atau 70 tahun, apakah cukup dengan hanya beristilah sahaja?, cuba jawab……………………………………….

Cukup-cukuplah beristilah!. Tetapi bila saya lebih bercakap dalam hal ilmu makrifat, ada sahaja suara-suara sumbang yang menuduh saya sesat?. Jika saya sesat, manakah Allah yang betul dan mana Allah yang sebenar-benar Allah, mana yang dikatakan Allah yang tidak berhuruf dan Allah yang tidak bersuara, tidak berjisim dan tidak berjirim?”, mana?, mana? dan mana?………………………………..

Untuk itu, mari kita jangan lagi duduk pada tahap istilah, mari sama-sama kita belajar ilmu putus. Ilmu putus itu, adalah ilmu yang mengaku dengan pengakukan serta beriktikad yang putus. Iktikad yang putus itu, adalah iktikad yang bahawasanya, gagah itulah Allah, hidup itulah Allah, kuat itu Allah, terang itu Allah, kaya itu Allah, melihat, memandang, menengok, menilik, mengdengar, menghidu dan yang hidup itu, itulah Allah. Jangan lagi beristilah dengan perkataan istilah bahawa Allah memberi lihat, memberi dengar atau memberi hidup!. Iktikad yang putus itu, sesungguhnya melihat itu Allah, mendengar itu Allah, mencium itu Allah, menghidu itu Allah, berkata itu Allah, hidup itu Allah, lihat itu Allah, dengar itu Allah, nampak itu Allah, Allah, Allah ……………………………………………………

Yang berdiri itu Allah, yang duduk itu Allah, yang besar itu Allah, yang kecil itu Allah, yang jauh itu Allah, yang dekat itu Allah, yang awal itu Allah, yang zahir itu Allah, yang batin itu Allah dan yang akhir itu Allah,Allah, Allah…………………………………………………

Kenapa tak reti-reti juga, wahai sahabat-sahabat yang dikasihi diluar sana, nak suruh saya kata apa lagi dan nak suruh saya sebut apa lagi. Cukup-cukuplah makan hampas, mari kita makan santan. Carilah ilmu nyata dan carilah ilmu putus. Mengaji ilmu itu, jangan hanya setakat tahu beristilah, hendaklah kita cari ilmu nyata.

Ilmu nyata atau ilmu putus (ilmu pemutus) itu, bilamana kita tempatkan segala ilmu itu pada diri sendiri. Jangan baya ilmu itu keatas langit, jangan bawa ilmu itu kealam zaman dahulu, jangan bawa ilmu itu ke Tanah Mekkah, jangan bawa ilmu itu ke alam bawah tanah, bawalah segala ilmu itu, supaya boleh letak atau supaya boleh ditempatkannya pada diri sendiri!. Itulah pengajian ilmu yang putus lagi nyata!.

Sebut sahaja perkataan atau sebut saja perkara melihat, sesungguhnya melihat itu Allah, kemudian letakkan atau tempatkan pula sifat melihat itu pada diri kita. Setelah sifat melihat itu ditempatkan atas diri kita, lalu mulalah kita butakan mata kita (malahan jika nak sedap lagi, hendaklah kita mengakku yang bahawasanya diri kita yang sebenar  “ tidak ada”).

Begitu juga bila menyenbut perkara atau menyebut perkataan mendengar, memandang, mencium, memikir, menilik, memandang, yang menilik, memandang, mendengar, memikir, mencium,  itulah Allah. Setelah segalanya Allah, saya mahu tuan letakkan segala itu pada diri kita yang tidak ada. Bila meletakkan sesuatu pada diri kita yang tidak ada, saya mahu tanya tuan-tuan dan saya mahu tuan-tuan jawab. Bolehkan perkara (sifat Allah) itu diletak atas diri kita yang sudah tidak ada?. cuba tanya kepada diri tuan sendiri dan cuba jawab sendiri,  bolehkan kita menempatkan sesuatu perkara diatas diri yang sudah tidak ada?.

Apakah boleh menempatkan sifat Allah pada diri yang sudah tidak ada?, sudah tentu jawapannya tidak boleh, jika ianya tidak boleh untuk menempatkan sifat Allah pada diri kita, itu menunjukkan yang diri kitaitu “ tidak ada”. Bilammana diri kita tidak ada, cuba jawab, siapakah yang bersifat ada?. Itulah makanya bilamana kita menyebut perkataan  melihat, mendengar, hidup, gagah, kuat, itulah Allah-Allah, Allah………………………………………………

Inilah pengajian ilmu putus, tetapi ingat, ingat dan ingat!, jangan pula sampai mengaku Allah atau mengaku jadi Allah………………………………………

Cukuplah santapan petang dari air tangan hj Shaari

============================================================

Ilmu Itu Sendiri, Adalah Allah………………….

Ilmu Itu, Adalah Allah

Tuan-tuan, puan-puan, muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah sekalian. Perkataan “ilmu” itu, selalunya kita katakan dimiliki oleh Allah, hak Allah atau kepunyaan Allah. Inilah yang selalu diperdengarkan kepada kita.

Setelah kita belajar sifat 20, tahu dan fahamlah kita bahawa, ilmu itu sendiri, sebenarnya adalah sifat Allah (ilmu itu sendiri, adalah Allah). Qudrat (kuasa) itu, adalah Allah.  Iradat (berkehendak) itu, adalah Allah. Samak (mendengar), basar (melihat), kalam (bertutur), hayat (hidup) dan “ilmu” itu, adalah sifat Allah. Bilamana ianya bersifat dengan sifat Allah, bermakna itulah Allah!.

Qudrat itu Allah, iradat itu Allah, sama’ itu Allah, basar itu Allah, kalam itu Allah, hayat itu Allah dan “ilmu” itupun juga tidak lain selain Allah. Bilamana kita menyebut ilmu Allah, bererti kita telah menyebut Allah dua kali ( bererti kita menyebut Allah dan Allah) sebut Allah dua kali.

Kita selalu mendengar ceramah yang mengatakan, barang siapa yang mendirikan solat dengan tidak ingat kepada Allah itu, adalah solat yang sesat lagi menyesatkan. Sembahyang (solat) yang tidak ada ilmu itu, adalah bererti sembahyang dengan tidak ada Allah. Sembahyang yang tidak ada Allah itu, adalah solat yang sesat lagi menyesatkan.

Solat yang tidak ada ilmu itu, ertinya solat yang tidak ada Allah, sesungguhnya ilmu itu sendiri, adalah Allah.

Marilah kita sama-sama bersolat dengan ilmu (bersolat dengan Allah). Solat dengan Allah itu, barulah solat yang sebenar-benar solat  dan solat yang sebenar-benar diterima Allah. Persoalannya disini, bagaimanakah hendak bersolat dengan Allah atau bagaimanakah hendak bersolat dengan ingat kepada Allah?, jika kita tidak mengenal Allah!.

Siapakah yang mengenal Allah?, yang mengenal Allah itu, adalah yang nampak Allah. Persoalannya disini, siapakah yang nampak Allah, adapun yang nampak Allah itu, adalah yang melihat!. Yang bersifat melihat itu, adalah Allah sendiri. Allah sahajalah yang melihat Allah, Allah sahajalah yang nampak Allah dan Allah sahajalah yang mengenal Allah.

Umat Muhamad diakhir zaman itu, banyak dan sakannya adalah seumpama buih dilautan, namun bilamana dipukul ombak, maka akan hilanglah ia. Ini mengambarkan kepada kita bahawa umat dizaman ini, adalah umat yang mudah rapuh, mudah tergelincir, mudah terpesong, mudah terpengaruh, mudah berubah dan tidak tetap pendirian dalam beragama.

Sekejap ingat dan sekejap lupa, kepada Allah. Bilamana terkena musibah, baru hendak ingat kepada Allah, bilamana senang sedikit, kita mudah lupa kepada Allah. Bilamana terkena cubaan atau dugaan, mulalah hati kita goncang dan tidak percaya (tidak yakin) kepada ketetapan Allah  (mulalah menyalahkan takdir dan menyalahkan Allah). Inilah orang yang tidak ada ilmu (tidak ada Allah). Umat seumpama ini, adalah umat yang seumpama buih dilautan. Sebegitu banyaknya buih dilautan, malahan lebih banyak lagi umat Muhamat tetapi sungguhpun banyak tidak ramai yang kekal ingat dan kekal percaya kepada Allah. Sebab apa dan kerana apa jadi begitu?, sebabnya adalah kerana tidak ada ilmu (tidak ada Allah). Tidak ada ilmu (tidak ada Allah) didalam ingatannya.

Umat Muhamad diakhir zaman ini, adalah umat yang rapuh ingatannya kepada Allah, seumpama rapuhnya buih dilautan, sebegitulah rapuhnya ingatan kepada Allah. Sebab apa rapun?, sebabnya rapuh adalah tidak ada ilmu (tidak ada Allah).

Cukuplah dulu santapan rohani dari air tangan hj shaari (sarapan pagi hj Shaari). Amin

Jawapan Siapa nampak Allah!

Tuan-tuan, puan-puan, muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah sekalian.

Guru-guru terdahulu mengajar anak muridnya mengenal Allah, bukan dengan secara terus, melainkan melalui cara kias dan ibarat. Kiasan ulamak terdahulu, amat tinggi dan bernilai yang membuatkan saya ingat sampai sekarang.

Ada seorang murid datang berjumpa dengan Mohd Yusof Che Wook, bertujuan untuk mencari ilmu mengenal Allah dan mengenal diri. Dalam tujuan untuk mengenal Allah, terlebih dahulu Mohd Yusof Che Wookpun bertanya kepada si murid, siapa yang nampak Allah?. Tadi kamu cakap datang kemari bertujuan untuk mengenal Allah, untuk mengenal Allah itu, terlebih dahulu Mohd Yusof Che Wook, bertanya kepada si murid, siapakah yang pernah nampak Allah dan siapakah yang pernah melihat Allah?. Barang sesuatu yang hendak dikenal itu, pastinya terlebih dahulu dilihat. Bilamana kita mengaku melihat Allah, siapakah yang nampak Allah dan bilamana kita mengaku nampak Allah, siapakah yang melihat Allah?. Siapkah yag nampak dan siapakah yang melihat Allah?.

Jika kita kata melihat Allah, siapakah yang nampak?. Jika kita kata nampak Allah, siapakah yang melihat?. Siapa yang melihat dan siapa yang nampak, siapa yang nampak dan siapa yang melihat?.

Sambung  mohd Yusof Che Wook, setahu saya, Allah itu tidak bersifat, bilamana Allah tidak bersifat, bagaimana mungkin kita dapat mengenal Allah?. Setiap yang hendak dikenal atau setiap yang hendak ditengok itu, hendaklah terlebih dahulu dilihat, dipandang atau ditilik!. Bilamana Allah tidak bersifat jirim atau tidak bersifat jisim, bagaimana mungkin ada orang yang mengaku mengenal, melihat atau memandang Allah, mana mungkinm dapat melihat Allah sebelum mengenalNya?. Setiap yang hendak dikenal itu, pasti terlebih dahulu dilihat, bilamana dilihat, siapa yang nampak Allah?.

Sebelum diberi jawapan siapa yang nampak Allah, Mohd Yusuf Che Wook terlebih dahulu menceritakan satu dua kiasan, kiasannya berbunyi seperti berikut;-

Pada sauatu hari, saya telah dikurniakan sebentuk keris yang teramat cantik dan bermutu tinggi atau dengan kata lain, saya mempunyai anak perempuan yang teramat cantik. Saya umumkan kepada khalayak ramai, sesiapa yang hendak melihat keris tersebut atau sesiapa yang hendak memperisterikan anak perempuan saya yang cantik itu, sila datanglah kerumah saya.

Lalu berpusu-pusulah orang ramai datang kerumah untuk melihat anak perempuan saya atau untuk melihat keris yang dikatakan teramat cantik. Setelah semuanya berkumpul, lalu saya panggillah salah seorang dari mereka untuk MENENGOKNYA.

Setelah ramai yang datang untuk menengok, lalu saya panggil salah orang masuk kebilik untuk melihat anak perempuan atau keris tersebut. Lalu saya ingin ajukan pertanyaan kepada tuan-tuan sekalian, siapakah yang nampak anak saya dan siapakah yang nampak keris tersebut?. Dari penceritaan saya diatas, cuba tuan-tuan jawab, siapakah yang nampak Allah?.

Inilah kaedah orang tua-tua atau guru-guru terdahulu mengajar ilmu makrifat!. Kiranya tuan-tuan boleh jawab pertanyaan atau kiasan cerita diatas, bererti tuan-tuan berjaya mengenal Allah!……………..

Satu lagi cerita kiasan;

Seumpama kita ramai-ramai adakan satu perjumpaan dan duduk semeja, lalu saya minta salah seorang dari kita, datang untuk melihat apa yang ada dalam poket baju saya. Datanglah salah seorang darinya melihat apa yang ada dalam poket baju saya. Jadi sekali lagi saya nak ajukan pertanyaan kepada tuan-tuan sekalian, siapakah yang nampak apa yang ada dalan poket baju saya?.

Saya mahu tuan bubuh RM 10.00 wang kedalam saku. Kemudian saya mahu tuan kumpul anak isteri beratur dihadapan tuan, dan hendaklah tuan panggil salah seorang dari mereka supaya datang tengok apa yang ada dalam saku.

Lalu saya mahu tuan bertanya kepada semua dari mereka, siapakah yang nampak apa yang ada dalam saku tuan?. Sudah tentu yang nampak apa yang ada didalam saku tuan itu, adalah orang yang MELIHAT!. HANYA ORANG YANG MELIHAT SAHAJA, YANG NAMPAK APA YANG ADA DALAM SAKU.

Begitu juga dengan perumpamaan diatas, siapakah yang nampak anak perempuan atau siapakah yang nampak keris cantik?. Yang melihat anak perempuan kita dan yang nampak keris cantik kita itu, adalah yang  “MELIHAT”. HANYA YANG MELIHAT SAHAJA YANG NAMPAK !. Yang nampak Allah itu, adalah yang melihat!.Begitu juga Allah, Allah itu hanya akan dapat ditengok oleh yang melihat!.

Persoalan yang kedua, siapakah yang bersifat melihat?. Tidakkah dalam sifat 20 (basar), mengatakan yang bersifat melihat itu, adalah Allah!. Bilamana hanya Allah sahaja yang bersifat melihat, maka kkita bersifat buta. Bilamana kita bersifat buta, maka yang melihat itu, adalah Allah. Bilamana Allah melihat, maka Allahlah yang nampak Allah. Maka siapakah yang  nampak Allah, yang nampak Allah itu, adalah yang melihat sendiri!.

Hanya Allah yang nampak Allah dan hanya Allah yang melihat Allah. Mana mungkin kita dapat nampak Allah,sedangkan kita bersifat buta!. Bilamana kita bersifat buta, mana mungkin kita dapat nampak Allah. Yang nampak Allah itu, adalah yang bersifat melihat. Tidakah yang bersifat melihat itu, adalah sifat Allah (cuba lihat tafsiran sifat 20 dalam sifat basar).

Itulah cantiknya cara guru terdahulu mengajar kita mengenal, melihat, memandang atau mengenal Allah. Guru terdahulu tidak terus mencerita “Allah melihat Allah atau Allah mengenal Allah), Dengan kiasan itu, dapatlah kita faham bahawa, kita tidak ada kuasa hendak tengok Allah, tidak ada kuasa hendak melihat Allah dan kita tidak ada kuasa hendak kenal Allah. Hanya Allah mengenal Allah, hanya Allah melihat Allah dan hanya Allah yang tengok Allah.

Yang melihat sahaja yang nampak Allah, manakala yang bersifat melihat itu, adalah sifat Allah iaitu  sifat basar Allah (melihat), sifat basar itu, adalah sifat Allah. Bila Allah melihat Allah, Allah memandang Allah dan Allah menilik Allah, maka kenallah kita akan Allah dan kenalah kita akan diri.

Siapakah diri kita, diri tidak itu, adalah tidak ada. Bilamana diri tidak ada, maka yang ada itu, adalah hanya Allah. Allah melihat Allah, maka yang nampak itu pun juga, adalah Allah.

Yang melihat sahaja yang boleh nampak Allah. Adapun sifat melihat itu pula, adalah sifat Allah, jadi Allahlah yang melihat Allah. Guru terdahulu hendak menceritakan sesuatu ilmu, mereka memilih jalan kiasan atau mengambil langkah memberi ibarat terlebih dahulu. Mereka hanya hendak menceritakan bahawa “yang melihat Allah itu, adalah Allah”, tetapi mereka lebih suka memilih langkah bercerita atau berkias yanng teramat panjang. itulah yang membuatkan kita bukan sahaja tahu untuk menjawab jawapan 4 tetapi mereka juga tahu jalan kira-kira (iaitu untuk menjawab 4 itu, adalah dengan jalan 2 kali 2 iaitu  4). Bukan sahaja tahu jawab 4 tetapi tahu juga jalan kira-kira.

Begitu juga kiasan orang tuan terdahulu, untuk mengajar kita ilmu “yang melihat Allah itu, adalah Allah”  mereka lebih megambiul jalan kiasan. jadi tahulah kita bahawa yang melihat Allah itu, adalah Allah sendiri…………………..drp hj shaari

Saya mahu tuan-tuan cari, mana letaknya nama tuan-tuan atas diri kita?. Sekarang saya mau tuan-tuan anggkat tangan. Yang tuan-tuan anggkat itu, adalah anggota tangan bukan anggkat nama kita. Saya mau tuan-tuan tunjuk mana letaknya nama tuan-tuan atas diri tuan-tuan.

Seandainya tuan bernama Abu Syed, cuba tuan abu syed cari dimanakah letaknya abu syed pada batang tubuh tuan syed?. Cuba tuan anggkat tangan, yang tuan angkat itu, adalah tangan bukan anggkat abu syed. Sekarang bagi tahu saya, mana abu syed pada tubuh kita?

Seandainya tuan bernama pak den, Cuba pak den anggkat kaki, yang pak den anggkat itu adalahh anggota kaki, bukan anggkat pak den. Cuba cari mana letaknya pak den pada diri ?. Mana nama tuan-tuan atas batang tubuh ?. cuba jawab.

Usah kata nak nampak Allah, nak nampak nama diri sendiripun belum tentu?, cuba jawab kepada saya bagaimana nak cari nama kita sendiri atas diri kita, apalagi bilamana nak tengok Allah, nak tengok nama diri pun tak mampu?…………………………..

Siapa yang nampak nama diri sendiri?…………………………….

drp hhj shaari

Semua mengaku mengenal Allah, tetapi siapa yang tengok Allah?

muhammad.sharif.merc18@gmail.com

113.210.128.132

Submitted on 2013/12/22 at 8:32 pm

Salam tuan guru….mengikut penilaian saya yg jahil ini apa lagi yg kita nak lihat Allah sesungguhnya Allah itu amat nyatadan jelas seumpama terangnya cahaya matahari terang lg wajah Allah dan dekatnye mata putih dan mata hitam dekat lg Allah. Sessungguhnye Allah itu tidak perlu dicari krna yang mncari itu juga yg dicari.

Allah itu ada dimana mana dan jelas sejelas_jelasnye.Dimana kamu brada disitu Allah itu jelas nyata.Bukankah begitu tuan guru yg ku cintai……?

LA MAUJUD BIHAQ KI ILAULLAH DAN FAINNAMA TUALLU AFSAHUM WAJHULLAH..

Buktikan kepada saya apakah tuan-tuan sudah mengenal Allah!!

2 View Post

Select comment               makrifattokkenali

makrifattokkenali.wordpress.com

makrifattokkenali@gmail.com

183.171.163.111

Submitted on 2013/12/23 at 3:25 pm | In reply to kereta burok.

Benar kata ananda itu, sedikitpun tdk salah. persoalannya disini, kita kata Allah itu terang, siapa yang nampak Allah itu terang. Kita kata Allah itu dekat, siapa yang nampak Allah itu dekat?. kita kata Allah itu hampir, siapa nampak yang Allah itu hampir. Benar, benar dan benar sehgala-galanya Allah, tetapi siapa yang nampak Allah sehingga boleh dikatakan yang ianya Allah……..drp hj shaari

YANG DICARI ITU, ADALAH DIRI “NYA” SENDIRI

emrano

emrano69@gmail.com

103.3.20.246

Submitted on 2013/12/20 at 11:32 am

Sang Guru memanggil tiga anak murid kesayangannya dan berkata, “Wahai anak murid kesayangan ku, telah ku ajar kepada mu apa yang aku ketahui, tibalah masanya kamu bertemu dengannya yang kamu dambakan. Tempatnya tidak jauh, di bukit tu…, di sana. Jika kamu bertemu tempatnya ,hendaklah kamu membuka pintunya dengan anak kunci ini”. Maka diberi anak kunci yang sama kepada ketiga-tiga anak murid kesayangannya.

Anak murid yang pertama telah sampai dahulu, dia terpegun melihat keindahan tempat itu dengan taman yang indah, air yang jernih, burung-burung berkicauan dan rama-rama berterbangan. Terlekalah dia begitu lama disana. Setelah sekian lama, teringatlah anak kunci yang diberi dan terjumpalah pintu yang didambakan. Cuba dibukanya berkali-kali, pintu masih terkunci. Maka kembalilah dia kepada Sang Guru dan menceritakan ehwalnya. Sang Guru berkata “ Baliklah kamu ke kampung mu, datang lah ke sini semula tahun hadapan, Guru yang lain akan mengganti ku dan mengajar mu ke pintu yang kau dambakan”. Maka pulanglah murid itu ke kampungnya.

Anak murid yang kedua juga sampai ke tempat yang sama, dia terpegun melihat keindahan tempat itu, tetapi meneruskan tujuannya mencari pintu yang didambakan. Maka sampailah dihadapan pintu itu dan diambil anak kunci yang diberi, rupa anak kunci itu pelik, tidak lah seperti anak kunci biasa, rupa anak kunci itu berbentuk tulisan “Laa ilaaha illallah”. Maka cuba dibuka pintu itu sendiri dengan kudratnya memutar anak kunci itu, pintu masih tidak terbuka. Dicuba berkali-kali, gagal jua. Dia cukup yakin anak kunci ini mampu membukanya tetapi pintu masih terkunci. Maka terlihatlah dia akan pancaran cahaya yang sangat bersinar keluar dari lubang anak kunci itu yang sinarnya belum pernah dilihat sebelum ini. Maka tersangat gembira dia lalu pulanglah dia. Maka kembalilah dia kepada Sang Guru dan menceritakan ehwalnya. Sang Guru berkata “ Baliklah kamu ke kampung mu, datang lah ke sini semula tahun hadapan, Guru yang lain akan mengganti ku dan mengajar mu ke pintu yang kau dambakan.” Maka pulanglah murid itu ke kampungnya.

Anak murid yang ketiga, juga sampai ke tempat yang sama, dia terpegun melihat keindahan tempat itu, tetapi meneruskan tujuannya mencari pintu yang didambakan. Maka sampailah dihadapan pintu itu dan diambil anak kunci yang diberi, rupa anak kunci itu pelik, tidak lah seperti anak kunci biasa, rupa anak kunci itu berbentuk tulisan “Laa ilaaha illallah”. Maka cuba dibuka pintu itu sendiri dengan kudratnya memutar anak kunci itu, pintu masih tidak terbuka. Dicuba berkali-kali, gagal jua. Dia cukup yakin anak kunci ini mampu membukanya tetapi pintu masih terkunci.

Telah dicuba ratusan kali, gagal jua. Tersimpuh duduk didepan pintu itu dengan rasa kesedihan dan kekecewaan. Ditenung betul-betul anak kunci itu sedalam-dalamnya. “ Kenapa Sang Guru memberi aku kunci ini?” Ditenungnya kembali…. Ditenung, ditenung… Laa ilaaha illallah…maka meresaplah kunci itu menusuk hatinya menjalar keseluruh jiwanya, menjalar keseluruh darahnya, dagingnya, tulang-tulangnya sehingga seluruh nyawanya… sehingga tidak sedar dia akan dirinya atau sekelilingnya. Maka pintu itu terbuka dengan sendiri, dia diangkat kedalam bukan dengan kuasanya… Apabila dia tersedar, dia berkeadaan berketawa dan tiba-tiba sayu menitis air mata, fahamilah dia. Kunci itu adalah dirinya sendiri.

Bergegas dia pulang bertemu Sang Guru dan menceritakan ehwalnya. Sang Guru bertanya “ Apa yang kamu jumpa?” Jawabnya “Aku tidak tahu…lidah ku kelu..”. Guru bertanya lagi, “Apa yang kau tahu?” Jawabnya “ Aku tidak tahu apa-apa…” Guru tersenyum, lalu menitis air matanya dan memeluk anak murid kesanyangannya itu. Kedua-duanya menitis air mata.. Sang Guru pun bangun…. berjalan terus dengan air mata masih berlinang… memandang muridnya itu dan berkata…. “Sampai disini sahaja aku disini, engkaulah pengganti ku, ajari pula kepada kedua adik mu itu… Lalu pergi ….menghilang tidak kembali.

Buktikan kepada saya apakah tuan-tuan sudah mengenal Allah!!

Bilamana kita mendakwa mengenal Allah, pastinya kita boleh lihat, boleh pandang, boleh tengok dan pastinya kita boleh “NAMPAK”. Jika Allah tidak pernah kita nampak, bagaimana mungkin boleh kita mengaku yang kita mengenal Allah. Yang dikatakan kenal itu, pastinya dilihat, ditengok dan pastinya  “NAMPAK”. Apakah tuan-tuan sudah “NAMPAK” Allah?. Jika tidak “NAMPAK” Allah, bagaimana mengaku mengenal?.

Persoalannya disini, bagaiaman untuk nampak Allah?, sedangkan Allah tidak bersifat, tidak berain dan tidak berjirim mahupun berjisim.

Beri saya jawapan, siapa yang “NAMPAK” Allah?…………………………

Yang Mana Kaca dan Yang Mana Intan

Tuan-tuan dan puan-puan yang dirahmati Allah sekalian. Sebenarnya, saya tidak sedikitpun berhajat untuk menyaman sesiapa, cukuplah sekadar membuat laporan polis. Adapun pengumuman meminta dikumpulkan dana berupa wang ringgit itu, hanyalah suatu helah yang sengaja saya BESAR-BESAR semata-mata, bagi tujuan untuk melihat setakat mana pengorbanan sahabat-sahabat diluar sana terhadap saya.

Saya bertujuan untuk mengetahui setakat mana pengorbanan saudara saudari diluar sana terhadap saya, saya telah bertungkus lumus memperjuangankan ilmu makrifat secara bersendirian, jadi setakat mana pula pengorbanan tuan-tuan terhadap saya dan terhadap ilmu makrifat.

Kini sedar dan fahamlah saya bahawa dalam memperjuankan ilmu makrifat ini, tidak ramai yang sanggup bekorban. Setelah satu minggu berita ini saya siarkan dalam blog, ternyata tidak ramai yang sanggup menghulurkan bantuan. Kepada yang telah sudi bekorban menghulurkan bantuan berupa wang ringgit untuk tujuan membiayai peguam, akan saya pulangkan kembali wang ringgit tuan-tuan itu bersama sedekah saya satu set koleksi ceramah yang megandungi 17 keping (berharga 170.00) secara percuma, tanda penghargaan terima kasih saya terhadap tuan-tuan, disamping memulangkan semula wang kepada akaun tuan-tuan yang telah menderma.

Di situ baru saya dapat ukur dan dapat menilai setakat mana pengorbanan tuan-tuan. Cukuplah dengan laporan polis yang telah saya buat, tidaklah sampai hati kepada tahap hendak saman menyaman.

Terima kasih kepada yang sanggup menghulurkan derma yang berupa wang ringgit kepada saya. Terubat juga kesedihan yang saya alami, bilamana ada sahabat-sahabat dibelakang saya, yang sangggup membantu dan menyokong bila saya dalam kesusahan, terima kasih. Walaupun jumlahnya tidak seberapa.

Saya sendiripun faham, siapalah yang sanggup bersama saya, bilamana saya telah dituduh sesat. Segala-galanya kita kembali kepada ketetapan Allah. Bantu ke atau tidak ke, kan itu adalah kehendak atau ketetapan Allah, jadi kita kena redha dan akur. Yang sanggup menghulurkan bantuanpun Dia dan yang tidak sudi bantupun Dia juga.

Kepada sahabat yang telah menghulurkan bantuan berupa wang ringgit mahupun hanya sekadar pendapat, saya sekali lagi mengucapkan terima kasih, terutamanya ananda dari kalangan kariah di Singapora. Terima kasih

Secara peribadi, penderma yang telah menghulurkan bantuan itu, akan saya hubungi secara peribadi melalui talipon, untuk memulangkan kembali wang itu bersama 17 keping koleksi ceramah.

Terima kasih, terima kasih dan terima kasih. Drp hj shaari

Ilmu makrifat itu, adalah ilmu rasa, bukannya ilmu rasa-rasa..

T.kasih Ustaz Muhamad. Ilmu makrifat itu, adalah ilmu rasa, bukannya ilmu rasa-rasa

Ustaz Muhammad bin Ramli

cucutokawang48@gmail.com

113.210.128.6

Submitted on 2013/12/20 at 2:38 am

Assalamu’alaikum teman-teman seperjuangan! teringat dahulu datuk saya almarhum al-’arif bilah al-waliyullah Tok Awang sewaktu beliau menerima ilmu ini dari salah seorang anak ,murid Tok Kenali yang datang ke Penang dekat Masjid India (kalau saya tak salah) Tapi nama anak murid Tok Kenali ini kami anak cucu Tok Awang tak ingat namanya. Apabila anak murid Tok Kenali nak balik (mungkin balik Kelantan kot) dia lantik Tok Awang utk menambung tugasnya. Namun Tok Awang pada mula-mullanya tak mahu. Dia ambil tak kesah lantikan gurunya itu. Dia jalani kehidupan seperti org lain. Usahakan sawah padi tapi tak bernah berhasil, dia ternak kerbau, tapi kerbaunya mati apabila dia tepuk belakang sebab kerbau itu berhenti. Apabila dia lihat semua kerja yang dia lakukan tak menjadi, maka dia ketahui ini alamat dia kena teruskan amanah gurunya. Lalu dia pun mengajarlah ilmu makrifat. Ramai juga yang ikut dia. Hingga paada suatu hari ketika dia mengajar, mari ayat menyatakan hak milik Allah semua yang ada di langit dan di bumi. Lalu dia bagi contoh “Apabila kita kentut, yang kentut itu bukannya kita, tetapi Allah yg kentut”. Maka timbullah fitnah kepadanya dituduh sesat oleh org yg tak ada mata hati. Lalu Tuan Samad seorang alim adakah majlis tahkim utu Tok Awang di Masjid Tuan Samad Permatang Sg Dua. Tuan Samad yg menjadi hakim bertanya Tok Awang ada kta bila kita kentut, Allah yg kentut betul kah ? Tok Awang jawab Ya betul/ Lalu Tuan Saman bertanya : “Kenapa tak kata bila kita berak (buang air besar) Allah yang berak dan najis itu adalah najis Allah? Lalu Tok Awang jawab : “Ya betul najis itu najis Allah juga! Tuan Samad jadi keliru lalu bethujjah :”macam man ni kita berak kita kata ALlh yang berak dan tahi itu tahi Allah? lalu Tok Awang bertanya Tuan Samad: Tuan Samad jika tahi itu hak milik Tuan Samad,cuba bagi dia Wangi tengok! boleh tak? Tanya Tok Awang. Tuan Samad menjawab :”Tak boleh lah !. Lalu Tok Awang membuat kesimpulan: Jadi tahi itu hak milik Allah lah jika hak milik kita kita boleh jadikannya wangai. Akhirnya Tuan Samad Allah bukakan mata hatinya dan Nampak apa sebenarnya maksud Tok Awang. lalu dia kata Tok Awang kamu dan anak cucu kamu apabila mati datamglah simpan jenazah di masjid ini. Saya duduk di Nyior Sebatang lebih kurang 5 km dari Masjid Tuan Samad. tapi keluarga saya apabila kematian tidak di simpan di masjid Nyior Sebatang. Rupa-rupanya Tuan Samad malu alah dengan Tok Awang. Jadi jika siapa yang cuba untuk mengenengahkan ilmu makrifat ini, pastinya akan menemui musuh yang paling ramai. malahan sahabat yang rapat pun boleh jaid musuh kita. Ketentuan Allah Yang atur semua ii. Kita kena sabar. Tapi apabila kita kata kita sabar, bukan kita yang sabar sebenar-benarnya Allah lah Yang Sabar dengan sifat Nya As-Sabur Maha Sabar. Kita mana layak mendabik dada mengatakan bahawa kita sabar, kkta kenal dan kita ingat Allah. Allah Yang Sabar, Ingat dan Kenal DiriNya. Bukannya kita. JAdi kita binasakan diri kita, hancurkan diri kita, fana’kan diri kita dan serahkan semuanya kepada Allah menjadi milik Allah dan hanya Allah tiada yang lain melainkan Allah